Bab 11

Romance Series 10367

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Along mula menimbulkan persoalan selepas mereka semua sudah berkumpul di ruang tamu sebaik mak,mama,papa,Zac dan Hana sampai di rumah.
Tadi mereka menerima panggilan di rumah yang menyuruh ibubapa kepada Zac dan Hana datang ke pejabat agama kerana anak mereka ditangkap basah. Mereka semua jelas terkejut mendengar berita tersebut.
Kay balik dalam keadaan kusut dan murung selepas mama,papa dan mak pergi ke pejabat agama. Along cuba memaklumkan kepada Kay mengenai panggilan tersebut walaupun dia takut takut tapi Kay cakap dia sudah tahu. Bila Along tanya apa yang berlaku, Kay hanya diam membisu sambil termenung jauh.
Suasana di ruang tamu sunyi sepi walaupun ramai yang berkumpul di situ. Ketegangan mula dirasai. Masing masing mengunci mulut dan hanya berdiam diri sehingga Hana sendiri cuba memberanikan diri untuk bersuara, memecahkan kesunyian.
"Semua ni salah Hana." Hana berkata dengan muka tertunduk.
"Kalau Hana tak telefon Zac,mesti Zac takkan datang ke kondo Hana dan semua ni takkan berlaku."sambung Hana.
Kesunyian kembali menyapa. Tiada sesiapa berani bersuara selepas Hana bercakap. Mereka semua seolah olah terkilan dan terkejut dengan apa yang berlaku.
Mama tarik nafas panjang.
"Lepas ni.. nama pengantin lelaki dalam kad jemputan akan ditukar." Kata kata mama membuat semua orang di ruang tamu itu terkejut terutama Zac,Hana dan Kay.
"Apa maksud mama?" Kay pantas bertanya. Kata kata mamanya seolah olah cuba mengguris perasaannya.
Mama tengok Kay.
"Kay.. Mama harap mama tak cakap macam ni. Tapi mama terpaksa putuskan.. yang Hana dengan Zac terpaksa berkahwin." Habis je ayat tu,semua orang terkejut malah lebih terkejut daripada tadi.
Kay bangun. Dia menggeleng geleng kepala beberapa kali melihat mamanya,seolah olah tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
"Apa mama cakap ni? Kami akan berkahwin dalam masa 2 minggu lagi,ma. Semua persiapan, dewan,baju pengantin semua dah siap ma.
Tinggal langsungkan aje. Mama tak boleh buat keputusan macam ni. Kay bantah dengan keputusan mama tu," Kay cuba tidak menaikkan suaranya namun percakapannya kedengaran tegas dan terdesak.
"Mama minta maaf,Kay. Kay bukan pengantin lelaki dalam majlis perkahwinan nanti."ujar mama perlahan.
"Mama!!!"tempik Kay.
Semua orang senyap.
"Kay,keputusan yang mama kamu buat tu betul. Nak tak nak kamu kena terima."sampuk papa di sebelah mama yang nampak cuba tahan esakan. Mak cuba tenangkan mama.
"Apa yang betulnya pa? Kenapa mereka sampai perlu berkahwin? Kenapa tak bayar ganti rugi je?"bertalu talu Kay menyerang dengan soalan.
Hanya dia yang bersuara saat ini. Yang lain tidak berani bersuara. Mungkin mereka faham akan perasaan Kay. Kalau mereka menyampuk dalam perbincangan ini, boleh jadi akan menambahkan kekeliruan dan Kay akan mengamuk lagi.
"Kay,ni semua untuk menjaga nama baik keluarga kita. Mama dan papa terpaksa buat keputusan ni untuk menutup malu dengan tindakan mereka berdua.
Tambahan pula dah ramai yang tahu mengenai hubungan khalwat mereka di kondo tu. Kebanyakan orang di situ dah kenal dengan Zac. Bila berlaku perkara macam ni,mereka semua pasti akan bercakap bukan bukan. Untuk menutup mulut mereka,kita terpaksa kahwinkan Zac dengan Hana."jelas papa.
"Tapi mereka tetap akan bercakap juga walaupun Zac dengan Hana kahwin pa. Kita tak boleh nak tutup mulut mereka." Kay cuba membantah.
"Ya!! Papa tahu. Tapi sekurang kurangnya mereka tahu yang Zac dan Hana akan bertanggungjawab atas perbuatan mereka. Mungkin mereka tetap akan berfikir dan bercakap bukan bukan mengenai kes ni tapi at least dengan perkahwinan ni dapat menutup sedikit sebanyak malu Zac dengan Hana.
Kita terpaksa buat macam ni Kay. Kalau boleh kami pun tak nak benda ni berlaku tapi benda dah berlaku. Kita tak boleh nak sesali lagi. Walaupun kita tahu kebenarannya tapi kita tak dapat buat apa apa sebab perbuatan mereka berdua tetap salah di sisi undang undang dan di sisi agama.
Ni sahaja caranya untuk kita menutup malu dan menjaga nama baik keluarga kita daripada tercemar.
Ya.. sekarang pun nama keluarga kita memang dah tercemar tapi lama kelamaan orang akan berhenti bercakap pasal ni bila mereka berkahwin nanti."papa cuba menjelaskan perkara ini dari sudut positif.
Bukan dia dan isterinya tidak marah dengan kejadian tu tapi mereka perlu berfikiran terbuka. Tidak boleh menyalahkan takdir atas apa yang berlaku kerana takdir itu adalah ketetapan dariNya.
"Habis.. macam mana dengan perasaan Kay? Mama papa ada fikir tak pasal perasaan Kay sebelum buat keputusan tak masuk akal ni? Ke mama papa hanya fikir nak tutup malu je,nak jaga nama keluarga je? Hah?!!" Kay jerkah kuat.
"Khayrul!!" Along tegur bila Kay meninggikan suara pada mama dan papa. Kay jeling. Nafasnya turun naik.
Papa dan mama berusaha menjawab soalan Kay dengan tenang dan suara yang lembut kerana mereka tahu hanya dengan cara ni Kay dan keluarga ni akan terima keputusan mereka.
Orang lain perlu nampak kematangan dan ketenangan mereka ketika membuat keputusan barulah mereka semua pun dapat menerima dengan hati terbuka.
"Kay.. Kami buat keputusan ni pun selepas fikirkan perasaan kamu jugak. Cuba kamu fikir,apa tanggapan orang terhadap kamu kalau kamu berkahwin dengan Hana nanti sedangkan Hana sudah ditangkap basah dengan abang kamu.
Orang akan memandang serong pada kamu dan keluarga kita. Orang akan kesian dengan kamu Kay. Orang akan fikir yang kamu ni pak sanggup. Orang akan buat macam macam andaian terhadap kamu.
Mama tak sanggup dengar mereka bercakap bukan bukan pasal kamu Kay. Sebab tu mama mohon..tolong terima keputusan kami ni dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Ye Kay?"pujuk mama lembut.
"Ahh!! Kay peduli apa orang nak cakap pasal Kay! Kay tetap nak kahwin dengan Hana juga!! Kay tak peduli dengan keputusan mama tu!!! Kay akan kahwin dengan Hana jugak!!" Kay mula mengamuk lagi.
"Kay.." Zac cuba bersuara.
Pandangan Kay pantas memanah abangnya. Kay merenung abangnya dengan pandangan yang tajam. Tanpa berfikir panjang dia menyerang abangnya buat kali kedua. Muka Zac ditumbuk sekuat hati. Bibir Zac pecah lagi.
"Ni semua kau punya pasal!!! Kalau bukan disebabkan kau,semua ni takkan berlaku. Aku akan berkahwin dengan Hana!! Kau memang sengaja nak rampas Hana daripada aku kan?! Aku patut dah boleh agak semua ni akan berlaku bila kau menipu pasal perasaan kau pada Hana!!
Kau memang abang tak guna!! Kau sanggup hancurkan kebahagiaan adik kau sendiri!! Aku tahu ni semua mesti rancangan kau! Kau sengaja perangkap Hana supaya Hana boleh kahwin dengan kau!! Kan?!!" Kay melepaskan amarahnya yang masih bersisa pada Zac.
Perut Zac ditumbuk bertalu talu. Tubuh Zac menjadi lemah dan tidak bermaya. Tapi dia langsung tidak melawan.
"Kay!! Berhenti!!" Mama melaung kuat. Dia tergamam menyaksikan anak bongsunya itu menyerang anak sulungnya di hadapan matanya sendiri.
Perbalahan antara dua beradik itu benar benar memeranjatkannya. Abang Farez dengan papa pantas meluru untuk memegang Kay yang mengamuk macam histeria tu.
"Apa kamu buat ni Kay!"papa menengking.
"Aku nak bunuh lelaki tak guna ni! Aku nak bunuh kau!! Kau memang dah rancang semua ni dari awal kan!!" Muka Kay merah menyala. Matanya mencerlung pandang Zac.
Zac yang terbaring lemah di lantai dipaut oleh mama dan Along. Hana kelihatan terkejut dengan tindakan Kay yang masih belum puas membelasah abangnya.
"Kay.. Angah terima kalau kau nak lepaskan kemarahan kau pada Angah..tapi Angah.. Angah berani sumpah yang Angah langsung tak berniat nak rampas Hana daripada kau.
Angah tahu betapa kau sangat cintakan Hana. Kau ingat Angah sanggup ke nak hancurkan kebahagiaan kau?? Kau adik aku Kay! Aku takkan buat macam tu." Zac cuba menjawab dalam keadaan lemah.
Dia pegang perutnya yang terasa senak itu. Dahinya berkerut kerut kerana menahan kesakitan.
"Kau tak payah nak berangah sangat dengan aku lah!! Kau bukan abang aku lagi. Dasar perampas!!!"tempik Kay kuat.
Dia cuba melepaskan badannya dari pegangan kuat papa dan abang iparnya.
"Kay,sudah!! Kamu ni dah gila ke apa hah!!"papa mula menaikkan suara apabila Kay semakin naik hantu.
"Ya!! Memang aku dah gila. Aku gila sebab aku terlalu cintakan Hana. Aku nak kahwin dengan Hana!!"
"Kay.." Hana mula bersuara.
Dia tak boleh biarkan Kay dalam amarah begitu disebabkan dia. Dia yang buat Kay marah dan dia juga akan tenangkan Kay.
Dia tahu Kay sebenarnya ingin melepaskan kemarahan kepadanya kerana dia sudah memberitahu perkara sebenar tetapi Kay seolah olah menafikan kebenaran bahawa dia yang menyebabkan Zac masuk ke kondonya. Sebab itu dia lepaskan kemarahan pada Zac.
Hana berdiri di hadapan Kay dengan muka bersalah.
"Kay.. Maafkan saya. Ni semua salah saya. Bukan salah Zac. Zac hanya mangsa keadaan. Saya yang tak dapat kawal ketakutan saya sampai tak terfikir pasal benda lain.Saya minta maaf sebab perhubungan kita terpaksa berakhir macam ni.. Saya minta maaf.
Saya pun tak minta semua ni terjadi Kay. Saya tak pernah minta." Air mata Hana jatuh di depan Kay. Kay jadi lemah.
"Hana.. Awak terima ke keputusan mereka? Awak boleh menolak Hana. Kenapa awak terima bulat bulat je keputusan bodoh tu? Hana.. awak tahu sedalam mana cinta saya pada awak.
Awak tahu yang saya nak sangat miliki awak. Saya tak sanggup awak jadi milik orang lain. Saya boleh jadi gila kalau awak jadi milik lelaki lain lebih lebih lagi lelaki tu abang saya sendiri!! Saya tak sanggup Hana.
Saya nak hidup dengan awak. Kita akan berkahwin hujung bulan ni kan?? Kan Hana??" Kay tunjuk muka merayu pada Hana.
Dia cuba tatap mata Hana dengan penuh pengharapan.
Hana menggeleng geleng kepalanya. Air matanya jatuh semakin laju.
"Maafkan saya Kay. Saya terpaksa terima keputusan mama. Ni semua salah saya. Saya tak nak lukakan hati awak dengan cemuhan orang lain. Cukuplah saya aje yang menderita dengan kata kata hinaan mereka nanti. Saya tak nak awak pun kena tempiasnya."lembut Hana cuba mententeramkan Kay. Hana tundukkan mukanya.
"Tak Hana. Kita akan kahwin. Saya sanggup terima semua tu demi awak. Percayalah.."desak Kay.
Dia pegang bahu Hana. Dia cuba pandang mata Hana. Hana tidak sanggup angkat mukanya untuk melihat wajah Kay yang penuh dengan rayuan dan kesungguhan untuk bersamanya itu.
Hatinya seperti direntap melihat wajah sedih itu. Tapi apakan daya.. dia perlu bertanggungjawab atas dosa yang dia lakukan.
"Hana.. look at me please.."rayu Kay. Hana terpaksa angkat muka.
Hidung,mata dan mulutnya merah dek kerana menangis. Hana balas pandangan sayu Kay.
"Kita akan kahwin okey." Kay cuba meyakinkan. Dia renung anak mata Hana dalam dalam.
"Kay.. Jangan cakap macam tu lagi. Mungkin kita memang tak ada jodoh. Kita memang tak ditakdirkan untuk bersama. Mungkin jodoh saya dengan abang awak.
Dan mungkin juga.. betul kata Ara.. saya patut kahwin dengan abang awak.."perlahan Hana menuturkan ayat itu. Dia membalas renungan mata Kay.
Tangan Kay terlepas dari bahu Hana. Air mata lelakinya menitis. Mulutnya terbuka seperti ingin berkata kata tetapi tidak keluar. Dia menggeleng geleng kepalanya. Kay terduduk atas sofa.
Rambutnya diusap ke atas. Dia seolah olah baru menerima kejutan yang membuatnya terkilan.
Hana menutup mulutnya,menahan sebak. Sungguh perit hatinya melihat Kay lemah begitu dengan kata katanya. Mesti hatinya terguris. Mak pergi dekat Hana. Tubuh Hana dipeluk.
Zac sudah berdiri dengan lemah sambil lengannya dipaut oleh Along.
' Inikah.. inikah hikmah di sebalik apa yang berlaku? Adakah ini takdirnya? Adakah ini menunjukkan Hana dan dia memang ada jodoh walaupun Hana hampir menjadi milik orang lain? Inikah dinamakan cinta dari Ilahi?
Andai benar dia dengan Hana ada jodoh,jadi benarlah perasaannya terhadap Hana selama ni. Patutlah dia tertarik dengan Hana sejak pertama kali mereka berjumpa. Patutlah Hana membuatnya berasa tenang. Patutlah dia berasa selesa dengan Hana.
Adakah itu semua... petunjuk daripada istikarahnya selama ini? Allah sudah memberi jawapan kepadanya malam ini.'hati Zac bermuhasabah mengenangkan perasaan cintanya pada Hana.
Sejak Hana bertapak dalam hatinya,dia selalu juga membuat solat sunat istikarah untuk memohon petunjuk siapakah jodohnya. Hasil daripada solat istikarah itu,tidak tahu kenapa dia selalu tenang bila tengok Hana.
Malah dia juga keliru kenapa dia terus tertarik pada Hana ketika pertama kali dia jumpa Hana. Tanpa sebarang sebab. Bukan kerana Hana cantik,bukan juga kerana kelakuan Hana. Mungkin benarlah kata orang.
Bila perasaan cinta terhadap seseorang itu datang daripada Allah dan bukan nafsu,kita tidak tahu kenapa kita sukakan orang itu. Tetapi secara automatik hati kita terus terpaut padanya tanpa sebab. Allah akan menggerakkan hati kita sekiranya benar kita ingin mendapatkan cinta melaluiNya dan bukan melalui hawa nafsu.
Mama duduk bersimpuh di hadapan Kay yang kelihatan lesu itu.Tangan Kay dipegang erat. Dia renung wajah Kay yang dipenuhi air mata itu.
"Kay... Maafkan mama.. Mama langsung tak berniat nak kecewakan hati anak mama. Mama tahu Kay cintakan Hana. Mungkin betul cakap Hana. Kamu berdua tak ditakdirkan untuk bersama.
Sekuat mana pun kamu berusaha untuk memiliki Hana.. tapi kalau sudah tersurat dalam Loh Mahfuz yang Hana bukan jodoh kamu.. dia tetap takkan jadi milik kamu dan kamu.. terpaksa terima juga.
Ini sudah ketentuan dan kehendakNya. Dia sudah merancang segalanya. Sekalipun Dia memberi peluang kepada kita untuk merancang tapi itu tidak bermakna Dia juga bagi peluang untuk kita menentukan. Semua tu ada dalam kekuasaanNya.
Kay kena redha. Mungkin Dia sudah menciptakan seseorang yang lebih baik untuk Kay. Tapi orang tu bukan Hana. Bila Dia sudah bagi ujian yang berat kepada kita, percayalah..hikmahNya itu melebihi ujian yang Dia bagi.
Pasti ada hikmah yang akan buat Kay sedar tentang sesuatu dan sesuatu itu mesti bermakna dalam hidup Kay.
Percayalah cakap mama. Allah itu Maha Adil. Bila Dia sudah tarik sesuatu yang berharga bagi kita,dia pasti akan gantikan dengan sesuatu yang lebih berharga lagi daripada tu.. Apa yang Kay rasa baik bagi Kay tak semestinya baik pada pandangan Allah.
Kay kena redha,ya nak. Apa yang kami buat ni untuk kebaikan semua pihak. Mama harap sangat.. Kay tolong bukakan hati dan fikiran Kay untuk menerima keputusan ni. Mama tahu Kay lebih bijak daripada mama."panjang lebar mama cuba menenangkan hati anaknya.
Pipi Kay yang sudah lencun dengan air mata itu diusap lembut. Kay terharu. Dia peluk mamanya erat macam kanak kanak yang menangis minta dipujuk. Dia teresak esak. Bahunya terhingut hingut.Mama usap usap belakang Kay. Dia sapu air matanya.
"Orang minta maaf mama.."
Mama senyum. Papa tepuk bahu Kay.
"Mama tahu kamu kuat."

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"Aku nikahkan dikau Zachrul Hadiff Bin Wajdi dengan Hana Suraya Binti Luqman dengan mas kahwinnya RM5,000 ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Hana Suraya Binti Luqman dengan mas kahwinnya RM5,000 ringgit tunai."
"Sah?"
"Sah!"
"Sah!!"
Dengan hanya sekali lafaz,Zac dan Hana sudah sah menjadi suami isteri.
"Alhamdulillah. Marilah kita sama sama tadah tangan untuk membaca doa sebagai tanda kesyukuran kepada Ilahi." Tok kadi menadah tangan untuk membacakan doa.
Zac turut tadah tangan. Akhirnya.. Hana menjadi miliknya juga. Kalau dah jodoh tak ke mana..
"Amin.."
Zac senyum bahagia sebaik meraup mukanya. Alhamdulillah Ya Allah.. Engkau permudahkan segala urusan kami.
Zac berpaling ke belakang untuk bersalam salaman dengan saudara maranya.
Majlis perkahwinan mereka dilangsungkan dengan gilang gemilang di banglo mewah mereka sendiri. Ramai sanak saudara dan sahabat handai datang berpusu pusu menyaksikan majlis perkahwinan anak lelaki sulung pemilik syarikat pembinaan yang gah di Malaysia itu yang merupakan seorang arkitek muda yang berjaya.
"Tahniah,Zac. Akhirnya kau dapat kahwin juga sebelum umur 30 tahun."ucap Abang Farez sambil menepuk bahunya.
Zac senyum.
"Alhamdulillah,bang."
Zac beralih pula pada orang di sebelah Abang Farez.Senyumannya mati selepas melihat wajah masam itu.
"Kay..."
Kay tengok abangnya tanpa seukir senyuman di bibir.
"Tahniah.."lepas tu baru Kay bangun dan memeluk Zac dengan senyuman bahagia tetapi duka. Zac turut tersenyum melihat perubahan adiknya.
"Terima kasih.."ucap Zac.
Mereka melepaskan pelukan. Kay pandang abangnya.
"Maafkan aku,angah.."
Zac tepuk bahu Kay.
"Angah yang patut minta maaf."
"Tak.. Angah memang jodoh Hana. Angah jagalah dia baik baik."pesan Kay.
Zac angguk.
"I will."
Mereka sama sama senyum. Zac bangun menuju ke tempat pengantin perempuan. Zac melutut depan mamanya.
"Mama.." Zac salam tangan mamanya. Dia mencium pipi mamanya kedua dua belah kemudian tubuh mamanya dipeluk.
"Terima kasih sebab percayakan Zac mama."ucap Zac.
Mama usap usap belakang Zac.
"Yela..Mama bersyukur kamu berkahwin juga akhirnya."
Mama senyum. Zac turut senyum. Dia lepaskan pelukan mamanya. Dia salam pula dengan Along di sebelah mamanya.
"Kacaknya adik Along.. Memang padan dengan Hana yang cantik jelita ni."puji Along sambil pegang bahu Hana di sebelahnya.
Zac senyum je. Hana tundukkan kepalanya bila tiba masanya dia dan Zac melakukan upacara pembatalan air sembahyang. Along hulurkan cincin permata bertatahkan berlian itu pada Zac. Zac ambil.
Hana hulur tangannya yang tidak berinai itu. Maknya langsung tidak menggalakkannya memakai inai yang merah menyala tu masa hari perkahwinan. Katanya menyerupai adat orang Hindu.
Zac pegang tangan lembut Hana buat pertama kalinya. Perlahan lahan cincin itu disarung ke jari manis Hana. Selepas itu giliran Hana pula menyarung cincin pada jari Zac.
Tangannya jelas terketar ketar. Zac genggam tangan Hana,seolah olah memberi kekuatan kepada Hana menyarungkan cincin ke jarinya. Dia tahu Hana mudah gementar.
Hana menyalami tangan Zac.
"Terima kasih sebab jadi isteri saya."ucap Zac sebelum mengucup dahi Hana. Hana dapat merasai kehangatan ciuman dari seorang lelaki yang sudah bergelar suaminya. Macam tak percaya pula dia dah kahwin. Dengan Zac pula tu.
Mata mereka berdua bertatapan lama. Hana tunduk. Sekali lagi dia kalah dengan renungan mata Zac. Dia memang selalu tewas bila Zac menatap matanya. Panahan mata itu selalu menggetarkan hatinya.
Zac senyum. Zac bersalam pula dengan mak Hana.
"Zachrul.. Mak amanahkan anak mak ni kepada kamu. Kamu jagalah dia sepenuh hati kamu. Hana satu satunya anak mak. Janganlah kamu sakiti hatinya kerana mak tak pernah lukakan hati Hana."mak bagi pesanan.
"Baik,mak. Zac janji yang Zac akan jaga Hana sepenuh hati Zac. Zac takkan biarkan Hana terluka disebabkan Zac. Zac akan menyayangi Hana macam Zac sayang nyawa Zac sendiri. Zac takkan tinggalkan Hana melainkan ajal yang memisahkan kami. InsyaAllah."janji Zac pada mak mertuanya.
Mak genggam tangan Zac.
"Mak percayakan kamu."
Hana sebak bila Zac cakap macam tu seolah olah dia begitu bermakna dalam hidup Zac padahal mereka berdua tidak begitu mengenali hati budi masing masing lagi.

Kay tengok kad kahwin di tangannya yang terpampang gambar dia dan Hana sebelum gambar dia ditukar dengan gambar Zac. Air matanya jatuh setitis. Hasratnya selama bertahun tahun untuk berkahwin dengan Hana akhirnya hancur berkecai.
"Kay.." Kay cepat cepat sapu air matanya bila seseorang menegurnya dari belakang.
Kay berpaling.
"Abang Farez.."
"Ni buat apa kat swimming pool sorang sorang? Orang lain semua tengah makan kat dalam. Tak nak makan ke?"tanya Abang Farez.
"Tak naklah. Tak lapar lagi."jawab Kay.
Dia tengok kad kahwin tu lagi. Abang Farez perasan dengan tindakan adik iparnya itu. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi di sebelah Kay.
"Kamu masih tak dapat terima kenyataan ke?" Abang Farez tanya tanpa tengok Kay.
Mesti pertanyaan tu disebabkan Abang Farez nampak yang dia masih menyimpan kad kahwinnya.
Lama juga Kay diam sebelum menjawab soalan abang iparnya. Tangannya menjentik jentik kad kahwin tu.
"Entahlah bang. Orang cuba terima dan redha tapi susah sangat nak lupakan perkara yang dah lama kita impikan."
"Abang tahu. Tapi nak tak nak kamu kena terima juga. Hana dah sah menjadi isteri Angah. Kamu bukan saja kena terima perkahwinan mereka malah kamu kena mula lupakan Hana." Abang Farez bagi pesanan.
Kay raup wajahnya. Dia lepas keluhan berat.
"Bukan sesuatu yang mudah untuk lupakan seseorang yang dah lama bertakhta dalam hati kita bang."
"Tapi Hana dah jadi isteri orang. Tak baik kamu masih ingatkan dia." Abang Farez bagi peringatan lagi.
"Orang tahu dan orang sedar semua tu. Tapi orang tak yakin kalau orang boleh lupakan cinta orang pada Hana dalam masa terdekat ni." Kay menjawab lagi.
"Kamu kena berusaha Kay. Kalau tak,perasaan tu akan menjerat hati kamu. Abang takut kamu tak berusaha lupakan Hana tapi terus mencintai Hana hingga boleh buat kamu lupa yang Hana tu sudah menjadi milik orang lain." Abang Farez tengok Kay. Berharap Kay faham apa yang cuba disampaikannya.
"Orang akan berusaha bang. Tapi orang memerlukan masa yang agak lama kerana perasaan orang pada Hana dah sebati dalam jiwa orang ni sampai orang tak pernah terfikir yang orang akan kehilangannya. Sebab tu orang kecewa sangat bila akhirnya orang tak dapat memiliki Hana." Kay meluahkan apa yang terbuku di lubuk hatinya.
Ingat senang ke nak lupakan seseorang yang sudah meninggalkan kesan dalam hati kita? Payah tau..
"Abang tak salahkan kamu kalau kamu rasa macam tu. Sebab tu lah kita jangan terlampau sayangkan seseorang yang belum tentu jadi milik kita.
Cuma abang minta.. supaya nanti jangan kamu layan Hana tu macam kekasih hati kamu pula. Kita semua tinggal serumah. Jangan layan Hana melebih lebih sangat. Ingat,dia tu dah jadi kakak ipar kamu.
Abang takut kamu terbawa bawa layanan kamu pada Hana semasa Hana menjadi tunang kamu dulu."
Kay tengok Abang Farez. Meminta penjelasan.
"Habis,layanan macam mana yang orang kena buat?"
Abang Farez balas pandangan Kay.
"Korang kawan kan? Layan je dia macam kawan tapi jangan over sangat. Kena jaga batas."cadang Abang Farez.
Kay berkira kira dengan cadangan abang iparnya. Boleh ke dia layan Hana macam dulu,macam sebelum dia sukakan Hana?
Kay tengok Abang Farez. Dia senyum.
"Okey. Orang akan layan dia macam kawan. Tak lebih, tak kurang daripada tu."ujar Kay,bersetuju dengan cadangan Abang Farez.
Abang Farez senyum.
"Baguslah kalau kamu faham apa yang Abang cuba sampaikan. Abang nak masuk dulu." Abang Farez dah bangun.
"Kay.. Jangan lupa, Hana tu bini orang." Abang Farez bagi peringatan terakhir sebelum berlalu dari situ.
Kay senyum sinis.
'Layan macam kawan? Huh.. tu lagi baik daripada aku layan macam tunang dulu..'
Rancangan jahat mula tersusun dalam kepala otaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience