‘’Pergilah Julia..dia malu kot tu..’’ Nani yang malu dengan Hakim menolak Julia agar pergi kepada Hakim. Tetiba saja Hakim muncul ketika mereka sedang berbual pasal Azlan. Maunya Nani tak malu, kalaulah Hakim terdengar perbualan mereka tadi..
‘’Umi panggil!’’ Hakim beralasan. Barulah Julia mengambil perhatian dan melangkah ke arah pintu bilik.
‘’Betul ke umi panggil?’’ sambil melangkah Julia terus menyoal. Hakim mengangguk sambil tersenyum nakal.
‘’Umi mana?’’ Julia bertanya sambil matanya meninjau sekeliling dan memanjangkan lehernya ke ruang tamu.
Umi dah tidur. Abang yang tak boleh tidur. Julia tak ada, mata tak mahu lelap. Temankan abang sampai abang tidur dulu, baru Julia pergi tidur dengan Nani, please..’’ Hakim berkata selamba sambil mengenyit mata, bila Julia memandang tepat ke wajahnya sambil mencerlungkan mata.
‘’Sejak bila pula Adli Hakim Bin Suhaimi ni dah pandai mengada-ngada ni? Julia nak teman Nani la, dia kan tetamu kita. Awak tu macam tak biasa jee tidur sorang.’’ Julia bertegas dan ingin masuk ke biliknya semula, tapi pantas saja Hakim menarik tangan Julia dan mengheret Julia masuk ke biliknya.
‘’Sejak abang dah pandai peluk Julia ketika tidur, sejak tu abang dah tak biasa tidur sorang lagi..’’ suara nakal Hakim kedengaran sangat jelas di telinga Julia. Bulu roma Julia sudah mula meremang mendengar bisikan romantik Hakim malam ini, namun hatinya resah bila memikirkan tentang Nina yang berada di bilik sebelah.
‘’Err..macam ni, biar Julia temankan Nani sampai Nani lena dulu, nanti Julia datang balik ke bilik awak. Okey?’’ Julia cuba membuat janji yang dia sendiri tak pasti. Takut-takut, dia yang terlelap dulu dari Nani pula nanti.
‘’Tak boleh! Temankan abang tidur dulu, lepas abang lelap, baru Julia pergi tidur dengan Nani..’’ Hakim juga turut berkeras. Dah memang sama-sama keras kepala dan takkan mengalah terlebih dahulu.
‘’Alaa...’’ Julia sudah mula merengek. Geram betul dia dengan Hakim yang banyak kerenah. Tentu Nani akan menyakat dia esok, kalau dia tahu Hakim memanggil dia untuk tidur bersama.
‘’Apa?!! Jangan nak jadi isteri yang derhaka Julia Delisha..’’ Hakim terus dengan sikap keras kepalanya. Kalau dia kata yang itu, takkan ada yang ini. Haih! Taulah, dia tu suami pun.
Dan..malam itu Nani tidur seorang diri hingga ke pagi. Julia yang kononnya terpaksa menemankan Hakim tidur, rupa-rupanya, dia yang terlelap sebelum Hakim melelapkan mata. Hanya ketawa yang Hakim hadiahkan buat Julia bila melihat dengkuran kecil Julia yang kedengaran dalam pelukannya malam itu. Alahai Julia Delisha!..
Share this novel