Hakim keluar ke ruang tamu, bibirnya tersenyum lebar melihat tv yang terpasang dan semakin lebar senyumnya, apabila melihat kelibat Julia yang sedang ralit menonton tv. Hakim menuju ke dapur dan membancuh dua mug minuman segera suam dan membawa ke ruang tamu. Hatinya bagaikan berbunga-bunga melihat Julia di depan mata, seolah kali pertama bertentang mata dengan kekasih hati yang sudah lama dirinduinya.
‘’Minum..’’ Hakim bersuara sambil meletakkan mug di atas meja sofa. Dia mengangkat kepala Julia dan duduk di atas sofa yang sama. Julia bangun dan duduk di sebelah Hakim tanpa berganjak sedikit pun. Mug di atas meja sofa dicapai selamba dan mula menghirup air buatan Hakim. Hmm..enak dan terasa segar tekak ketika meneguknya.
‘’Dah buat keputusan?’’ soalan yang tiba-tiba Hakim ajukan, membuatkan Julia memandang lama ke arahnya.
‘’Keputusan apa?’’ Julia mengajukan soalan kepada Hakim kembali. Hakim tak segera membalas, sebaliknya dia mengambil mug di dalam tangan Julia dan meletakkan di atas meja sofa semula, kemudian dia menarik kepala Julia dan mengucup lama dahi Julia. Jantung Julia terus berirama balada.
‘’Tinggal bersama untuk selamanya?’’ Hakim bersuara lagi selepas bibirnya yang mendarat di dahi Julia tadi dilepaskan. Julia terus mengangguk tanpa berfikir panjang.
‘’Terima kasih..’’ Hakim bersuara lagi dan memaut bahu Julia agar kepala Julia rebah di bahunya. Julia hanya menurut tanpa bantahan sedikit pun. Sekali lagi, bibir Hakim mendarat sipi di dahi Julia. Sipi-sipi saja tau, selebihnya terkena rambut Julia..
‘’Wangi rambut. Julia guna syampu apa?’’ tak ada topik untuk dibualkan, topik syampu pun kira okeylah. Julia tak menjawab pun, nanti macam buat iklan free pulakkan. Hanya bibir Hakim yang sudah merekah dengan senyuman sambil menghayati suasana romantik di ketika ini. Seketika cuma, Julia kembali menyandar di sofa sambil mencapai mug dan menghabiskan minumanya di dalam mug. Begitu juga dengan Hakim, dan suasana romantik sebentar tadi bertukar menjadi suasana ceria dengan hanya diriuhkan dengan suara peti tv di depan mereka.
Dan, malam ini merupakan malam pertama mereka menunaikan tangungjawab sebagai suami isteri yang sebenar. Seminggu dari sekarang, Julia tetap dengan keputusannya untuk berpindah ke Terengganu. Hakim tak boleh nak membantah lagi, kerana pertukaran Julia sudah diluluskan. Nani juga akan turut serta bersamanya. Seminggu masa yang tinggal, Julia dan Hakim habiskan dengan memori indah tanpa persengketaan. Itu yang mereka lakukan. Suasana bulan madu yang baru bermula dan akan ditinggalkan bersama rindu dan bunga-bunga cinta yang baru mula berputik. Yeahaaa....
Share this novel