Chapter 24

Romance Completed 32869

‘’Hah? Bila? Aku tak perasan pun.’’ Nani bertanya sambil cuba mengingat kembali. Apa yang dia ingat, mereka berdua tu hanya tahu bergaduh saja, cuma sejak beberapa bulan kebelakangan ini saja mereka bagaikan merpati dua sejoli. Kadang-kadang naik menyampah pula tengok gelagat mereka berdua tu.

‘’Hmm..dahlah, tak payah cakap pasal mereka lagi. Berbalik pasal soalan aku tadi, kau nak terima ke tak, kalau mak long Hakim masuk meminang kau untuk anak bongsu dia?’’ Hakim kembali membuka topik asal mereka tadi. Nani terdiam lagi. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah Hakim yang mungkin sudah menyampaikan berita itu kepada Azlan.

‘’Tak nak!’’ Nani berkata yakin.

‘’Kenapa pula?’’ Azlan bertanya dengan suara sayu.

‘’Aku setia dengan yang satu saja!’’ sekali lagi Nani menyatakan suara hatinya.

‘’Laa..anak mak long Hakim pun nama Azlan jugak. Kau kan nak kahwin dengan aku, tak betul ke?’’ Azlan cuba untuk mengelirukan Nani. Dia sangat pasti yang Nani belum tahu, bahawa nya dialah sepupu Hakim itu. Anak bongsu kepada mak long Hakim.

‘’Aku nak kahwin dengan kau, bukan dengan Azlan anak mak long Hakim tu..’’ Nani bersuara tegas sambil mengetap bibirnya dan menjeling Azlan dengan pandangan tajam. Hatinya sudah bercampur geram. Suka sangat menguji perasaan oranglah. Nani membentak di dalam hati.

‘’Azlan!’’ tiba-tiba suara seorang perempuan kedengaran melaung nama Azlan dengan agak kuat. Azlan dan Nani menoleh serentak.

‘’Ya Mak!’’ Azlan menyahut.
‘’Tak payah nak ngayat anak dara orang tu. Belum jadi hak kamu lagi. Suruh Nani tu masuk ke dalam ni. Azlan tu asyik berbual saja, dah tak reti-reti nak tolong apa yang patut? Jangan ingat Azlan tu baru balik, Azlan tak boleh nak tolong mak buat kerja. Masa kenduri kamu nanti, jangan harap orang lain nak tolong.’’ Mak long Hakim merangkap emak Azlan bersuara, mengingatkan anak bongsunya akan hakikat kebenarannya. Mereka di rumah kenduri dan harus bekerjasama membantu apa yang patut. Selebihnya, jangan nak mengatal dengan anak dara orang, selagi belum diijab kabulkan.

‘’Baiklah mak! Tapi.. Nani kata, kalau mak yang masuk meminang dia, dia tak nak terima. Azlan dah kena reject mak!’’ Azlan berkata lagi dalam nada tegas, tapi dia sekadar berkata untuk mengenakan Nani yang sudah tercengang. Sudah pastinya, dia sedang keliru tahap kritikal disaat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience