Chapter 12

Romance Completed 32869

‘’Hai semua...’’ Julia memulakan kata selepas melabuhkan punggung di atas sofa. Hatinya jangan ditanya, macam nak terlompat keluar saja.

‘’Kenapa dengan kau ni Julia? Lain macam saja kami tengok.’’ Nani yang bertanya. Anis dan Sehah hanya mengangguk mengiakan kata-kata Nani.

‘’Aku, aku..ada rahsia nak bagitau korang semua..’’ Julia terlalu gugup untuk bercerita, namun dia langsung tiada pilihan.

‘’Wow..rahsia? Apakah rahsianya itu wahai saudari Julia Delisha?’’ Anis bermadah pujanga untuk meriuhkan suasana yang agak tegang, ditambah dengan mimik muka Julia yang nampak agak mengelabah ketika ini.

‘’Sebenarnya..aku dah kahwin..aku..’’

‘’Oh..dah kahwin. Dengan Hakim sebelah rumah tu kan?’’ Nani meneka dalam kesamaran. Julia mengangguk laju.

‘’What?!! Are you serious Julia? Kau tak buat lawakkan Julia? Kau dengan Hakim tu dah macam kucing dengan anjing. Asal jumpa saja mesti nak mencakar, sorang asyik nak menyalak, sorang asyik nak mengiau tanpa henti..’’ respon Nani membuatkan Julia mengecilkan dirinya. Kecut perutnya mendengar Nani bertempik menyoal dirinya.

‘’Nak buat macam mana, kami sejak kecil lagi memang macam tu, asal kami bersuara saja mesti bergaduh. Sebab itulah ibu dan ayah nikahkan kami, kononnya nak bagi kami berbaik. Dah tiga tahun kami kahwin, malam ni baru Hakim buat keputusan untuk hidup macam suami isteri yang lain. Aku, aku nak pergi tidur rumah kami malam ni...lain kali aku cerita kat korang yer... Bye..aku pergi dulu.’’ Julia menghabiskan kata-katanya tanpa memberi peluang rakan-rakannya mencelah dan Julia terus bangun dan berlari keluar. Melopong rakan-rakannya dan mereka hanya mampu memandang di antara satu sama lain setelah Julia menghilang di sebalik pintu.

‘’Aku tak mimpikan?’’ Nani menyoal setelah lama terdiam. Anis dan Sehah, hanya mengangguk sebelum topik Julia dan Hakim menjadi perbualan hangat mereka malam ini. Lebih hangat dari filem yang sedang mereka tonton. Wah..gempak gitu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience