Chapter 3

Romance Completed 32869

Kalau dia tak mahu beralah dan berbaik dengan kau, apa kata kau yang mulakan dulu, tegur dia dengan cara yang baik? Aku tengok, kau dengan Hakim ni dah macam kucing dengan anjing, pantang bertegur sapa, mesti nak bertengkar. Tengoklah, hari tu, kes kecil sangat, tapi korang bergaduh, macam nak perang saudara. Risau aku tengok.’’ Nani berkata dan menepuk perlahan bahu Julia yang sudah tengelam dengan perasaan keliru. Air matanya sudah bergenang, tunggu masa untuk gugur ke pipi.

Ehh..kau nangis ke Julia? Kenapa ni?’’ Nani terkejut melihat Julia yang mengesat air matanya. Dia tak menyangka, Julia akan terasa hati dengan kata-katanya.
Julia..janganlah macam ni. Okey, okey..kau tak payah beralah. Nanti kita minta transfer jauh dari sini. Aku teman kau okey. Kita pergi jauh dari sini, tak payah tengok dah muka Hakim tu, asalkan kau bahagia.’’ Nani cuba memujuk, Julia sudah mula teresak-esak dan dia menuju ke arah tandas. Di dalam tandas Julia menguncikan diri hinggalah dia merasa tenang dan mengelap air matanya hingga kering.

Kau janji ya, nanti kita minta tukar, jauh dari sini?’’ sebaik keluar dari bilik air, Julia terus menuntut janji dengan Nani yang masih setia menantinya. Julia cuba tersenyum.

Apa semua ni Julia? Siapa yang izinkan awak bertukar ni? Saya tak izinkan. Bila kita tak tinggal bersama, tak semestinya awak boleh buat keputusan sesuka hati awak. Apa hak saya sebagai suami? Kalau iya pun awak nak bebas, jangan sampai awak ketepikan saya sebagai seorang suami.’’ Hakim melenting lagi. Julia semakin keterlaluan sejak akhir-akhir ini. Semakin diberi muka, semakin dia melampau. Itu yang Hakim fikir.

Suami? Sejak bila kau pandai buat lawak antarabangsa ni Hakim? Aku tak tahu pun. Aku rasa, dah sampai masanya kita berpisah Hakim. Cukuplah sampai di sini saja. Kau tak jemu ke, sejak kecil lagi kita ni macam belangkas, tapi pantang bertegur sapa, kita pasti bergaduh. Aku dah jemu Hakim. Paling aku jemu sejak kita jadi suami dan isteri, kita tak pernah jalankan tanggungjawab kita pun. Aku tak mahu terus menerus tanggung dosa Hakim. Cukuplah kita berlakon sepanjang tiga tahun ni. Aku rasa, dah sampai masanya kita bawa haluan masing-masing. Selepas tiga bulan nanti, aku balik dan kita buat keputusan, sama ada nak teruskan perhubungan kita ni, atau kita berpisah saja.’’ Julia berkata yakin, namun masih terselit sedikit rasa ragu-ragu diakhir ayatnya diikuti helaan nafas yang panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience