Chapter 2

Romance Completed 32869

Julia menghela nafas lagi. Dadanya sesak dengan seribu satu persoalan. Hakim sudah banyak menguji kesabarannya, lebih-lebih lagi selepas mereka bergelar suami dan isteri. Hakim tak pernah menegurnya dengan suara romantik. Yang keluar dari bibirnya hanyalah suara tengkingan dan suara ‘harimau jadian’. Geram juga kalau difikirkannya.

‘’Julia, jom..’’ Julia mendongak. Nani sudah membuat isyarat menyuap ke mulut. Julia membelek jam di pergelangan tangan. Sudah masuk waktu rehat rupanya. Bila minda kusut, hati pula menerawang entah kemana. ‘’Jomlah, makan di mana pula hari ni?’’ Julia bangun dan mencapai beg tangannya, sambil itu bibir tetap mengungkapkan kata. Kalau ikutkan selera teman baiknya ini, hari-hari makan seafood pun boleh, tapi Julia pula alah dengan makanan laut.

‘’Nasi dagang, aku dah kempunan nak makan nasi dagang.’’ Pantas sekali Nani menjawab. Julia hanya mengangguk laju tanda menyetujui kata-kata Nani.

‘’Aku hairan betullah, Hakim dengan Farah tu, sejak sekolah lagi mereka berkawan. Takkan mereka tak teringin nak menamatkan hubungan mereka tu dengan hubungan yang sah. Apa pendapat kau Julia? Daripada mereka bercinta bagai nak rak, lebih baik bernikah saja. Taklah berdosa.’’ Nani meluahkan pendapatnya dengan suara yang perlahan. Julia menghela nafas berat. Hatinya bagaikan ditikam dengan selumbar berbisa, terasa sangat perit dan begitu sakit sekali.

‘’Aku tak hairan pun dengan mereka berdua tu, yang aku hairan dengan nasib aku ni, kenapa takdir asyik mempermainkan aku? Sejak aku tadika, aku sekelas dengan Hakim, hingga di mana saja aku ada, di situ dia pun ada. Tapi kami ni macam musuh dalam selimut. Tak pernah nak berbaik. Aku teringin sangat nak tinggal jauh dari dia, tapi kau tengoklah, dulu kami tinggal berjiran, sekarang selepas bekerja pun, kita berjiran juga dengan dia. Aku ikut dia ke atau dia yang ikut aku?’’ lain yang ditanya, lain pula yang Julia jawab. Nani sudah memandang pelik ke arahnya, lebih-lebih lagi bila melihat wajah Julia yang semakin mendung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience