Kereta Hakim meredah jalan raya yang sibuk dan bertali arus. Sudah sejam mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Waktu pula kian berlalu dan merangkak ke senja. Julia di sebelah hanya memandang keluar dan sekali sekala, dia memejamkan matanya. Dia tak tahu macam mana Hakim boleh tahu semua rancangannya. Kalau ikutkan hati Julia, dia ingin pergi dalam diam. Tak tahu pula, siapa yang menyebarkan cerita bahawa dia akan bertukar ke Terengganu. Inilah kata orang, kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya.
Awak memang dah benci sangat ke dengan saya Julia? Tak pernah² awak beraku dan berkau sebelum ni, tapi hari ini..’’ Hakim tak meneruskan kata-katanya, dia menoleh ke arah Julia yang duduk di sebelahnya. Memang dia terkejut dengan bahasa Julia hari ini hingga dia terikut sama berbahasa kasar. Mereka tak pernah mesra sebelum ini, Cuma mereka masih berbicara sopan. Awak dan saya sudah mereka gunakan sejak kecil lagi, hanya beberapa kali ketika mereka bergaduh saja, mereka akan gunakan perkataan aku dan kau itu. Tapi, sejak mereka bernikah, ini kali pertama keluar dari bibir masing-masing.
Aku dah malas nak berbudi bahasa dengan kau. Tak ada maknanya semuanya tu. Kau tu hanya nampak kesalahan aku sejak dulu. Aku rampas umi dan ayahlah. Aku rampas kasih sayang merekalah. Aku itu lah aku ini..macamlah kau tu sempurna sangat. Kau tu yang tak dapat menerima ketentuan takdir, tapi kau asyik menuding jari ke arah aku. Kau ingat, kau tu baik sangat?’’ Julia melepaskan saja apa yang terbuku di dalam dadanya selama ini.
Kenapa dengan awak ni Julia? Saya dah cuba berbaik dengan awak, tapi awak masih nak beraku, kau lagi? Cukup-cukuplah tu..’’ Hakim cuba mengawal rasa marahnya yang kembali menyerang perasaannya. Dia menarik nafas dan melepaskannya. Waktu maghrib macam ni, memang banyak iblis dan syaitan sedang berkeliaran. Kalau hilang sabar, mungkin penampar bakal naik ke muka.
Diamlah! Jangan banyak tanya!’’ Julia membalas pantas sambil mendengus geram. Aku juga yang salah ke? Julia menyoal di dalam hati.
Kalau diam, bila masalah kita nak selesai? Okey, nanti kau balik rumah kita. Aku nak tunaikan tanggungjawab aku. Kita solat jemaah bersama, selepas tu kita berbincang.’’ Hakim bersuara tegas. Julia terus membuka matanya seluas mungkin dan menoleh ke arah Hakim, namun Hakim hanya beriak selamba dan terus memandang ke hadapan.
‘’Are you crazy? Nanti apa pula kata kawan-kawan aku dan jiran-jiran kita? Mana ada orang yang tahu kita ni suami isteri.’’ Julia bersuara lantang. Terkejut betul dia mendengar saranan Hakim sebentar tadi. Setakat hari ini mereka mengunci kejap perhubungan mereka. Walaupun ramai rakan-rakan sekerja dan rakan serumah Julia yang sudah lama mengenali mereka berdua, tapi pertalian mereka tiada siapa pun yang tahu. Mereka selalu balik kampung dan umi dan ayah mereka memang tak pernah datang menjenguk mereka. Ada saja alasan yang mereka berikan, sekiranya orang tua mereka nak datang berziarah.
Saya belum gila Julia. Sudah sampai masanya, kita hentikan lakonan kita ni. Tiga tahun kita bergelumang dosa, hanya menjadi suami isteri di atas kertas dan menipu orang-orang kampung dengan hubungan palsu kita yang sah selama ini. Umi dan ayah tu percayakan kita sepenuh hati Julia, tapi kita dah banyak mengecewakan mereka.’’ Hakim berkata dengan suara tenang dan menoleh sejenak ke arah Julia. Mata mereka bertemu seketika. Aish dalam dilema perasaan. Dia langsung tak menyangka, Hakim akan berubah begini. Sebelum ini, Hakim yang selalu memulakan sengketa. Ada saja yang tak kena di matanya. Julia hanya mendiamkan diri, walau apa pun yang Hakim lakukan. Hakim keluar berdating dan bermesra di depan matanya pun, Julia macam patung beku yang tak ada perasaan.
‘’Kau kena sampuk ke Hakim?’’ Julia bertanya tanpa rasa bersalah. Hakim pula sudah ketawa perlahan. Semakin tercengang Julia melihat gelagat Hakim yang baru ini.
Share this novel