Bab 15

Romance Series 10367

Hana menyiram pokok bunga di taman halaman belakang rumah. Di sekeliling rumah ini sememangnya dipenuhi dengan berbagai jenis bunga serta pokok pokok untuk dijadikan hiasan. Dah macam rumah taman pulak jadinya.
Taman tu dihampar luas dengan rumput tiruan. Menampakkan kehijauan dan kerataan tanah. Ditambah pula dengan mini air pancut yang berada di kolam ikan. Bila dilihat pada keseluruhan bahagian luar rumah ini,jelas menunjukkan kekreatifan pereka bentuk landskap.
Cadangan untuk membuat landskap ala ala taman datang dari idea mama yang sukakan flora dan fauna. Mama cakap kawan Zac yang menghias landskap ini kerana Zac bekerja di bidang seni bina bangunan. Kawannya pula dalam bidang rekabentuk landskap. Mereka sama sama belajar mengenai rekabentuk tetapi berlainan jurusan.
"Eh,puan Hana. Kenapa puan siram pokok tu. Biar saya yang buat. Ni kerja saya."salah seorang pembantu rumah datang dekat Hana dan cuba ambil pili air dari tangannya.
"Kak Yati.. takpe. Biar Hana yang buat."Hana menolak.
"Tapi ni kerja saya. Nanti datin marahkan saya kalau dia nampak puan Hana yang siram semua pokok bunga ni." Kak Yati cuba ambil pili air tu dari tangan Hana.
Semua kerja menyiram dan menguruskan tanaman di rumah ini dilakukan sendiri oleh pembantu rumah yang sudah diupah oleh papa.
"Kak Yati. Biar Hana buat okey." Hana bertegas nak buat juga.
"Baiklah Puan Hana." Kak Yati terpaksa akur.
Hana menyambung menyiram pokok pokok bunga tu. Hari ini dia balik kerja awal sikit. Sebab tu dia ada masa buat kerja ni. Sekadar meluangkan masa lapang.
"Kak Hana!!!"
Hana berpaling.
"Heyyyy!!" Hana menjerit bila Aqef dan Aqil menyembur air menggunakan pistol air kepadanya sambil bergelak ketawa. Hana perasan Kay pun ada kat situ.
"Apa ni??" Hana menutup mukanya dengan lengan. Pakaiannya dah basah.
"Tembak kuat lagi!"arah Kay pada anak anak buahnya.
'Ah,ni mesti Kay yang suruh budak budak ni kacau aku.'Hana agak dalam hati.
"Stop it!!" Hana jerit lagi.
Budak budak tu masih juga menembak dia dengan pistol air tu. Oleh kerana budak budak itu tidak mendengar katanya, Hana terpaksa balas perbuatan mereka dengan menyembur air menggunakan pili air yang dia pegang tu pada mereka pula.
"Ambik ni!!"
Aqef dengan Aqil berlari keriangan bila Hana membalas perbuatan mereka. Nampaknya budak budak ni nak bermain dengannya. Mereka saling berbalas berbalas semburan sambil berlari keliling taman tu.
Tak pasal pasal pula niatnya nak menyiram pokok bunga ni berubah kepada menyiram budak. Harap harap cepat cepatlah budak budak ni membesar lepas kena siram dengan aku.
Kay ikut join sekaki main air sambil berlari lari sampai tak sedar pakaian dan tubuh mereka semua dah basah lencun.
"Aqef,bak sini water gun tu dekat pak ucu. Biar pak ucu pula shoot Kak Hana." Kay minta water gun tu dengan Aqef. Aqef bagi lepas tu sambung lari bila Kak Hana sembur air dekat dia.
Kay tembak air dekat muka Hana. Hana dah menjerit.
"Hey,apa ni?! Tak aci! Kau rampas senjata Aqef."
"Apa pulak tak aci? Aqef geng aku apa?" Kay menjawab sambil terus shoot Hana lagi.
"Kalau macam tu,Aqil jadi geng Kak Hana lah. Aqil,bak sini water gun tu. Biar Kak Hana yang tembak kepala penyamun ni!"
Kay gelak dengar kata kata Hana. Hana balas tembakan Kay. Sekarang mereka berdua pulak yang dah nampak macam budak budak. Siap main kejar kejar lagi.
Budak budak tu pula yang kena pegang pili air. Aqef menyembur air ke atas. Dah nampak macam air pancut pula. Hana dengan Kay pula berlari di bawah pembentukan air pancut tu. Aqil melompat lompat kat sebelah Aqef sambil bersorak sokong Hana.

* * *

Kereta peugout hitam kelabu berhenti di sebelah kereta Ford milik Kay di garaj besar depan rumah yang menempatkan beberapa buah kereta lagi. Boleh dikatakan hampir semua orang dalam rumah ini mempunyai kereta sendiri. Sebab tu mereka terpaksa lebarkan garaj kereta. Dah tu jenis kereta pula semuanya yang mewah dan diimport dari luar negara. Jelas menampakkan mereka orang berada hanya dengan melihat pada kereta.
Zac melangkah keluar dari keretanya. Dia buka pintu sebelah kiri pula untuk mengambil briefcase dan kot. Dia hanya memakai kemeja biru pekat dengan lengan baju disingsing sampai paras siku.
Telinga Zac menangkap bunyi riuh rendah di halaman belakang rumah. Zac menutup pintu keretanya selepas mengambil briefcase dengan kot.
Dia berjalan ke halaman belakang untuk mengintai apa yang berlaku. Dia melihat Kay dengan Hana sedang bermain kejar kejar dengan pakaian semua dah basah kuyup. Mereka bergelak tawa sehingga tidak sedar kelakuan mereka diperhati.
"Maaakk.." Hana tergelincir ketika berlari. Kay sempat menyambut Hana dari belakang. Hana terjatuh dalam pelukan Kay. Hana tergamam. Matanya dengan mata Kay bertentangan.
Zac terus melangkah masuk ke dalam rumah selepas menyaksikan drama 'romantik' itu. Dia longgarkan tali lehernya dengan kasar.
"Err.. thanks."Hana terus lepaskan tangan Kay di pinggang dan di bahunya. Kay tersedar dari renungan itu.
Mereka berdua menjadi kekok tiba tiba.
"Err.. Aqil. Ambil ni. Kak Hana tak nak main lagi." Hana bagi balik water gun tu pada Aqil.
"Aku masuk dulu." Hana minta diri sebelum masuk ke dalam rumah dengan basah kuyup. Nampaknya dia kena gantikan pakaiannya dengan meminjam pakaian Kak Su dulu sebelum naik atas. Takkan dia nak naik macam tu je. Tak ke banjir rumah tu nanti. Pembantu rumah juga yang susah kena lap semua air tu.
Kay masih berdiri kaku di situ.

Hana masuk dalam bilik. Masa tu baru dia perasan Zac sudah ada dalam bilik dan sedang mengeringkan rambutnya dengan dryer depan cermin meja solek.
Bila masa Zac sampai rumah? Macam mana dia boleh tak sedar Zac dah balik? Ah, ni mesti sebab leka sangat bermain air.
Hana berjalan dekat Zac.
"Abang dah lama ke balik?" Hana tanya juga walaupun dia dah boleh agak yang Zac dah lama sampai kalau dilihat pada pakaiannya yang dah bertukar sekarang. Mesti Zac dah siap mandi.
"Seronok sangat ke main air sampai tak sedar abang balik?" Zac perli. Tangan dia masih ligat mengeringkan rambut tanpa tengok Hana.
Hana terkedu seketika. Zac nampak ke dia bermain air tadi? Dan paling penting, Zac nampak ke dia hampir berpelukan dengan Kay tadi?
"Abang nampak ke?" Hana dah mula rasa tak sedap hati.
"Kenapa? Tak nak bagi abang nampak?" Zac perli lagi.
Hana dah sepetkan mata dia sambil ketap gigi. Terkantoi ke dia?
"Hana.. Hana bukan nak sangat main tadi. Hana sebenarnya nak siram pokok bunga. Lepas tu diorang datang kacau. Hana sendiri pun tak sedar yang Hana boleh jadi syok sangat main air." Hana cuba bagi penjelasan yang jujur.
"Syok sampai berpelukan?"
Hana tunduk sambil garu kepala. Sah! Dia memang dah kantoi!
"Hana tergelincir lah abang. Kay sempat sambut. Kalau tak mesti Hana dah jatuh."
Zac tak bagi respon dengan jawapan Hana. Dia terus menyikat rambut pula.
Hana tengok Zac takut takut.
"Ab.. Abang janganlah salah faham. Kitorang bukan sengaja buat macam tu. Percayalah cakap Hana. Hana memang tergelincir tadi. Betul!" Hana angkat tangan dia macam nak bersumpah. Bersungguh sungguh dia cuba meyakinkan Zac.Dia nak meraih kepercayaan Zac.
Zac terhenti sikat rambut. Lama dia tengok cermin sebelum pusing tengok Hana yang dah tertunduk tu. Dia tahu Hana rasa bersalah terhadapnya.
Zac angkat dagu Hana. Dia renung mata Hana.
"Hana,abang dah nampak semuanya."
"Hana minta maaf abang."
"Dah lah. Tak perlu minta maaf. Kalau abang dah nampak semuanya, maknanya abang tahu yang korang memang tak sengaja buat macam tu. Kalau abang tak nampak sekalipun, abang tetap akan percaya cakap Hana jugak. Hmm?"ujar Zac lembut.
Hana terus peluk Zac erat. Zac terkedu dengan tindakan drastik Hana. Hana tak pernah peluk dia dengan kerelaannya sendiri.
"Terima kasih abang. Hana tak patut layan Kay tadi. Tak tau kenapa Kay tu selalu sangat nak dekat dengan Hana walaupun Hana dah cuba jauhkan diri daripada dia." Hana mengadu dalam pelukan Zac.
Zac lepaskan pelukan Hana. Kedua dua tangan Hana digenggam.
"Hana.. look at me."suruh Zac. Hana menurut.
"Hana tak perlu menjauhkan diri dari Kay lagi ok. Abang tahu Kay cuba dekat dengan Hana sebab Kay nak berkawan semula dengan Hana. Dia kan dah cakap macam tu. Semua layanan dia pada Hana mungkin usahanya untuk berbaik dengan Hana semula.
Bukan ke Hana sendiri gembira bila Kay nak jadi kawan Hana balik? Sekarang kenapa nak jauhkan diri daripada dia pula?"
"Hana takut abang cemburu.."
Zac rangkul pinggang Hana pula.
"Salah abang kalau abang cemburu, terlebih emo. Abang tak patut rasa macam tu. Abang tak nak perasaan cemburu abang tu menghalang Hana untuk berbaik dengan Kay. Korang baru nak baiki hubungan persahabatan korang balik kan? Abang tak sepatutnya fikir bukan bukan pada Kay. Abang rasa bersalah bila hubungan korang yang baru nak baik retak balik disebabkan abang.
Sebab tu abang harap..Hana jangan jauhkan diri dari Kay lagi. Abang nak Hana layan dia macam kawan juga. Jangan fikirkan abang."
"Tapi abang..."
"Abang akan berusaha kawal perasaan cemburu abang demi persahabatan korang. Lepas ni,tak kira macam mana pun layanan Kay pada Hana atau layanan Hana pada Kay..Abang akan anggap tu semua layanan seorang kawan kepada kawannya yang lain. Tak lebih,tak kurang daripada tu." Zac ambil nafas sebelum sambung lagi kata katanya.
"Lagipun..Hana kan isteri abang. Tak perlulah abang risau sangat. Hana dah jadi hak abang apa. Kay hanya boleh layan Hana setakat seorang kawan aje tapi abang..abang boleh layan Hana lebih daripada tu. Layanan Kay terbatas tapi layanan abang takde batasannya. Mana lagi best?"usik Zac sambil cuit hidung Hana.
Hana pukul dada Zac sambil senyum malu.
"Gatal.."
Zac tertawa.
"Janji dengan abang... yang Hana akan berkawan dengan Kay balik." Zac tunjuk anak jari.
Hana tengok Zac lama. Tak tahu macam mana dia boleh bertahan lama sikit dalam renungan tu. Hana satukan jarinya. Dia senyum terharu.
"Terima kasih abang. Abang memang suami dan abang yang baik. Bertuah Hana dan Kay dapat jadi isteri dan adik abang."ucap Hana ikhlas.
Zac senyum. Dia tarik Hana ke dalam pelukannya. Lama dia dan Hana berkeadaan begitu.
'Ya Allah.. kuatkan aku untuk menempuh ujian dalam perkahwinanku ini. Aku harap aku membuat keputusan yang betul. Aku sanggup korbankan perasaanku demi melihat kebahagiaan adik dan isteriku. Aku mohon kekuatan dariMu Ya Allah.' Zac merintih dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience