Chapter 9

Romance Completed 32869

Mereka sampai di medan selera sebaik azan Isyak berkumandang. Niat nak balik sebelum Isyak, akhirnya terbabas juga, gara-gara perbalahan mereka yang asyik berterusan di dalam kereta. Mereka turun dan memilih menu hidangan kegemaran masing-masing. Julia memilih makanan yang tinggi kolestrol akibat hatinya yang masih mengelegak. Nak lepaskan stress, kononnya. Hakim pula memilih nasi berlauk kerana belum makan sejak petang tadi.

Hakim dan Julia mula makan sebaik saja air minuman dipesan. Mereka makan tanpa berbicara sepatah kata pun, manalah tahu, ada pula kata-kata yang bakal memutikkan kembali perbalahan mereka. Hati dan fikiran masing-masing hanya terhadap makanan, cuma sesekali saja mereka bertembung pandang, tanpa secubit pun senyuman.

‘’Kim! Ini baru betul dikatakan jodoh. Pi mai, pi mai kita berjumpa juga di sinikan.’’ Sedang ralit keduanya menjamu selera, ada suara perempuan yang menegur. Julia dan Hakim memangung kepala dan memandang wanita di hadapan mereka serentak. Julia sudah mencebik bibir. Hakim juga sudah mengeluh perlahan. Hatinya berdongkol di dalam. Pasti Julia akan mengamuk lagi. Hatinya berbisik sendiri.

‘’Farah? Kau dari mana ni?’’ Hakim berlagak ramah. Matanya memandang sekilas ke wajah Julia yang sudah mencuka.

‘’Alaa Kim, suka sangat tanya soalan bodohkan? Farah datang sinilah, nak makan..’’ terkeluar suara manja yang terlebih gediknya itu. Julia berpura-pura macam orang nak muntah. Makanan yang masih banyak di dalam pinggan ditolaknya ke tengah meja. Hilang seleranya untuk terus menelan.

‘’Sayang..habiskan makanan tu. Tak baik tau, membazirkan makanan.’’ Hakim memandang Julia dan bersuara romantik. Terbuntang mata Julia mendengarnya. Rasa seram sejuk tubuhnya, macam nak kena virus demam saja.

‘’Kim...siapa sayang? Takkan you panggil Julia sayang? Diakan musuh ketat you?’’ Farah juga turut keliru dengan perubahan Hakim malam ini. Dia pasti sangat, Hakim takkan panggil dia dengan panggilan sayang tu. Hakim bukan semudah yang diduga. Bertahun Farah cuba menagih kasihnya, namun Hakim terus menolak berkali-kali.

‘’Salah ke aku panggil isteri aku sayang?’’ Hakim menyoal balas. Beku terus Julia di tempat duduknya. Semakin bingung Farah dengan pengakuan Hakim.

‘’Hakim...awak tak demamkan?’’ giliran Julia pula bertanya.

‘’Sayang tu yang demam. Sini...biar abang lap peluh tu. Agaknya, esok mesti demam sayang tu kebahkan. Malam ni malam apa sayang? Malam jumaatkan? Hmm..siaplah sayang malam ni..’’ Hakim terus merangka ayat-ayat yang seterusnya sambil tersenyum nakal. Julia menelan liur berkali-kali. Farah memandang Hakim dan Julia silih berganti.

‘’Sekejap! Korang berdua ni tak berguraukan?’’ Farah bertanya dengan mimik muka yang kebingungan. Hakim mengeluarkan sesuatu dari dompet duitnya dan menghulurkan kepada Farah.

‘’Kad nikah kami. Dah tiga tahun pun kami nikah. Alah..yang gaduh-gaduh tu, bukannya betul-betul pun. Saja nak test bakat lakonan.’’ Selamba saja Hakim bersuara. Julia pula semakin berpeluh dahinya. Dibeliakkan matanya kepada Hakim, namun Hakim buat-buat tak nampak saja.

‘’Awak, kenapa dengan awak malam ni?’’ setelah sekian lama mendiamkan diri di dalam kereta, Julia akhirnya bersuara. Perubahan mendadak yang Hakim tunjukkan membuatkan hatinya turut tidak keruan.

‘’Kenapa pula dengan saya?’’ Hakim pura-pura bertanya kembali, sedangkan dia sendiri turut keliru dengan apa yang terjadi. Mungkinkah, kerana risau memikirkan Julia akan berjauhan dengannya, membuatkan dia bertindak dengan spontan begini? Dia sendiri pun tak pasti.

‘’Saya minta maaf, kalau saya dah menyakitkan hati awak selama ini. Saya memang sengaja buat semua tu, sebab..saya nak ikut rentak awak yang selalu buli saya sejak kecil. Awak tu, kalau tegur saya bukannya reti nak tegur secara lembut..’’ Julia meluahkan lagi suara hatinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience