Bab 17

Fanfiction - KPOP Series 6292

Haera mengeluh perlahan badannya disandarkan kepada sofa. Lantas itu dia mengetuk dahinya.

"Kau ni kan tak buat masalah tak boleh ker? Kau tahu kan Hyuna tu kesayangan Jungkook kenapa lah kau pergi buang gambar dia. Mesti dia marah gila kat aku"kata Haera lantas berpaling melihat ke arah bilik Jungkook.

"Tapi tu sahaja caranya kalau nak buat dia lupakan Hyuna. "

Haera tersenyum sinis. "Tapi tak semestinya dia boleh terima cara aku"

"Ala lantaklah"bebel Haera lantas dia baring di sofa. Dia melihat pergelangan tangannya yang mulai lebam.

"Kenapa orang yang aku sayang buat aku macam ni. Dulu appa sekarang Jungkook pula."

Haera menarik nafas panjang lantas membelek lebam di tangannya.

"Haish kau ni Haera macam tak pernah kena pukul je. Ni sikit je kau pernah kena teruk dari ni lah"bebelnya lagi lantas memejamkan matanya. Dan tanpa dia sedar dia mula terlena.

Jungkook mula mengemas serpihan kaca di atas lantai perlahan dia mengesat kasar airmata di pipinya dan melepaskan tawa sinis.

Dia mengaku dia cukup marah dengan perlakuan Haera tadi. Tapi bila difikirkan balik betul juga apa yang dikatakan oleh Haera.

Perlahan dia membuka pintu bilik lantas menuju ke ruang tamu hatinya dipagut sayu saat melihat Haera yang tidur di atas sofa tanpa sebarang selimut menutupnya.

Dia ingin pergi semula ke biliknya untuk mengambil selimut namun saat dia ingin berpaling matanya tertancap pada tangan Haera yang lebam terus sahaja kakinya melangkah mendekati Haera.

Pantas tangannya memegang lembut tangan Haera yang lebam itu.

Haera terjaga saat dia berasa seseorang memegang tangannya. Terpisat-pisat dia membuka mata dan melihat Jungkook di hadapannya dengan mata yang berkaca.

Pantas dia bangun dan duduk mengadap Jungkook.

"l'm sorry l didn't mean to hurt you"sebak Haera mendengar suara Jungkook meminta maaf.

Lantas itu dia tersenyum sambil menggenggam tangan Jungkook.

"Tak ada apalah sikit je ni"ujar Haera sambil mengusap tangan Jungkook.

"Sikit awak cakap, kalau saya tak pegang tangan awak kuat tadi takkan lebam macam ni. " ujar Jungkook suaranya mulai serak.

"Hei, its okay tu bukan salah awak kalau saya di tempat awak tadi saya akan buat perkara yang sama tau"pujuk Haera sambil tersenyum lantas itu dia mendepakan tangannya.

Jungkook seakan memahami isyarat Haera lantas bangun lalu duduk di sebelahnya lantas tenggelam dalam pelukannya.

"Tangan Jungkook mengusap lembut kawasan yang lebam itu.

"l'm so sorry Haera"

"Hei, its okay lah kalau awak nak tahu masa saya kerja di hospital dulu lagi teruk dari ni tau saya kena"

Jungkook mendongakkan kepalanya memandang Haera.

"Maksud awak? "

"Ermm, saya pernah buat emergency operation atas seorang pesakit ni tapi dia ni gangster kalau awak perasan saya ada parut kat leher ni"kata Haera sambil menunjuk segaris parut di lehernya.

"Anak buah dia ugut saya kalau saya gagal selamatkan bos diaorang,mereka akan bunuh saya,masa tu diaorang letak pisau di leher saya mungkin tekanan tu kuat then my neck is bleeding tapi disebabkan saya takut saya buat betul-betul and the operation successfully done"kata Haera sambil tersenyum

"So l'm still alive jadi awak tak sakitkan saya pun dan saya maafkan awak tapi Jungkook saya harap awak pilih jalan yang terbaik untuk awak ubati luka awak barulah awak boleh bahagia"kata Haera lagi.

Jungkook tersenyum mendengar kata-kata Haera.

"So, who is Woojin? Saya rasa saya perlu tahu tentang dia"

Haera memandang Jungkook lantas itu dia menjarakkan dirinya sambil membetulkan rambutnya yang kusut.

"I need to know Haera"

Haera melepaskan keluhan panjang. Lalu dia memandang Jungkook tangannya mencapai bantal kecil di sofa lantas dipeluknya erat.

"Woojin adalah kawan saya masa saya high school lagi saya kenal dia masa tahun terakhir di sekolah dan saya jadi doktor pun disebabkan dia."

"Dia suka tolong orang he is too kind and when we study medical he is too obsessed with heart."

"Dia cakap dalam banyak-banyak organ dalam badan kita dia paling suka tentang jantung. Jantung takkan menipu saat kita sukakan seseorang.Dia akan berdegup laju di luar kawalan kita jika orang yang kita suka dekat dengan kita"

"That was really cheesy line but because of him l become CS"

"He is everything to me Jungkook, he was my bestfriend."

"Jimin tak pernah kenal dia dan saya pun tak pernah cerita pasal Woojin dengan dia.Lagipun masa tu Jimin dah masuk universiti so lagilah tak ada masa untuk kami bercerita tentang hal masing-masing."kata Haera sambil tersenyum.

Jungkook mendengar cerita Haera penuh fokus seakan tidak mahu tertinggal satu perkara pun.

"He in love with me tapi sebab saya takut,saya tolak masa dia lamar saya jadi girlfriend dia"

"Dan selepas tu dia makin jadi gila"kata Haera sambil ketawa.

"Dia buat segala untuk saya terima lamaran dia. Dia bagi bunga, coklat , surpise party dan macam-macamlah supaya saya jatuh hati dengan dia"kata Haera sambil ketawa. Jungkook tersenyum mendengar cerita Haera tangannya menggenggam tangan Haera erat.

"But l feel the same toward him but l'm so coward. Saya hilang dia sebelum sempat saya cakap yang saya terima cinta dia"

"That really was horibble moment in my life"

'Its was the second horrible to be truth, the first one l can't tell you Jungkook not now'bisik hati Haera lantas menyambung ayatnya.

"He die because of me, gangster yang saya selamatkan nyawanya tu ada musuh then dia cari siapa yang buat operation tu tapi Woojin mengaku dia yang buat bukan saya. Tapi mereka tahu and right in front of my eyes they shot him"

Haera mula ketawa sinis dan matanya mula bergenang. Jungkook menggenggam tangan Haera kuat.

"Saya masih ingat macamana mereka cakap dengan saya, dia cakap awak dah selamatkan nyawa dia dan kita tengok awak boleh selamatkan tak nyawa kawan awak ni"

"Kalaulah saya tak panik dan kalaulah saya fokus saya boleh selamatkan Woojin tapi semuanya berlaku dengan pantas. He lost too much blood."

"Dan peluru tu menembusi pembuluh darah utama dan masa nak buat operation tu semua dah terlambat. He died before l could do anything. "Haera menarik nafas panjang.

"Dan atas sebab yang sama saya berhenti kerja di hospital."kata Haera lagi.

Pantas Jungkook memeluk Haera erat.

"You are strong Haera. Kalau saya jadi awak  belum tentu saya boleh kuat macam awak"ujar Jungkook sambil menepuk belakang Haera.

"Then you have to be strong like me"kata Haera.Jungkook tersenyum mendengar kata-kata Haera. Lantas dia mengangguk perlahan. "Yes l have too"

"For you Haera"

__________

"Macamana kau tahu aku kat sini? "tanya Yoongi sambil meneguk vodka.

"Bukan susah pun nak cari kau,macam aku baru kenal kau hari ni"jawab Jimin lantas mengambil tempat di sebelah Yoongi.

"So apa cerita kau sekarang? "

"Cerita aku macam nilah tak ada yang berubah pun.Same and single"jawab Yoongi selamba lantas memusingkan badannya lalu melihat ke segenap ruang pub itu.

"Is Haera doing well? "

"Yoongi tersenyum kecil mendengar ayat yang keluar dari mulut Jimin.

"Kau kan abang dia kenapa tanya aku pula"jawapan Yoongi mengundang tawa di bibir Jimin.

"Kalau aku tahu tak adalah aku tanya kau lagipun aku hanya abang kandung dia that's it. Hanya abang tapi belum cukup untuk dia percayakan aku Yoongi"

"Kau pernah tanya dia kenapa dia tak percayakan kau Haera tu bukan jenis yang judge orang sesuka hati mesti ada sebab yang buat dia tak percayakan kau"kata Yoongi menyebabkan Jimin melepaskan keluhan panjang.

"Lantas itu dia memesan minuman lantas menongkat dagunya memandang Yoongi.

"Entahlah Yoongi aku pun dah giveup dengan Haera asal aku tanya dia macam-macam alasan dia bagi"ujar Jimin sambil mengeluh.

"Aku tak nak masuk campur urusan keluarga kau itu kau settle sendiri dengan Haera"

"You are no help"ujar Jimin sambil menggelengkan kepalanya.

"Aku rasa kan dah tiba masanya untuk aku dan Haera kembali ke hospital"

"Ex boss aku dah panggil tapi aku belum bincang lagi dengan Haera"

"Aku takut dia tak setuju lagi je"kata Yoongi lantas memandang Jimin.

"Dan kau jangan nak ungkit pasal hal kat hospital tu aku beritahu kau tanpa pengetahuan dia"amaran Yoongi mengundang tawa buat Jimin.

"Kau ingat aku ni jenis tak boleh simpan rahsia ker? "Jimin menyikat rambutnya kasar.

"Tapi jika dia uji kesabaran aku then l have to reveal it the truth "sambung Jimin sambil tersenyum sinis.

Yoongi menepuk bahu Jimin kasar lantas menunding jari ke arahnya.

"Kau jangan nak main-main ya masak aku nanti kena bebel dengan Haera kalau dia tahu aku beritahu kat kau"

"Kau tak faham Yoongi perasaan aku..."

Jimin meneguk kasar minumannya.

"Aku ni abang dia dan dia satu-satunya adik yang aku ada kau ingat aku tak terasa ker bila dia cerita semua kat kau sedangkan aku tak tahu apa-apa"Jimin ketawa sinis.

"Aku tahu aku selalu kacau dia tapi itu satu-satunya cara untuk aku rapat dengan dia dan bila aku tanya pasal apa yang berlaku 11 tahun lepas dia diam dan blah macam tu je"

"Aku terasa kau tahu tak"

Yoongi mengeluh perlahan dia tahu Jimin sudah pun mabuk dan selalunya orang mabuk ni dia akan bercerita perihal yang sebenar tentang perasaan dia.

Dan itu yang Jimin lakukan sekarang, dia tahu betapa Jimin ingin tahu tentang kenangan pahit Haera tapi bukan tempatnya untuk membuka cerita tentangnya.

Dia sudah memungkiri janjinya bercerita kepada Jimin tentang Woojin. Dan waktu itu dia telah mabuk dan Jimin mengambil kesempatan itu bertanya pasal Haera kepadanya.

Dan selepas itu setiap kali dia ingin mengosongkan mindanya dengan alkohol dia lebih berhati-hati.

"l want to protect her Yoongi as her brother"

"The incident at the hospital l failed because l don't know about it..."Jimin ketawa sinis lantas dia minum segelas dan segelas lagi dan apabila dia ingin minum segelas lagi Yoongi merampasnya kasar.

"Kau ni namanya abang Haera tapi cepat betul mabuk berbeza dengan adik kau tu minum bergelas-gelas pun okay lagi"bebel Yoongi sambil menggelengkan kepalanya.

"You shut up! Aku nak lindungi dia Yoongi, aku tak nak dia sedih! Yah, Park Haera! Park Haera! "Jimin mula hilang kawalan dia menjerit nama adiknya itu. Yoongi pantas membayar minuman mereka lantas memapah Jimin keluar dari pub.

"Haishhh! Sakit hati betul lah dengan kau ni Jimin! "marah Yoongi saat dia memapah Jimin ke arah bangku lantas mendudukkan Jimin di atas bangku di luar pub.

Jimin yang hilang kawalan mula tersenyum seorang diri dan kemudian mula bereaksi sedih.

"Aku takkan hantar kau balik"bebel Yoongi lantas mendail nombor Haera.

__________

"Oppa kenapa Jimin mabuk sampai macam ni? "tanya Haera yang baru sahaja keluar dari perut keretanya.

"Entahlah dia tiba-tiba je join oppa minum tadi lepas tu cakap merapu pasal awak then jadilah macam ni"balas Yoongi selamba lantas mengeluarkan sebatang rokok lalu menyalakan api lalu menghisap rokok perlahan.

Asap rokok mula berkepul-kepul, Haera mengeluh. "Oppa merokok tak baik untuk kesihatan"

"Oppa bukan selalu pun merokok cuma hari ni oppa stress sikit"balas Yoongi.

Haera memandang Jimin yang sudah pun terlena di bangku perlahan Haera mengangkat kepala Jimin lantas dilentokkan di bahunya.

Kedengaran dengkuran kecil terbit dari hidung Jimin.

"Oppa ada masalah ker? Ceritalah no more secret between us remember? "kata Haera sambil menarik tangan Yooongi agar duduk di sebelahnya.

"Professor Cha need us back in hospital Haera, and it stressed me out"kata Yoongi sambil memandang ke arah jalan raya.

Bunyi bingit dari pub kuat kedengaran namun tak mampu menghilangkan tekanan yang dia alami.

"Oppa sayang awak Haera, awak dah macam adik kandung oppa"kata Yoongi lantas bermain dengan rambut Haera.

"Tapi jika kita kembali semula ke hospital tu ibarat membuka semula luka di hati awak Haera. It will bleed again... "

"And for me to see you in that state l can't take it Haera not anymore"kata Yoongi lantas mengenggam tangan Haera.

"Bagi saya masa oppa,nanti saya akan beri jawapan dalam masa terdekat ni"ujar Haera membalas genggaman tangan Yoongi.

"So for now tolong saya bawa Jimin pulang ke rumah, please... "kata Haera sambil membuat muka comel.

"He is too heavy... Please Yoongi oppa"tambah Haera lagi.

"Okay fine"kata Yoongi lantas tersenyum sambil mencuit pipi Haera.

Haera hanya ketawa melihat Yoongi lantas mula memapah Jimin masuk ke dalam kereta lalu memandu pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience