Beberapa bulan kemudian..
Hari ni kali pertama Nani mengikut Julia pulang ke kampung. Hakim akan pulang dua hari kemudian kerana dia ada urusan penting yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Nani dan Julia berkawan sudah lama, namun masing-masing tak mahu mengambil tahu hal peribadi masing-masing, asal keturunan dan sebagainya. Itu janji mereka ketika di awal perkenalan. Jadi, banyak perkara mengenai Julia yang Nani tak tahu dan begitulah sebaliknya.
‘'Nani, tu lah mak long Hakim, kau tahu tak, dia sedang mencari calon menantu untuk anak bongsu dia. Aku bercadang nak kenalkan kau untuk anak bongsu dia tu, kau nak tak?’’ Julia memuncungkan bibir ke arah seorang wanita separuh umur dan bertanya soalan ‘mencari nahas’kepada Nani.
‘’Kau jangan cari pasal dengan aku Julia! Habis tu Azlan aku nak campak kat mana?’’ Nani menyoal Julia kembali.
‘’Kebetulan sangat tu Nani, sepupu Hakim tu pun nama Azlan jugak. Kau nak tak? Aku cadangkan nama kau erk? Mak long tu macam dah berkenan jee dengan kau.’’ Julia masih cuba mengenakan Nani. Mencerlung mata Nani memandang wajah Julia yang nampak tenang dan sedang tersenyum lebar itu.
‘’Aku ni jenis yang setia sampai mati tau! Tak payah kau nak susah payah habiskan air liur kau tu untuk cadangkan nama aku, kalau tak...’’ Nani tak menghabiskan kata-katanya, dia memberi isyarat untuk membocorkan rahsia Julia dengan Hakim sambil menjeling ke arah ibu mertua Julia yang berada di sebelah mak long Hakim iaitu kakak kepada ibu mertua Julia.
‘’Alaa..Umi dah lama tahu. Aku dengan Hakim tu memang juara gaduh sejak kecil. Kalau kau bagitau umi pun, dia ketawa saja. Aku berani jamin seratus percent.’’ Julia berkata yakin, walau pun sebenarnya, dia pun tak pasti apa respon ibu mertuanya, kalau dia tahu mereka tak tinggal serumah selama tiga tahun. Hanya beberapa bulan ni saja mereka tinggal bersama.
Share this novel