Chapter 27

Romance Completed 32869

Beberapa tahun yang lalu...

‘’Hei, budak menumpang! Aku nak pengasah pensil tu.’’ Hakim bertempik kepada Julia yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya di ruang tamu rumah mereka. Julia memanggung kepala sambil membeliakkan mata. Hatinya sakit sangat setiap kali Hakim memanggil dia sebagai budak menumpang. Dia sedar, sudah tiga tahun dia menumpang di rumah ini, tapi Hakim tak ada hak untuk mengutuk dan menghina dia macam tu. Dia juga ada perasaan dan perasaannya juga akan mudah terguris.

‘’Aku ada nama! Nama aku Julia Delisha, bukan budak menumpang.’’ Julia bersuara dalam nada tegas. Pengasah pensil yang diminta Hakim dibaling laju dan..

‘’Woii...kau...’’ Hakim terus menjerkah Julia sebaik pengasah pensil yang dibaling Julia nyaris terkena matanya. Julia tersenyum penuh sinis. Padam muka! Bisik hati kecil Julia.

‘’Kalau kena mata aku tadi, buta macam mana?’’ Hakim masih bersuara lantang dan yang pastinya, Julia sudah direnung tajam. Hakim memang selalu mencari pasal dengan Julia sejak Julia tinggal di rumah mereka. Umi dan ayah Hakim terlalu manjakan Julia. Hakim tahu, Julia tak pernah meminta tapi setiap keperluan Julia ditunaikan tanpa berbelah bahagi. Kalau uminya keluar berbelanja, beratus ringgit dihabiskan untuk Julia tetapi Hakim hanya mendapat barang yang berharga beberapa puluh ringgit sahaja.

Hakim pernah melihat uminya membeli barang kemas untuk Julia hingga mencecah ribuan ringgit tapi Hakim tak mendapat apa yang dimintanya dengan jumlah yang sama. Hakim iri hati dengan Julia, umpamanya dia yang menjadi anak angkat di rumah ini, dan bukan nya Julia.

Paling Hakim sakit hati, bila uminya membuat keputusan untuk menjodohkan dia dan Julia ketika mereka baru berusia dua belas tahun. Kalau ikutkan umi dan ayahnya, ketika mereka tamat tingkatan lima lagi, mereka akan dinikahkan. Tapi, Hakim selalu mencari helah dan Julia juga tidak setuju untuk nikah seawal itu.

Selepas tamat belajar dan mula bekerja, mereka sudah tiada alasan lagi untuk diberikan. Dalam terpaksa, keduanya disatukan sebagai suami dan isteri. Tiga tahun juga Hakik mengantung Julia..gantung tak bertali, tanpa tunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience