Chapter 18

Romance Completed 32869

‘’Perhatian semua! Berhenti sekejap buat kerja!’’ encik Saiful bersuara lantang. Ruang pejabat yang hanya mempunyai lima belas orang pekerja itu terus sunyi sepi dari sebarang suara atau ketukan keyboard.

‘’Saya nak memperkenalkan pengurus baru kita yang telah bertukar ke sini suka sama suka dengan encik Hamdi yang telah berpindah ke Selangor minggu lepas. Saya perkenalkan Adli Hakim Bin Suhaimi.’’ Semua mata kini tertumpu ke arah encik Saiful dan pengurus baru. Beberapa orang pekerja lelaki bangun dan pergi bersalaman dengan pengurus baru mereka. Julia menoleh ke arah Nani sambil membuat mimik muka masam. Serius, dia terasa sangat sebak melihat wajah Hakim yang sedang berdiri di dalam pejabatnya ketika ini.

‘’Ada sesiapa nak tanya soalan kepada pengurus baru?’’ encik Saiful bersuara lagi. Hakim hanya tersenyum tanpa suara. Matanya meliar mencari seseorang, tapi Julia awal-awal lagi sudah menyembunyikan wajahnya di sebalik penghadang yang ada di depannya. Nani sudah bergegar badan menahan gelak melihat gelagat Julia yang nampak agak mengelabah.

‘’Ada! Encik Hakim dah kahwin?’’ soalan yang agak nakal ditanya oleh satu-satunya gadis sunti di dalam pejabat ini. Siti Humaira yang sedang menunggu tawaran kerja dan hanya menjadi pekerja sementara sebagai kerani di dalam pejabat ini.

‘’Dah kahwin dah. Dah ada anak sepuluh orang pun.’’ Selamba badak saja Hakim menjawab dan bibirnya terus tersenyum. Siti Humaira mengeluh hampa, bukan kecewa tapi sengaja untuk berlawak, kononnya.

‘’Kenapa tu Humaira? Awak dah lupa ke, awak tu dah berjanji untuk jadi isteri saya yang ke tiga?’’ encik Saiful bertanya dalam loghat Terengganunya yang pekat. Seisi pejabat riuh seketika dengan gelak dan ketawa.

‘’Encik Hakim! Anak-anak encik Hakim tu lelaki ke perempuan?’’ Nani tumpang sekaki untuk meriuhkan suasana dengan soalannya. Julia sudah mengebam bibir menahan geram.

‘’Oh..pasal tu, awak kena tanya sendirilah dengan isteri saya, sebab buat masa sekarang, kami baru saja merancang nak anak.’’ Masih dengan suara selambanya, diikuti dengan ketawa perlahan yang keluar dari bibir Hakim. Nani turut ketawa sambil menjeling Julia dan membuat thum down.

‘’Hah..sudah! Tak ada soalan lain ke? Semuanya berunsur peribadi. Dipangkah soalan peribadi. Next question please!’’ encik Saiful membuat keputusan tegas.

‘’Tak habis lagi ke sesi suai kenal? Kerja berlambak lagi nak buat ni!’’ pekerja paling tua dalam pejabat, Puan Halimah pula menyoal. Seluruh pejabat menjadi sunyi sepi dan meneruskan kerja semula. Encik Saiful sendiri pun tak berani nak bersuara, kerana Puan Halimah adalah pekerja yang pantang dijawab kata-katanya.

Suasana pejabat terus berjalan seperti biasa. Hakim dibawa ke bilik pejabatnya sendiri. Julia sudah tersenyum di dalam hati. Beberapa minit kemudian Julia menerima mesej dari Hakim.

Hakim : Awak kat mana ni? Saya tak nampak awak pun.

Julia : Ada..

Hakim : Kat mana?

Julia : Sebelah meja Nani. Buatlah kerja! Jangan nak curi tulang. Suruh encik Saiful potong gaji baru tau. Baru kerja dah berani curi tulang.

Julia mengakhiri mesejnya dengan icon lidah terjelir. Hakim sudah tersenyum bahagia dan keluar meronda di luar dan mencari meja Julia. Ketika ini Julia masih rancak menaip kerjanya dan sedang mengemas kini kembali kerjanya. Memerhatikan kesalahan ejaan dan sebagainya sebelum disalin keluar hasil kerjanya itu.

‘’Amboi..tekunnya buat kerja. Nak cepat naik pangkat ke?’’ soalan Hakim ketika dia berjaya bertemu meja Julia dan sedang berdiri di sebelah tempat duduk Julia. Tergaman Julia melihat Hakim. Ada beberapa pasang mata sudah memandang ke arah mereka.

‘’Hakim! Yang tu jangan kacau. Saya dah cop untuk buat isteri yang ke empat.’’ Encik Saiful terus berseloroh dengan lawak jenakanya yang langsung tak kelakar. Ada hati nak pasang bini empat kononnya. Isteri baru sorang pun dah kena control.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience