Bab 23

Romance Series 10367

Sekali lagi banglo mewah milik Datuk Wajdi dimeriahkan dengan majlis perkahwinan yang gilang gemilang. Seperti majlis perkahwinan anak kedua Datuk Wajdi dan Datin Maria,majlis perkahwinan anak bongsu mereka juga tidak kurang hebat dan meriahnya.
Hampir seribu tetamu yang datang menyaksikan majlis perkahwinan itu. Ramai juga tetamu yang terkejut bila mengetahui Datuk Wajdi dan Datin Maria bermenantukan orang biasa dan bukan dari kalangan mereka yang berpangkat besar. Almaklumlah,tetamu yang hadir kebanyakannya terdiri daripada golongan yang setaraf dengan mereka.
Sebentar lagi majlis akad nikah akan dimulakan. Pengantin lelaki sudah bersedia di hadapan tok kadi.
"Han,aku gementar lah."Atiq menyuarakan perasaannya saat ini. Hana yang duduk di sebelah Atiq menggenggam erat tangan sahabatnya.
"Biasalah tu. Aku pun macam tu jugak dulu." Hana cuba menenteramkan perasaan Atiq.
"Tak tahu kenapa aku rasa tak sedap hati la."
Dahi Hana berkerut.
"Laa.. tak sedap hati kenapa pulak?"
"Entah. Rasa macam.. aku tak patut kahwin dengan Kay."
"Eh,ada pulak rasa macam tu. Abaikan aje perasaan negatif tu. Kejap lagi kau dengan Kay akan sah jadi suami isteri. Itu yang kau tunggu selama ni kan?"
Muka Atiq nampak gelisah.
"Aku tahu. Tapi aku rasa macam..entahlah.. Tak tahu nak cakap macam mana."
Hana usap usap bahu Atiq.
"Kau ni. Dah lah. Jangan fikir bukan bukan lagi."
"Aku rasa macam nak lari."perlahan Atiq mengajukan hasratnya pada Hana. Mata Hana dah terbuntang dengar kata kata Atiq.
"Gila kau!! Kau jangan Tiq.. Ni bukan benda main main. Ni melibatkan semua pihak. Kau nak ke malukan keluarga Kay dan keluarga kau sendiri?" Hana marah.
Atiq diam je. Dia nampak tak senang duduk.
"Hey.. Look at me.."Hana pegang muka Atiq supaya Atiq memandangnya. Tak kisahlah apa orang nak fikir bila dia buat macam ni pada pengantin perempuan.
Atiq tengok anak mata Hana.
"Aku tak tau kenapa kau tiba tiba boleh cakap macam tu. Tapi yang aku pasti, kau tak bermaksud nak cakap macam tu kan? Kau cuma nervous. Sebab tu kau boleh cakap merapu macam ni. Aku kenal kau Tiq. Kau memang akan cakap bukan bukan kalau kau tengah nervous."ujar Hana, cuba menyedarkan Atiq yang nampak keliru tu.
"Entahlah Han. Aku pun tak tau."lemah kedengaran suara Atiq.
"Atiq.. Dah lah. Jangan fikir bukan bukan lagi.." Hana mula risau melihat keadaan Atiq. Tiba tiba pula Atiq nampak macam sedih bila kena kahwin dengan Kay. Sebelum ni Atiq nampak ceria je. Malah macam tak sabar nak kahwin dengan Kay. Sekarang macam mana Atiq boleh berubah fikiran ni? Tak faham betul aku..
"Khayrul Hariff Bin Wajdi?"suara tok kadi sudah kedengaran menunjukkan akad nikah akan dimulakan.
"Ya,saya."suara Kay pula kedengaran.
Hana dan Atiq sama sama berpaling dan tengok pada tok kadi dan Kay yang sudah berpaut tangan tu.
Hana tengok Atiq. Atiq nampak leka tengok Kay dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Atiq.. jangan fikir bukan bukan lagi okey. Dalam beberapa saat lagi kau akan jadi isteri Kay. Samada kau suka atau tak..kau tak boleh lari lagi."Hana bagi pesanan akhir.
Atiq tengok Hana. Dia senyum kelat. Tangan Hana digenggam makin erat. Hana dapat merasai kedinginan tangan Atiq.
Semua mata tetamu sudah terarah pada tok kadi dan pengantin lelaki. Menantikan lafaz ijab dan qabul diluahkan.
Atiq menundukkan kepalanya. Tak tahu kenapa dia berasa serba salah dan berdebar debar. Betul ke keputusan aku berkahwin dengan Kay?
"Aku nikahkan dikau dengan Nurul Atiqah Binti Mustafa dengan mas kahwinnya RM9,00 ringgit tunai."
Kay tidak membalas lafaz itu. Dia kelihatan seperti sedang termenung. Tok kadi menunggu lafaz dari Kay. Semua orang di sekeliling mereka sudah memandang pelik pada Kay. Ada yang berbisik sesama mereka apabila Kay tidak bersuara.
Hana dan Atiq berpandangan.
"Encik Khayrul?" Tok kadi menegur,cuba menyedarkan Kay yang nampak mengelamun. Ada ke patut masa ni jugak dia nak mengelamun?
Kay tersedar. Dia tengok tok kadi yang tengah pandang pelik padanya.
"Err.. Maafkan saya."
Tok kadi dah menggeleng kepala.
"Kita mulakan semula."ujar tok kadi.
"Err.. ye."teragak agak Kay menjawab.
Abang Farez dan Zac yang berada di belakangnya sudah naik hairan.
"Dah kenapa pula dengan si Kay tu?"Abang Farez berbisik pada Zac.
"Entah. Gementar agaknya."agak Zac. Dia sendiri pun pelik bila tengok Kay terdiam tiba tiba. Jangan dia terfikirkan isteri aku sudah. Manalah tau kot kot Kay tu teragak agak nak balas lafaz tu disebabkan masih ragu ragu dengan keputusannya kahwin dengan Atiq. Ye la.. lepas ni dia dah tak boleh kacau Hana lagi.
"Aku nikahkan dikau Khayrul Hariff Bin Wajdi dengan Nurul Atiqah Binti Mustafa dengan mas kahwinnya RM9,00 ringgit tunai."tok kadi melafazkan akad buat kali kedua.
Kay menghela nafas panjang sebelum membalas akad.
"Aku terima nikahnya Nurul Atiqah Binti Mustafa dengan mas kahwinnya RM9,00 ringgit tunai."balas Kay lancar dengan suara yang mendatar. Suaranya kedengaran acuh tak acuh aje menyebut setiap butir ayat itu.
"Sah?"
"Sah!"
"Sah!!"
Pegangan tangan Kay dan tok kadi terlerai. Tok kadi membacakan doa sebaik akad nikah itu selesai.
Air mata Atiq yang sudah bertakung di birai mata menunggu saat untuk jatuh ke pipi. Hana menghulurkan tisu pada Atiq.
Atiq angkat muka dan tengok Hana. Air matanya terus jatuh tanpa boleh dibendung lagi. Tubuh Hana pantas dipeluknya erat. Hana usap usap bahu Atiq. Dia tak tahu itu air mata kegembiraan atau sebaliknya selepas Atiq meluahkan perasaannya tadi. Tapi dia harap itu air mata gembira.
"Tahniah Atiq."ucap Hana perlahan.
Atiq masih menangis di bahunya. Hana terus melepaskan pelukan Atiq. Wajah Atiq direnung. Dia mengelap air mata Atiq yang tak habis habis tumpah itu.
"Janganlah nangis. Nanti tanggal make up kau tu."usik Hana. Atiq senyum kelat.
"Nak nangis jugak."
Hana senyum.
"Atiq.. tahniah tau."ucap Hana sekali lagi. "..aku harap kau akan bahagia dengan Kay,satu satunya lelaki yang kau sayang."
"Aku pun harap macam tu jugak."
"Kau tau tak apa yang buat aku happy sangat?"Hana berteka teki.
"Apa?"
"Mulai hari ni,kita bukan kawan lagi. Tapi kita dah jadi keluarga."senyuman terlekang di bibir Hana.
Atiq angguk.
"Betul cakap kau."
Mereka sama sama berbalas senyuman. Tidak sangka mereka berdua akan menjadi sebuah keluarga yang sebenar walaupun hubungan mereka sebelum ini memang sudah seperti adik beradik.
Atiq bersalam dan berpelukan dengan keluarganya serta keluarga barunya. Kebanyakannya mengucapkan tahniah kepadanya kerana sudah sah menjadi menantu bongsu dalam keluarga Datuk Wajdi. Atiq sendiri pun tak percaya dia sudah pun menjadi sebahagian daripada keluarga besar ini.
"Atiq..pengantin lelaki dah datang kat sini."bisik Hana.
Atiq berdebar debar bila melihat Kay yang kelihatan segak berpakaian pengantin warna putih itu sedang berjalan ke arahnya. Hana genggam erat tangan Atiq. Memberi kekuatan kepada Atiq supaya tidak gementar lagi.
Kay duduk melutut di hadapan Atiq. Atiq tundukkan kepalanya. Mak Atiq menyerahkan cincin berlian kepada Kay. Buat pertama kali dalam hidupnya,tangan Atiq disentuh oleh seorang lelaki yang memang selayaknya iaitu lelaki yang sudah sah menjadi suaminya,Kay. Tangan Atiq jelas kelihatan menggeletar apabila Kay ingin menyarungkan cincin pada jari manisnya.
Bila tiba giliran Atiq untuk menyarungkan cincin pada jari manis Kay,cincin itu terjatuh dek kerana getaran tangannya.
"Err.. maaf."suara Atiq kedengaran gementar. Dia cepat cepat mengambil cincin itu kemudian disarung pada jari manis Kay. Kay hanya melihat kegelabahan Atiq itu dengan muka tanpa riak.Hana usap usap bahu Atiq. Kuat betul Atiq gementar. Dia tidak pernah melihat Atiq segementar ini.
Atiq menyalami tangan Kay.Kay angkat dagu Atiq. Saat ini,matanya dan mata Kay bertentangan. Air mata Atiq di hujung mata jatuh lagi. Kay masih dengan pandangannya yang kosong. Mukanya langsung tidak terukir dengan senyuman. Bibir Kay melekat pada dahi Atiq. Sebuah kucupan hangat singgah pada dahi Atiq.
Air mata Hana jatuh ke pipi melihat dua orang sahabat karibnya yang sudah sah menjadi suami isteri. Perasaan bahagianya tidak boleh digambarkan lagi untuk menunjukkan betapa dia gembira dengan perkahwinan ini.

* * *

Kay keluar dari bilik solat yang sederhana besar usai solat isyak. Bilik itu dihubungkan dengan bilik tidurnya.
Atiq yang sedang menulis sesuatu di atas katil segera menutup bukunya apabila menyedari Kay sudah keluar dari bilik itu.Dia meletakkan buku itu di bawah bantal tidurnya.
Atiq memerhati Kay yang sedang menyikat rambut depan cermin meja solek itu. Sejak mereka berdua masuk dalam bilik,sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut mereka. Masing masing hanya berdiam diri dan membisu. Mereka hanya membuat hal masing masing.
Bilik yang besar dan luas ini seolah olah tiada penghuni. Dah macam tinggal dalam gua pulak. Sunyi sepi. Nasib baik ada cahaya je. Kalau duit lima sen jatuh pun boleh dengar.
Kay menapak ke arah katil. Dia mengambil bantal di sebelah bantal Atiq tanpa melihat atau menegur Atiq seolah olah Atiq tidak wujud di situ.
"Abang nak tidur kat mana?"Atiq memberanikan diri menegur bila melihat Kay membawa bantal ke ruang tamu mini yang menempatkan sofa,tv LCD serta meja kaca.
"Atas sofa."jawab Kay pendek. Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Kay.
Atiq bangun.
"Kenapa tak tidur atas katil?"
Kay tak jawab. Dia terus merebahkan badannya atas sofa. Mata dipejam. Lengan kanan diletak atas dahi. Soalan Atiq dibiarkan tanpa jawapan.
Atiq tak puas hati bila Kay tidak melayannya. Dia perlu berbincang dengan Kay mengenai mereka. Dia perlu tahu kenapa Kay nampak dingin dengannya. Masa majlis tadi pun Kay seperti endah tak endah aje melayannya. Dia tidak boleh biarkan pelbagai soalan mengasak fikirannya tanpa jawapan.
Atiq pergi ke arah Kay. Dia berdiri depan Kay.
"Abang.. saya tanya ni. Kenapa tak jawab?"
Kay masih diam. Tak tahulah kalau kalau dia dah terlena.
Atiq goyangkan bahu Kay perlahan.
"Abang.. Kenapa abang nak tidur kat sini? Kenapa tak tidur atas katil?"Atiq terus mengasak dengan soalan, ingin tahu.
Kay buka matanya apabila suara Atiq tidak berhenti henti menjengah ke telinganya. Atiq terus melepaskan tangannya daripada bahu Kay bila Kay melihatnya dengan pandangan yang tajam. Kay bangun dari pembaringan.
"Kenapa kau nak sangat aku tidur atas katil?"soalan Kay kedengaran dingin sehingga menyentakkan pendengaran Atiq. Bahasa yang dituturkan oleh Kay juga agak kasar.
"Sebab..abang kan.. memang sepatutnya tidur kat situ."
"Aku tak nak." Kay pandang arah lain.
"Tapi kenapa?"
Kay merenung Atiq kembali.
"Sebab aku tak nak tidur dengan kau."sinis jawapan Kay.
Atiq terkedu. Kenapa dengan Kay ni?
Kay bangun berhadapan dengan Atiq. Atiq dongak kepala,membalas renungan mata Kay.Kay cekak pinggang. Dia mengambil nafas sebelum kembali meneruskan kata. Wajah Atiq ditatap.
"Atiq aku rasa aku perlu berterus terang dengan kau. Aku tak nak kau salah faham dengan hubungan kita. Aku nak kau tahu perkara yang sebenar. Aku tak nak lepas ni..kau makan hati dengan segala perbuatan aku terhadap kau."
Atiq telan air liur. Tiba tiba pula dia berdebar dan tak sedap hati. Macam yang dia rasa masa akad nikah tadi.
"Apa?"perlahan Atiq tanya.
Kay renung anak mata Atiq lama sebelum meneruskan kata.
"Honestly..aku tak nak pun kahwin dengan kau."
Kata kata Kay seolah olah kilat yang menyambar di tepi telinganya. Kecut perutnya mendengar luahan terlampau jujur itu.Mulut Atiq tergerak gerak seperti ingin berkata kata tapi suaranya seolah olah tersekat di kerongkong.
"Dan kalau ikutkan hati aku..sampai bila bila pun aku tak nak kahwin. Tapi aku terpaksa."Kay menyambung ayatnya biarpun perit untuk Atiq terima.
"Kenapa?"Atiq mendesak suaranya supaya keluar.
"Sebab aku dah terikat dengan janji family aku yang aku akan kahwin tahun ni jugak."beritahu Kay jujur.
"Apa?" Atiq merenung anak mata Kay dengan riak tidak percaya.
"Maksudnya awak kahwin dengan saya sebab family awak suruh, bukan sebab awak memang nak kahwin dengan saya?"soal Atiq.
Kay balas tatapan mata Atiq. Dia angguk lemah.
"Yes. That's what I mean."
Atiq menahan sebak di dada.
"Tapi kenapa pilih saya? Awak cakap awak tak nak kahwin dengan saya tapi kenapa awak pilih saya? Kenapa tak pilih orang lain? Seseorang yang awak kahwin dengan rela hati?" Atiq menekan suaranya. Dia cuba menahan air mata yang ingin keluar.
Jadi..sebab ni lah dia berasa tak sedap hati dari tadi lagi? Kay berkahwin dengannya bukan atas kerelaannya sendiri.
"Sebab Hana suruh."
"Hah?"
"Aku kahwin dengan kau sebab Hana yang suruh. Kalau bukan disebabkan Hana,aku takkan pilih kau untuk jadi isteri aku. Aku lebih rela pilih orang lain daripada pilih kau,perempuan yang langsung tak menepati citarasa aku."keras kata kata Kay menjengah pendengaran Atiq.
Atiq terundur setapak. Dia geleng kepala tak percaya.Kenyataan itu benar benar mengejutkannya. Dia tak pernah jangka ini yang akan dia dengar pada malam pertamanya. Bukan ayat ayat cinta yang selalu diluahkan oleh pasangan yang dah kahwin untuk menunjukkan kepada pasangannya betapa dia bahagia apabila berkahwin dengan pasangannya.
Tapi..dia diluahkan dengan kata kata penghinaan yang kesat,keras dan kasar. Kata kata yang hampir meluruhkan jantungnya.
"Jadi.. awak memang tak ikhlas kahwin dengan saya?"bergetar suara Atiq menutur ayat itu.
"Ya.. Kahwin dengan kau..bukan kerelaan aku."
Atiq cuba mengawal riak dan menahan pelbagai perasaan yang menyesakkan jiwanya saat ini. Atiq gigit bibir bawah. Bibirnya kelihatan bergetar.
"Tapi kenapa...kenapa awak perlu ikut cakap Hana?"
"Sebab..."
Atiq menunggu sambungan ayat Kay.
"Sebab aku masih cintakan Hana."
Sekali lagi kenyataan itu menghentam hati Atiq. Air matanya jatuh setitis. Atiq cepat cepat menyeka air matanya daripada terus jatuh. Tiada guna air matanya jatuh disebabkan lelaki hipokrit di hadapannya. Kay benar benar mempermainkan perasaannya.
"Hana dah jadi kakak ipar awak kan? Dia isteri Abang awak lah Kay. Awak sedar tak? Kenapa awak masih cintakan dia?"
"Sebab selama ni dia satu satunya perempuan yang ada dalam hati aku. Tiada siapa boleh gantikan tempat dia dalam hati ni.Aku tak kisah kalau dia dah jadi milik orang sekalipun..tapi aku tetap akan cintakan dia. Aku tak boleh lupakan dia. Langsung tak boleh."ujar Kay sungguh sungguh.
Atiq menekup mulutnya. Menahan sebak yang menyesak dada.
Dia ingatkan Kay sudah lama lupakan Hana selepas Hana berkahwin dengan abangnya. Tak sangka pula perasaan cinta Kay pada Hana masih belum luput malah lebih menggunung.
"Awak boleh lupakan dia Kay."
"Macam mana?"
"Dengan cara belajar cintakan saya.. isteri awak." Atiq cari anak mata Kay.
Kay tergelak kecil. Seolah olah menyindir kata kata Atiq.
"Mustahil."
"Kenapa? Susah sangat ke awak nak sukakan saya? Kay,saya cintakan awak. Saya terima awak sebagai suami saya sebab saya cintakan awak. Saya tak nak awak terlepas di tangan perempuan lain lagi.
Awak tau tak bila awak ajak saya kahwin hari tu saya rasa happy sangat sangat. Seolah olah impian saya dah jadi kenyataan. Doa saya untuk awak jadi milik saya dah dikabulkan. Saya ingatkan awak dah balas cinta saya. Tapi rupanya saya silap.
Dah lama tau tak saya pendamkan perasaan saya. Macam nak meletup dada saya ni. Lebih lebih lagi bila saya tau awak sukakan Hana. Kenapa awak tak boleh sukakan saya Kay? Kenapa??"desak Atiq. Bahu Kay digoyang goyang. Air matanya terpaksa dibiarkan jatuh juga.
Kay leraikan tangan Atiq daripada bahunya.
"Sorry Atiq. Aku memang tak boleh. Macam yang aku cakap..tiada siapa boleh gantikan tempat Hana dalam hati aku ni.. termasuk kau."tegas suara Kay berkata kata.
Atiq hilang kata. Lidahnya kelu.
"Sebab tu jugak.. aku tak boleh layan kau sebagai seorang isteri. Aku cuma anggap kau kawan, Atiqah. Tak lebih daripada tu. Kau pun..tak perlu nak layan aku macam seorang suami. Aku tak kisah pun kalau kau tak layan aku macam tu. Aku lagi suka.
Kau anggap je kita ni kawan. Kawan macam kita sekolah dulu. Tak perlu nak ubah apa apa. Dan lagi satu,kau tak perlu nak berabang abang dengan aku. Aku tak kisah kalau kau nak berkau-aku sekalipun.
Perkahwinan kita ni cuma atas kertas aje. Kita padamkan aje perkataan suami isteri tu daripada fikiran kita. Gantikan perkataan suami isteri tu kepada kawan. Okey?"lembut Kay menuturkan ayat itu,berharap agar Atiq faham.
'Mudahnya kau bercakap Kay.'rintih hati Atiq.
"Tapi.."
"Atiq.."Kay terus potong ayat Atiq."..aku tak nak gaduh lagi. Aku tak nak panjangkan benda ni lagi. Aku dah cakap apa yang patut aku cakap dan kau tahu. Aku tak nak kau salah anggap dengan hubungan kita.Aku cuma nak..kau anggap aku ni kawan.
Tapi tu between us. Bila kita kat luar,bersama family atau sesiapa..kita kena berlakon sebagai suami isteri. Dan aku harap..tiada orang lain tahu pasal hubungan sebenar kita.Boleh kan Atiq?"Kay berharap. Dia mencari wajah Atiq yang tertunduk tu.
"Kalau aku cakap tak boleh,kau nak buat apa? Aku tetap nak anggap kau suami aku jugak." Atiq bercakap tanpa angkat muka.
Kay angkat tangan,mengalah.
"Okey.. Kalau tu yang kau nak. Do whatever you want but remember.. jangan salahkan aku kalau aku tak boleh layan kau sebagai seorang isteri. Aku dah cakap awal awal yang aku cuma boleh anggap kau sebagai seorang kawan aje." Kay bagi peringatan.
Atiq angkat muka. Pipinya basah dengan air mata. Mukanya sembab.
"Kau kejam, Kay.."
"Ya aku tau. Aku tau aku kejam Atiq. Tapi lagi kejam kalau aku tak cakap perkara sebenar. Aku tak nak jadi hipokrit."akui Kay.
Mereka saling berbalas pandangan tanpa suara. Atiq angguk angguk.
"Thanks sebab jujur."ucap Atiq.
Atiq lap air matanya.
"So..sampai bila Abang nak tidur atas sofa?" Atiq cuba menahan rasa perit dalam hati.
"Sampai bila bila."

"Okey then.. Good night." Atiq terus berlalu dari pandangan mata Kay. Kalau itu yang Kay nak,dia akan terima.
Kay ketap bibir bawah. Rambutnya diusap ke atas.
'Aku memang kejam.'

Atiq melihat jam loceng atas meja di sisi katil.
'Dah pukul tiga pagi.'detik hati Atiq. Dia mengurut pelipisnya.
'Ya Allah..kenapa susah sangat aku nak lelapkan mata ni? Aku tak nak bersedih lagi.'Atiq merintih dalam hati.
Sejak perdebatannya dengan Kay tadi,dia langsung tak dapat tidur lena apalagi melelapkan mata. Selepas aje dia naik atas katil,air matanya jatuh mencurah curah tanpa henti apabila teringatkan perbincangannya dengan Kay.
Dia tak tahu samada Kay sedar atau tidak dia menangis. Tapi dia harap Kay tak sedar sebab dia tak nak Kay fikir dia lemah. Dia tidak pernah menangis selama ini disebabkan seorang lelaki. Suami dia pulak tu.
Kata kata Kay benar benar mengguris perasaannya. Isteri mana tak tersinggung bila suami sendiri mengaku yang dia masih cintakan orang lain. Orang lain tu pulak kawan baik dia sendiri. Kata kata Kay langsung tidak berlapik. Mungkin ini balasannya sebab dulu dia sendiri pun bercakap tanpa fikir dulu. Sekarang baru dia faham perasaan seseorang bila dia bercakap tanpa mempedulikan perasaan orang lain.
Dia tak pernah jangka yang perkahwinannya akan jadi begini. Dia sudah berkahwin dengan lelaki yang dia idam idamkan tapi perkahwinannya bukan seperti yang dia harapkan. Tiada guna dia berkahwin dengan lelaki yang dia sayang tapi lelaki itu tidak mampu membahagiakannya. Dia hanya memiliki jasad lelaki tersebut tapi bukan hatinya.
Betullah kata orang. Kalau nak kahwin, kahwinlah dengan orang yang sayangkan kita. Walaupun kita tak sukakan dia, sekurang kurangnya dia berusaha memberi kebahagiaan kepada kita.
"Hana.. Hana.."
Atiq bangun dari pembaringan apabila dia terdengarkan suara Kay. Dia pergi dekat Kay.
"Hana jangan tinggalkan aku.." kepala Kay tertoleh kiri dan kanan. Beberapa titis peluh membasahi dahinya.
Atiq melutut di sebelah Kay. Jiwanya terasa seperti disentap. Kay mengigau memanggil nama perempuan lain pada malam pertama mereka..
"Abang..Abang.." Atiq goyang tubuh Kay.
Kay buka mata dalam keadaan separuh sedar. Dilihatnya wajah Atiq di hadapannya saat ini.
"Apa?"
"Abang mengigau..panggil Hana."ujar Atiq.
Kay lepas keluhan. Dia usap muka.
"Dah pukul berapa ni?"
"Tiga pagi."
Kay bangun dari pembaringan. Dia urut urut bahunya.
"Abang tidur atas katillah. Mesti abang dah sakit belakang kan?"suruh Atiq lembut.
Kay garu belakang kepalanya. Mukanya kelihatan mamai.
"Tak payahlah. Aku okey." Kay menolak.
"Abang.. tidur atas katil okey. Biar saya tidur kat sini pulak."
Kay diam.
"Hmm??" Atiq pujuk lagi.
"Yela." Kay mengalah. Dia bangun menuju ke katil. Atiq tengok aje langkah Kay itu dengan perasaan sayu.

Kay mengikat tali lehernya di hadapan cermin. Dah beberapa minit dia cuba betulkan tali lehernya tapi tak menjadi.
'Dah kenapa pulak necktie aku buat perangai pagi pagi ni..'Kay mendengus dalam hati.
"Abang,biar saya tolong."pelawa Atiq. Bila masa dia muncul sebelah Kay pun Kay tak sedar.
"Tak payah. Aku boleh buat sendiri."Kay menolak. Tangannya masih terkial kial dengan necktie nya.
"Saya tolong.."tegas Atiq seraya merentap tali leher Kay supaya berhadapan dengannya. Kay kelihatan tersentak dengan tindakan kasar Atiq. Nasib baik tak terjerut leher aku.
Ahh..macam mana dia boleh lupa. Atiq kan tomboy. Kasar lebih daripada lelaki. Dia lupa pasal tu sebab teringatkan cara Atiq bercakap lembut dengannya malam tadi. Malah,dia hampir terlupa selepas melihat Atiq menangis. Selama mereka berkawan,dia tak pernah tengok Atiq menangis di hadapannya sehinggalah hari Atiq mencuri dengar perbualannya dengan Hana serta ketika majlis kahwin mereka. Dan..malam tadi. Yang dia pasti.. Atiq menangis kerananya..
'Ahh.. ada aku kisah ke semua tu??'
Kay terpaksa biarkan Atiq membetulkan tali lehernya apabila Atiq terus memaksa.
"Aku kan dah cakap kau tak perlu layan aku macam ni." Kay bersuara dingin.
"Saya pun dah cakap yang saya tetap akan layan Abang macam seorang suami."Atiq balas kata kata tu.
Asal susah pulak nak ikat tali leher dia ni.. Atiq leraikan simpulan tali leher itu. Dia buat simpulan yang baru.
"Aku tak selesa lah kau layan aku macam ni. Aku lebih selesa kau layan aku macam kawan."
"Apa apa ajelah."Atiq jawab malas. Kawan.. kawan.. habis kawan tak boleh tolong kawan dia betulkan necktie ke?
Kay terdiam.
"Saya tak kisah kalau Abang nak layan saya macam mana sekalipun tapi saya tetap akan layan Abang macam seorang isteri melayan suaminya." Atiq sambung kata katanya.
"Dan saya nak Abang ingat satu perkara.."
Atiq renung mata Kay selepas tali leher Kay sudah kemas diikat dan dibetulkan.
Bawah bahu Kay digosok. Kay menanti sambungan ayat Atiq.
"..saya..tak pernah menyesal kahwin dengan Abang." Atiq tepuk tepuk dada bidang Kay.
Kay terkesima. Selepas apa yang dia luahkan pada Atiq malam tadi,Atiq masih menerimanya? Atiq memang betul betul cintakan dia ke?
Kay berdehem. Cuba mengawal kegugupan dalam hati.
"Aku turun dulu." Kay terus mencapai briefcasenya lantas keluar dari bilik.
Atiq masih berdiri kaku di situ. Dia sengih sinis.
'Kalau Kay tak boleh belajar sukakan aku,aku akan berusaha buat dia sukakan aku sampai dia tak mampu sukakan perempuan lain lagi. Kay..akan jatuh dalam pelukan aku juga nanti.' Atiq menanam azam. Tangannya dikepal kuat sehingga tertonjol urat urat tangan.
Selepas lama dia berfikir panjang malam tadi sehingga langsung tidak tidur,dia akhirnya membuat keputusan yang dia akan ikut rentak Kay tapi dengan caranya sendiri. Dia takkan biarkan Kay terus membuatnya menderita. Dia akan pastikan..Kay terjerat dalam permainannya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience