Dua hari kemudian....
‘’Eh Azlan, kau buat apa kat sini? Bila kau sampai?’’ Nani bertanya cemas. Hari ini ada kenduri kesyukuran di rumah mertua Julia. Kesyukuran sebab mereka bakal menimang cucu sulung. Julia disahkan telah mengandung tiga bulan. Gembira tak terkata Puan Aini dan suaminya encik Suhaimi.
‘’Itulah kau, selalu sangat ketinggalan kapal terbang. Aku dengan Hakim kan kawan baik, sejak kecil lagi, pantang ada kenduri di rumah dia, aku lah orang pertama yang sampai dulu.’’ Azlan bersuara tenang. Dia pasti sangat kekasih hatinya ini memang tak tahu apa-apa tentang dia dan Hakim. Nani memang slow sikit sejak dulu. Lurus bendul orangnya. Apa yang orang bagitau dia, semuanya dia percaya bulat-bulat. Bukannya nak siasat kebenarannya.
‘’Oh, kau tak pernah cerita. Manalah aku tahu. Bila kau balik Malaysia?’’ Nani bertanya lagi, kerana setahu dia Azlan akan pulang ke Malaysia dalam seminggu lagi. Kenapa, hari ini dia sudah ada di sini.
‘’Apa maksud kau? Aku tak pernah keluar dari Malaysia pun.’’ Azlan sengaja mengenakan Nani, sedangkan Hakim baru saja mengambilnya di KLIA dan dia pulang bersama Hakim pagi ini ke kampung.
‘’Hah?’’ Nani blurr mendengar soalan Azlan. Dia sedikit keliru dengan kenyataan Azlan.
‘’Kau ni Nani..memang senang kena tipukan? Aku dengar kata mak long Hakim tu dah berkenan sangat dengan kau. Apa pendapat kau, kalau dia masuk meminang? Kau nak terima tak?’’ Azlan masih cuba menguji Nani, yang pastinya tak tahu apa-apa tentang hubungan Hakim dengan Azlan.
'’Hakim..Hakim ada bagitau kau ke Azlan? Kau jangan percaya sangat cakap Hakim tu. Dia tu suka kenakan orang. Kau tahu tak Azlan, Hakim dengan Julia tu, dah tiga tahun berkahwin. Geram betul aku, hidup-hidup aku dikenakan mereka selama ini.’’ Demi mengelak dari soalan cepuemas Azlan, Nani sengaja membuka cerita pasal Hakim dan Julia. Azlan pula pura-pura tercengang, macam tak tahu apa-apa pun.
‘’Iye? Ishh..ish..Hakim dengan Julia ni memang nak kena ni..’’ Azlan berkata sambil mengumtum senyum.
‘’Kann? Aku macam tak percaya saja. Bergaduh macam nak rak, rupa-rupanya mereka memang dah ada hubungan istimewa sejak dulu lagi. Pelik betul aku, macam mana pula mereka boleh kahwin, dan aku ni langsung tak tahu apa-apa pasal mereka.’’ Nani terus membebel sambil menghela nafas. Azlan sudah terkekeh ketawa. Tiba-tiba dia terasa lucu melihat wajah Nani ketika ini.
‘’Kau ni Nani, kalau aku cakap kau lembab..kau marah. Tapi, kau memang lembab pun, sebab tu aku sayang kau yang lembab ni, senanglah aku nak buli kau nanti..’’ Azlan terus ketawa dengan kata-katanya. Nani sudah menjeling geram mendengarnya.
‘’Kau tak perasan ke Nani, masa aku nak bertolak ke England dulu, Hakim tu selamba saja peluk Julia depan kita. Masa tu mereka dah seminggu bergelar suami dan isteri. Kau ingat, kalau mereka tu bukan mahram, Julia nak bagi ke Hakim peluk dia macam tu?’’ Azlan cuba mengingatkan Nani tentang perkara yang berlaku tiga tahun lepas. Hakim tu, dalam bergaduh pun, takkan pernah malu-malu untuk menyentuh Julia, walaupun di tempat awam. Cuma Nani saja yang lambat nak mengesan. Dia selalu anggap semua itu hanyalah gurauan saja.
Share this novel