Perlahan-lahan Haera membuka matanya, pantas tangannya memegang kepalanya yang sakit, lantas memicit lembut ubun-ubun kepalanya.
Matanya membulat memandang syiling jantungnya mula berdebar apabila menyedari bahawa dia bukan berada di rumahnya sendiri.
Pantas Haera bangun matanya melilau memandang sekeliling bilik itu, serentak itu dia melihat dirinya sendiri dan jantungnya semakin berdenyut laju apabila pakaian di badannya sudah bertukar bukan lagi dress yang dipakainya semalam.
Haera mendengar bunyi air dari bilik air di dalam bilik itu. Tangannya mengemaskan balutan comforter di tubuhnya.
T-shirt putih yang dipakainya agak jarang dia cuba menutup badannya agar sesiapa pun yang keluar dari bilik air itu tidak melihatnya.
Dia semakin berdebar-debar saat pintu bilik air terbuka dan seorang lelaki keluar dengan hanya mengenakan tuala separas pinggang dan satu lagi tuala kecil di atas kepala digunakan untuk mengeringkan rambutnya yang basah.
"Jungkook shi? "bisik Haera perlahan namun Jungkook dapat mendengarnya lantas itu dia berpaling ke arah Haera. Jungkook tersenyum sinis lalu langkah kakinya menuju ke arah katil.
Pipi Haera merona merah dan matanya membulat tatkala memandang tubuh Jungkook yang separuh bogel di hadapannya.
"Like what you see? " ujar Jungkook lantas duduk di hadapan Haera. Bibirnya mengukir senyuman. Entah kenapa dia berani berbuat begitu sedangkan selama ini dia tidak pernah membawa pulang perempuan ke rumahnya. Dan Haera adalah perempuan pertama yang dibawanya.
" Aw.. Awak pakailah baju dulu boleh?"ujar Haera lantas berpaling lalu memejamkan matanya. Jungkook melepaskan tawanya lalu terus menyarungkan pakaian ke tubuhnya.
" You can open your eyes now l'm done"ujar Jungkook lalu kembali menuju ke arah Haera semula. Perlahan Haera membuka matanya dan melihat Jungkook sudahpun berpakaian,dia hanya mengenakan T-shirt hitam dan jogger kelabu namun berpakaian simple seperti itu dia tetap kelihatan hensem di mata Haera.
Haera berdehem kecil tangannya masih lagi memegang comforter yang membalut tubuhnya. " Macamana saya boleh ada kat sini? Kita tak ada buat apa-apa semalam kan? "tanya Haera risau.
Jungkook mendekati Haera perlahan tangannya membawa juntaian rambut Haera ke belakang telinganya, Haera sedikit terkejut ketika tangan Jungkook menyentuh telinganya.
Jantung Haera berdegup kencang apabila dia menyedari betapa dekatnya Jungkook dengannya.
Jungkook pun turut sama merasa seperti mana Haera rasa, jantungnya juga turut berdegup laju cuma dia ingin menguji Haera adakah Haera sama seperti perempuan yang pernah cuba untuk memilikinya sebelum ini.
"I don't know what happened last night shouldn't you remember it. I will be heartbroken if you forget it my dear"bisik Jungkook di telinga Haera.
Mata Haera membulat mendengar kata-kata Jungkook "Awak janganlah main-main cakap betul-betul kita tak ada buat apa-apa kan? "kata Haera lantas memberanikan diri memandang wajah Jungkook.
Mereka saling berpandangan perlahan Jungkook memaut pinggang Haera menariknya rapat, lantas itu Haera meletakkan kedua-dua tangannya di dada Jungkook lalu menolaknya lembut namun perbuatannya sia-sia kerana kudrat Jungkook lebih kuat daripadanya.
"Kalau awak nak tahu apa yang terjadi semalam cubalah ingat semula ok"bisik Jungkook sambil tersenyum sinis.
Lantas itu Haera menolak Jungkook sekuat hati namun belum sempat dia mengimbangi badannya dia terjatuh dari katil.
"Ouchh! Sakitnya! "Haera mengaduh sambil menggosok punggungnya yang sakit akibat jatuh.Jungkook melepaskan ketawa besar apabila melihat Haera yang berkerut dahi kerana kesakitan.
"Apa gelak-gelak? Ni semua awak punya pasal! Awak memang suka duduk rapat-rapat dengan perempuan kan? Awak sengaja kan nak kenakan saya"marah Haera lantas bangun lalu berdiri di hadapan Jungkook.
Jungkook memandang Haera sambil tersenyum. " No you are the second woman that l allowed to stand near me like this"kata Jungkook lantas memaut pinggang Haera sekali lagi lalu menariknya ke dalam dakapan.
Haera cuba menolak Jungkook namun tidak berjaya. " Awak ni kenapa? Lepaslah" marah Haera sambil cuba melepaskan diri. "Jeon Jungkook!!" panggil Haera sedikit kuat.
" Ssshhh," Jungkook meletakkan jari telunjuknya di bibir Haera. "Awak ni bisinglah, sekarang ni saya nak awak bersihkan diri dulu saya dah letak baju untuk awak salin dalam bilik air tu so selepas awak siap kita breakfast dulu then we do the talking okay? "kata Jungkook yang masih lagi memeluk Haera.
Haera mengangguk perlahan lantas itu Jungkook meleraikan pelukannya lantas menuju ke pintu bilik sebelum dia keluar dia berpaling melihat Haera. " Haera shi? "panggil Jungkook lalu Haera memandangnya.
" That shirt suit you well" kata Jungkook sambil memandang Haera nakal lalu melepaskan tawa kecil lalu keluar dari bilik itu.
Haera terus memandang ke bawah, mukanya merona merah kerana t-shirt yang jarang itu menampakkan susuk tubuhnya. "Jeon Jungkook you perverted!!!" jerit Haera. Jungkok tergelak besar mendengar jeritan Haera.
Dia terus memegang dadanya yang masih berdegup laju. "Park Haera who are you to make me feel like this" bisik Jungkook lantas berlalu menuju ke dapur.
+
Jungkook menunggu Haera sambil menikmati kopinya tangannya pantas membelek tab yang sentiasa dia bawa kemana-mana untuk melihat perkembangan projek kerjanya.
Kerana terlalu asyik melihat report yang dihantar oleh secretarynya dia tidak menyedari kehadiran Haera di hadapannya.
Haera berdehem kecil, Jungkook mendongakkan kepalanya dan memandang Haera.
Dia tersenyum sambil membawa cawan kopi ke bibirnya. " Duduklah"arah Jungkook sambil matanya melihat tab.
Haera mula menyentuh makanannya, pancake yang sudah terhidang di atas meja diambilnya lalu makan dengan berselera sekali.
" Makanlah perlahan-lahan" kata Jungkook sambil menghulurkan segelas jus oren kepada Haera.
" Sorry saya lapar sangat, tapi kan pancake ni sedaplah! " kata Haera sambil mengunyah makanan.
"Awak ni makan macam budak-budaklah" kata Jungkook sambil menggelengkan kepalanya.
Haera hanya tersenyum sambil tangannya mengikat toncang rambutnya. Jungkook memerhati perlakuan Haera serentak itu air mukanya berubah.
" Lepaskan rambut awak tu"kata Jungkook sedikit tegas. Haera memandang Jungkook pelik.
" Kenapa? "tanya Haera pelik, dia melihat air muka Jungkook yang berubah serius." Just do what l say Haera"jawab Jungkook.
" No, ni kan rambut saya suka hatilah saya nak lepas ke nak toncang ke,that's is none of your business" tambah Haera lagi sedikit keras suaranya lalu menjeling Jungkook.
Setelah mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Haera,Jungkook bangun lalu duduk di sebelah Haera. Tangannya memegang kepala kerusi Haera.
Pandangan matanya berubah, Jungkook sudah lama tidak berasa begini hanya melihat leher jinjang Haera dia sudah tidak dapat mengawal keinginannya yang satu itu. Haera begitu istimewa dan begitu menarik hatinya.
Dia mendekatkan wajahnya ke leher Haera, Haera mula menjarakkan dirinya namun dengan pantas Jungkook menarik lengan Haera.
Mereka berbalas pandangan. " Awak tahu tak bila saya tengok leher awak ni saya rasa nak kiss awak kat sini"bisik Jungkook sambil jarinya menyentuh leher Haera. "Dan saya nak buat macam-macam dekat awak yang awak tak boleh nak bayangkan Haera,so before l mark you as mine you better do as l said Park Haera because l'm not a patience person"bisik Jungkook sambil jarinya masih lagi mengusap leher Haera.
Haera merona merah kerana malu setelah mendengar kata-kata Jungkook. Bulu romanya meremang sungguh ini kali pertama dia bertemu dengan lelaki seperti Jungkook,dia tampak tenang namun sukar dibaca fikirannya. Seperti dia mempunyai dua personaliti yang berlainan dalam dirinya.
Hanya beberapa sentuhan Jungkook mampu melemahkan batin Haera. Membuatkan dia tidak mampu untuk melawan.
Haera menahan nafas, dia masih terkejut dengan perlakuan Jungkook, tangannya menggenggam bajunya erat cuba untuk mencari ketenangan di situ.
"You can breath now"ujar Jungkook lalu tersenyum dan menjarakkan dirinya pantas tangannya menarik ikatan rambut Haera.
" You look better now" kata Jungkook sambil mengusap rambut Haera yang panjang itu lalu bangun. " Kalau awak dah siap pergi ke ruang tamu saya nak cakap sesuatu dengan awak then saya hantar awak balik rumah"kata Jungkook lantas mengambil tab di atas meja lalu menuju ke ruang tamu,meninggalkan Haera yang masih lagi terpinga-pinga.
Haera menarik nafas panjang pantas tangannya mengurut dadanya cuba menenangkan hatinya yang berdebar-debar dia pantas meneguk jus oren dihadapannya cuba menghilangkan dahaga.
"Dia ni kenapa seram pulak aku kalau macam ni la perangai dia aku doa inilah kali terakhir aku jumpa dia. Menakutkan betul" bebel Haera.
Jungkook masih lagi menatap tabnya sambil membelek kertas kerja di atas meja kopi.
Perlahan Haera duduk di sebelah Jungkook. Matanya merenung Jungkook mengambil peluang ini melihat cara dan penampilan Jungkook. Haera hanya mendiamkan diri memerhatikan Jungkook yang sibuk dengan kerjanya.
"You know staring like that is rude"kata Jungkook perlahan lalu memandang Haera. Haera terus melarikan pandangan matanya sambil berdehem kecil.
"Awak nampak sibuk je. Awak nak cakap apa sebenarnya? "tanya Haera. Perlahan Jungkook mengeluarkan sesuatu dari poketnya.
"Handphone saya!!"jerit Haera sambil cuba mengambilnya dari tangan Jungkook dan dengan pantas Jungkook melarikan tangannya agar Haera tidak boleh mencapai.
" Tu handphone saya kan? Mesti saya tertinggal masa makan kat kedai 7eleven tu. Kenapa saya tak terfikir sampai kat situ yer. Apapun terima kasih sebab jumpa handphone saya. Boleh awak bagi semula handphone tu kat saya?" kata Haera sambil memandang penuh simpati kepada Jungkook.
" Boleh tapi dengan satu syarat"kata Jungkook sambil tersenyum. Haera menelan air liurnya. "Syarat apa? "tanya Haera,Jungkook menarik lengan Haera mendekatinya.
"Next month ada majlis perkahwinan sepupu saya dan saya nak awak jadi date saya."kata Jungkook separa berbisik.
"Kalau saya tak nak? "jawab Haera berani. Jungkook tersenyum sinis mendengar jawapan Haera. Lantas itu dia menolak tubuh Haera dan dalam sesaat Haera sudah terbaring dan badan Jungkook menindihnya.
"Awak buat apa ni? Bangunlah! "marah Haera lantas menolak dada Jungkook. " To make you agree with my condition" kata Jungkook berbisik.Dia mendekati wajah Haera sambil tersenyum sinis. Dia suka melihat reaksi Haera sebegitu.
Share this novel