Bab 26

Romance Series 10367

Hana mencatat sesuatu pada buku kerjanya yang berkaitan dengan tempahan pelanggan. Atiq pula menggantungkan beberapa helai pakaian untuk dipamerkan pada pelanggan. Sudah hampir seminggu dia bekerja di sini. Nasib baik dia mudah membiasakan diri.
"Kak Hana.."panggilan seseorang membuatkan Hana mengangkat kepala dari buku kerjanya.
"Ya Ayuni?"
"Ni ada lagi bunga untuk Kak Hana." Ayuni menyerahkan jambangan bunga kepada Hana. Hana tengok Atiq. Atiq angkat kening, bertanyakan 'siapa yang bagi?'
Hana teragak agak nak ambil tapi akhirnya dia terpaksa ambil juga apabila Ayuni masih lagi menghulur.
"Thanks Ayuni."
"Welcome." Ayuni terus berlalu dari situ.
Atiq pergi dekat Hana lantas melabuhkan punggung sebelah Hana.
"Dari cik abang ke?"usik Atiq, sama macam usikan mama dulu.
Hana teragak agak nak bagitau. Ahh.. dia ingatkan Kay takkan hantar bunga lagi untuknya lepas Kay dah kahwin. Kalau kantoi dengan Atiq ni..mau kecik hati Atiq.
"Entahlah.."
"Laa.. kan ada kad tu. Tengok la siapa." Atiq tunjuk pada sekeping kad kecil yang terselit di celahan bunga tu.
"Err.." Hana berkira kira nak ambil kad tu. Lagipun dia memang dah boleh agak siapa yang hantar.
"Kau ni lambat la. Biar aku tengok la!" Atiq terus rampas kad tu.
"Eh Atiq!!" Hana cuba menghalang tapi kad itu sudah berada di tangan Atiq.
"Lambat sangat. Biar aku aje lah baca siapa pengirimnya."bebel Atiq sambil buka kad tu. Hana dah garu tengkuk dari dalam tudung. Kay ni tak tau ke si Atiq ni pun kerja kat sini jugak? Habis la aku!!

- Hana.. sekali lagi aku harap kau suka bunga ni. Aku tak kisah kalau kau nak marahkan aku but aku tetap akan bagi jugak sampai kau tak larat nak marah lagi. -

~ K ~

Atiq pegun seketika baca ayat yang tertulis dalam kad tu. Hana gigit bibir bawah. Atiq tengok dia. Dia hulur kembali kad tu pada Hana.
"Kay yang bagi."beritahu Atiq perlahan.
Hana angguk lemah.
"Aku tau."
"Ermm.. dia.. selalu ke.. bagi kau bunga.. sebelum ni?"lambat lambat Atiq tanya.
Hana angguk lagi.
"Ya. Seminggu sekali dia akan hantar bunga untuk aku kat butik ni." Hana terpaksa mengaku juga.
Atiq angguk angguk. Mukanya tak beriak.
"Oh i see. Ermm.. Aku.. sambung kerja dululah." Atiq bangun.
"Atiq." Hana pantas menyambar tangan Atiq.
"Kau jangan salah faham."ujar Hana. Atiq diam. Hana tarik perlahan tangan Atiq supaya kembali duduk. Atiq menurut.
"Dia bagi bunga tu.. sebagai tanda persahabatan. Dia cakap..dia nak jernihkan semula hubungan aku dengan dia yang retak dulu." Hana memberitahu dengan nada lembut supaya tidak mengecilkan hati Atiq.
Atiq masih tidak bersuara.
"Tapi kau jangan risau.. Aku tak pernah simpan pun semua bunga yang dia bagi tu. Aku bagi dekat pekerja kat sini." ujar Hana lagi.
"Suami kau tau?" Atiq bertanya tapi matanya masih di depan.
"Tau."
"Dia tak marah ke?"
Hana tunduk.
"First time Kay bagi.. dia memang marah. Tapi bila Kay dah selalu sangat bagi, dia dah boleh terima niat sebenar Kay. Dia tahu.. Kay buat semua tu sebab nak berbaik dengan aku je."
Atiq sengih sinis.
"Baiknya suami kau. Memahami sangat."
Hana senyum pendek.
"Aku harap kau macam tu jugak."
Atiq sengih lagi.
'Aku lebih daripada 'faham' kenapa Kay buat macam tu. Tanda persahabatan konon. Boleh jalanlah dengan 'persahabatan' kau tu Kay. Hipokrit!!' Atiq membentak dalam hati.
Hubungan aku dengan dia yang lagi lama retak, takde pulak dia jernihkan.. Meretakkan lagi ada la!
"Kalau husband kau boleh faham.. Aku pun mesti boleh faham jugak."tutur Atiq.
Hana senyum gembira.
"Betul ke? Kau.. kau tak jealous?"
Atiq menjawab dengan senyuman plastik.
"Kita bertiga kawan kan? Aku dah biasa la bila Kay bagi kau bunga. Dulu pun dia selalu buat macam tu apa." Atiq cuba memujuk hatinya yang pedih.
"Kay pula selalu bagi kau coklat sebab kau kan tak suka bunga."Hana mengimbau zaman persekolahan mereka dulu.
Atiq paksa senyum lagi.
"So, takde sebab la aku nak jealous."ujar Atiq. Perasaan cemburu yang mula bercambah dalam hatinya cuba disekat.
"Lega hati aku bila kau cakap macam tu." Hana pegang tangan Atiq. Jari Atiq tergerak sedikit.
"Err.. Eh, aku sambung kerja dululah. Aku nak ambil lagi pakaian untuk digantung." Atiq menarik tangannya dari tangan Hana kemudian terus bangun.
Hana terpaksa angguk.
"Yela."
Atiq terus berlalu dari situ menuju ke bilik simpanan baju. Sekelip mata sahaja kolam matanya sudah dipenuhi air mata sebaik dia berjalan. Beberapa titis air mata yang jatuh terus di lap dengan kasar.
Hana melepaskan nafas lega bersama senyuman.
"Nampaknya Atiq dah matang.."


Atiq melangkah masuk ke dalam bilik. Dilihatnya Kay sedang membaca buku di atas sofa sambil berbaring.
"Abang.." Atiq berjalan dekat Kay.
"Hmm.." Kay jawab nak tak nak. Dia langsung tidak memalingkan mukanya pada Atiq. Matanya masih melekat pada buku.
'Menyampah sangat ke tengok muka aku ni. Tau lah aku tak secantik Hana..'Atiq berjauh hati.
"Along.. dia suruh turun bawah. Dia cakap nak discuss sesuatu."beritahu Atiq.
"Aku aje ke?"
"Tak lah. Semua family. Yang lain dah berkumpul kat bawah. Abang sorang lagi tak turun. Sebab tu saya panggilkan abang."
"Nak discuss apa? Malas lah." Kay menjawab dengan suara malas.
"Entahlah. Along tunggu semua ada dulu baru cakap."
Kay mendengus. Dia tutup bukunya kasar. Dia bangkit dari pembaringan.
"Kacaulah!"rungutnya sambil garu rambut belakang sebelum berdiri dan berlalu depan Atiq menuju ke pintu.
"Abang, nanti dulu."Atiq panggil semasa tangan Kay dah melekap pada tombol pintu.
"Apa lagi?!" Kay palingkan mukanya dengan wajah bengis.
Atiq ambil cincin yang berada di atas meja kaca kemudian berjalan ke arah Kay.
"Hulur tangan kanan."arah Atiq.
Kay terpinga pinga.
"Asal?!"
"Hulur aje lah!"Atiq turut menekan suaranya.
Ingat setiap masa aku nak bercakap lembut dengan kau ke?
Kay terpaksa hulur juga.
Atiq menyarungkan cincin pada jari manis Kay yang runcing tu. Kay terkedu.
"Saya tahu Abang tak suka pakai cincin nikah kita. Tapi cincin ni..sebahagian daripada lakonan kita."ujar Atiq dengan suara mendatar. Kay tengok je Atiq sarungkan cincin tu.
Atiq dongak kepala tengok Kay.
"Faham?"
Kay balas pandangan Atiq. Dia perli aku ke?
"Jom turun sama sama." Atiq paut tangannya pada lengan Kay bersama senyuman yang cuba dimaniskan.
"Action!!"
Kay terus ditarik oleh Atiq menuju ke living hall bawah.

"Amboi!! Romantiknya pengantin baru kita." Along menegur apabila melihat Kay dan Atiq sedang menuruni tangga sambil berpaut tangan. Atiq cuba paksa senyum. Begitu juga Kay. Dia kelihatan kekok apabila berdampingan di sebelah Atiq.
Papa,mama,Abang Farez,Hana dan Zac yang sudah berkumpul di ruang tamu utama yang luas tu turut tersenyum melihat mereka berdua.
"So sweet.. Jealousnya.."Hana turut menyampuk dengan bibir sengaja dicebikkan.
"Betul ke jealous?"bisik Zac perlahan di telinganya.
"Yela.."
Zac di sebelah kanannya terus memaut lengan Hana sebelah kanan supaya dekat dengan badannya.
"Err.."Hana tengok Zac dengan sengih dibuat buat.
"Err.. tak. Tak jealous." Hana cuba leraikan tangan Zac dari lengannya tapi Zac terus menguatkan cengkaman tangannya.
"Aaa.. Haha.."Hana buat buat ketawa bila pandangan yang lain dah beralih arah pada mereka berdua. Hana terpaksa biarkan Zac memeluknya. Zac buat muka selamba aje.
'Menyesal pulak cakap macam tu..'Hana berbisik dalam hati.
Kay dan Atiq sudah melabuhkan punggung atas sofa panjang yang diduduki oleh Zac dan Hana. Hanya sofa itu yang boleh memuatkan empat orang. Sofa yang lain dah penuh. Terpaksalah mereka berempat duduk di satu sofa.
Di sebalik ketenangan mereka berempat,ada satu kisah yang tersirat di sebaliknya. Kisah cinta yang bersegi segi.
"Kalau semua dah ada..boleh la Along beritahu sekarang." Along yang sedang berdiri di hadapan mereka memulakan topik.
"Dah boleh mula dah Fi."suruh Abang Farez yang duduk sebelah mama dan papa tu.
"Okey. Sebenarnya tujuan Along suruh korang semua berkumpul sebab nak berbincang sesuatu. Along nak minta persetujuan korang semua dulu."
"Persetujuan apa?"sampuk Hana.
"Macam ni.. firma Along dengan Abang Farez ada buat sambutan Hari Keluarga minggu depan bertempat di pantai. Tujuannya untuk bagi pekerja pekerja kitorang relax, realease tension apa semua lah.
Di samping tu jugak untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. So..Along ingat Along nak ajak family kita join sekali event ni kalau boleh. So, you all setuju tak? Boleh join tak?"Along mengutarakan persetujuan.
Yang lain mula memikirkan pelawaan itu.
"Berapa hari buat? Hari apa?"mama mula bertanya.
"Tiga hari dua malam je ma. Kitorang adakan pada hari sabtu dan ahad. Pagi isnin tu dah boleh balik. Masa tu kan hujung minggu. So,kitorang harap korang semua tak busy."sampuk Abang Farez.
"Kalau ikutkan Angah, memanglah Angah nak join. Tak tahu kenapa Angah penat sangat lately. So,i need a rest. Seronok jugak kalau boleh berehat kat beach. But.. kena tanya papa dulu laa.. Papa?? Boleh ek?"Zac tengok papa dengan muka merayu.
Papa dah geleng kepala.
"Angah.. Angah lupa ke that days kita kena turun tapak projek. Kita tak boleh cuti weekend ni. So, just forget it. Papa yang dah tua ni takde pulak penat macam Anga." kata kata papa mematahkan hasrat Zac.
"Memanglah papa tak penat. Papa kan pengarah syarikat tu. Tau arah orang aje. Dah la papa arah Angah lagi teruk daripada staff lain. Penat tau. 24 jam kerja. Nak jugak pergi holiday."rungut Zac. Hana angguk angguk. Setuju dengan kata kata Zac.
Dia tengok Zac ni tak henti henti kerja. Workaholic sangat. Tak habis kerja kat pejabat, bawak pula balik ke rumah. Dia pun boleh nampak yang Zac selalu penat akhir akhir ni.
"Since when Angah pandai merungut ni? Sebelum ni papa tak pernah dengar pulak Angah merungut cakap penat la, papa suka mengarah la,apa la. Angah kan suka dengan kerja Angah."
Zac muncungkan mulutnya.
"Memangla.. Tapi Angah pun tak tau la kenapa badan Angah ni mudah sangat penat kebelakangan ni.. Tak larat. Alaa papa.. please laa.. Kita pergi holiday ek?"rayu Zac.
"Sorry, Angah. Lagipun.. papa bagi Angah buat banyak kerja tu supaya nanti papa boleh beri kepercayaan kepada Angah untuk gantikan tempat papa bila papa bersara nanti."papa tetap dengan keputusannya.

Zac dah lepas keluhan. Hana tepuk tepuk tangan Zac. Dia faham perasaan Zac. Zac betul betul memerlukan istirehat. Kalau boleh, dia nak aje suruh Zac berhenti kerja tapi mustahillah Zac setuju. Zac tu obses dengan kerja dia. Dia pernah masuk bilik kerja Zac. Di segenap dinding bilik Zac tertampal pelbagai jenis lakaran dan reka bentuk rumah dan bangunan. Kreatif pulak tu.
"Along pun.. papa minta maaf. Papa tak boleh join program firma Along tu."
"Alaa pa.."Along jelas nampak kecewa dengan keputusan papa. Semua orang dalam rumah ni dah sedia maklum dengan sikap papa yang tegas tu. Semua yang keluar dari mulutnya adalah satu ARAHAN. Tiada siapa yang boleh bantah.
"Abang ni.. cuba la kasihankan anak kita tu. Mereka anjurkan program macam tu supaya pekerja pekerja mereka dapat meluangkan masa dengan keluarga. Takkan lah mereka yang penganjur tu tak bawak family mereka sendiri?? Apa pulak pekerja mereka fikir nanti?"pujuk mama.
Along dan Abang Farez berpandangan sambil senyum. Ni best bila mama masuk campur. Kelemahan papa adalah mama. Papa ikut cakap mama aje. Mama je yang boleh buat papa mengubah keputusannya.
"Ermm.. Mama. Mama pujuk pujuk papa tu,mama sendiri boleh pergi ke? I mean..butik mama macam mana? Siapa nak uruskan? Takkan nak harapkan Hana dengan Atiq. Kitorang baru lagi."celah Hana.
Atiq angguk setuju.
"Alaa.. Apa susahnya? Mama tutup la butik mama nanti. Bagi semua pekerja cuti. Tu kan butik mama. Mama boleh buat apa aje!" ujar mama.
"Maknanya..kitorang pun boleh cuti jugak la?" tanya Atiq.
Mama angguk.
Hana dan Atiq terus melonjak kegembiraan. Mereka saling bertampar tangan.
"Yeah!! Mama,you are the best!!"puji Hana.
Atiq angguk setuju seraya keluarkan ibu jari.
Mama senyum.
"Mama sanggup abaikan benda lain demi kegembiraan anak menantu mama. Lagipun inilah masanya untuk kita sekeluarga meluangkan masa bersama. Dah lama sangat kita semua buat hal masing masing padahal tinggal serumah."ujar mama. Ayatnya berbaur sedih.
Hana,Atiq dan Along dah terharu.
"Mama.. Engkaulah bintang hatiku."luah Along.
Mama ketawa.
"So..mama,Hana dan Atiqah dah confirm la boleh pergi?"tanya Abang Farez.
"Ya."beritahu mama.
"Okey. Settle satu masalah. Tinggal dua masalah lagi. Papa.. pleasee.."Along kembali merayu.
"Abang.. demi anak kita."mama mengelus elus tangan papa. Papa nampak semakin cair dengan sentuhan dan renungan mama.
"Papa akan pertimbangkan."papa buat keputusan.
"Yeahh!! Love you pa!!" Zac bersorak kegembiraan sambil bertepuk tangan. Hana dah senyum tengok suaminya. Akhirnya.. dia pun boleh luangkan masa dengan Zac jugak.
Yang lain turut bertepuk tangan apabila keputusan papa dapat diubah kecuali Kay.
"Kay, kau pulak macam mana? Moody je. Boleh join tak?"Abang Farez yang perasan dengan riak wajah Kay yang langsung tidak ceria itu bertanya.
"Orang tak boleh cuti." acuh tak acuh je Kay jawab. Nampak macam dia sendiri tak berminat dengan perbincangan ni.
Muka Atiq berubah riak. Eh, aku tak happy ke kalau Kay tak pergi? Yela.. semua orang ada pasangan masing masing, takkan aku nak bersendirian aje kat sana nanti?
"Alaa.. dua hari je."rayu Along.
"Tak boleh la. Orang memang tak boleh cuti. Patient ramai tau tak. Kalau cuti sebab emergency case boleh la. Tapi cuti pergi holiday? Takkan boleh punya."jawab Kay dengan nada malas.
"Kau ni.. semua orang dah boleh pergi, takkan kau sorang tak boleh kot? Sekali sekala minta cuti nak rehat takkan tak boleh? Bukannya selalu."sampuk Abang Farez lagi.
"Abang.. Papa tu kerja kat syarikat sendiri, mama pun kerja kat butik sendiri. Anytime boleh cuti.Tapi orang ni lain. Bukannya orang ada klinik sendiri. Kalau klinik sendiri, boleh la orang ambil cuti macam tu aje. So sorry okey. Orang memang tak boleh join."Kay terus terusan membantah.
Semua diam bila Kay pertahankan keputusannya dengan wajah serius. Along angkat bahu.
"Okey la. It's okey kalau kau memang tak boleh pergi jugak. But.. I still hope kau boleh join cause bukannya mudah kita sekeluarga dapat pergi holiday sama sama. I think,bila dah ada kesempatan ni..rugi kalau kita lepaskan macam tu aje.
Tapi kalau kau dah memang tak boleh join..nak buat macam mana kan?"suara Along kedengaran kecewa.
"Kay..takkan kau nak biarkan bini kau sorang sorang kat sana tak berteman?"sampuk Zac.
Kay dah jeling.
"Ada aku kisah?"bisiknya perlahan antara dengar atau tidak. Tapi telinga Atiq boleh menangkap kata kata Kay tu memandangkan dia duduk di sebelah Kay. Sekali lagi hatinya terguris.
"Err.. saya tak kisahlah. Lagipun korang semua kan ada. Mana ada sendirian."Atiq menjawab bagi pihak Kay, cuba menenangkan perasaannya juga.
"Maksud Angah bila dalam hotel nanti. Takkan Atiqah nak tidur sorang sorang pulak kat hotel tu?"Zac menjelaskan maksudnya.
"Err.."Atiq hilang kata.
"Atiqah.. Atiqah cuba pujuk Kay ye.. Mama harap kita semua dapat luangkan masa bersama di samping meraikan kehadiran menantu menantu perempuan mama dalam rumah ni. "suruh mama.
Atiq tengok Kay sekilas.
Huh.. mati hidup balik pun Kay takkan dengar cakap aku.
"Insyaallah,mama."

Hanya Atiq dan Kay yang masih duduk di sofa itu apabila semua orang sudah berlalu sebaik perbincangan itu menemui kata putus.
"Aku naik dulu." Kay sudah mengangkat punggungnya.
"Abang.."Atiq cepat cepat menyentuh paha Kay,menghalang Kay bangun. Kay tengok tangan Atiq di pahanya dengan pandangan tajam. Atiq terus mengalihkan tangannya.
"Apa?"soal Kay keras. Dia tak jadi bangun.
"Betul ke Abang tak boleh cuti weekend ni?"soal Atiq lembut.
"Ermm.. Aku ada appointment dengan patients."
"Tapi takkan dalam dua hari tu..abang tak boleh pergi langsung? Kalau abang pergi salah satu daripada tu pun dah kira okey dah bang. Yang penting abang pergi. Kejap pun jadilah."pujuk Atiq lagi.
"Hey.. yang kau beria ria sangat nak suruh aku pergi ni kenapa? Aku cakap aku tak boleh pergi, tak boleh la. Tak faham bahasa ke? Ke kau nak aku pergi supaya kau ada teman dalam hotel nanti?"sinis ayat Kay.
"Tak lah. Saya kan dah cakap yang saya tak kisah. Lagipun awak ada ke takde sama aje bagi saya. Selama ni saya tidur pun mana pernah berteman."ujar Atiq dengan muka tertunduk.
"Tau pun. Dah tu? Kenapa nak paksa aku pergi jugak?"
"Saya.. saya cuma tak naklah bagi semua orang kecil hati especially mama dan papa. Mama sanggup tutup butik dia sebab fikirkan pelawaan Along. Padahal butik mama tu sepatutnya beroperasi setiap masa sebab ramai pelanggan dari luar negara datang butik mama akhir akhir ni.
Tapi mama sanggup lepaskan customer dia tu demi permintaan Along. Takkan la awak sanggup kecewakan mama untuk tengok kita semua berkumpul? Pergi sekejap pun jadila, sekadar ambil hati diorang."Atiq cuba memujuk lagi.
"Masalahnya aku ni susah nak dapat cuti. Kau ingat senang ke seorang doktor nak dapat cuti? Kau bukan doktor. Kau takkan faham."Kay menekan suaranya.
"Jadi maknanya awak memang tak boleh pergilah?" Atiq minta kepastian.
"Tak!"
"Okey.. If so..takde guna saya pujuk awak lagi. Nampaknya keputusan awak muktamad. Saya akan bagitau mama yang saya tak berjaya pujuk awak." Atiq mengalah.
Kay diam je.
"Tapi.. awak izinkan ke saya ikut mereka?"rasanya dia kena minta kebenaran Kay juga walaupun Kay langsung tak nampak membantah kalau dia pergi.
"Ermm.."Kay jawab acuh tak acuh.
"Thanks."
"Aku naik dulu." Kay terus bangun semula sebaik perbincangan pendek dengan Atiq selesai.
"By the way.. Cantik bunga yang Abang bagi pada Hana petang tadi."sempat Atiq menegur.
Langkah Kay mati.Dia tercengang. Atiq terus bangun dan melintasi langkah Kay menuju ke tingkat atas. Meninggalkan Kay termangu mangu seorang diri di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience