Bab 29

Romance Series 10367

"Atiq.."
Hana menegur Atiq yang kelihatan termenung di bawah pokok kelapa seorang diri, memerhati deruan ombak pada waktu malam yang gelap itu.
Atiq tengok Hana sekilas. Hana melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Asal tak join kitorang barbecue?"soal Hana.
Malam ini adalah malam terakhir mereka di sini sebelum bertolak balik ke KL esok. Jadi Along dan Abang Farez dah plan untuk buat barbecue dengan keluarga staf staf mereka.
"Takde mood." jawab Atiq ringkas.
Dia langsung tak berminat nak turut serta dalam suasana meriah tu. Dia ingin bersendirian.
"Kau masih teringatkan kata kata Kay petang tadi ke?" agak Hana.
Atiq diam. Matanya masih memerhati ombak yang bergelora. Sweater yang dipakainya diketatkan. Angin malam yang bertiup dari lautan yang terbentang luas itu benar benar mendinginkan badannya. Namun itu tidak menghalangnya untuk terus berada di situ.
"Atiq aku minta maaf sangat sangat dekat kau bagi pihak Kay. Aku yang salah tadi. Aku tak sangka pulak macam tu punya teruk Kay marah kau. Aku minta maaf."ucap Hana.
"Takde apalah. Kay terlalu risaukan kau la tu." Atiq cuba melupakan kejadian petang tadi.
Hana mulai berasa serba salah.
"Kau janganlah ambil hati dengan kata kata Kay tu. Aku rasa dia sendiri pun tak sedar apa yang dia cakap."
Atiq sengih sinis. Tak sedar? Mustahil! Baginya, Kay memang sengaja memalukannya.
"Aku tak ambil hati la."
"Tapi kau menangis."laju Hana balas.
Atiq tidak menjawab.
'Aku dihina Hana! Oleh suami sendiri! Aku tak cukup kuat untuk menahan air mata aku bila dihina dan dipermalukan macam tu!' Atiq hanya mampu membalas dalam hati. Dadanya terasa perit sangat.
"Atiq.. hubungan kau dengan Kay okey ke?" lambat lambat Hana tanya.
Atiq tengok Hana.
"Asal kau tanya macam tu? Kau nampak kitorang tak okey ke?"Atiq jawab dengan soalan.
"Kalau apa yang aku tengok tadi..memang nampak sangat lah tak okey. Atiq, cuba kau cakap betul betul dekat aku. Kay layan kau dengan baik tak?"
"Skemanya soalan kau."
"Aku serius la."
Atiq diam sejenak.
"Ya. Dia layan aku dengan baik." Atiq terpaksa berbohong.
Walaupun status hubungan mereka hampir terbongkar dan mengelirukan semua orang, dia memilih untuk tidak jujur. Kerana bukan masanya lagi untuk orang luar tahu mengenai rumah tangga mereka.
"Betul?" Hana ragu ragu.
Atiq angguk.
"Bagusla kalau macam tu. Kay tu over sangat la tadi." Entah kenapa Kay jadi garang begitu sekali pada Atiq.
Atiq senyap sebelum kembali bersuara.
"Bila aku fikir balik kata kata Kay tadi, aku rasa betul juga apa dia cakap."
"Maksud kau?"
"Walaupun dari azali lagi aku dilahirkan dengan perwatakan macam lelaki..tapi aku memang tak patut berpenampilan macam lelaki kan? Padahal aku ni perempuan."luah Atiq.
Hana tengok Atiq.
"Mungkin penampilan kau dipengaruhi oleh perwatakan kau. Kau jangan salahkan diri kau okey."Hana tepuk bahu Atiq.
"Tapi still.. benda ni salah kan? Maksud aku dari sudut agama. Perempuan menyerupai lelaki adalah perkara yang dilarang kan?" Atiq tidak dapat terima jawapan Hana walaupun tujuan Hana untuk menenangkannya.
Atiq merenung Hana, benar benar mengharapkan jawapan.
"Ya.. Memang tak boleh sebenarnya perempuan menyerupai lelaki atau sebaliknya." Hana menjawab dengan nada lembut.
"Kau tahu tapi tak tegur aku pun Hana. Aku tak suka kau back up aku bila aku buat salah. Kalau kau kawan rapat aku pun tak tegur kesalahan aku, aku nak harapkan siapa lagi? Nasib baik kata kata Kay tu dah menyedarkan aku even aku tak suka cara teguran dia tu." Atiq agak marah.
"Bukan aku tak nak tegur Atiq. Tapi sebab aku tengok persekitaran hidup kau yang mana kau kena buat kerja kerja lelaki menyebabkan aku tak sampai hati nak tegur.
Sebab bagi aku penampilan kau macam ni bukan disebabkan kau yang nak tapi sebab gaya hidup kau yang dikelilingi dengan ramai lelaki menjadikan kau terikut dengan penampilan lelaki. Tambah pulak dengan sifat kau yang memang dah semulajadi agak kasar.
Aku tak nampak benda ni salah sebab aku sendiri pun dah terbiasa dengan kau macam ni. Aku minta maaf Atiq sebab abaikan benda ni dan tak tegur kau."Hana mula rasa bersalah.
Betul, dia jarang tegur Atiq mengenai penampilan kawannya itu walaupun dia tahu benda tu salah walhal dia sendiri sangat menjaga auratnya tetapi dia tidak menegur bila sahabatnya itu tidak menjaga auratnya. Ya, Aku memang selfish.
"Sorry Hana. Aku bukan marah kau. Aku cuma.. terkesan sangat bila Kay persoalkan penampilan aku. No wonder la dia tak suka aku pakai macam lelaki. Rupa rupanya sebab dia tahu benda ni salah dan dia.. dah menyedarkan aku. Maybe dia tak nak tanggung dosa aku sebab tu dia tegur."
Hana senyum terharu.
"Aku kagum sangat dengan kau Atiq."
"Kenapa?" pelik pulak bila Hana tiba tiba cakap macam tu.
"Aku ingatkan kau akan berdendam dengan Kay lepas apa yang dia buat dekat kau sampai kau menangis. Tapi aku salah. Kau melihat benda ni dari sudut berbeza. Kau melihat benda ni dari sudut yang sangat sangat positif sampai aku pun rasa bersalah sama. Kau dah matang Atiq!" Hana tepuk tepuk bahu Atiq dengan senyuman penuh kekaguman.
Atiq hanya senyum sinis dengan pujian Hana. Dia tak rasa nak bermegah bila Hana puji macam tu sebab sekarang dia tengah serius fikir pasal benda ni.
"By the way.. Terima kasih lah sebab kau sangat faham aku."ucap Atiq tanpa memberi respon dengan pujian Hana.
"Sebab kau pun faham aku jugak."
Mereka sama sama senyum. Atiq memeluk bahu Hana. Hana turut memeluk bahu Atiq.
"Hana.."
"Hmm..?"
"Balik KL nanti aku nak kau tolong aku."
Hana dah kerut dahi.
"Tolong apa?"
"Kat KL nanti baru aku cakap."
"Alaa.. Cakap sekarang la."
"Tak boleh. Secret."
"Main secret secret pulak."
"Sabarlah. Tak boleh kasi tau sekarang. Benda ni surprise."Atiq terus berteka teki.
"Kau saja buat aku curious kan? Yela.." Hana akur.

"Betul ke Angah dengan Hana tak nak balik lagi?"tanya mama.
"Ya,ma. Esok baru kitorang balik."ujar Zac. Hana tengok Zac.
"Hana tak faham la kenapa abang tak nak balik lagi. Bukan esok abang kerja ke?"
"Angah dah minta cuti extra dengan papa. Papa bagi."ujar papa.
Hana tengok papa yang dah berada dalam kereta tu.
"Murah pulak hati papa bagi abang sambung cuti."
Papa senyum.
"Dah beria ria sangat suami Hana tu minta sambung cuti, papa terpaksa bagi la."beritahu papa.
Hana angguk angguk. Ketika Hana sibuk packing barang untuk balik ke KL tadi,Zac tiba tiba bagitau tak nak balik lagi. Maknanya dengan dia dia sekali la tak boleh balik.Bila tanya kenapa,Zac cakap tunggu malam ni. Entah apa la Zac plan nak buat malam ni.
"Takpelah Hana. Kami balik dulu ya."mama minta diri.
"Yela ma."Hana salam tangan mama. "Err.. ma. Takpe ke Hana tak masuk kerja lagi hari ni?"
"Takpe. Mama buka butik esok aje. Takkan la baru sampai KL nak buka butik terus. Lain la papa kamu tu. Tak boleh tinggal lama kerja dia."mama jeling papa. Papa buat buat tak dengar. Hana senyum.
"Terima kasih ma."
"Mama pergi dulu ya." Hana angguk. Mama terus masuk ke dalam perut Marcedes sebelah papa. Perlahan lahan kereta mewah itu mula bergerak. Kereta Honda City milik Along membuntuti kereta Marcedes tu dari belakang. Abang Farez sempat hon pada mereka berdua. Zac angkat tangan. Along dan Abang Farez pun dah tahu yang mereka akan berada di PD ni sehari lagi.
Hana lambai tangan pada anak anak Along yang duduk di belakang kereta. Zac turut lambai sehingga kereta itu hilang dari pandangan mata.
"Hana.." Hana berpaling.
Hah,ni satu lagi pasangan yang akan bertolak balik. Hana berpelukan dengan Atiq.
"Aku balik dululah."
"Eh,kau janji tau akan bagitau aku apa yang kau nak cakap malam tadi nanti aku balik KL."Hana mengingatkan.
"Yela. Aku janji. Aku agak la kan, laki kau mesti nak buat sesuatu yang romantik untuk kau malam ni."Atiq berbisik perlahan.
Zac tersenyum senyum di belakang Hana. Dia dengar ke apa aku cakap?
Hana cebik bibir.
"Pandai pandai kau aje. Aku rasa dia nak berehat lebih sikit kot."Hana menyangkal kata kata Atiq.
Bunyi hon yang bertalu talu dari kereta Ford menamatkan perbualan mereka.
"Eh,aku pergi dulu la. Kay dah mengamuk tu. Kau tau la kan, dia tu selalu nak cepat."
"Yela. Hati hati."pesan Hana. Atiq bergegas ke kereta Ford tu. Muka Kay nampak bengang sebab kena menunggu. Baru je Atiq tutup pintu kereta, Kay terus gerakkan keretanya dengan laju tanpa menyapa Hana dan Zac. Hana dengan Zac tengok je kereta Ford tu berlalu.
Zac rangkul bahu Hana. Hana tengok Zac.
"So,kita nak buat apa sekarang?"Hana tanya.
"Takde buat apa apa."jawab Zac selamba.
"Hah?"
"Apa?"Zac balas pandangan Hana yang nampak keliru tu.
"Habis takkan kita nak berdiri tercegat kat sini macam patung cendana?"
"Boleh jugak."
Hana pukul lembut dada Zac.
"Abang! Hana serius la."
"Ok, Hana nak buat apa?"Zac tanya dia balik.
Hana dah pelik. Apa ke hal pulak dengan si Zac ni?
"Asal tanya Hana pulak? Abang yang nak stay kat sini sehari lagi kan? Kalau abang takde nak buat apa, baik Hana balik aje dengan mama tadi." Hana dah bengang.
"Aik, macam kena paksa je teman abang?"
"Takdela. Tapi kalau abang takde nak buat pape kat sini, baik kita balik la. Abang pun kena kerja kan?"
"Laa..Abang kan dah minta cuti dengan papa. Sekarang ni memang la abang tak nak buat pape. Tapi abang kan dah cakap malam nanti abang nak buat something.
So,kena tunggu malam ni la. But now.. Abang bagi peluang kepada Hana untuk buat apa yang Hana nak. Abang ikut aje."ujar Zac.
"Abang nak buat apa sebenarnya malam ni? Hana curious la. Bagitau sekarang la. Tak sabar nak tau ni."desak Hana.
Zac gerakkan jari telunjuk kiri kanan.
"No. Benda ni surprise tau. Benda surprise mana boleh beritahu sekarang. Nanti tak surprise la."
Automatik mulut Hana muncung.
"Alaa.. yela.. yela. Kalau macam tu, kita bina sand castle nak?"cadang Hana.
"Ha? Sand castle? Eh, macam budak budak la main pasir. Main benda lain la."
"Tadi abang cakap abang akan ikut aje apa Hana nak buat. So sekarang Hana nak bina sand castle. Jom kita buat sekarang!" Hana terus tarik tangan Zac tanpa tunggu Zac membantah lagi.
"Eh.. eh.." Zac terpaksa jugak ikut bini dia main pasir kat tepi pantai tu. Kalau tak ikut kang merajuk pulak.

Sesekali badannya mengiring ke kiri. Tak sampai sesaat,dia mengiring ke kanan pulak. Akhir sekali dia duduk meniarap atas katil. Rambut digaru kasar.
"Eee bosannya!! Mana ke pulak laki aku ni pergi? Orang nak keluar tak nak bagi. Disuruhnya aku duduk terperuk aje dalam bilik. Boleh mati kebosanan aku macam ni."rungut Hana. Telefon dicapai sekali lagi.
Buat kali ke berapa puluh kali, dia dail lagi nombor suaminya. Beberapa minit menunggu, akhirnya berangkat jugak.
"Hesy!! Sibuk je operator ni nak jawab call aku!"dengus Hana. Telefon terus dicampak atas katil.
"Ahh!!"Hana terus bangkit dari pembaringan.
"Tak kira! Aku nak keluar juga!"baru je kaki kanan menyentuh lantai, pesanan Zac beberapa jam tadi terngiang ngiang di telinganya.
"Hana ingat tau. Jangan keluar dari bilik ni selagi abang tak call suruh Hana keluar. Kalau Hana keluar jugak, tu maknanya Hana dah tempah tiket ke neraka sebab dah ingkar arahan suami. Keluar tanpa izin suami berdosa tau. Ingat!"tu pesanan terakhir Zac sebelum keluar dari bilik dan meninggalkannya seorang diri kat sini hampir empat jam.
"Huh!!"Hana mengeluh lagi.
"Nak buat apa ni? Nak tidur tak ngantuk,nak makan tak lapar,nak tengok tv pulak takde mood! Ahh!!! Stressnya aku!!"Hana membebel sorang sorang.
Dia bangun menuju ke balkoni. Ambil angin kat luar malam malam ni bagus jugak.
"Apa agaknya laki aku tengah buat sekarang sampai sanggup tinggalkan aku seorang diri kat sini? Dia nak buat surprise apa sebenarnya?"Hana berfikir fikir.
"Hari ni birthday aku ke? Eh,bukan rasanya. Birthday aku lambat lagi." Hana berjalan mundar mandir di kawasan balkoni tu.
"Ke.. birthday dia?.. Tapi kalau birthday dia, kenapa dia pulak kena surprisekan aku? Sepatutnya aku la yang buat surprise kat dia."Hana buat andaian lagi.
"Eh kusutnya nak fikir."sekali lagi rambutnya digaru walaupun tak gatal. Rambutnya yang dah kusut tu sekusut fikirannya. Makin kusut dia fikir, makin kusut la rambutnya.
Hana petik jari.
"Entah entah.. dia nak berpisah dengan aku tak? Dia kan tak sayangkan aku macam aku sayang dia." Hana mula buat andaian negatif. "..dan dia memerlukan masa untuk beritahu aku. Tapi dia nak bagitau malam ni juga. Betul ke apa aku fikir ni?" Angin malam yang bertiup sepoi sepoi bahasa langsung tidak mendinginkan tubuhnya sebab asyik sangat berfikir.
"Kalau betul..maknanya aku kena ready la menghadapi perpisahan ni. Aarrghh! Tak nak! Tak nak berpisah dengan Zac! Aku sayang dia."Hana berkata sendiri. Seketika kemudian,langkahnya mati.
"Hana.. jangan takutkan diri sendiri dengan buat andaian negatif. Nanti memakan diri. Ingat! Lupakan semua tafsiran yang kau buat tu! Lupakan!" Hana menampar nampar pipinya. Cuba menghalau fikiran negatif yang bertamu dalam fikirannya.
Dia ingat pesanan seorang motivater yang mengatakan bahawa perkara menakutkan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri adalah apabila dia membuat andaian sendiri. Lebih lebih lagi bila buat andaian negatif. Tak ke benda tu menakutkan diri sendiri?
Contoh macam kita duduk di tempat yang sunyi dan gelap lepas tu kita dengar bunyi burung hantu. Bila dah dengar bunyi burung hantu,automatik fikiran akan terus fikir pasal HANTU!! Tapi sebenarnya hantu tu takde pun.
Kan tak pasal pasal dah menakutkan diri sendiri? Layan sangat perasaan negatif tu. Sepatutnya jangan dilayan perasaan negatif yang berbisik dalam hati kita kalau perasaan tu kita sendiri pun tak tau betul ke tak. Abaikan aje.
So,stop buat andaian buruk pada orang lain atau diri sendiri sebab tu boleh bagi kesan pada diri kita dan orang lain jugak. Kalau nak buat andaian jugak,buat andaian baik baik aje. Baru tenang sikit fikiran tu. Tak yah kusutkan fikiran nak fikir benda bukan bukan. Membebankan otak aje! Nak lagi senang dan tenang,tak payah fikir apa apa. Habis citer. Kan??
Bunyi deringan telefon di atas katil membuat kaki Hana pantas berlari ke situ. Dia terus lompat atas katil. Telefon dicapai.
"Hello abang! Abang kat mana ni? Lama Hana tunggu abang tau. Hana dah bosan la duduk dalam bilik ni! Izinkan la Hana keluar. Pleasee.." Hana terus 'serang' suaminya.
Kedengaran tawa kecil di hujung talian.
"Alahai.. Kesiannya isteri abang ni.. Sorryla abang buat Hana berkurung dalam bilik tu. Tapi Hana jangan risau, penantian Hana dalam bilik tu akan berakhir kejap lagi okey. Dan itu adalah penantian yang berbaloi."
"Kejap lagi tu bila? Hana nak keluar sekarang jugak. Hana dah tak tahan la duduk dalam bilik ni."Hana merungut lagi.
"Abang ingatkan Hana tidur."
"Hana tak ngantuk."
"Emm.. Hana tunggu a few minutes lagi. Kejap lagi, someone akan datang ke bilik Hana. Dia akan bawa pakaian dan barang make up untuk dress up and makeover Hana. Hana ikut je apa dia suruh okey?"Zac bagi arahan.
"Laa.. nak buat apa panggil orang lain dress up Hana?"
"Abang nak Hana nampak cantik malam ni. Hana ikut aje cakap abang. Jangan banyak soal okey."
"Tapi.."
"Abang letak dulu. Abang ada kerja lain lagi nak buat. Bye."talian terus dimatikan.
"Abang!" Hana tengok telefonnya.
"Hey.. berasap jugak telinga aku ni. Dah la nak call dia susah. Sesedap rasa je dia letak macam tu."bebel Hana.
Ting tong! Bunyi loceng dari luar membuat kaki Hana bergegas ke pintu. Pintu dikuak. Kelihatan seorang perempuan yang bermekap tebal dengan pakaian berbulu bulu sambil memegang gaun kembang warna putih yang dibungkus dalam plastik lutsinar dan sebuah kotak make up tengah berdiri tercegat di depan biliknya dengan senyuman lebar.
"Ni bilik Puan Hana Suraya isteri Tuan Zachrul Hadiff ke?"tanya perempuan dalam lingkungan 30-an tu. Siap sebut nama panjang mereka lagi.
Hana teragak agak nak jawab. Ni ke 'someone' yang Zac hantar ke biliknya?
"Err.. ya."
"Hah.. bagusla."perempuan bertubuh sedikit gempal tu terus menyerbu masuk biliknya tanpa tunggu keizinan darinya.
"Aaa.."Hana mati kata.

"Kak Yan... Dah kenapa pulak Hana kena pakai gaun macam pengantin ni? Siap pakai tiara lagi atas kepala.Kak Yan nak suruh Hana pergi kahwin ke apa ni? Hana tak boleh la. Hana dah kahwin."rengek Hana.
Kak Yan langsung tak hiraukan rengekan Hana tu sebaliknya dia terus membetulkan letak tudung Hana.
"Puan Hana.. Puan Hana boleh diam tak? Dari tadi lagi mulut Puan Hana tu bising. Saya tak tahu pulak yang isteri kesayangan Tuan Zachrul ni bermulut becok. Lagi becok daripada mulut saya pulak tu."jawab Kak Yan.
"Yela. Dah saya tanya Kak Yan tak nak jawab. Kita nak pergi mana sebenarnya pakai macam ni? Ni Tuan Zachrul ke yang suruh Kak Yan hias saya apa semua ni?"tanya Hana.
"Ya.. Tuan Zachrul yang suruh. Nak pergi mana tu saya tak boleh cakap lagi. Puan Hana tunggu aje saya bawakkan Puan Hana ke sana nanti ya?"
"Sana tu mana? Cik abang saya tu tengah buat apa sebenarnya ni? Malam malam buta suruh saya pakai gaun pengantin bagai ni."Hana terus mengasak dengan soalan. Dari tadi kepala otaknya penuh dengan tanda soal yang tiada jawapannya.
"Puan Hana,saya minta maaf. I can't tell you anything. Tuan Zachrul dah pesan kat saya jangan bagitau Puan Hana apa dia buat. Dia cuma arahkan saya pergi bilik Puan Hana dan make over Puan Hana. That’s all."ujar Kak Yan.
Mulut Hana muncung lagi.
"Okey,done!"
"Dah siap dah?"tanya Hana. Nak dekat sejam dia kena bersiap.
"Dah. Puan Hana boleh bangun tak? Saya nak tengok kot kot ada cacat cela kat mana mana. Tuan Zachrul nak Puan Hana nampak macam princess malam ni." Kak Yan menilik setiap inci penampilan Hana dari atas ke bawah. Hana memusing badannya.
"Perfect!! Amboiiii.. Cantiknya Puan Hana!! Bertuah betul Tuan Zachrul dapat isteri yang cantik semulajadi macam Puan Hana ni. Sesuai dengan Tuan Zachrul yang kacak, segak, tampan, bergaya, tinggi, putih melepak, ma.."
"Ewah!! Melebih lebih pulak Kak Yan puji laki saya. LAKI saya tu Kak Yan."Hana menekan ayatnya.
Kak Yan jeling.
“Ya. Kak Yan tau. Sayang benor dekat laki dia tu.”
“Mestilah Kak Yan.”
Kak Yan geleng kepala. Dress Hana diperbetulkan untuk kali terakhir. Begitu juga tudung.
“Ok cun. Dah boleh turun dah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience