Dah...masuk! Jangan nak keras kepala sangat. Degil tak habis-habis.’’ Hakim menguatkan suaranya sambil merenung ke arah Julia dengan pandangan tajam. Julia pula sudah mengetap bibirnya menahan geram.
Nak ke mana lagi tu? Hakim bersuara lagi bila melihat Julia menuju laju ke pintu pagar. Hakim mengekori Julia dengan langkah yang laju juga.
Awak ni kan... Hakim tak menghabiskan kata-katanya, bila melihat Julia sudah mengelap air matanya.
Masuk dulu, solat maghrib. Selepas solat, kita berbincang.’’ Suara Hakim mengendur dan semakin perlahan. Dia memaut jari jemari Julia dan ingin memimpin Julia masuk ke dalam rumah.
Lepaslah! Tak payah nak tunjuk baik. Saya tahu, awak tak sukakan saya pun. Kalau awak rasa terpaksa, baik awak lepaskan saja saya dengan cara baik. Awak tak terseksa, saya pun tak terseksa. Settle masalah! Julia bersuara geram dan merentap tangannya dari gengaman Hakim.
Awak terseksa? Apa maksud awak Julia? Selama ini awak terseksa kerana menjadi isteri saya. Itukah maksud awak? Hakim menyoal dalam suara yang bergetar. Dia baru ingin menyulam rasa sayang, namun..lain yang diharap, lain pula yang terjadi.
Tak payah nak berpura-pura Hakim. Awak sendiri tahu macam mana perhubungan kita selama ini. Asal bertegur saja, mesti kita bercakar, macam kucing dengan anjing. Awak tu tak pernah sedar, selama ini hati saya macam dah kena lapah.’’ Dalam sedu Julia meluahkan suara hatinya. Tangannya yang memegang pintu pagar mengigil dan kakinya longlai untuk terus melangkah. Nak masuk ke dalam rumah Hakim, dia takut bermacam fitnah yang akan muncul. Lebih takut lagi, tindakan Hakim yang seterusnya. Dia tak tahu, apa yang bakal dihadapinya ketika hati mereka sama-sama sedang terbakar disaat ini.
Julia Delisha!! Dah lama sangat kita macam ni. Kalau awak dah jemu, saya pun sama Julia. Saya pun manusia biasa Julia, saya pun ada perasaan. Maghrib dah nak habis Julia, kita masuk dan tunaikan solat maghrib dulu. Lepas solat baru kita berbincang lagi. Tak apalah, kalau awak belum bersedia untuk masuk ke rumah kita. Lepas maghrib nanti kita keluar..boleh, kalau macam tu? Hakim cuba mengawal suara dan cuba tersenyum dalam suasana tegang ini. Dia cuba berlembut dan beralah. Julia pula seakan terpujuk dengan kata-kata Hakim dan terus mengangguk. Julia melangkah perlahan keluar dan menuju ke rumah sebelah. Hakim hanya memerhatikan Julia sambil turut berjalan masuk ke dalam rumahnya.
Share this novel