Bab 24

Romance Series 10367

"Selamat pengantin baru!!"sorakan bergema di bilik makan. Kelopak bunga mawar merah dilontarkan kepada Kay dan Atiq sebaik mereka berdua melangkah masuk.
Kay dan Atiq jelas kelihatan terkejut dengan sambutan keluarganya. Di hadapan mereka kini berdiri mama,papa,Zac,Hana,Along dan Abang Farez. Mereka kelihatan ceria melihat mereka.
"Apa ni?"
"Ni sempena menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga kita. Atiqah.. selamat datang ke keluarga kami."ucap Along.
Atiq tunduk hormat. Dia tak pernah sangka keluarga Kay seramah ini.
"Terima kasih."
Mama berjalan dekat Atiq. Tangan mama melingkar atas bahu Atiq. Atiq kelihatan kekok.
"Mama bersyukur sangat sebab tahun ni mama dapat dua menantu sekaligus. Nampaknya tercapai juga hasrat mama untuk melihat semua anak mama berkahwin depan mata mama."luah mama dengan wajah gembira.
Semua orang tersenyum mendengar kata kata mama. Atiq dan Kay mengukir senyum palsu.
"Alhamdulillah mama. Akhirnya anak kita dah ada pasangan hidup masing masing. Pasangan yang baik baik pula tu. Lepas ni tak perlulah kita risau lagi memikirkan masa depan mereka."papa pula mencelah.
"Betul tu papa. Nampaknya Allah dah makbulkan doa kita untuk melihat semua anak anak kita kahwin."mama gosok gosok bahu Atiq.
Atiq bertambah segan.
"Along pun tumpang gembira. Along harap Zac dengan Hana dan Kay dengan Atiqah akan bahagia sampai akhir hayat dengan pasangan masing masing."giliran Along pula menyampuk.
Zac dengan Hana senyum. Zac merangkul erat pinggang Hana. Hana tersentak dengan tindakan itu. Kay dengan Atiq tersenyum kelat melihat kemesraan mereka berdua.
'Agak agak Zac tau tak yang adik dia masih cintakan Hana?' Atiq tertanya tanya dalam hati. Dia dapat lihat kebahagiaan terpancar pada wajah mereka berdua. Ahh.. Alangkah indahnya andai dia dan Kay juga sebahagia itu.
"Lepas ni bolehlah mama menimang cucu sebanyak mana yang mama nak. Kan mama? Tak perlu nak harapkan kitorang lagi."Abang Farez tumpang sekaki menyampuk. Along angguk tanda setuju dengan kata kata suaminya. Dia pun dah penat nak bagi mama cucu lagi. Cukuplah empat orang tu aje. Tu pun tak cukup tangan nak jaga.
Mama dan papa dah tergelak besar. Zac dan Hana berpandangan,begitu juga Kay dan Atiq. Kay senyum sinis tanpa mereka sedar.
'Mustahil..'Kay menjawab dalam hati.
"Err..bila kita nak breakfast ni? Orang dah lewat ni."Kay menamatkan suasana meriah itu.
"Ya tak ya jugak. Lupa pulak yang kita semua ni bekerja. Meh duduk makan semua."suruh papa.
Mereka semua terus melabuhkan punggung atas kerusi. Meja itu hampir penuh dengan keluarga itu. Para pembantu sudah masuk untuk menghidangkan makanan dan melayan mereka.
"Atiqah.. Atiqah nak kerja kat restoren family lagi ke?"mama membuka bicara sebaik mereka semua sudah bersedia di meja makan.
Semua mata tertumpu pada Atiq. Atiq naik segan.
"Err..Ya auntie. Kenapa?"
"Ada pulak panggil auntie. Panggil je mama. Atiqah kan dah jadi menantu mama."tegur mama dengan ramah.
Hana yang duduk di sebelah Atiq menyiku lengan Atiq. Mata Atiq terkedip kedip melihat mama dan Hana secara bergilir gilir.
"Betul tu Atiq. Kau kan dah jadi sebahagian daripada keluarga ni."celah Hana.
"Err.. maaf auntie. Esh.. maksud saya mama. Saya..saya tak biasa lagi."ujar Atiq. Berat pula mulutnya nak panggil macam tu.
"Lama lama biasa la tu."tambah Along pula.
Atiq senyum nak tak nak.
"Berbalik pada pertanyaan mama tadi.. apa kata Atiqah berhenti aje kerja kat restoren family Atiqah tu? Atiqah kerja aje dekat butik mama. Sekali dengan Hana. Bolehlah kita anak beranak usahakan butik tu sama sama. Macam mana? Atiqah setuju tak?"soal mama.
Atiq teragak agak nak jawab.
"Ermm.. kalau pasal tu.. saya kena tanya ayah saya dulu lah. Dia bos di restoren kami. Saya tak boleh nak buat keputusan sendiri lagi. Semuanya bergantung pada ayah saya."beritahu Atiq.
"Pasal tu Atiqah jangan risau. Biar mama sendiri yang bercakap dengan besan mama tu. Mama yakin mereka akan setuju."bersungguh sungguh mama mempelawa Atiq bekerja di butiknya.
"Kalau mama dah cakap macam tu,saya ikut ajelah. Tapi saya tak pandai la menjahit apa semua ni. Tangan saya ni takdelah selembut tangan Hana dengan mama. Tangan saya kasar. Maklumlah,saya selalu sangat buat kerja berat berat kat restoren tu." Atiq merendah diri.
"Betul tu mama. Si Atiq ni tangan kayu. Manalah dia pandai buat kerja orang perempuan ni."Hana mengusik Atiq. Atiq dah kerling Hana tajam. Hana tergelak.
"Sorry.. Aku gurau je."
Atiq dah angkat penumbuk.
"Tengok!! Dah datang dah perangai jantan dia."
Atiq segera menurunkan tangannya. Terlupa pulak dia berada di hadapan keluarga mertuanya sekarang. Keluarga mertuanya sudah tergelak melihat gelagat Atiq. Kay pula buat endah tak endah aje.
"Atiqah jangan risau.. Mama dengan Hana akan ajar Atiqah menjahit."
Hana angguk setuju.
"Betul tu,Atiq. Aku dulu pun mama yang ajar."
"Tapi.. Saya tak biasalah dengan kain kain ni. Saya takut mama dengan Hana penat pula nak mengajar saya tu semua sebab saya ni slow sikit. Tak macam Hana."
"Alaa.. Atiqah jangan risau. Kami akan ajar Atiqah sampai Atiqah pandai. Okey?"ujar mama lembut.
Atiq terharu dengan kebaikan mak mertuanya. Betullah cakap Hana.. semua orang dalam rumah ni baik baik belaka kecuali orang kat sebelah kiri dia ni lah. Masam mencuka aje sejak tadi. Hilang auranya yang selalu tersenyum dulu.
"Kalau korang dah cakap macam tu,saya tak boleh bantah lagi lah. Saya ikut aje." Atiq beri kata putus.
“Alhamdulillah. Itu yang mama nak dengar.”
Atiq senyum je.
"Kejap.. papa rasa papa macam dah pernah jumpa Atiqah sebelum ni. Seingat papa.."papa tiba tiba mencelah. Dia merenung Atiq.
Atiqah menunggu ayat bapa mertuanya yang nampak sedang berfikir tu. Betul ke mereka pernah jumpa?
"Ha! Atiqah.. Atiqah kawan Hana yang ada sekali masa mama dengan papa datang meminang Hana dulu kan?"teka papa.
Atiq angkat kening.
Ahh.. betullah. Diorang memang dah pernah jumpa. Macam mana dia boleh lupa dengan ibubapa Kay yang datang meminang Hana untuk Kay hari tu? Alahai.. Itulah hari di mana jantungnya terasa seperti ingin meletup kerana lelaki yang disayanginya meminang perempuan lain. Di hadapan dia pula tu.
"Laa.. papa tak ingat lagi ke? First time mama jumpa Atiqah pun mama dah tau lah."
Papa angguk angguk.
"Jadi betullah ni Atiqah yang kita jumpa tu. Ya Allah..kecilnya dunia ni. Papa tak perasan langsung Atiqah masa tu. Nampaknya korang bertiga dah jadi keluargalah ya?" Papa tengok Hana,Atiq dan Kay.
"Betul tu papa. Hana kan dah cakap yang Atiq ni kawan karib Hana. Hana gembira sangat bila mereka berdua dah kahwin. Kitorang dah dapat jadi sebuah keluarga."sampuk Hana dalam gembira.
"Tapi kenapa Kay tak pinang Atiqah terus hari tu? Kenapa perlu pinang Hana?" celahan Zac buat semua orang di meja makan tu terdiam dan berpandangan sesama sendiri.
Zac tengok semua orang yang tiba tiba senyap. Ow oh.. aku dah salah soalan.
"Err.. sorry. Angah tak bermaksud nak lukakan hati sesiapa."
"Kau tahu jawapannya Angah."jawab Abang Farez.
Zac angkat tangan.
"Sorry."
Ahh.. Ada ke patut dia terkeluar soalan tu? Mestilah dia pun tahu jawapannya. Kay pinang Hana sebab Kay sukakan Hana dan bukan Atiq.
"Atiqah..abaikan aje soalan Angah tu. Along percaya yang Kay kahwin dengan Atiqah sebab perasaan suka Kay dah beralih arah dari Hana kepada Atiqah. Agaknya Kay baru sedar yang Atiqah sebenarnya jodoh dia. Lagipun..Kay tak boleh sukakan Hana lagi. Hana kan dah jadi isteri Angah." Along membuat andaian yang kedengaran seperti menyindir Kay. Kay jeling Alongnya.
Aah.. Along memang suka sakitkan hati aku.
Atiq menjadi tidak keruan tiba tiba apabila topik ini dibuka.
"Betul tu Atiqah. Kay sendiri dah pernah cakap kat kitorang yang dia akan layan Hana macam kawan je. Tu menunjukkan Kay dah takde perasaan pada Hana lagi. Jadi mama harap.. Atiqah tak payah fikir pasal tu lagi ya."
Atiq hadiahkan senyum palsu. Dia tengok Kay sekilas. Nampaknya Kay pandai memperdayakan family dia dan menyembunyikan perasaan dia. Hakikatnya, hanya dia yang tahu bahawa Kay masih cintakan Hana.
Dia tak tahulah kalau ada lagi orang dalam rumah ni yang tahu pasal perasaan sebenar Kay pada Hana tapi yang pasti Kay sendiri dah mengaku padanya yang dia masih cintakan Hana.
"Eh takde apalah. Saya okay je. Saya tak ambil hati pun dengan pertanyaan suami Hana. Saya percaya. Kay ikhlas kahwin dengan saya sebab dia cintakan saya."
Kay tengok Atiq bila Atiq menuturkan ayat itu. Atiq balas pandangan Kay dengan senyuman lebar. Hana pula dah telan air liur. Betul ke Kay ikhlas kahwin dengan Atiq? Bukan sebab dia suruh semata mata? Kalau macam tu.. legalah..
Kay ukir senyuman. Pandai betul Atiq buat skrip lakonan.
Kay rangkul bahu Atiq supaya dekat dengannya. Atiq tergamam tapi dia cuba menahan riak terkejut itu. Apa yang Kay buat? Janggal pula rasanya bila Kay tiba tiba menyentuhnya.
"Betul cakap sayang. Abang memang ikhlas kahwin dengan sayang. Sekarang baru abang sedar yang abang sebenarnya cintakan sayang. Bukan Hana."
Atiq terus menoleh tengok Kay. Kay kenyit mata padanya.
Ooo..jadi ni semua lakonan semata mata. Nasib baik dia tak tertipu. Semua orang kat meja tu dah tersenyum tengok mereka. Zac senyum dengan penuh tanda tanya.
Asal diorang nampak pelik?? Kekok semacam aje.

Hana terus cuit bahu Atiq sebaik lima buah kereta keluar dari perkarangan villa mewah itu.
Atiq berpaling tengok Hana yang tengah tayang sengih.
"Apa hal kau ni? Tersengih sengih macam kerang busuk."tegur Atiq sambil menutup pintu utama.
"Kau dengan Kay macam mana malam tadi?"
Kening Atiq hampir bertaut bila dengar soalan Hana.
"Macam mana apa?"Atiq tanya, tak faham.
"Alaa.. korang dah ehem ehem ke?" Hana rapatkan kedua dua jari telunjuknya.
"Oohh.. tu ke maksud kau." Atiq baru faham selepas diberi 'penjelasan' tu.
"Dah?" Muka Hana nampak excited nak tau.
Atiq buat muka bosan. Dia melangkah ke ruang tamu kemudian melabuhkan punggung atas sofa. Hana duduk sebelah dia, masih menunggu jawapan dari Atiq.
"Tu benda private la. Mana boleh bagitau. Rahsia.. Kau ni.. Ada ke patut tanya soalan tu. Gatal ek sekarang." Atiq angkat kedua dua kaki lantas bersila atas sofa.
"Alaa.." Hana nampak kecewa.
Atiq geleng kepala dengan gelagat kawannya yang nampak over sangat nak tau pasal dia dengan Kay. Bukan ada apa apa yang 'special' pun jadi antara dia dengan Kay malam tadi. 'Surprise' adalah.
"At least bagitau la macam mana Kay layan kau. Okey ke tak?" Hana masih cuba mengorek malam pertama Atiq bersama suaminya.
Atiq garu kepalanya. Sebenarnya dia dah malas nak fikir pasal malam tadi. Menyemak otak dan menyakitkan hati aje bila teringatkan perbualan dia dengan Kay.
"Dia layan aku macam.."
"Macam apa?"Hana terus pintas ayat Atiq,tak sabar.
"Macam.. macam kawan."Atiq berterus terang.
"Macam kawan?" Tubuh Hana tegak balik. Dia dah tunjuk riak blur.
Atiq tertawa kecil melihat reaksi Hana.
"Tak payahlah kau buat muka macam tu. Kay memang layan aku macam kawan lah.. Salah ke?"
"Err.. maksud 'kawan' tu macam mana?" Hana kenyit jari bila sebut perkataan 'kawan'.
"Macam kau dengan aku lah.. Kawan. Takkan kau tak faham?"
Hana dah garu leher.
"Err.."Hana hilang kata. Dia cuba memahami apa makna tersirat di sebalik perkataan 'kawan' tu. Kalau Kay anggap Atiq kawan, maknanya.. hubungan diorang okey ke tak?
"Kau janganlah salah faham. Best apa kalau hubby nak anggap kita ni macam kawan. Tu maknanya.. dia nak kita rasa rapat dengan dia. Boleh kongsi cerita,kongsi perasaan and share everything.. just..like a friend. Right?"Atiq mengemukakan jawapan palsu yang selamat. Takkan dia nak beritahu perkara sebenar pada Hana. Memang kena makan penamparlah Kay jawabnya kalau Hana tahu.
"Ooo..baru aku faham. Dia nak bagi relationship korang lebih akrab la maknanya?"jelas sekali Hana termakan dengan kata kata palsu Atiq.
"Tau takpe." Atiq kawal riak wajah. Sedaya upaya dia cuba menahan perasaan yang kembali bergelora dalam hati.
Hana angguk angguk.
"Bestlah korang. Dari azali lagi dah memang kawan. Tak payahlah susah susah nak eratkan hubungan korang.. korang memang dah rapat kan.." bibir Hana muncung ke depan dengan mata jatuh pada karpet putih yang berbulu bulu tu.
Atiq sengih sinis. Rapatlah sangat. Kalau kau tau perkara sebenar, kau takkan cakap macam tu Hana.
"Kau ni dah kenapa? Dah macam mulut itik pula aku tengok. Kau tak bahagia ke dengan perkahwinan kau?" Atiq tegur bila tengok Hana nampak macam nak berkhayal tu.
"Bahagia tu memang la bahagia. Tapi.. aku still confuse dengan perasaan Zac tu dekat aku."Hana luahkan perasaannya. Ni yang seronok bila Atiq ada bersama dia, boleh dia kongsi pasal rumah tangga dia pada Atiq. Atiq satu satunya kawan yang dia percaya.
"Confuse macam mana maksud kau?"kini topik beralih arah pada Hana pula.
"Yela.. Aku tak tau perasaan sebenar Zac pada aku. Samada dia betul betul sukakan aku atau kata kata dia tu sekadar untuk mengambil hati aku sebab aku ni isteri dia."
"Maknanya..Zac dah pernah luahkan perasaan dia pada kau la?"
"Kalau setakat bagi ayat ayat jiwang macam i miss u apa semua tu adalah jugak. Tapi dia tak pernah lagi cakap yang dia sukakan aku, atau sayangkan aku atau perkataan yang seumpama dengannya."
Rasanya telinga dia tak pernah dengar lagi ayat macam tu..
"Layanan dia terhadap kau macam mana? Aku tengok korang macam mesra aje. Apa masalahnya?" Atiq masih tidak faham apa yang menjadi permasalahan bagi Hana.
"Kalau tengok bahasa tubuh badan yang dia tunjukkan..memanglah nampak dia tu ala ala mat romantik sikit. Suka peluk peluk,kiss kiss apa semua tu tapi.. aku still ragu ragu jugak. Kalau boleh, aku nak dengar dia cakap yang dia sayangkan aku, cintakan aku.. Kalau tak, selagi tu lah perasaan ragu ragu ni takkan hilang."luah Hana.
Atiq geleng kepala mendengar luahan Hana. Pulak dah.
"Hana..aku rasa kau sebenarnya dah jatuh cinta dengan husband kau tu kan?"Atiq buat andaian.
Muka Hana dah merah.
"Apa kau cakap ni? Mana ada.." Hana pegang pipi dia yang tiba tiba terasa panas.
"Hana.. kau tak payah nak malu malu harimau la dengan aku. Mengaku ajelah yang kau tu dah jatuh suka pada laki kau. Kalau tak,takkanlah kau ada masa nak fikir semua tu.
Kalau kau tak sukakan dia..mesti kau dah abaikan apa yang dia dah buat pada kau.Layanan dia,ayat ayat cinta dia semua tu. Kau pun sukakan dia kan?"Atiq mula mendesak Hana supaya mengaku.
Hana terus tekup muka dia dengan tapak tangan.
"Malu la nak cakap."
Atiq gelak sinis.
"Malu konon.. Mengaku ajelah,Han.."
Hana turunkan tangan dia. Cuba beranikan diri tengok Atiq.
"Ya.. Aku mengaku. Aku memang dah jatuh cinta pada dia. Aku dah jatuh cinta dengan suami aku sendiri. Tak salah kan?"laju mulut Hana menuturkan ayat itu.
"Laa.. Apa yang salahnya? Memang patut la kau jatuh cinta pada suami kau sendiri dan bukan suami orang lain." bukan macam Kay. Jatuh cinta dengan isteri orang tapi bukan pada isteri sendiri. Atiq menyambung ayat tu dalam hati.
"Tapi kau janji jangan bagitau dia tau. Aku tak nak dia tau dari mulut orang lain."
Atiq tabik pada Hana.
"Baik bos! Aku janji."
"Pegang janji kau tu!! Jangan sesekali kau buka mulut kau tu bagitau dia pasal ni. Kalau tak, taulah apa aku nak buat pada kau."Hana bagi amaran tegas. Atiq buat gaya zip mulut. Dia angkat tanda okay.
"Bagus!"
"Tapi kan Han.. memandangkan kau dah mengaku dekat aku yang kau sukakan laki kau tu, apa kata kau mengaku terus dekat dia? Manalah tau Zac pun macam kau juga. Ternanti nantikan ungkapan 'sayang' dari mulut kau. Mungkin dia tunggu kau luahkan dulu lepas tu baru dia luahkan perasaan dia pulak.
Aku agak..korang berdua ni sama sama tak berani nak luahkan perasaan masing masing. Kalau kau tak mulakan dulu, sampai bila bila
pun korang berdua akan terus berteka teki macam ni."Atiq bagi cadangan.
Amboi! Dah macam doktor cinta pulak aku ni. Tak sedar agaknya rumah tangga sendiri dah mula retak menanti belah. Tunggu masa je nak terbelah. Awal awal kahwin lagi dah hancur.
"Hesh!! Gila kau. Malulah aku." Hana tak setuju.
"Malu lagi.. Kau ni. Benda baik kan. Buat apa nak malu malu."
"Kalau dia tak sukakan aku macam mana?"
Atiq geleng kepala dengan pemikiran negatif Hana.
"Beb, soal dia suka kau ke tak tu lain cerita. Yang tu kita tolak tepi. Yang paling penting sekarang, kau luahkan dulu perasaan kau pada dia. Lagipun kau nak luahkan pada lelaki yang dah sah sah jadi suami kau kan. Bukannya pada boyfriend or fiance yang belum tentu jadi milik kau. That's why aku nak kau terus terang dengan dia."
Itulah yang aku buat pada Kay. Aku hanya luahkan perasaan aku bila Kay dah betul betul jadi milik aku. Sebab tu aku harap.. Hana pun akan buat macam juga. At least, perasaan cinta Hana tu ada peluang akan dibalas oleh suaminya. Bukan macam aku. Perasaan cintaku pada Kay,terang terangan di'reject' oleh Kay.
"Aku.. tak ready lagi la. Apa class perempuan approach lelaki dulu? Jatuh la harga diri aku."
"Habis,Saidatina Khadijah meminang Nabi Muhammad tu takde class la? Takde harga diri?"tempelak Atiq.
Eh..pandai pula aku bercakap pasal ni padahal aku ni tudung pun tak pakai.
Hana tak terkata bila Atiq buat perbandingan begitu. Siapalah dirinya kalau nak dibandingkan dengan isteri nabi yang berakhlak mulia lagi terpuji tu?
"Okay.. Let's say Zac cakap dia takde perasaan dekat kau, it's okay beb. Kau tak payah nak down dan frust sangat sebab perasaan tu still boleh dipupuk lagi. Kau boleh cuba buat dia jatuh cinta dekat kau lah sebab korang dah kahwin tau.
Macam macam benda kau boleh buat untuk bagi dia terpikat dekat kau. If you really love him, kau kena ada effort untuk tambat hati dia." Atiq memberi kata kata semangat.
Hana terdiam memikirkan kata kata Atiq. Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Atiq.
"Hana.. kau patut bersyukur tau sebab dikurniakan seorang suami yang ambil berat pasal kau. Kat luar sana, masih ada ramai isteri yang diabaikan oleh suaminya.
Sampai sanggup melutut, merayu, meluahkan kata kata cinta pada suami mereka supaya menyayangi mereka. Tapi kau..berat mulut pula nak luahkan perasaan tu." sebenarnya 'isteri' itu termasuk dirinya sendiri. Tak payah cakap kat luar sana. Kat depan kau sendiri pun ni ha termasuk isteri yang diabaikan oleh suaminya. Sebab tu dia tak nak Hana sia siakan peluang ini.
"Selagi suami kau tak cari lain..lebih baik kau luahkan perasaan kau sebelum suami kau ingat yang kau tak sayangkan dia sampai dia sanggup menduakan kau. Bertindak sebelum kau sendiri akan menyesal nanti,Han."Atiq memberi dorongan.
Hana tengok Atiq.
"Aku tak nak dia cari lain Atiq. Aku sayangkan dia. Sayang sangat sangat."ucap Hana seikhlas hatinya. Dia sendiri pun tak sedar bila masa yang dia boleh sukakan Zac tapi yang pasti,dia tak boleh kehilangan Zac.
"So..ikut cakap aku. Han,kalau kau gemuruh sangat nak bagitau perasaan kau kat dia..kau anggap ajelah dia pun sukakan kau jugak. Habis cerita. Takdelah gemuruh sangat kau nanti. Kan?" Atiq angkat bahu.
"Kau cakap senang la. Takkan kau tak tahu lagi yang aku ni..pemalu orangnya." Hana tundukkan wajahnya sambil senyum senyum.
"Hek eleh.. Malu konon. Kau ni malu malu harimau aje. Sebenarnya berani. Takut kecewa la tu."
"Haa.. tau takpe."
Atiq geleng kepala. Hati aku ni dah remuk sebab terlampau kecewa kerana cinta tak dibalas. Oleh suami aku sendiri pulak tu. Aku harap Hana tak jadi macam aku.
"I'll try to confess my feeling but aku still perlukan masa untuk cari kekuatan sebelum bagitau dia."sambung Hana.
Atiq tepuk bahu Hana.
"It's okay. Take your time. I know you can do it."

Hana berjalan mundar mandir di hadapan bilik kerja Zac. Kedua dua tangan dikepal dan diramas ramas. Betul ke aku nak luahkan malam ni jugak? Kata kata Atiq tadi betul betul memberi kesan pada dirinya.
Daun pintu bilik kerja Zac dibuka dari dalam. Spontan muka Hana tertoleh arah pintu. Dilihatnya Zac tengah menggosok belakang leher,penat agaknya. Zac masih tak sedar Hana ada di hadapannya.
"Eh,Hana.. Kenapa berdiri kat sini?" Zac tegur bila dia baru perasankan Hana.
"Err.. takde apa apalah. Saja." Hana ukir sengih.
"Oo... kay." Zac pelik namun dia terus berlalu dari pandangan Hana menuju ke katil sambil tangan urut urut bahu. Penatnya!!
"Abang nak Hana urutkan tak?" Hana dah duduk atas katil sebelah suaminya.
"It's okay. Abang nak tidur kejap." Zac terus rebahkan badannya atas katil dengan mata terpejam.
Hana muncungkan mulutnya ke depan. Nampaknya malam ni bukan malam yang sesuai. Zac nampak betul betul penat.
"Hana.."
"Ya?" Hana terus pusing kepala bila tiba tiba Zac panggil dia.
"Hana tolong kejutkan Abang pukul tiga tau. Tu pun kalau Hana terjaga. Abang nak sambung buat kerja."pesan Zac.
"Insyaallah,abang."ucap Hana.
Dia dah biasa bangun malam malam untuk solat tahajjud. Sampai hari ni..dia masih belum berkesempatan qiamullail dan solat tahajjud berjemaah bersama dengan Zac.
Zac biasa tidur pukul dua hampir pukul tiga. Takkan la dia nak kejutkan Zac walhal Zac baru aje tidur masa tu. Kesian pula kat Zac.


Hana tersedar dari tidur bila jarum jam menginjak pukul tiga tepat. Hana tengok jam loceng. Sekali lagi dia bangun tepat pada waktu yang dia sendiri tetapkan. Betullah kata ustaznya dulu.. kalau kita betul betul istiqamah untuk qiamullail,just set masa bila kita nak bangun dan kita akan bangun dengan sendirinya tanpa dipaksa oleh sesiapa.
Allah akan gerakkan hati kita untuk bangun bila hambaNya betul betul ikhlas ingin mengadapNya pada malam yang sunyi,malam yang orang lain sedang terlena tetapi kita berteleku di kain sejadah,bermunajat kepada yang Maha Esa. Amatlah besar hikmahnya orang yang bangun malam untuk mendekatkan diri kepadaNya dengan mengerjakan solat sunat dan membaca Al Quran.
Hana lunjurkan kakinya ke bawah katil. Dia bergeliat seketika sebelum bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri ala kadar serta mengambil wuduk.
Beberapa minit kemudian,dia keluar dari bilik air. Baju tidurnya sudah ditukar dengan baju kelawar yang memang diguna khas untuk solat sahaja. Hana menyembur sedikit perfume yang boleh diguna dalam solat pada leher dan bajunya. Nak solat kena la wangi. Nak mengadap Sang Pencipta kan. Takkan nak pakai perfume masa nak jumpa 'makhlukNya' aje.
Hana menyarungkan kain dan telekung sembahyang ke tubuhnya kemudian kain sejadah dihamparkan. Baru aje dia ingin memulakan solat,dia terpandangkan suaminya yang masih terlena atas katil sambil memeluk bantal.
Lena betul tidurnya. Seperti tidur seorang bayi. Hana terleka sebentar apabila melihat wajah tenang itu. Jadi,macam ni lah wajah sebenar Zac. Orang cakap, kalau nak tengok wajah sebenar seseorang, tengoklah semasa dia sedang tidur.
Hana terus memecahkan lamunannya. Masa tu baru dia teringat pesanan Zac supaya kejutkan dia pukul tiga. Demi teringatkan pesanan Zac itu,Hana terpaksa kejutkan suaminya terlebih dahulu sebelum mulakan solat.
Hana berjalan ke katil sebelah Zac. Dilihatnya wajah Zac ketika tidur. Jelas tergambar kepenatan pada wajah lesu itu. Kalau ikutkan hati,dia tak sampai hati nak kejutkan Zac tapi memandangkan Zac dah pesan,kena la kejutkan juga.
"Abang.. bangun bang. Dah pukul tiga pagi dah." Hana goyangkan sedikit badan suaminya. Tangannya dibiarkan berlapik dengan telekung solat,takut tersentuh kulit Zac,tak pasal dia kena ambil wuduk sekali lagi.
Badan Zac langsung tak berganjak.
"Abang..."Hana panggil sekali lagi. Kali ni dia goyangkan badan Zac dengan lebih kuat.
Masih tiada tindakbalas. Kesabaran Hana mula menipis.
Hai..kang aku menjerit tepi telinga dia kang,tak pasal pasal pekak pulak telinga laki aku ni. Nak buat macam mana ek? Hana berkira kira.
Aku renjis ajelah muka dia dengan air. Apa susah?! Kalau tak bangun juga,aku jirus satu baldi air kat muka dia. Tak payah dia susah susah nak mandi lagi lepas ni. Haha. Aii.. jahat jugak idea aku ni.
Hana tengok gelas atas meja lampu sebelah katil Zac. Alaa.. dah kosong. Tak boleh la guna cara air tu.Takkan nak masuk toilet dalam keadaan macam ni? Hana tengok tubuhnya yang dah lengkap dengan pakaian solat tu.
Hana fikir idea lain.
Bila idea dah muncul,Hana undur badannya ke belakang sampai ke telapak kaki Zac. Dia angkat comforter yang menutupi kaki Zac. Ni cara yang mak aku selalu buat bila nak gerakkan aku bangun tidur. So..aku turunkan pada kau ilmu itu wahai suamiku.
Hana geletek tapak kaki Zac sambil ketawa mengekek tanpa suara. Kali ni tubuh Zac menunjukkan tindakbalas. Dia dah bergerak. Hana sengih. Menjadi jugak taktik mak aku ni. Dia pun tak tahu kenapa maknya kejutkan dia dengan cara macam tu. Yang pasti,cara tu berkesan.
"Apa ni..."dengan suara serak basah orang baru bangun tidur,Zac kuis kuiskan kakinya dari benda alah yang mengacau kakinya. Dahinya berkerut kerut. Marah la tu orang kacau dia tidur.
Matanya terbuka sedikit.
"Abang..bangunlah. Dah pukul tiga dah ni.."Hana ambil peluang itu untuk kejutkan suaminya.
"Uuhh.. Give me five minutes please.. Ngantuklah.."Zac mendengus panjang dengan muka malas. Dia tarik comforter sehingga menutupi seluruh tubuhnya. Kata kata Hana langsung tak melekat dalam pendengarannya. Yang dia tau,dia mengantuk sangat.
Hana dah hilang sabar. Dia cekak pinggang.
Aku tak tau pulak punyalah susah nak kejutkan mamat ni bangun tidur. Sebelum ni dia bangun sendiri aje. Buang masa aku betul la. Dah hampir lima belas minit aku kejutkan dia,tak bangun bangun juga.. hesh..
Hana merungut dalam hati.
Hana tengok jam loceng atas meja tepi katil. Idea bernas muncul tiba tiba. Tanpa buang masa dia terus ambil jam loceng tu. Jarum jam loceng diputar kepada angka tiga.
"Kalau aku sendiri kejutkan pun dia tak nak bangun,aku terpaksa la guna khidmat kau jugak. Suara kau je boleh buat dia tersedar."
Hana lurutkan comforter dari badan Zac. Sebaik jam loceng berbunyi,Hana terus lontarkan jam tu betul betul dekat sebelah telinga Zac.
Hah.. puas hati aku!! Kau buat la kerja kau wahai alarm clock. Kalau tak,takde guna kau diciptakan.
Zac yang terasa seperti ada bunyi yang membingitkan telinganya terus meraba cari bantal lantas menekup telinganya dengan bantal tu.
"Apa bising bising ni?"
Sekali lagi tangan dia meraba raba mencari punca kebisingan tu bila bunyi itu tidak berhenti henti. Bilamana dia tersentuhkan kepala jam loceng,Zac terus matikan bunyi loceng tu. Selepas itu dia kembali menyambung tidur.
Hana dah ketap gigi.
"Abang!! Bangun lah. Dah pukul tiga lebih dah ni!! Cakap nak sambung buat kerja!!" Hana terpaksa menarik tangan Zac supaya bangun. Dia tak boleh biarkan Zac terus tidur. Nanti dia juga akan dipersalahkan.
Badan Zac yang di'lembik'kan itu memudahkan Hana menegakkan badan Zac. Zac akhirnya tersedar juga. Mukanya kelihatan mamai. Rambutnya yang sudah sedia kusut itu digaru,menambahkan lagi kekusutan. Matanya separa terbuka. Zac buka sebelah mata tengok Hana.
"Hana.." Zac gosok matanya untuk melihat dengan lebih jelas imej yang berdiri sambil berpeluk tubuh di hadapannya saat ini.
"Asal ganggu Abang tidur? Abang penatlah."Zac marah dengan nada lembut lantas cuba merebahkan balik badannya tapi Hana bertindak pantas dengan menarik tangan suaminya.
"Abang,kan abang yang suruh Hana kejutkan abang pukul tiga. Ni dah pukul tiga lebih tau tak?"
Liat betul suaminya nak bangun tidur.
"Really? Sekarang dah pukul tiga ke?"
"Ya!! Dah pukul tiga lebih dah! Abang nak bangun ke tak nak ni?!"Hana terpaksa tinggikan sedikit suaranya untuk membuat Zac sedar sepenuhnya.
Zac menyilakan kakinya.
"Yela. Abang bangun. Hana kenapa pakai macam ni?"Zac dongak tengok Hana. Matanya separa terbuka. Masih dalam kawalan mengantuk lagi. Mulutnya yang menguap di tutup dengan belakang tangan. Dia menggeliat.
"Hana nak solat tahajjud."
"Dah solat ke?"
"Belum lagi. Hana nak kejutkan abang dulu. Nanti terlupa pulak."
Zac ukir senyum dengan mata sepet.
"Nak join solat jugak boleh?"pinta Zac dengan riak muka comel. Macam budak lelaki baru bangun tidur.
Hana senyum. Memang inilah yang dia nanti nantikan. Solat malam berjemaah dengan suaminya buat kali pertama.
"Boleh aje. Tapi sebelum tu,pergi gosok gigi and ambil wuduk dulu. Bersihkan apa yang patut."suruh Hana.
"Teman."
"Hah?" Hana tunjuk muka blur.
"Temankan abang ambil wuduk."
"Tak bolehlah. Hana dah siap pakai telekung dah pun. Tak nak masuk toilet lagi la." Hana terpaksa menolak.
Kenapalah Zac ni suka sangat berteman kalau masuk toilet? Tak faham betul aku. Takkan betul betul takut hantu kot? Haha. Mau gelak terguling kalau aku tau suamiku yang macho ni takutkan hantu.
"Pleasee.." Zac buat mata merayu.
Hana angkat sebelah tangan.
"Sorry."
Hana terus pusing badan untuk ke tikar sejadah. Lebih baik dia berzikir sambil tunggu Zac siap wuduk daripada berdiri macam patung dalam toilet tu.
Tangan Hana terus disentap dari belakang sehingga mendorong tubuhnya berpaling semula ke arah Zac. Tanpa diduga, bibirnya dan bibir Zac bersentuhan. Mereka terkesima.
Hana yang baru tersedar dengan keadaan mereka terus melarikan wajahnya. Dia tertunduk malu. Zac senyum nakal.
"Jom kita ambil wuduk sama sama."Zac dah berjalan menuju ke bilik air. Hana tidak berganjak namun apabila melihat Zac kembali memandangnya, Hana terpaksa seretkan juga kakinya lambat lambat. Setapak setapak dia berjalan.
"Ta..tapi.. Han.. Hana dah ada wuduk."dek kerana masih terperanjat dengan tindakan drastik Zac tu,suara Hana jadi tersekat sekat.
"Ciuman tak membatalkan wuduk ke?"selamba Zac tanya.
Hana terkedu.
Punyalah aku kawal ketat wuduk aku ni masa kejutkan dia, senang senang aje dia batalkan 'macam tu'. Rasa macam nak menangis pun ada..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience