‘’Kenapa? Sakit ke?’’ Hakim bertanya sambil berlari menghampiri Julia.
‘’Tak! Geram saja. Semuanya tak boleh. Awak dah sayang sangat-sangat ke kat saya?’’ Julia menjawab dan tersenyum lebar. Direnungnya mata Hakim minta jawapan. Hakim mencerlungkan matanya.
‘’Saya sayang anak saya yang kat dalam perut awak tu. Kalau jadi apa-apa kat awak, anak saya pun terbabit sama. Faham!’’ Hakim masih berdalih. Cuba mempertahankan egonya. Senyuman Julia semakin lebar mendengar alasan Hakim.
‘’Awak sorang saja ke yang sayang anak dalam perut ni? Habis tu, saya tak reti nak sayang dia?’’ Julia tetap membalas kata-kata Hakim.
‘’Kalau dah sayang, dengarlah cakap suami awak ni sama! Degil tak habis-habis.’’ Hakim masih bertegas dengan Julia. Tetap tak mahu mengalah.
‘’Sama saja dua-dua tu. Degil!’’ terdengar suara Puan Aini mencelah perbalahan kedua orang suami isteri ini. Julia dan Hakim menoleh serentak dan Puan Aini sudah tersenyum kepada keduanya.
‘’Sokong umi sejuta percent. Tapi, Julia rasa abang lagi degil daripada Julia kan umi?’’ Julia masih dengan pendapatnya sendiri sambil menjeling Hakim sekilas lalu sebelum menoleh ke arah Puan Aini semula.
‘’Julia dengan Hakim, sama-sama degil. Kalau tak dari awal lagi umi dan ayah dah timang cucu. Agaknya, dah lama kami dapat main dengan cucu.’’ Puan Aini berkata lagi. Hakim sudah tersengih dan menjungkitkan keningnya kepada Julia. Meluat Julia melihatnya.
‘’Haa..dengar tu.’’ Hakim menyokong kata-kata Uminya dan mencuit Julia.
‘’Elehhh..bila pula Julia pekak?’’
‘’Saya pun tak nak dengan awak, kalau awak pekak.’’
‘’Awak tak nak sudah! Ada lagi orang yang nak!’’
‘’Ingat awak sorang saja yang laku. Saya pun ada orang nak la!’’
‘’Mula lagi? Julia..Hakim..jangan sampai anak dalam perut tu degil macam mak dengan ayah dia sudahlah ya. Umi tak nak cucu degil. Cukuplah dapat anak dan menantu degil berdua ni. Asyik bergaduh tak berhenti. Tapi, dalam bergaduh pun, boroi jugak perut tu.’’ Puan Aini mencelah lagi sambil tersenyum dan terus melangkah untuk keluar.
‘’Umi!’’ serentak Julia dan Hakim bersuara.
Biarlah Nikah Tanpa Cinta! Yang penting Ijab & kabulnya itu sah. Semailah cinta selepas nikah dan bajalah dengan kasih sayang yang secukupnya. Siramlah dengan sifat tanggungjawab dan timbang rasa. Belailah selalu dengan saling memahami di antara satu sama lain. In Sha Allah..pasti sentiasa dalam RedhaNYA. Aamiin.
-TAMAT-
Share this novel