Julia memerhatikan lelaki yang sedang berbual dengan rakan sekerja dengan pandangan kosong. Lelaki yang sudah hampir tiga tahun bergelar suaminya. Kasih menghela nafas panjang. Sepanjang bergelar suami isteri mereka ibaratkan seperti orang asing. Sejak kecil, mereka berjiran. Bersekolah di tadika yang sama. Sekolah rendah dan kelas yang sama, dari darjah satu hingga darjah enam. Tingkatan satu hingga tingkatan enam dan akhirnya menuntut di Universiti yang sama dengan kuliah dan kursus yang sama.
Julia tak tahu, dari mana nak memulakan kisahnya. Seingat Julia, keluarga mereka cukup rapat, tapi Papa dan Mama Julia meninggal ketika Julia masih bersekolah rendah. Umur baru dua belas tahun, tetapi Julia sudah ditunangkan dengan Hakim. Sejak itu, dia dan Hakim bermusuh. Entah di mana silapnya. Julia merasa Hakim membenci dirinya kerana dia telah diambil untuk tinggal di rumah mereka selepas kedua ibu bapanya meninggal. Umi dan Ayah Hakim pula, tak mahu melepaskan Julia ke tangan orang lain, jadi ikatan pertunangan harus diikat. Hakim dan Julia diperintahkan agar menurut pada semua kehendak kedua orang tua.
Mereka memang tak pernah bertegur sapa sejak kecil. Kalau bertegur pun, pasti akan terjadi nya sebuah pertengkaran. Hanya di depan kedua orang ibu bapa mereka saja, masing-masing tunjuk perangai baik. Berlakon yang lebihnya, dalam hati masing-masing, hanya Allah saja yang tahu.
Share this novel