Bab 6

Romance Series 10367

"Ara belajar apa kat sekolah tadi?"Hana duduk bersila atas katil Ara berhadapan Ara yang turut duduk bersila sambil peluk teddy bear. Ara mula bercerita ketika dia di tadika. Hana tatap je muka Ara sambil dengar Hana berceloteh.
Sejak Zac balik, Ara sudah mula rapat dan mendengar katanya. Malah Ara siap boleh bermanja lagi dengannya. Bukan seperti masa mula mula mereka kenal dulu. Ara langsung tak nak bersama dengannya. Dia nak sentuh Ara pun Ara tak bagi. Bercakap dengan dia pun nak tak nak aje. Inikan pula nak bermanja dengannya macam sekarang. Mungkin sebab Zac selalu berpesan pada Ara supaya berbuat baik dan dengar cakapnya. Dan Ara pula mudah aje ikut cakap bapa saudara kesayangannya tu.
Sekarang hubungan mereka semakin mesra dan intim. Ara semakin selesa dan selalu berceloteh dengannya. Kadang kadang Ara ajak dia tidur dalam bilik dia. Hana ingat lagi pernah sekali Ara marah dekat adik kembarnya apabila si kembar itu tidak mendengar katanya. Saat itu dia sangat bangga dengan Ara yang kelihatan semakin cerdik kerana mempertahankannya. Ara juga selalu tolong dia jaga Mia.
Kesimpulannya, Ara memang banyak berubah sejak Zac balik. Zac memang pandai manjakan Ara dengan cara yang bertempat. Dia sebenarnya bangga dengan keakraban hubungan keluarga ini. Walaupun Kak Fi dan Abang Farez jarang berada di rumah, anak anak mereka tidak pernah putus kasih sayang dari ahli keluarga mereka yang lain. Malah mereka semua langsung tidak berkira dan merungut untuk menjaga anak anak Kak Fi dan Abang Farez.
Tapi malangnya hubungan dia dengan Ara semakin baik di saat saat akhir dia bekerja di sini. Sungguh pantas masa berlalu. Sedar tak sedar dah hampir dua bulan dia bekerja sebagai pengasuh dalam rumah ni. Minggu depan dia dah kena balik kampus. Dia pasti akan rindukan anak anak asuhannya yang dia dah anggap macam adik adiknya sendiri. Dia pasti takkan lupakan Aqef yang lincah, Aqil yang kuat mengadu dan Ara yang manja serta Mia yang selalu berkelakuan comel.
Bila teringatkan yang dia akan tinggalkan mereka,tiba tiba pula dia berasa sebak. Sudah hampir dua bulan dia berada di sini,terlalu banyak kenangan pahit dan manisnya dengan budak budak ni. Walaupun mereka selalu membuatnya penat dan dia selalu juga menangis kerana terlalu penat mengawal dan menjaga mereka namun dalam masa yang sama mereka banyak mengajar Hana menjadi seorang yang penyabar,penyayang dan matang.
Hana terasa matanya berair.
"Kak Hana, Kak Hana dengar tak Ara cakap ni? Kenapa Kak Hana diam aje?" Ara tolak tolak paha Hana.
Hana baru tersedar yang dia sedang mengelamun. Setiap butir kata yang keluar dari mulut Ara tenggelam dalam lamunannya. Dia tidak tahu apa yang Ara ceritakan.
"Sorry sayang.. Apa Ara cakap?" Hana kesat air matanya daripada tumpah. Dia tak nak Ara tengok dia menangis.
"Kak Hana menangis ke?" tapi Ara perasan jugak.
"Takdelah. Ni.. mata Kak Hana masuk habuk."Hana cipta alasan.
"Janganlah menangis. Biar Ara tiup mata Kak Hana. Mata Kak Hana mesti sakit kan." Ara bangunkan badannya untuk tengok mata Hana.
Dia tiup tiup mata Hana yang berair. Tapi semakin lama Ara tiup, semakin berair mata Hana dan saat itu air matanya mencurah curah jatuh ke pipi.
"Kak Hana sakit sangat ke?" Ara tanya bila tengok dia menangis semakin kuat.
Hana angguk aje. Dia sebenarnya tersentuh dengan keprihatinan Ara dan masa tu jugak dia teringat yang masanya bersama Ara semakin suntuk. Dia sedih apabila memikirkan yang dia perlu tinggalkan mereka semua.
Ara lap air mata Hana dengan tangannya. Hana terharu. Dia pegang tangan Ara dekat pipi dia.
"Ara.. Kalau Kak Hana pergi nanti, Ara jangan menangis macam Kak Hana tau." Hana bagi pesanan awal kepada Ara.
"Kak Hana nak pergi mana? Kak Hana nak tinggalkan Ara ke?" Ara dah tanya soalan yang buat Hana semakin teresak esak.
Hana tidak mampu menjawab. Air matanya pula tak mampu dibendung lagi. Tak henti henti jatuh ke pipinya.
"Kak Hana janganlah nangis lagi. Nanti Ara pun nangis jugak." Ara cuba pujuk Hana.
"Kak Hana takkan pergi mana mana kan?" Ara tanya lagi.
Hana belai rambut panjang Ara.
"Ara tidur ye sayang. Esok Ara kena pergi sekolah." Hana cuba lari daripada menjawab soalan Ara yang menusuk hatinya tu.
"Kak Hana nyanyi untuk Ara dulu."pinta Ara macam selalu setiap kali dia masuk tidur.
"Ok nak nyanyi lagu apa?"
"Twinkle twinkle little star!! Tadi cikgu Ara dah ajar kat sekolah."Ara bagitau dengan teruja.
"Oh ya? Okey, Ara nyanyi dulu lepas tu Kak Hana ikut ek."suruh Hana.
Ara angguk.
"Twinkle twinkle little star,
How i wonder what you are,
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky,
Twinkle, twinkle little star,
How I wonder what you are,
When the blazing sun is gone,
When he nothing shines upon..."
Ara nyanyi sambil buat gaya comel. Dia ketawa riang sambil nyanyi lagu tu.
Hana tersenyum bila tengok Ara gembira.
"Kak Hana nyanyilah jugak."
"Okey." Hana sapu air matanya.
"Twinkle... twinkle.... little star... How.. I wonder... what you are..."suara Hana tersekat sekat dan serak. Tiba tiba dia jadi semakin sebak bila nyanyi lagu tu bersama Ara.
Ara masih sambung nyanyi tapi Hana tak boleh teruskan lagi. Dia tundukkan kepala. Mukanya ditutup dengan tangan. Bahunya terhinjut hinjut akibat menangis.
"Then you show your little light.." Ara habiskan nyanyiannya.
"Yeayy!!" Ara bersorak lepas habis nyanyi. Hana cepat cepat kesat air matanya. Dia angkat muka semula.
"Dah habis dah?"
"Dah!!"
"Kalau macam tu, Ara minum susu dulu lepas tu baru tidur okey?"pesan Hana.
Dia ambil segelas susu di atas meja sebelah katil. Dia tolong suapkan Ara minum susu. Ara jilat bibir atas selepas selesai minum. Hana lap mulut Ara dengan air.
"Okey,dah boleh tidur."
Hana rebahkan badan Ara perlahan lahan atas katil.
"Baca doa dulu.."
Hana dah tadah tangan. Ara baca doa tidur.
"Ameen.." Mereka berdua tekupkan tangan ke muka lepas habis baca doa tidur. Hana sapu air matanya sekali.
"Good night sayang." Hana cium dahi Ara. Dia tarik selimut Ara sampai ke dada.
"Good night.."balas Ara.
"Sweet dream."pesan Hana sebelum dia bangun dari katil Ara.
Dia tengok Ara dah tutup mata. Hana berdiri di sebelah katil Ara. Muka Ara ditatap lama. Hana seka air matanya yang nak jatuh lagi. Hana tutup lampu berbentuk payung di atas meja sebelah katil Ara. Dia pusingkan badannya untuk keluar dari bilik tu tapi dia terasa tangan kanannya dipegang.
Hana berpaling. Ara sedang melihatnya dengan mata separa terbuka.
"Kak Hana jangan tinggalkan Ara tau.. Janji.." Ara genggam erat tangan Hana.
Hana tekup mulutnya,cuba tahan tangis. Ya Allah,kuatkan hatiku melalui perpisahan ini..
Hana melutut tepi katil Ara. Tangan Ara dikucup lembut. Dia usap rambut Ara.
"Tidur ya sayang.."
Ara tutup mata balik.
'Ara mengigau agaknya.'detik hati Hana.
Dia bangun semula menuju ke pintu. Hana tutup lampu utama bilik Ara kat tepi pintu. Hana melangkah keluar. Pintu bilik Ara ditutup perlahan lahan.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Pintu pejabat dalam bilik Zac diketuk dari luar. Zac yang sedang leka memerhati lakaran pelan rumah memberi keizinan kepada orang dekat luar tu masuk. Matanya masih meneliti setiap butiran secara terperinci pada pelan itu untuk pembinaan rumah sebagaimana yang dipinta oleh kliennya.
"Pak ngah..."rengekan suara Ara menyebabkan Zac terpaksa angkat kepala.
Dia tengok Ara yang tengah berdiri depan pintu sambil pegang Chloe. Muka Ara nampak sembab. Matanya berair.
Zac tanggalkan cermin matanya kemudian diletakkan di atas meja. Dia terpaksa tangguhkan sebentar kerjanya untuk melayan little princess itu. Dia memang tidak pernah mengabaikan anak anak saudaranya meskipun dia tengah sibuk bekerja di rumah melainkan dia ada projek yang sangat penting dan memerlukan masa yang singkat untuk disiapkan barulah dia tidak mengizinkan sesiapa mengganggu kerjanya kerana dia perlu fokus.
"Hey.. Kenapa ni? Come to me.." Zac pusing kerusinya kemudian tangannya didepangkan.
Ara berlari menyambut pelukan Zac. Chloe dah melompat turun dari pelukan Ara. Ara peluk Zac erat erat.
"Ara kenapa nangis ni?"tanya Zac bila dia dengar esak tangis Ara dalam pelukannya.
"Kak Hana..."
"Kenapa dengan Kak Hana?" Zac lepaskan pelukannya. Dia pandang muka Ara. Air mata Ara yang membasahi pipi disapu dengan ibu jarinya. Ara tersedu sedan.
"Cakap dengan Pak Ngah. Kak Hana kenapa?"tanya Zac risau.
"Kak Hana nak tinggalkan Ara.."Ara meraung. Suaranya kedengaran sedih. Bibirnya mencebik.
"Kak Hana nak tinggalkan Ara? Mana Ara tau?" Zac menguak rambut depan Ara ke tepi dahi.
"Kak Hana dah kemas pakaian dia. Dia cakap esok dia dah nak pergi."adu Ara.
Dah nak pergi? Dah cukup dua bulan ke dia kerja kat sini? Cepatnya masa berlalu. Terasa baru semalam dia berkenalan dengan Hana.
"Ye ke.. Habis tu kenapa Ara nangis? Ara patut happy Kak Hana dah nak pergi. Ara kan tak suka Kak Hana."
"Mana ada Ara tak suka dia. Ara suka Kak Hana. Kak Hana selalu nyanyi untuk Ara. Kak Hana selalu main dengan Ara. Ara tak nak Kak Hana pergi.. Kak Hana dah janji takkan tinggalkan Ara. Kenapa Kak Hana nak pergi jugak?" Ara rengek manja. Matanya kembali berair.
"Ara sedih la ni?"
Ara angguk angguk.
"Ara menyesal sebab selalu marah marah Kak Hana. Tapi Kak Hana baik dengan Ara."
Zac senyum dengar kata kata Ara. Nampaknya Ara dah pandai menilai kebaikan orang.
"Baguslah kalau Ara dah menyesal. Lepas ni Ara kena minta maaf dekat Kak Hana. Ara sayang Kak Hana kan?"
Zac renung mata Ara.
"Sayang sangat... Pak ngah pun sayang Kak Hana jugak?" Ara tanya dia balik. Zac terdiam.
"Kenapa Ara tanya macam tu?"
"Kalau Pak Ngah sayang Kak Hana, Pak Ngah suruhlah Kak Hana kahwin dengan Pak Ngah. Nanti Kak Hana tak payah pergi tinggalkan Ara. Kita boleh tinggal sama sama."bersungguh sungguh Ara cakap. Butiran percakapannya sangat jelas.
Zac terkedu bila Ara cakap macam tu.
"Meh duduk atas riba Pak Ngah." Zac angkat Ara kemudian diletakkan di atas pahanya. Dia peluk Ara dari belakang.
"Mana Ara tahu Kak Hana takkan tinggalkan Ara kalau Pak Ngah kahwin dengan dia?"Zac tanya. Dia hairan juga bila Ara tahu pasal ni.
"Pak ngah yang cakap."ujar Ara jujur. Zac dah kerut dahi. Bila masa pulak aku cakap dekat budak benda benda orang dewasa ni?
"Bila masa Pak Ngah cakap macam tu?"Zac luahkan apa yang bermain di fikirannya.
"Masa beli ais krim."
Masa beli ais krim? Zac cuba flashback balik saat saat dia beli ais krim dengan Ara. Lama juga dia berfikir. Lepas tu baru dia teringat ketika mereka picnic bulan lepas. Ara ada tanya dia mengenai seorang lelaki yang tengah melamar perempuan. Dia jawab apa yang keluar dari mulutnya aje sebab masa tu dia sibuk nak bayar ais krim mereka.
Zac tersengih pendek. Tak sangka Ara masih ingat perkara tu walaupun dah sebulan lebih berlalu. Kuat jugak ingatan Ara ni. Tambahan pula Ara macam boleh faham je apa yang dia cakap hari tu.
"Kenapa Pak Ngah diam?" Ara tegur.
Zac tersentak. Lama sangat dia mengelamun agaknya.
"Ara nak Pak Ngah kahwin dengan Kak Hana ke?" Zac cuba uji Ara.
Ara angguk.
"Nak!! Nanti Ara boleh tinggal dengan Kak Hana lagi."beritahu Ara teruja.
Zac diam sejenak.
"Tapi Pak Ngah tak boleh lah kahwin dengan Kak Hana." Zac berkata perlahan. Matanya terbayang wajah Hana.
"Kenapa? Pak Ngah tak sayang Kak Hana ke?" Ara cuba tengok muka Zac dibelakangnya.
"Bukan Pak Ngah tak sayang Kak Hana.. Tapi kalau Pak Ngah nak kahwin dengan Kak Hana, Kak Hana kenalah sayang Pak Ngah jugak. Baru aci.."beritahu Zac dengan bahasa mudah.
"Kak Hana tak sayang Pak Ngah ke?"lincah mulut Ara bertanya.
"Tak tahu." Zac jungkit bahu.
"Kalau macam tu biar Ara pergi tanya Kak Hana sekarang!!" Ara cepat cepat turun dari atas riba Zac lantas terus berlari keluar dari pejabatnya. Zac terkejut dengan tindakan Ara. Dia tak sempat halang.
"Ara!!" Zac panggil Ara. Dia terpaksa ikut Ara keluar. Entah apalah Ara nak buat.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"Kak Hana!!" Hana yang sedang mengemas pakaiannya terkejut bila Ara tiba tiba muncul depan biliknya.
"Ya sayang?"
"Kak Hana sayang Pak Ngah tak??"
Hana terkedu dengar soalan Ara. Tiba tiba aje Ara serang dia dengan soalan tu. Tak berkias pulak tu. Dia teragak agak nak jawab.
"Sayang tak??" Ara tanya lagi bila Hana tak jawab.
“Kenapa Ara tanya macam tu?”
“Kak Hana cakap lah Kak Hana sayang Pak Ngah.”suruh Ara dengan suara nyaringnya.
Dah kenapa pulak budak ni suruh aku cakap macam tu? Aku ikutkan je lah. Kang banyak bunyi pulak.
"Err.. ye. Kak Hana sayang Pak Ngah Ara." Hana beritahu sambil garu garu lehernya yang tak gatal.
"Kalau macam tu Pak Ngah bolehlah kahwin dengan Kak Hana!!" Ara jerit kegembiraan. Mata Hana bulat bila dengar Ara cakap macam tu.
"Hah??!"
"Ara!!!" Zac pula tiba tiba muncul depan muka pintu bilik dia. Lepas nampak aje Ara, Zac terus pegang dan tutup mulut Ara.
"Err.. Hana.. Awak jangan layan sangat cakap Ara ni. Dia merepek aje.. Budak budak kan.."cepat cepat Zac beritahu. Dia takut Hana salah sangka pula dengan dirinya.
Hana masih berdiri kaku tengok mereka berdua.
"Aaa..." Hana hilang kata kata.
Dia sentuh telinganya lepas tu sentuh pula lehernya. Kenapa aku tiba tiba gelabah ni??
"Err.. Kenapa ni?" Hana buat buat tanya.
"Takde apa apa. Hee.."pantas Zac jawab sambil tayang gigi. Dia sendiri berasa kekok pulak dengan Hana lepas terdengar perbualan Ara dengan Hana sebelum sempat dia menghalang.
Ara dah meronta minta dilepaskan. Zac letak jari telunjuk dekat mulut dia sebagai isyarat supaya Ara diam. Zac lepaskan Ara bila Ara angguk.
Hana tersengih kekok bila tengok kelakuan pelik mereka berdua.
"Bila awak bertolak balik?" Zac buka topik lain.
"InsyaAllah lepas budak budak ni balik sekolah esok."beritahu Hana. Dia terus tunduk lepas habis cakap. Segan pula bercakap dengan Zac lepas apa yang Ara bagitau dia tadi.
"Oh ye ke.. Tak sempatlah jumpa sebab esok saya ada mesyuarat." Zac beritahu tanpa dipinta.
Ada aku tanya ke? Hana menjawab dalam hati.
"Ermm.."Hana jawab macam tu aje. Dia tak tahu nak jawab apa lagi. Lidahnya tiba tiba kelu.
Zac pun nampak macam tak senang duduk bila matanya dengan mata Hana bertembung. Dua dua terus pandang tempat lain.
"Kitorang keluar dululah." Zac minta diri. Dia dukung Ara keluar.
"Aaa..." Hana nampak macam nak halang mereka daripada keluar tapi tak sempat. Dia tak nak ucap selamat tinggal dekat aku ke? Kan esok dah tak boleh jumpa.Sedihnya...
"Kak Hana cakap dia pun sayang dekat Pak Ngah jugak." Ara bisik perlahan dekat telinga Zac masa mereka turun bawah. Zac letak jari telunjuk dekat bibir Ara, isyarat supaya 'senyap'. Lepas tu entah kenapa bibirnya tiba tiba mengukir senyum.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Hana turun tangga sambil jinjing beg menuju ke ruang tamu. Masa tu Kak Fi, mama dan Mak Yam dah ada kat situ untuk berjumpa dengannya buat kali terakhir.
Hana letak begnya atas lantai.
"Kak Fi, Auntie.. Maaflah sebab Hana dah curi masa kerja Kak Fi dengan Auntie semata mata nak jumpa Hana."ujar Hana.
Serba salah pula jadinya bila mereka berdua yang sibuk dengan kerja sanggup cuti separuh hari sebab nak hantar pemergiannya. Dia cuma pengasuh je di rumah ni tapi mereka begitu menghormatinya. Inilah keluarga mithali. Walaupun tak semua ada kat sini untuk menghantar pemergiannya namun dia dah cukup gembira sebab masih ada yang sudi jumpa dia.
"Tak payahlah Hana minta maaf. Kami sendiri yang nak jumpa Hana. Bukan Hana yang suruh." Mama sentuh bahu Hana.
"Betul tu Hana. Lagipun ni sebagai tanda hormat kami sebab Hana sudi jaga budak budak ni." Kak Fi mencelah.
"Eh.. Takde apa lah. Ni dah memang kerja Hana dan tanggungjawab Hana untuk jaga diorang." Hana tunduk segan dengan layanan mereka terhadapnya.
"Tapi Kak Fi nak berterima kasih sangat sangat pada Hana sebab Hana dah banyak bersabar sepanjang Hana jaga mereka. Kak Fi perasan yang anak anak Kak Fi sedikit sebanyak dah berubah. Diorang sekarang dah rajin membaca. Dulu tau main aje. Ara tu Kak Fi tengok dah pandai berdikari. Dia dah boleh uruskan diri dia sendiri. Dulu semua benda kami yang buat untuk dia. Dah macam putri pulak.
Aqef dengan Aqil pula dah tak banyak bergaduh. Mereka dah belajar berkongsi. Kak Fi memang terkejut sangat dengan perubahan drastik mereka semua tu. Kak Fi tak sangka Hana dapat buat perubahan dalam diri mereka. Sebelum ni tak ada pun pengasuh yang dapat ubah perangai mereka. Mereka hanya menjaga semata mata tanpa mendisiplinkan mereka.
Tapi Hana lain. Kak Fi memang tak menyesal ambil Hana bekerja. Kak Fi patut berterima kasih pada Kay sebab kenalkan Hana pada kami. Sekarang diorang dah pandai berdikari. Lepas ni, Kak Fi tak perlu risau lagi nak tinggalkan mereka dan boleh jadi Kak Fi takkan cari pengasuh lain untuk gantikan tempat Hana." panjang lebar Along beri pujian pada Hana.
Hana bertambah segan bila Along memujinya melambung.
"Kak Fi janganlah puji Hana sangat. Hana cuma buat macam yang Kak Fi suruh aje. Lagipun mereka tu amanah Kak Fi pada Hana. Menjadi tanggungjawab Hana untuk uruskan apa yang patut. Hana selalu ingat pesan mak Hana. Dia pesan dekat Hana supaya Hana kena kerja dengan ikhlas. Dia cakap bila kita ikhlas buat kerja, nanti Allah murahkan rezeki kita. Mungkin berkat doa mak Hana juga Hana dapat laksanakan tanggungjawab ni dengan baik.
"Mak Hana dah berjaya mendidik anaknya menjadi seorang yang berguna pada orang lain."puji mama.
Hana senyum. Dia bangga bila ada orang puji maknya. Dan dia tahu maknya pun pasti bangga bila anaknya dipuji.
“Hana nak minta maaf dekat Kak Fi kalau Hana ada berkasar atau marahkan anak anak Kak Fi selama Hana jaga mereka. Hana langsung takde niat nak marahkan mereka ke apa. Hana cuma ingin mendidik mereka menjadi lebih baik.
Tapi Kak Fi jangan risau, sekali pun Hana tak pernah cubit atau cederakan anak anak Kak Fi. Jentik pun tak pernah. Tak pernah sebab Hana tahu dengan menggunakan kekerasan hanya akan membuatkan kanak kanak semakin kuat memberontak. Hana banyak gunakan psikologi untuk mendisiplinkan mereka."
Along angguk dengan senyuman.
“Kak Fi percayakan Hana. Anak anak Kak Fi pun tak pernah mengadu Hana buat benda tak elok pada mereka. Mereka selalu puji Hana terutama Ara tu. Selama ni dia degil dan susah nak dengar cakap orang. Sekarang dia dah pandai ikut arahan. Semuanya atas usaha Hana yang banyak mengubahnya. I’m really appreaciate it.”
"Tu semua bukan sebab Hana. Hana sepatutnya kena berterima kasih pada Encik Zac juga sebab Encik Zac dah banyak tolong Hana jaga Ara.
Pada mulanya Ara tak suka dekat Hana tapi lepas En. Zac balik oversea hari tu, dia selalu pesan dekat Ara supaya layan Hana dengan baik. Mungkin Ara dengar cakap dia. Kalau tak, susah juga Hana nak ambil hati Ara tu. Nanti Kak Fi tolong sampaikan salam Hana pada dia ek."beritahu Hana.
Dia harap dia dapat jumpa Zac buat kali terakhir tapi malangnya Zac perlu bekerja hari ni. Kalau boleh dia sendiri nak minta maaf dan ucap terima kasihnya pada Zac tapi tiada rezeki pula mereka berjumpa.
"Angah tu memang rapat dengan Ara. Diorang berdua tu dah macam isi dengan kuku. Cuma Kak Fi hairan bila Hana cakap yang Angah tu tolong Hana rapat dengan Ara.
Sebab setahu Kak Fi, Angah tu tak pernah ambil kisah pun layanan Ara pada bekas pengasuh kami dulu. Ara memang macam tu. Susah nak rapat dengan dia. Tak ramai pengasuh lama kami boleh ambil hati dia. Mungkin sebab Angah tak suruh. Ara tu dengar cakap Angah aje."beritahu Along.
Hana dah kerut dahi. Betul ke? Zac cuma nak Ara rapat dengan dia aje ke?
"Ye ke Kak Fi.. Hana tak tahu pulak." Hana sengih pelik.
"Tapi apa apa pun,tak kisahlah. Yang penting Hana dah jalankan tanggungjawab Hana dengan baik. Sebagai tanda penghargaan Kak Fi pada Hana, Kak Fi nak Hana terima ni. Hana tak boleh menolak. Kalau tak Kak Fi kecil hati." Along hulurkan sampul coklat pada Hana. Mama dah senyum.
"Apa ni Kak Fi?" Hana sambut pemberian tu.
"Buka lah."
Hana buka sampul tu. Dia intai isi dalam sampul tu. Dia tarik keluar kertas dalam tu. Mata Hana terbeliak bila tengok tulisan dalam kertas tu. Cek bernilai RM5,000 berada di tangannya saat ini !!!
"Kak Fi... Ap.. Apa ni? Banyaknya!!" Hana dah terkejut. Mulutnya ternganga luas. Along tengok mama. Mereka berdua senyum.
"Tu sebagai tanda terima kasih kami sekeluarga sebab dapat menjaga budak budak tu dengan baik."beritahu mama.
"Tapi... Hana tak boleh terima duit sebanyak ni!!"
"Hana jangan tolak please. Ingat pesan mak Hana. Bila kita ikhlas, Allah akan murahkan rezeki kita. Anggaplah tu sebagai rezeki Hana."ujar Along.
Hana terharu.Tak pernah dia sangka akan dapat pegang cek sebanyak ni. Allah memang Maha Pemurah. Dia tahu keikhlasan hati hambaNya. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah!! Hana bersyukur dalam hati.
"Terima kasih Kak Fi. Hana memang bersyukur sangat."ucap Hana ikhlas.
Along tepuk bahu Hana.
"Hana.. auntie pun ada sesuatu nak bagi pada Hana." Giliran mama pula bagi kejutan.
Mama hulurkan kad kecil warna emas itu pada Hana. Hana ambil.
"Tu kad perniagaan auntie. Nanti Hana dah habis belajar dan nak cari kerja, Hana datanglah ke butik auntie. Auntie akan ambil Hana bekerja. Auntie sangat mengharapkan pekerja yang bertanggungjawab macam Hana ni."beritahu mama dengan senyuman ikhlas.
Hana tutup mulutnya. Ya Allah, rezekiMu mencurah curah kepada hambaMu yang ikhlas.
Hana peluk mama dengan Along erat. Dia menangis.
"Terima kasih auntie, Kak Fi. Keluarga kalian dah banyak buat baik pada Hana. Walaupun Hana cuma pengasuh dalam rumah ni tapi Hana tak pernah rasa macam tu sebab semua orang dalam rumah ni dah layan Hana macam keluarga sendiri. Hana terharu sangat sangat.
Hana tak tahu macam mana nak balas budi kalian semua. Hana cuma mampu ucap terima kasih. Kalian memang sebuah keluarga yang istimewa. Hana doakan semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya pada keluarga ni."doa Hana sepenuh hati.
"Amin.. Kami sangat mengharapkan doa doa macam tu dari orang yang berhati ikhlas. Kami dah anggap Hana macam keluarga kami sendiri. Nanti kalau Hana ada masa, jangan segan silu nak datang menjenguk kat sini. Kami sentiasa mengalu alukan kedatangan Hana. Pintu rumah kami sentiasa terbuka untuk Hana. Ingat tu."pesan mama.
Hana angguk.
"Terima kasih auntie. Hana akan datang melawat kalian sekeluarga bila Hana ada masa terluang nanti. Hana takkan lupakan keluarga ni. Keluarga ni dah menjadi sebahagian daripada hidup Hana walaupun Hana cuma hadir dalam masa yang singkat."luah Hana terharu.
Dia takkan sekali kali melupakan sebuah keluarga yang harmoni dan penuh kasih sayang ini.
“Sama sama,”Mama menggosok gosok bahu Hana dengan senyuman manis terlekang di bibir.
"Nanti Kak Fi suruh Pak Lan hantar Hana ke kampus."
"Eh,tak payahlah. Susah susah je. Hana dah sewa teksi dah. Kejap lagi sampailah tu." Hana menolak lembut.
"Ye lah."
"Eh,kejap.. Pak Lan tak pergi jemput budak budak ni balik tadika ke?" Hana baru perasan kereta Mercedez Benz yang selalu Pak Lan guna untuk ambil budak budak dari tadika ada kat luar rumah.
"Tak. Angah cakap dia yang nak pergi jemput budak budak tu nanti."beritahu Along.
Hana dah naik hairan. Zac nak ambil budak budak tu balik tadika? Malam tadi dia cakap dia ada mesyuarat. Macam mana dia boleh ada masa nak ambil anak anak buah dia tu? Ke dia tipu? Tapi kenapa dia nak tipu? Ah,lantak dialah!! Buat apa aku susah susah fikir. Suka hati dialah nak buat apa. Aku sibuk kenapa? Hana bermonolog dalam hati.
"Hana.. teksi dah sampai." Mak Yam memaklumkan.
"Ye ke? Kalau macam tu, Hana pergi dululah auntie,Kak Fi." Hana bersalaman serta memeluk Along dengan auntie.
"Jaga diri."
"Belajar elok elok."
Pesan mereka berdua.
"Insyaallah. Terima kasih untuk segalanya." Hana pergi pula dekat Mak Yam yang sedang mendukung Mia.
Hana cubit pipi Mia.
"Hi Mia.. Kak Hana dah nak pergi ni. Mia jangan menangis kuat sangat tau. Sayang Mia." Pipi Mia dicium. Mia ketawa mengekek. Hana senyum. Lepas ni dia dah tak boleh jumpa lagi dengan baby comel mata bulat ni.
"Mak Yam.. Hana pergi dulu tau. Hana minta maaf kalau Hana banyak buat salah dengan Mak Yam selama Hana kerja dengan Mak Yam kat sini." Hana bersalam dengan Mak Yam. Tubuh Mak Yam dipeluk.
"Ye lah.. Jaga diri kamu tu elok elok. Mak Yam akan selalu ingat budak nakal macam kamu ni." Mak Yam tepuk tepuk belakang Hana.
Hana senyum. Matanya dah berair. Walaupun hanya dua bulan dia mengenali Mak Yam tetapi hubungan mereka dah seperti keluarga dan Mak Yam selalu mengingatkannya akan maknya di kampung.
"Hana pergi dululah."
"Biar kami hantar kamu keluar."
Hana angguk je. Mereka mengekori Hana keluar sehingga ke pintu utama.
Hana lambai pada mereka bila dia sampai di pintu pagar. Teksi dah menunggu depan rumah. Hana tengok villa besar tu dengan perasaan sayu buat kali terakhir.
'Aku akan rindukan rumah dan penghuni dalam rumah ni.'detik hati Hana. Dia tarik nafas.
Hana buka pintu teksi. Baru je dia ingin melangkah masuk ke dalam perut teksi, Hana terdengar bunyi hon kereta dari arah belakang. Hana berpaling. Saat tu kereta peugout hitam kelabu milik Zac berhenti depan pagar villa tu.
"Kak Hana!!!" Ara, Aqef dan Aqil turun dari kereta tu dan berlari ke arahnya sambil memegang sesuatu di tangan mereka.
Hana tak jadi masuk. Mereka bertiga memeluknya serentak. Hana tengok Zac keluar dari keretanya.
"Nasib baik sempat,"ujar Zac perlahan.
"Kak Hana.. Ara belikan hadiah untuk Kak Hana. Nah!"beritahu Ara. Dia bagi hadiah teddy bear bersaiz besar warna pink yang dibalut dengan plastik lut sinar kepada Hana.
"Comelnya.. Terima kasih sayang." Hana mengusap kepala Ara.
"Kitorang pun nak bagi hadiah juga." Si kembar tu berebut rebut ingin bagi hadiah dekat Hana. Hana tak menang tangan ambil hadiah tu.
"Kak Hana jangan lupakan kitorang tau!! Kitorang sayang Kak Hana!!"ucap mereka bertiga serentak. Air mata Hana jatuh. Dia ingatkan dia tak berpeluang berjumpa mereka lagi untuk kali terakhir.
Hana melutut di hadapan mereka.
"Kak Hana takkan lupakan budak budak comel macam korang semua ni. Kak Hana pun sayang korang sangat sangat.. Kak Hana mesti akan rindukan korang nanti.." Hana peluk mereka bertiga. Air matanya jatuh mencurah curah.
Hana tengok Zac berjalan ke arah mereka. Hana berdiri. Dia ingat dia takkan dapat jumpa Zac lagi.
"En. Zac cakap ada meeting?"
"Saya cancel."
Hana tersenyum. Terharu. Dia sanggup cancel meeting sebab nak jumpa aku?
Zac hulur sesuatu. Hana ambil hadiah berbentuk segi empat tepat sederhana besar tu.
"Thanks. Susah susah je."
Hana senyum. Zac balas senyuman tu. Hana perasan muka Zac nampak macam sedih. Matanya nampak redup tengok dia.
"Kak Hana bila pula nak datang sini?" Ara tanya. Hana tunduk tengok Ara.
"Kak Hana pun tak tahu. Tapi Kak Hana janji Kak Hana akan datang lagi tengok Ara,Aqef dengan Aqil. Okey?"
"Janji?" Ara keluarkan jari kelingking.
"Janji!" Hana tautkan jari mereka.
"Tapi Ara kena janji juga dengan Kak Hana yang Ara akan jaga adik adik Ara. Lepas tu Ara kena dengar semua cakap orang dalam rumah ni. Dan jaga lupa minum susu sebelum tidur. Boleh?" Hana cuit hidung Ara. Ara angguk lepas tu peluk Hana.
"Okay! Kak Hana jangan lupakan Ara tau. Ara minta maaf sebab selalu marah Kak Hana." Ara menangis.
"Kak Hana takkan lupakan Ara. Ara kan comel. Kak Hana dah maafkan Ara lah. Janganlah nangis." Hana usap kepala Ara. Ara lepaskan pelukan. Dia cium pipi Hana. Hana sebak. Dia cium Ara juga.
Hana tengok pula si kembar yang tengah teresak esak menangis tengok dia.
"Ni kenapa menangis ni?"
"Kak Hana janganlah tinggalkan Aqef. Aqef janji takkan nakal nakal lagi."tangisan Aqef semakin kuat.
"Aqil pun janji takkan berebut mainan dengan Aqef lagi. Tapi Kak Hana janganlah pergi.."Aqil pula menangis. Tangisan mereka berdua semakin kuat.
Hana tak mampu menahan air matanya lagi. Dia ikut menangis.
"Aqef,Aqil.. Janganlah macam ni. Kak Hana nak pergi belajar lah, macam Pak Su. Pak ngah kan ada." Zac cuba pujuk mereka.
Hana peluk si kembar tu.
"Maafkan Kak Hana sayang.. Kak Hana terpaksa pergi jugak."
Hana tengok mereka bertiga dengan pandangan yang berat.
"Korang janganlah nangis lagi. Sedih Kak Hana tengok. Korang dah buat Kak Hana tak sampai hati nak pergi tau tak.." Hana dongak kepalanya,cuba menyeka air mata yang tak habis habis jatuh dekat pipi. Hana pegang tangan mereka.
"Janji dengan Kak Hana yang korang takkan gaduh."
Mereka bertiga angguk.
"Good. Cium Kak Hana untuk kali terakhir." Hana halakan pipinya pada mereka. Mereka bertiga cium muka Hana serentak. Hana senyum kesedihan.
"Kak Hana kena pergi dulu." Hana berdiri semula.
Dia tengok Zac. Zac dukung Ara.
"Encik Zac, saya nak minta maaf sebab saya pukul En. Zac dulu..." Hana tertawa bila teringatkan insiden tu. Zac senyum. "...dan saya juga nak ucap terima kasih sebab bagi peluang pada saya rapat dengan Ara. Tanpa bantuan En. Zac saya tak mungkin dapat rapat dengan Ara macam ni. Ara memang special girl."
"Sebab tu saya cuma bagi peluang kepada orang yang ikhlas aje jaga dia." Zac tengok Ara.
Hana angguk faham. Mungkin dia boleh nampak keikhlasan aku.
"Ya.. saya faham. And.. terima kasih sekali lagi untuk hadiah ni."
Zac senyum pendek. Dia tatap mata Hana dalam dalam. Hana turut sama tengok Zac. Dia dapat merasakan sesuatu dalam mata Zac. Mata redup itu seolah olah merayu ingin mengatakan sesuatu. Tapi apa??
Hana hanyut dengan panahan mata Zac. Begitu juga Zac. Mereka berdua saling bertatapan. Agak lama mereka berkeadaan begitu sehingga akhirnya Hana tunduk. Dia kalah dalam renungan itu. Dia tidak mampu menatap mata itu lagi. Jantungnya menjadi tidak stabil setiap kali matanya bertembung dengan mata redup Zac tu. Perasaan apakah ini?
"Saya pergi dulu." Hana buka pintu teksi.
"Hana..."panggilan lembut itu menyapa telinganya. Entah kenapa Hana terasa begitu romantis apabila Zac menyebut namanya.
Hana berpaling. Dia tengok Zac. Mulutnya seperti ingin memberitahu sesuatu kepadanya tapi tidak diluahkan. Matanya perlahan lahan berkelip.
"Take care.."lepas tu baru Zac bersuara.
Hana senyum tawar. Entah kenapa kakinya terasa berat untuk melangkah masuk ke dalam teksi. Renungan mata Zac seolah olah menghalangnya pergi. Hana tarik nafas panjang. Cuba menstabilkan jantungnya yang berdengup kencang tu. Selepas itu dia cepat cepat masuk ke dalam perut teksi.
Saat itu air matanya jatuh lagi. Teksi mula bergerak. Ara, Aqef dan Aqil lambai dekat dia. Zac tengok dengan pandangan kosong. Hana balas lambaian tu. Teksi bergerak semakin lama semakin jauh. Tapi kepala Hana masih berpaling tengok mereka sehingga kelibat mereka tidak kelihatan.
Zac.. tak tahu kenapa Hana teringat renungan Zac. Apa maksud renungan itu?
Hana tengok hadiah di tangannya. Hadiah Zac dibuka.
"Kotak muzik.."ujar Hana perlahan bila tengok hadiah tu.
Hana buka penutup kotak muzik tu. Gambar kenangan ketika mereka berenam pergi picnic ditampal di belakang penutup tu.
Hana senyum bila teringatkan saat mereka berkelah bersama. Zac meminta seseorang mengambil gambar mereka berenam di atas rumput. Zac dengan dia duduk bersila bersebelahan. Zac meriba Ara, dia pula riba Mia. Aqef dengan Aqil duduk depan mereka. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka saat itu.
Hana sentuh gambar tu. Dia membelek kepingan gambar tersebut. Terdapat tulisan di belakang gambar itu. Ni mesti tulisan Zac sebab tulisan itu berangkai.

~ We will miss you ~

Hana tersenyum membaca ayat itu. Dalam masa yang sama dia sebak. Alangkah rindunya dia pada saat itu. Hana letak penari balet mini lelaki dan perempuan tu atas pentas muzik. Pentas muzik tu bergerak dan berputar perlahan.Penari balet mini tu menari bersama sama dengan alunan muzik ringkas.
Hana senyum sendiri..

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Zac tersenyum melihat rakaman video itu. Video ketika dia merakam Hana masa picnic dulu. Dia masih menyimpan video itu di dalam komputer ribanya. Setiap kali dia rindukan Hana, dia akan buka video tu.
Ya.. Dia memang rindukan Hana. Dia memang dah jatuh cinta pada Hana sejak kali pertama dia jumpa Hana lagi. Dia pun tidak sangka akan berjumpa dengan Hana, seolah olah doanya selama ini sudah dimakbulkan. Tapi dia tidak tahu bagaimana dia boleh sukakan Hana dengan sekelip mata aje. Tanpa sebarang sebab.
Perasaan itu seolah olah datang sendiri tanpa dipinta. Namun dia tahu.. dia perlu menghalang perasaan itu kerana hati Hana sudah menjadi milik adiknya, Kay.
"Angah.. papa nak.." papa tiba tiba meluru masuk biliknya menyebabkan Zac cepat cepat tutup komputer ribanya.
"Papa ganggu ke?"tanya papa bila nampak Zac macam kelam kabut bila dia masuk.
"Err.. tak lah. Papa nak apa?" Zac menegakkan badannya. Papa dah tengok Zac pelik.
"Ooo..kay... Papa nak fail laporan projek pembinaan rumah banglo dekat Wangsa Jaya tu. Ada dengan Angah?"
"Kejap angah tengok." Zac buka laci mejanya. Dia belek belek beberapa fail dalam laci tu. Lepas tu dia buka pula laci kedua bila fail yang dicari tiada di laci pertama. Tindakan Zac tiba tiba terhenti bila dia membuka laci kedua. Matanya terpaku di situ.
"Angah... Ada tak?"papa tanya bila tengok Zac berhenti cari tiba tiba.
"Aaa.. kejap,pa." Zac sambung belek belek fail dalam laci tu.
"Ada ni." Zac terus hulur fail dekat papa dia lepas tengok sekilas isi dalam fail tu.
"Okey thanks."
Pandangan Zac jatuh semula pada laci kedua itu.
"Angah.."
Zac tak jawab. Matanya masih melekat pada isi dalam laci tu.
"Zachrul.."papa panggil nama Zac. Baru Zac berpaling.
"Ya, pa?"
Papa tengok dia semacam lagi.
"Ni laporan tahun lepas punya. Papa nak yang tahun ni." Papa letak balik fail tu.
"Ye ke? Sorrylah pa.. Nanti Angah tengok balik." Zac kelam kabut mencari semula fail yang papanya pinta itu.
"Haa.. ni. Angah tak tengok tarikh tadi. Sorry.." Zac bagi dekat papa fail tu. Papa periksa sekali lagi. Papa angguk.
"Okey." Papa tengok Zac. Zac tengok bawah lagi.
"Angah.. Are you okay? Sejak akhir akhir ni papa tengok Angah asyik termenung aje. Kat rumah termenung, kat pejabat pun termenung. Angah ada masalah ke?" Papa tanya khabar anaknya. Pelik juga dia bila tengok Zac berkelakuan begitu.
Zac jarang termenung ketika bekerja terutamanya di pejabat syarikat. Tapi dia tak tahu lah kalau di pejabat biliknya Zac selalu termenung. Zac profesional orangnya. Dia seorang yang fokus bila bekerja. Kalau dia termenung pun, tu sebab dia berfikir mengenai kerja. Tapi tadi Zac nampak lain macam. Dia seperti hilang fokus. Dan nampak seperti cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya.
"Angah okey,pa. Papa janganlah risau."
"Sure?"
Zac angguk. Papa angkat kening.
"Kalau macam tu,papa keluar dululah. Tapi kalau angah ada masalah,jangan segan silu bagitau papa."pesan papa.
Zac angkat simbol 'ok'.
Papa tutup pintu.
Zac tarik laci semula. Dia keluarkan kotak baldu berwarna hitam dalam laci tu. Kotak tersebut dibuka. Dia mengeluarkan gelang emas putih dari kotak itu. Zac menyandarkan badannya pada kerusi sambil menilik gelang yang dipegangnya separas mata itu.
"Hana.." Nama Hana meniti di bibirnya.
“Dah lama aku mencari pemilik gelang ni. Tak sangka kau sendiri yang datang dekat aku Hana. Tapi kenapa.. aku rasa sekarang bukan masanya lagi untuk aku serahkan kembali gelang ni pada kau?” Zac berdialog sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience