Chapter 22

Romance Completed 32869

‘’Kau dengan Hakim memang anak tunggal ke Julia?’’ soalan Nani kali ini membuatkan Julia terdiam lama. Dia belum bercerita lagi tentang kisah sebenar keluarga mereka kepada Nani. Macam mana harus memulakan cerita, kalau cerita itu bakal membangkitkan kembali kenangan paling pahit dalam hidupnya.

‘’Julia...’’ Nani memanggil Julia dan mencuit pinggangnya. Julia yang sedang mengelamun tersentak lalu memandang sayu ke arah Nani.

‘’Hari tu hari kemerdekaan Malaysia, yang ke berapa, aku tak ingat. Aku dan Hakim mengikut rombongan sekolah. Papa dan mama bawa dua orang adik aku dan adik Hakim ke perarakan hari Kebangsaan.

Ketika itu mama aku sarat mengandung adik aku yang ke-4. Dalam perjalanan balik mereka kemalangan dan semuanya meninggal. Mama, papa, adik-adik kembar aku dan adik Hakim. Ibu mertua aku terkejut dengan berita itu dan mengalami kemurungan. Dia keguguran anak ke- 3 dan selepas aku tinggal dengan mereka, ibu mertua aku mengambil keputusan untuk tidak mengandung lagi. Aku dilayan melebihi anak kandung mereka, hingga Hakim cemburukan aku.

Sebab itu aku selalu bergaduh dengan Hakim. Sejak aku tinggal di rumah mereka, setiap kali kami bertegur sapa, kami akan bergaduh. Sebelum tu, dia tak pernah tegur aku. Kami memang berjiran tapi kami tak pernah bercakap sesama kami. Kalau pandang pun, hanya pandang gitu-gitu saja.’’ Julia bercerita sambil mengesat air matanya yang sempat menjengah pipinya. Dia menghela nafas dan melepaskannya perlahan.

‘’Sorry Julia..sorry, serius aku langsung tak tahu pasal tu. Sebab itulah, kau tak mahu bercerita dulukan? Maafkan aku Julia..’’ Nani merasa serba salah. Dia tak tahu, ada luka yang Julia sembunyikan.

‘’Kau tak bersalah pun Nani, sudahlah..semuanya dah terjadi pun. Ada hikmahnya kot..’’ Julia berkata perlahan, dia mengelus lembut tangan Nani yang nampak agak resah.

‘’Mak long asyik pandang kau saja tu. Agaknya mak long memang dah berkenan sangat dengan kau kot.’’ Julia cuba menjernihkan suasana kembali. Topik tadi dibuka kembali. Nani turut memandang ke arah yang sama Julia sedang tengok. Bibirnya mengukir senyuman, walaupun hatinya tak setuju dengan kata-kata Julia. Sengaja betul Aish membuat hati Suraya dalam kekeliruan.

‘’Kau jangan nak mula eh Julia!’’ Nani memberi amaran. Julia sudah ketawa sambil membalas pantas.

‘’Kalau kau tengok sepupu Hakim tu, mesti kau takkan tolak. Aku berani jamin Nani!’’ yakin betul Julia berkata-kata. Nani sudah mencebik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience