Bab 23

Fanfiction - KPOP Series 6292

'Why we have to meet again Rara ah'bisik hati Woohyun dan tanpa disedari airmatanya menitis.

Mata Haera tidak berkalih daripada memandang Woohyun, seakan rindunya terhadap Woojin terubat. Mereka terlalu seiras sehinggakan ketika itu Haera melihat Woojin yang berada di hadapannya bukanlah Woohyun.

Namun seakan tersedar dari mimpi,perlahan Haera mengukir senyuman.

"Now, you are the one who crying Woohyun ah"kata Haera sambil memandang Woohyun.

Woohyun segera mengesat airmatanya, dia cuba mengawal emosinya ketika itu lebih-lebih lagi apabila melihat mata-mata yang memandang ke arahnya.

"Woohyun ah awak kenal ker Park Haera ni? "tanya Nari yang masih lagi memaut lengan Woohyun.

Sebenarnya Nari agak terkejut apabila melihat Woohyun menitiskan airmata saat dia melihat Haera.

Sepanjang perkenalannya dengan Woohyun dia tidak pernah melihat Woohyun menangis.
Woohyun yang dia kenal seorang yang ceria dan sentiasa tersenyum namun pandangan Woohyun terhadap Haera sesuatu yang baru baginya.

Pandangannya sukar ditafsirkan. Dan sekarang hatinya tertanya-tanya siapa sebenarnya Haera di mata Woohyun.

"Dia kawan baik saya, saya dah tak jumpa dia dah dua tahun"balas Woohyun sambil memandang Nari sekilas.

Bagaikan terkena mantera Haera menuju ke arah Woohyun lantas memeluknya erat.
Woohyun seakan terkejut dengan perbuatan Haera cuba bereaksi tenang lantas itu dia menepuk belakang Haera. Dan sebelah tangan lagi diletakkan di pinggang Haera.

Jungkook memerhati dengan penuh rasa cemburu, dia rasa tergugat tatkala melihat Haera memeluk Woohyun.

Dan dia rasa kecewa apabila sedar yang Haera banyak menyimpan rahsia daripadanya.

Wajahnya berubah namun dia cuba mengawal emosinya kerana banyak mata-mata yang memandang ketika itu.

Namun Taehyung sedar akan perubahan wajah Jungkook, dia cukup kenal dengan rakannya itu. Perlahan dia memeluk bahu Jungkook lantas melemparkan senyuman kepadanya.

"Hei, he is just her bestfriend"kata Taehyung perlahan. Jungkook membalas pandangan Taehyung.

"Aku tahu tapi aku rasa tak sedap hati"

"Semua akan okay saja, jangan risau okay"tambah Taehyung lagi.

"Kita jumpa lagi Woohyun ah"kata Haera setelah meleraikan pelukan mereka. Lantas itu dia memandang ke arah Jung Nari.

"Hai, saya Park Haera sorry pasal tadi saya dah lama tak jumpa dengan Woohyun then l got carried away saya harap unni tak kisah"kata Haera sambil tersenyum manis.

"Its okay,saya akan buat macam awak juga kalau saya jumpa dengan kawan baik saya"balas Nari sambil tersenyum.

Mereka semua terdiam,masing-masing takut untuk bersuara lebih-lebih lagi apabila melihat wajah Jungkook yang tegang.

"So mind to tell me how you two met? "tanya Nari kepada Haera dan Jungkook.

Dari ekor mata Jungkook dia sedar yang Woohyun seakan tidak sabar mendengar jawapan yang dia ingin beritahu.

Sambil memandang Woohyun dia menceritakan perihal pertemuannya dengan Haera.

"Noona kali pertama saya jumpa dia masa kat convenient store."kata Jungkook sambil tersenyum, tangannya memegang erat tangan Haera yang ketika itu tersenyum ke arahnya.

"Dan dia berbeza dari mana-mana perempuan yang pernah saya jumpa, she don't see me for my wealth and money"

"She know how broken l was but still she want to stay"

"And for that reason l falling in love with her"kata Jungkook sambil memandang Haera penuh rasa cinta.

"Wooooo"mereka semua mengusik Jungkook dan Haera, Woohyun terasa sakit di hatinya apabila melihat senyuman terukir di bibir Haera.

'Its good to see you smile Haera, tapi kenapa hati aku sakit dan kenapa bukan aku yang buatkan kau tersenyum.'bisik hati Woohyun sambil dia memandang Jungkook yang ketawa gembira.

Dia akui Jungkook seorang yang hensem dan dia tahu dia tidak mampu menandingi Jungkook.

Jungkook terlalu sempurna, dan hatinya tertanya adakah Jungkook tahu akan kisah silam Haera. Woohyun menghela nafasnya perlahan.

Dia tidak mahu berfikir negatif tetapi dia takut Jungkook akan lukakan hati Haera.

"Nari ah,Jungkook ni kan selepas dah jadi boyfriend Haera langsung tak boleh berenggang"kata Seokjin sambil ketawa mengusik.

"Betul tu, kadang-kadang dia macam budak kecil semula noona, and sometimes he was too jealous"tambah Hoseok lagi.

"Hyung nak buat macamana she was too precious to me. Saya kena jaga dia betul-betul"kata Jungkook sambil tersenyum.

"Kenapa takut saya lari ker? "tanya Haera sambil mengecilkan matanya memandang Jungkook.

"No but if you run l will find you no matter what"kata Jungkook. Haera memeluk tubuhnya sambil tersenyum memandang Jungkook.

"Awak tak tahu saya pergi mana Jungkook"kata Haera sambil tersenyum mengusik.

Jungkook memandang Haera serius, dia tidak sukakan gurauan Haera namun apabila perasaannya bercampur baur dan dia ingin tahu tentang Woohyun, perlahan matanya memandang Woohyun yang ketika itu sedang meneguk minumannya.

"Kalau macam tu saya kena tanya Woohyun. Dia kan kawan baik awak mesti dia tahu tentang awak lebih daripada saya betul kan Woohyun shi? "kata Jungkook.

Woohyun tersedak saat namanya meniti dibibir Jungkook. Lantas itu dia mengesat bibirnya dengan napkin. Woohyun berdehem kecil lalu tersenyum. Pandangannya dijatuhkan kepada Jungkook.

Dia menyedari Jungkook sekadar ingin mengujinya, jelas api cemburu terlihat di mata Jungkook.

"Kalau dia masih tak berubah, saya boleh beritahu awak kemana dia pergi bila dia sedih dan gembira, saya boleh beritahu awak apa yang dia suka dan tak suka."Woohyun memandang Haera.

"If she still the same person l once to know. Because in a duration of times people can changes."

Haera tersenyum mendengar kata-kata Woohyun.

"Baru dua tahun Woohyun ah awak cakap macam kita tak jumpa 10 tahun je.
Saya masih macam ni still the same. "kata Haera sambil ketawa.

"Awak tahu tak Haera its good to see you laugh again. Jungkook shi take care of her, she is the precious person to me"kata Woohyun sambil memandang Jungkook.

Jungkook tersenyum kecil sambil memandang Woohyun, perlahan anak matanya memandang Haera pula, mindanya cuba memahami maksud kata-kata Woohyun.

Haera berdehem kecil, matanya memandang Woohyun namun seakan dia melihat Woojin.

Senyumannya, gelak tawanya bermain di minda.

"Saya nak ke tandas sekejap ya"kata Haera ringkas lalu bangun lantas menuju ke tandas.

"Kenapa dengan aku ni, aku tak boleh rasa macam ni. Park Haera Cha Woojin dah tak ada dia dah mati, yang berada di hadapan kau sekarang adalah Woohyun Cha Woohyun. You have to stop this. Kalau tak Jungkook akan perasan."bisik Haera perlahan.

Lantas itu dia membasuh mukanya perlahan cuba menghilangkan debaran di hati.

Perlahan tangannya menyentuh dadanya jelas terasa degupan jantungnya yang laju.

Dia menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan. Lantas itu dia keluar dari tandas.

Mereka makan perlahan dan kadang-kadang ketawa mendengar Jin membuat lawak.

"Yah, Jin oppa sudahlah tu semua tu tak lawak pun"usik Haera sambil mencebik.

"Eleh, padahal dia jugak yang ketawa,kan Hobi"kata Jin sambil mencuit Hoseok di sebelahnya.

"Haish, hyung saya tengah makan ni"marah Hobi sambil menikmati makanannya.

Jungkook mendiamkan diri dari tadi, namun sesekali dia mencuri memandang Woohyun yang sedang tersenyum ketika bercakap dengan Nari.

Haera yang sedang asyik menikmati makanannya terkejut dengan bunyi deringan telefonnya.

Perlahan dia meminta diri lalu menuju ke satu sudut lantas mengangkat telefonnya itu.

"Hello"kata Haera perlahan. "Haera ah datang ke hospital cepat!" kata Jimin cemas.
"Kenapa oppa? Siapa yang sakit? "tanya Haera cemas.

"Omma, dia jatuh pengsan di rumah datang hospital cepat! "kata Jimin lagi lantas itu panggilannya terputus.

Jantungnya mula berdegup kencang saat itu. Sungguh dia masih berdendam dengan ommanya namun dia belum cukup kejam untuk tidak pedulikan wanita yang telah melahirkannya itu yang sedang sakit.

Lantas itu dia berlari menuju ke meja makan lantas mencapai tas tangannya.

"Kenapa Haera? Awak nampak cemas je? "tanya Jungkook sambil memaut lengan Haera.

"Saya kena pergi dulu Jungkook, omma saya masuk hospital"jawab Haera sepatah lalu meminta izin untuk pulang.

"Sorry korang saya terpaksa pulang dulu, omma saya masuk hospital"kata Haera perlahan.

"Its okay Haera, awak pergi dulu kejap lagi kitaorang menyusul"kata Seokjin. Lantas itu Haera mengukir senyuman lalu berlalu dari situ.

Baru setapak dia melangkah tangannya ditarik oleh Jungkook.

"Jom kita pergi sama-sama,saya hantarkan awak"katanya lagi.

Dari jauh dia melihat Jimin yang sedang mundar mandir di hadapan wad kecemasan.

"Oppa kenapa dengan omma? "tanya Haera sambil memeluk Jimin.

Saat itu dia mula menyedari yang Jimin sedang menangis.

"Haera ah omma, omma ada masalah jantung, oppa tak tahu keadaannya sekarang yang ada kat dalam tu kawan awak Jieun."kata Jimin lagi.

"Its okay oppa semua akan okay sahaja. "kata Haera sambil menepuk belakang Jimin.

Jungkook hanya memerhati Jimin dan Haera yang sedang berpelukan sengaja dia tidak mendekati mereka cuba memberi ruang buat mereka yang sekarang tengah risaukan tentang omma mereka.

Perlahan pintu emergency room terbuka dan menampakkan kelibat Jieun yang keluar dari pintu itu menuju ke arah Haera.

Lantas itu Jungkook mula melangkah menuju ke arah mereka.

"Jieun macamana dengan omma aku?"tanya Haera sambil mencapai tangan Jieun lantas mengenggamnya erat.

Jieun mengeluh perlahan, matanya memandang Jimin dan Haera silih berganti.

"Your omma almost lost her life Haera. She has end stage heart failure"Jieun mengeluh.

"Dan kau tahu betapa bahayanya penyakit tu. Sekarang ni omma kau dah stabil tapi masih perlu jagaan rapi. Dan aku cuba untuk daftarkan namanya untuk dapatkan penderma jantung. So buat masa sekarang dia perlu ditahan di hospital. Dan kami masukkan dia ke dalam wad icu. Dan Jimin tolong daftarkan omma di kaunter pendaftaran dan ni borangnya. Sorry Haera ah aku kena pergi dulu aku kena round dekat wad. Nanti kita jumpa lagi. Take care"kata Jieun lantas berlalu pergi.

Jimin hanya terdiam, tangannya menggenggam erat borang yang diberi oleh Jieun tadi.

Wajahnya keliru cuba untuk memahami setiap kata-kata Jieun tentang penyakit ommanya.

"Haera ah, betul ke apa yang Jieun cakap?"tanya Jimin dengan matanya yang berkaca.

Haera hanya mendiamkan dirinya. "Cakaplah kenapa diam! "kata Jimin dengan suaranya yang sedikit keras.

"Omma selalu tanya pasal awak, dia selalu tunggu awak balik tapi awak langsung tak pedulikan semua itu awak hanya fikir pasal diri awak je! Langsung tak fikirkan pasal perasaan dia. Awak fikirlah sendiri Haera, oppa dah penat dengan perangai degil awak"kata Jimin lantas berlalu meninggalkan Jungkook dan Haera di situ.

"Haera ah"panggil Jungkook perlahan.

Haera berpaling memandang Jungkook, lalu dia tersenyum kecil.

"Awak okay? "tanya Jungkook.

"Saya okay, saya mungkin kena tinggal kat hospital malam ni. I'm sorry Jungkook but l need a time to be alone"kata Haera.

"No, saya takkan tinggalkan awak dengan keadaan yang macam ni"kata Jungkook sambil menggelengkan kepalanya.

"lts okay, saya pernah hadapi situasi yang lebih teruk daripada ni"

"l be fine, l promised"kata Haera sambil tersenyum.

"Jimin oppa tengah sedih so saya tak kisah dengan kata-kata yang dia cakap tadi. Awak jangan risau saya okay"tambah Haera lagi sambil memeluk Jungkook kejap.

"Okay kalau ada apa-apa awak call saya okay? Jangan lupa"kata Jungkook sambil tangannya mengusap lembut pipi Haera.

Haera hanya mengangguk perlahan. "Okay kalau ada apa-apa awak orang pertama yang saya call dulu"

Jungkook tersenyum kecil mendengar kata-kata Haera. Lantas itu dia mengucup dahi Haera lalu pergi meninggalkan Haera keseorangan di situ.

Haera mengeluh perlahan, Lalu dia duduk di salah satu bangku di situ. Mindanya berputar mengingati setiap patah perkataan yang dilemparkan oleh Jimin. Pedih dan sakit itu yang dia rasakan.

Dia cuba mengawal nafasnya saat mindanya terbayang akan peristiwa pahitnya tentang omma suatu ketika dahulu.

Tangannya melekap di dada kirinya, saat dia mula berasa sukar untuk bernafas.

Dan Haera terkejut saat dirinya ditarik ke dalam pelukan.

"Awak ni bodohlah, dah tahu sakit kenapa sengsara seorang diri. I always be there for you and l won't leave you. "

Haera mula menangis dan tangisannya mula kedengaran.

"I'm sorry"

"lts nothing to be sorry about, and everythings gonna be alright"kata Jungkook lantas mengusap belakang Haera.

'l won't leave you Haera, not anymore'bisik hati Jungkook.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience