Chapter 11

Romance Completed 32869

Masuk ke dalam rumah, Julia menuju ke biliknya tanpa menegur rakan-rakan serumah yang sedang melepak di ruang tamu dan menonton tv. Mata masing-masing memerhatikan Julia yang masuk ke rumah dengan penuh tanda tanya. Tiada salam, tiada lagi ramah mesra macam selalu. Menonong saja Julia melangkah dan masuk ke biliknya.

Di dalam bilik, Julia melepaskan punggungnya dengan kasar di atas katil. Hatinya berbelah bahagi. Tersentak hatinya dengan ayat-ayat Hakim tadi. Terasa berdosa dirinya yang takkan dapat dimaafkan lagi. Redhakah Hakim dengan apa yang sedang dilakukannya selama tiga tahun ini? Merahsiakan perhubungan mereka dan tidak tinggal bersama. Murkakah Allah akan dirinya yang sering membelakangkan suami. Dia buat semua ini kerana marahkan Hakim yang selalu bersuara kasar dengannya. Hakim sebelum ini, bukan Hakim macam malam ini. Jauh bezanya Hakim sebelum ini dan Hakim yang di depannya malam ini. Kalau Hakim nak berubah, takkan aku masih nak mempertahankan egoku ini? Julia bertanya dalam hatinya sendiri.

Ah, aku solat Isyak dulu. Mohon petunjuk Allah. Mudah-mudahan aku mampu membuat keputusan dengan tenang selepas solat nanti. Julia terus berdialog di dalam hati. Dia kemudiannya melangkah masuk ke bilik air untuk menyegarkan diri serta mengambil wudhuk.

Usai solat, Julia memasukkan beberapa helai pakaiannya ke dalam beg galas, termasuk pakaian untuk dipakai esok pagi untuk pergi bekerja. Dia nekad untuk menjadi isteri yang taat dengan suaminya selepas ini. Dia akan mengambil keputusan untuk berbincang dari hati ke hati dengan Hakim malam ini.

Sebelum pergi ke rumah sebelah, Julia perlu memberi penjelasan kepada rakan-rakan serumahnya terlebih dahulu. Hati Julia gentar kerana takut akan ditempik oleh rakan-rakan serumahnya kerana merahsiakan perhubungan dia dan Hakim. Agaknya, apa yang akan rakan-rakannya fikir dan apakah respon mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience