Chapter 19

Romance Completed 32869

‘’Wahai encik Saiful. Takkan tak nampak, dah ada cop kat dahi Julia tu, dia tu isteri orang.’’ Nani mencelah, almaklumlah..takut sangat dia kalau-kalau Hakim dan Julia tu bergaduh lagi kerana gurauan encik Saiful yang tak mengira masa dan siapa orangnya tu.

‘’Aihh..Julia dah kahwin? Baru ingat nak suruh mek pergi minang.’’ Suara seorang pekerja yang bersebelahan meja Julia pula berbunyi. Jejaka anak jati Kuala Terengganu, Mohd Asrol menghela nafas berat. Frust lah kot...

‘’Ramai peminat nampak?’’ tiga perkataan dari Hakim yang membuatkan Julia mengetap bibir tanpa sedar. Hakim terus berlalu dan berkenalan dengan pekerja-pekerja dalam pejabat seorang demi seorang. Ramah betul Hakim tak kira jantina, semua ditegurnya. Julia malas nak ambil tahu, kerana yang pasti hati dan jantungnya sedang berdetak dengan laju. Tak tahu kenapa, dia rasa mengelabah sekarang bila Hakim sudah berada dekat dengannya. Adakah sudah ada cinta yang bersemi di dalam hatinya? Ah..apakah semuanya ini? Bukan baru sehari dia kenal Hakim. Sudah berpuluh tahun pun, seiring dengan umur mereka yang sudah menjangkau ke usia 25 tahun.

Hakim dan Julia saling merenung sejak tadi. Nani yang berada di sebelah Julia pula sudah mengeleng kepala tanpa henti. Tak pernah dilihat kelakuan dua orang sahabatnya seperti ini. Sahabat yang dikenalinya ketika tingkatan satu di sekolah berasrama penuh.

Dia kenal Julia dan Hakim kerana mereka sekelas dan satu kuliah. Sejak dia berkawan baik dengan Julia, dia juga berkawan baik dengan hakim kerana Nani bercinta dengan kawan baik Hakim yang kini masih menyambung pelajarannya di luar Negara. Nani yang sedang bercinta dengan Azlan akan mengikat tali pertunangan selepas Azlan pulang ke Malaysia pada hujung tahun ini.

Mereka berempat sebaya, termasuk lah Farah yang merupakan kawan sekelas mereka ketika tingkatan empat. Ketika di Universiti mereka masih bersama, kecuali Azlan yang terpaksa mengikut arahan keluarganya untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

‘’Korang berdua ni, ingat aku halimunan ke?’’ Nani yang mula rimas bersuara akhirnya. Hakim dan Jukia ketawa serentak.

‘’Relax ar Nani..bukan selalu pun kau nak rasa suasana macam ni. Nanti, bila Azlan balik Malaysia, kau dengan dia pun macam ni juga rasanya, atau mungkin lagi teruk daripada kami.’’ Selamba saja Hakim mengusik Nani di depan Julia. Mencerlung mata Nani memandang Hakim yang sudah mengenyit matanya kepada Julia.

‘’Kau ni Nani..kami bergaduh pun kau marah. Kami baik pun kau tak suka. Macam mana lagi kami nak buat?’’ Julia turut menyokong Hakim dan mata mereka bertembung lagi sambil bibir turut tersenyum.

‘’Jangan lah over sangat. Depan aku kot. Kat tempat awam kot. Tunggulah korang balik rumah dulu, lepas tu korang berkurunglah dalam bilik dua puluh empat jam.’’ Nani membalas pedas. Geram dia dengan gelagat suami isteri di depan matanya kini. Macam tak jumpa sepuluh tahun saja lagak mereka. Padahal, baru sebulan berlalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience