Hakim memakai baju t-shirt paling baru yang ada di dalam almarinya, seluar slack hitam dan menyembur minyak wangi ke seluruh tubuh. Sedikit minyak wangi disapu ke leher dan pergelangan tangan. Hakim bersiul riang. Hatinya bahagia bukan kepalang bila Julia sudi untuk keluar makan malam bersamanya malam ini.
Manakala, Julia pula hanya menyarung t-shirt lengan panjang yang dibelinya ketika dia sedang belajar di Universiti dulu. Baju t-shirt yang sudah agak lusuh dengan seluar trek berwarna biru tua. Tiada sebarang minyak wangi yang disembur ke tubuh atau pakaiannya. Selepas mengenakan tudung arini bersaiz L, Julia terus keluar dan menanti Hakim di depan pintu pagar rumahnya. Kepada rakan-rakan serumah dia memberitahu bahawa dia keluar untuk membuat perhitungan terakhir dengan Hakim.
Hakim keluar dari rumah dan mengintai ke rumah sebelah. Dia mencari kelibat Julia tanpa menyedari Julia sedang memerhatikan gelagatnya di depan pintu pagar. Julia ketawa perlahan melihatnya. Julia sendiri tak menyangka dia akan ketawa begini. Selama ini, Hakim hanya membuatnya sakit hati dan rasa amarah yang membuak-buak setiap kali mereka bersua muka.
Oii..cepatlah! Sebelum Isyak nanti kita balik. Julia melaung dari pintu pagar selepas ketawanya reda. Hakim terus tercengang selepas mendengar suara Julia dan berlagak selamba. Dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin, kemudian dia keluar semula untuk membuka pintu pagar.
Tutup pintu pagar dulu! Hakim menurunkan cermin kereta dan memberi arahan kepada Julia. Sambil menurut perintah, bibir Julia terkumat-kamit membebel.
Nak makan kat mana ni? Malam-malam pun awak pakai minyak wangi ke Azril? Nak keluar makan ke nak keluar date? Awak jangan tinggalkan saya pulak malam-malam ni, saya balik kampung report kat umi karang.’’ Sambil bertanya, Julia berceloteh panjang. Pening kepalanya dengan bauan yang masuk ke hidungnya, ditambah dengan bau penyegar udara dari dalam kereta.
Hmm..memang nak keluar date pun. Selamba saja Hakim menjawab sambil tersengih. Julia mengerut dahi, pelik betul dengan sikap Hakim malam ini. Meremang saja bulu tengkuknya, seriau..kalau-kalau Hakim sedang buang tebiat.
Awak tak buang tebiatkan? Julia menyuarakan apa yang dia rasa. Hakim berdecit geram. Tersentak hati dengan pertanyaan Julia.
Awak memang dah tak sabar nak jadi janda berhiaskan? Senanglah awak nak cari penganti nanti, agaknya encik Taufik tu pun dah tak sabar nak pinang awak.’’ Hakim membalas pedas. Bibit-bibit perbalahan kembali berputik. Julia pula tak semena-mena tersenyum manis. Dia tak menyangka, Hakim akan cemburu dengan bos mereka yang masih bujang tu.
Share this novel