Risau juga dia dengan perubahan mendadak Hakim. Manalah tahukan...
‘’Awak ni kenapa Julia? Tiba-tiba saja minta maaf. Awak ingat, saya betul-betul buang tebiat ke?’’ agak kasar sikit suara Hakim kedengaran di telinga Julia. Memuncung lagi bibir Julia, kerana pastinya Julia terasa hati lagi.
‘’Selama ini, semua orang yang minta maaf tu, sebab ada orang nak mati ke?’’ Julia membalas dengan soalan juga. Terdiam seketika Hakim dibuatnya.
‘’Ehh..buang tebiat, tak semestinya nak mati tau!’’ Hakim membalas juga dan mengulum senyum. Suka hatinya kerana dapat mengenakan Julia kembali.
‘’Letihlah, layan awak ni bercakap. Kalau tak sakitkan hati saya, memang awak takkan pernah puas hati.’’ Julia berkata dan terus melentokkan kepalanya di kusyen kereta dan memejamkan mata. Malas sudah untuk melayan Hakim yang sudah tersenyum lebar melihat muka Julia yang sudah menunjukkan wajah masamnya.
‘’Kita balik rumah kita ya? Awak tak kesian ke dengan suami awak ni. Tiga tahun kahwin, tapi macam orang bujang saja. Kena tinggal sorang-sorang, kena mengemas rumah, kena masak dan makan sorang-sorang.’’ Hakim terus membebel sambil memulas stereng dan membelok masuk ke simpang rumah mereka. Julia terus mendiamkan diri. Rasa bersalah menghuni hati.
‘’Julia..tidur rumah kita malam ni ya? Kita mulakan hidup baru. Sampai bila kita nak macam ni. Umur kita pun dah semakin tua. Takkan awak tak teringin nak hidup macam orang lain. Ada suami yang baik macam saya, ada anak-anak yang comel, ada rumah tangga yang bahagia.’’ Hakim mula pasang angan-angan. Julia sudah mencebik dalam diam. Perasan! Julia berkata di dalam hati.
‘’Sayang! Sayang dengar tak apa abang cakap ni? Sayang tak teringin ke tidur peluk abang tiap-tiap malam. Larat ke asyik peluk bantal saja. Kita rugi sangat tau, tiga tahun ni kita sia-siakan macam tu saja. Dah sah jadi suami dan isteri tapi tinggal di rumah lain-lain.’’ Hakim terus berceloteh dan nada suaranya..Ya Allah, gerenti sangat teramat manjanya.
‘’Awak ni kan..kalau nak berubah pun, janganlah drastik sangat. Meremang bulu roma saya ni laa...’’ sambil membuka pintu kereta, sempat Julia bersuara dan melangkahkan kakinya keluar. Dia terus membuka pintu pagar rumah sewa dan melangkah laju masuk ke dalam rumah. Hakim tak mampu untuk berkata apa lagi, dia hanya memandang Julia dengan pandangan yang kosong dan menghela nafas panjang. Kerasnya hatimu wahai Julia Delisha. Getus hati Azril yang berkata-kata..
Share this novel