‘’Oh, maknanya..kau dan Hakim ni adik beradik angkatlah?’’ Nani terpegun dan terus mengajukan soalan. Julia tak mengeleng dan tak juga mengangguk.
‘’Entahlah..papa dan mama aku kemalangan masa umur aku sebelas tahun. Mama aku meninggal di tempat kejadian. Papa aku pula meninggal selepas sebulan terlantar di katil hospital dalam keadaan koma. Ibu dan ayah mertua aku pula tunangkan aku dan Hakim ketika kami baru masuk darjah enam dan mereka bagi arahan untuk kami. Kata mereka, jangan sesekali cuba untuk mencari jodoh sendiri. Lawakkan? Tentu payah nak terima cerita macam kami ni.’’ Julia terus bercerita. Semakin terkejut Nani mendengarnya.
‘’Lah..mudanya korang bertunang, tapi..kenapa korang selalu bergaduh? Kau tak pernah cuba untuk berbaik ke dengan Hakim tu? Aku langsung tak sangka korang ni ada hubungan istimewa bila melihat korang berdua yang pantang bertegur sapa. Hakim tu..aku tak faham betul dengan dia. Kau ingat tak, di tempat kerja, dia selalu berbual dengan Farah kat depan kau. Dia buat macam kau tak wujud jee dalam pejabat tu. Lagi pun, dia bukan berkawan dengan Farah tu sehari dua. Sejak tingkatan lima lagikan?’’ Nani terus-terusan meluahkan rasa peliknya. Jangan kata Nani, Julia sendiri pun tak faham, apa yang Hakim tu cuba buktikan.
‘’Huh! Dia tu..memang manusia paling pelik dalam dunia...’’
‘’Woii..kau kutuk suami sendiri ke?’’ Nani bertempik tiba-tiba. Julia memandangnya dan akhirnya mereka ketawa bersama.
‘’Aku tak tahu apa yang dia fikir, tapi.. aku rasa, dia nak test aku kot. Manalah tahukan, sebenarnya kot-kot dia cuma nak uji aku, untuk tengok gelagat aku atau untuk buat aku cemburu.’’ Julia cuba meneka dan meluahkan firasatnya. Nani turut mengangguk seolah menyetujui kata-kata Julia.
‘’Sebenarnya..kau cemburu ke tak?’’
‘’Bohonglah kalau aku cakap, aku tak cemburu. Rasa macam nak pelangkong saja makhluk dua orang tu. Biar koma seumur hidup. Biar padan muka!’’ Julia berkata dengan penuh perasaan. Nani mengeleng perlahan. Pandai sungguh kawal perasaan rupanya. Nampak macam beku. Macam langsung tak kisah, rupanya lagi teruk cemburunya, sampai nak membunuh?
‘’Itu tandanya, kau memang cintakan Hakim tu sejak dulu lagi, cuma kau tu saja tak sedar atau cuba menafikan perasaan kau tu.’’ Nani memangkah pantas. Julia sudah mengeleng demi mendengar kata-kata Nani.
‘’Dia dah jadi suami aku selama tiga tahun. Kami dah bertunang sejak umur dua belas tahun. Kenapa pula aku tak boleh cemburu. Sayang tu memang dah lama ada, macam aku cakap tadi, cinta, aku masih tak pasti, sama ada aku cintakan dia. Alaa..suami aku bermesra dengan perempuan lain, tak ada perasaan cinta pun boleh cemburu, apa!’’ Julia masih menafikan kata-kata Nani. Apa itu cinta? Julia sudah mula keliru lagaknya.
‘’Aku rasa, kau ni menghadapi masalah kekeliruan tahap kritikal dah ni...’’ Nani bersuara serius. Memang pelik betul dia dengan sikap Julia, sampai tak tahu perasaan sendiri!!
Share this novel