Chapter 17

Romance Completed 32869

Sebulan tak bersua muka dengan Hakim, Julia rasa macam nak balik ke Selangor secepat mungkin. Dia tak tahu, kenapa perasaannya menjadi kucar kacir sebegini. Setiap malam, sebelum melelapkan mata, pasti dia akan menangis setiap kali teringatkan Hakim. Ketika itu, dia terasa ingin berada dalam pelukan Hakim dan ingin bermanja dengan Hakim. Perasaannya benar-benar terdera. Sungguh, dia tak faham dengan perasaannya sendiri. Rasa sakit sangat dadanya, setiap kali kenangan bersama Hakim terimbas dalam ingatannya. Hanya Allah saja yang tahu!

‘’Julia..kau dah dengar berita terkini. Dengar kata, hari ini ada pengurus baru dari Selangor dah transfer ke sini. Dari cawangan lama kita dulu.’’ Nani mencuit Julia yang sedang tekun bekerja. Skrin komputer di depannya ditatap bagaikan ada wajah orang tersayang di dalamnya. Tangannya lincah menaip perkataan demi perkataan.

‘’Aku tak ambil tahu pasal orang lain. Kau macamlah tak kenal aku ni, Pengurus baru ke, bos baru ke, bukannya ada kena mengena dengan aku pun.’’ Selamba saja Julia bersuara sedangkan matanya masih terus menatap skrin komputer.

‘’Betul ni, kau tak nak ambil tahu? Nama pengurus baru tu pun kau tak nak tahu ke?’’ Nani terus menerus mengasak soalan kepada Julia.

‘’Buat apa nak tahu, siapa pengurus baru tu, bukannya akan merugikan atau menguntungkan aku pun.’’ Tegas sekali nada suara Julia. Nani sudah tersenyum mengejek. Tak untung, tak rugilah konon. Aku nak tengok, terbeliak ke tak mata kau sekejap lagi. Nani bermonolog di dalam hati.

‘’Aku dengar ceritakan, pengurus baru ni kuat menyalak tau. Kalau dia marah..huh, boleh terbang semangat. Dulukan..ada sorang kawan aku ni selalu sangat bertelagah dengan dia, sampaikan aku ni dah tak menang tangan untuk menegah mereka. Selalunya, aku yang jadi orang tengah untuk mendamaikan mereka. Entah apalah kawan aku tu...’’ Nani masih berceloteh dan terus memerhatikan riak wajah Julia yang masih tekun merenung skrin komputer sementara jari jemarinya masih rancak menari-nari di atas keyboard.

‘’Aku kenal ke kawan kau tu?’’ Julia terkesan dengan cerita Nani selepas beberapa detik. Dia menoleh juga ke arah Nani tetapi, Nani pula malas untuk melayan Julia dan berlalu ke mejanya. Julia mencebik bibir melihat gelagat Nani.

‘’Merajuk letew!..’’ Julia bermonolog dengan diri sendiri dan terus menumpukan perhatian dengan kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience