Bab 8

Romance Series 10367

Hana duduk termenung di atas buaian sambil berpeluk tubuh. Fikirannya kusut memikirkan pinangan Kay tiga minggu lepas. Esok lusa dia dah kena bagi jawapan sebab dah lama dia berfikir.
Mama dengan Papa bagi dia masa 2 minggu untuk beri kata putus. Tapi dia dah terlajak fikir sampai 3 minggu. Tu pun dia tak dapat buat keputusan lagi. Mak dia pun dah membebel sebab buat orang tertunggu tunggu.
"Na.. benda baik tak elok kita lengah lengahkan."
Tu la kata kata mak yang selalu keluar masuk dalam telinga dia. Perit juga telinga dia mendengarnya. Dah tiga minggu asyik dengar ayat sama aje. Mana tak perit. Macam perakam radio pulak mak aku tu.
"Ahh!! Kusutnya kepala otak aku!! Lepas ni boleh pecah otak aku asyik fikir pasal benda ni!!" Hana garu kuat kepalanya. Stress!!
Macam mana ni? Nak terima ke tak? Kalau terima, aku rasa bersalah pulak dekat Atiq. Aku sebenarnya tak kisah kalau berkahwin dengan Kay. Kay kawan aku kot. Aku dah kenal hati budi Kay. Tak payahlah risau sangat kalau kahwin dengan Kay. Segala kata kata kesat yang aku lemparkan pada Kay tu sebenarnya gimik aje sebab aku geram bila Kay mainkan perasaan Atiq.
Walaupun Atiq tu dah banyak kali buat aku kecil hati tapi aku tetap sayang Atiq. Atiq kawan aku sejak kecil lagi tu. Tapi bila fikir balik, takkan la sampai hati pulak aku nak rampas cinta hati Atiq tu. Nanti tak pasal pasal jadi cinta tiga segi. Sekarang pun dah jadi macam tu apa. Adoila.. kenapa persahabatan kitorang boleh rosak sebab cinta. Patutla cinta tu buta.
Tapi kalau aku tak terima.. kesian pulak dekat mak aku.Mak aku tu dah beria ria cakap nak pergi umrah dengan mama. Macam dah confirm pulak aku dengan Kay nak kahwin. Aku ni bagi keputusan pasal pinangan tu pun belum. Mak aku pun satu. Yang dia pandai pandai terima pelawaan Mama tu dah kenapa? Tunggu ajelah aku kerja, dapat duit. Nanti aku simpan duit tu banyak banyak untuk dia pergi umrah.
"Na.. mak ni teringin sangat nak pergi umrah dengan Datin. Datin tu baik orangnya. Lagipun mak ni dah lama benar nak pergi umrah. Sejak arwah ayah kamu hidup lagi. Kalau boleh, sebelum mak mati, sempat la mak pergi rumah Allah tu, nak."
Tu lagi satu kata kata mak yang asyik terngiang ngiang dekat telinga aku ni.
Tapi bila fikir fikir balik, sempat ke aku nak kumpul duit untuk mak aku pergi umrah? Aku ni kerja pun tak ada lagi. Dah berangan nak kumpul duit. Duit yang Kak Fi bagi tu memang ada lagi tapi tak cukup untuk hantar mak pergi umrah. Kalau pergi dengan mama, mesti free free aje mak boleh pergi tapi masalahnya aku kena kahwin dengan Kay dulu.
Alahai.. macam mana nak buat keputusan ni.. Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan aku ini Ya Allah. Hana berdoa penuh pengharapan.
Hana menyandar badannya pada buaian. Dia mendongak kepalanya sambil urut urut kepala. Pening betul nak fikir jalan penyelesaiannya.
"Assalamualaikum."suara seseorang memberi salam membuatkan tubuh Hana kembali tegak. Dia bangun.
"Waalaikumus..."salam Hana tergantung bila dia nampak empunya suara itu.
"...salam. Atiq.."suara Hana kendur.
Dah lama Atiq tak datang ke rumahnya sejak dia dengan Kay bergaduh. Berhubung pun tak. Mungkin Atiq turut terkesan dengan apa yang terjadi dalam persahabatan mereka.
"Boleh aku naik?"tanya Atiq.
"Naik la. Mana pula tak boleh."ajak Hana.
Atiq duduk atas buaian. Hana duduk sekali sebelah Atiq.
"Kau sihat?" Atiq mulakan perbualan.
"Aku sihat. Kau?" Hana tanya balik.
Tiba tiba pula rasa kekok bila mereka bercakap selepas lama tidak berhubung. Dia dengan Atiq mana pernah bergaduh lama macam ni. Paling lama pun dua tiga hari je lepas tu berbaik balik. Ni dah kira pecah rekod bila dia dan Atiq boleh bergaduh selama tiga minggu.
"Sihat. Lama tak jumpa kan?" Atiq berbahasa.
Hana buat buat sengih.
" Kau la lama tak datang rumah aku."
Atiq senyum hambar. Muka dia nampak lain. Tak berseri dan ceria macam selalu.
"Aku busy. Banyak kerja dekat restoren tu."
Hana angguk.
"Ooo… Tiba tiba pulak kerja kau jadi banyak kan.”Hana perli tapi tetap sengih.
Atiq diam. Tak jawab. Hana pun ikut diam. Takde modal pula nak cakap dengan Atiq. Biasanya berebut rebut mereka nak bercakap kalau lama tak jumpa. Tapi sekarang.. hai.. memang la cinta tu punya pasal. Tak pasal pasal terjejas hubungan aku dengan Atiq yang dah lama sangat terjalin.
"So.. kau dah buat keputusan?" Atiq tanya lepas lama membisu.
"Keputusan apa?" Hana buat buat tanya.
"Kau tau maksud aku."
Hana angkat kening.
"Tapi mana kau tau aku tak menolak?" Kalau betul Atiq dengar semua perbualannya dengan Kay, mesti Atiq dah ingat dia akan tolak pinangan tu sebab dia dah cakap kat Kay yang dia akan tolak pinangan tu hari tu jugak.
"Mak kau bagitau mak aku."
Jadi betullah dia dengar. Kalau mak dia tak bagitau, mesti dia dah ingat aku tolak. Mak Hana dengan mak Atiq memang rapat. Macam diorang jugak.
"Ooo.."
"Keputusannya?" Atiq tanya lagi.
Hana peluk tubuh.
"Susah nak buat keputusan."
Dulu kalau Hana ada masalah, Atiq yang akan tolong selesaikan. Tapi sekarang Atiq yang menjadi masalahnya. Terpaksalah dia selesaikan sendiri.
"Kenapa?"
"Entah."
Kau tau kenapa,Tiq. Asal kau tanya aku lagi? Tu jawapan asal yang Hana nak jawab tapi jawapan sepatah tu jugak yang keluar.
"Kau terima aje lah."
"Tapi kau.."
"Aku dah agak aku akan jadi penghalang untuk kau buat keputusan." Atiq potong ayat Hana.
Hana tengok Atiq. Atiq tengok depan je.
"Aku tak sampai hati."
"Kenapa?"
"Kau suka dia kan."
Atiq gelak. Hana pelik.
"Salah ke aku cakap?"
Atiq tengok Hana.
"Memang salah."
"Kau tak suka dia ke?"
"Aku dah bagitau kau masa dekat McD dulu."
Hana kerut dahi. Tak faham.
"Kau cakap apa?"
"Aku memang suka Kay. Tapi tu dulu.. sebelum aku tau dia suka kau." Atiq ulang ayat dia yang 3 tahun lepas punya.
"Maknanya kau memang tau awal awal lagi Kay suka aku?" Hana terkejut.
Atiq angguk. Hana usap muka dia. Bersalahnya!
"Sorry,Tiq. Serius aku tak tau dia suka aku."
Atiq sengih sinis.
"Aku tau. Kau memang slow. Orang lain pun boleh agak la Kay suka kau bila tengok cara Kay pandang kau."
"Macam kau suka Kay. Aku pun boleh tau."
"Dia pun tau."cepat Atiq jawab.
Hana pukul mulut dia. Asal cakap macam tu? Dua kali bersalah.
"Tapi kau jangan risau. Aku dah takde perasaan dekat dia lagi. Sejak aku tau dia suka kau." Atiq ulang ayat sama.
"Betul ke?"
"Tak caya ke?"
"Memang tak la." Hana tengok depan. Atiq tengok Hana pula.
"Asal?"
"Kau nangis beb. Ingat aku tak perasan?" Hana jeling Atiq dengan ekor mata.
Atiq gelak lagi.
"Nak cakap aku salah lagi ke?"
Atiq geleng.
"Memang aku nangis. Tapi nangis terharu sebab kau pertahankan aku."
Hana senyum tapi kejap je.
"Kalau kau terharu, asal tak peluk aku? Asal lari?"
"Dah la. Aku memang terharu sebab kau pertahankan aku."ulang Atiq lagi. Kali ni lebih serius.
"Kau kawan aku kan?"
Hana peluk bahu Atiq. Atiq peluk Hana jugak. Mereka berlaga dahi.
"Kau terimalah dia ye?"
"Emm.." Hana masih teragak agak.
"Kau nak mak kau pergi umrah kan?"
Hana angguk.
"So?"
Hana diam lama.
"Kau memang diciptakan untuk selesaikan masalah aku."
Atiq gelak. Dia sekeh kepala Hana.
"Sengal!"
"Sakitlah."
"Padan muka."
Hana usap kepala dia.
"Hana..."
"Erm?"
Mata Atiq redup bila tengok Hana.
"Tahniah.. sebab korang akan kahwin. Aku tumpang gembira untuk korang."ucap Atiq.
Hana senyum tawar.
"Kita bff kan?" Hana hulur penumbuk. Atiq lagakan penumbuk dia dengan penumbuk Hana.
"Bff!!"
Mereka sama sama ketawa.
"Atiq kau tak? Tak pernah terlintas atau terdetik pun walau sekali dalam hati aku yang aku dengan Kay end up akan kahwin."
Atiq tunggu sambungan ayat Hana.
"Sebab aku dah anggap dia macam Abang aku beb. Susah sebenarnya aku nak terima semua ni. Bila cinta muncul dalam persahabatan, persahabatan boleh tergadai tau."
Atiq senyum mendengar kata kata Hana.
"Kau boleh cakap macam tu sebab kau tak rasa apa yang kami rasa. Aku percaya Kay pun dah cuba tepis perasaan tu demi persahabatan kita ni. Tapi siapa kita untuk menghalang perasaan itu daripada hadir Hana.
Dan aku percaya jugak, bila persahabatan melibatkan lain jantina ni pasti akan ada satu pihak yang akan menyimpan perasaan dalam diam. Tak kisahlah daripada pihak lelaki atau perempuan. Tapi itu semua bergantung pada diri masing masing samada nak pendam atau luahkan perasaan itu.
Kay memilih untuk meluahkan. Dan Aku pulak memilih untuk memendam. Aku yakin pasti ada hikmah di sebalik pilihan yang kami buat. Ini juga melibatkan pengorbanan Hana. Aku mengharapkan kita bertiga akan lebih matang bila melibatkan hati dan perasaan ni." pesan Atiq panjang lebar.
Hana senyum mendengar penjelasan Atiq.
"Macam tak percaya pulak kau boleh bercakap pasal cinta dengan begitu petah sekali."puji Hana dalam usikan.
Atiq senyum pendek.
"Cinta boleh mematangkan seseorang Hana."
Hana angkat kening dengan senyum mengusik.
"Kau dah dewasa lah!"
Hana tepuk bahu Atiq.
"Dah lah! Aku serius kau main main pulak."
Hana gelak.
"Ye lah."

* * *

Hana tengok jari manisnya. Dia pusing pusing cincin bertatah berlian yang tersarung pada jari itu. Dah sebulan dia dengan Kay bertunang. Dua bulan lagi mereka akan berkahwin. Tu semua kehendak mama dengan mak.
Entah sejak bila mereka berdua tu jadi rapat pun dia tak perasan sampaikan sekarang mama suruh dia dan maknya tinggal di KL je. Senang mereka nak jumpa hari hari. Mama siap suruh mak tinggal di kondo lagi tapi nasib baik mak tolak. Mak lebih suka tinggal di kampung.
Tapi buat masa sekarang sehingga Hana berkahwin, mak dengan dia akan tinggal di kondo kepunyaan Mama. Senang nak uruskan hal kahwin katanya. Tak perlu berulang alik ke Pahang.
Bukan tu je, Mama pun paksa dia kerja dekat butik. Asalnya dia menolak tapi bila mama asyik paksa, memang terpaksa la dia turut. Baik sungguh bakal mak mertua aku tu.
"Hi..."
Hana dongak kepala. Kay.
"Dah lama sampai?"
Kay duduk depan Hana sambil letak sundae atas meja.
"Baru je."jawab Hana acuh tak acuh.
Dia ambil ais krim tu lepas tu makan. Ni memang ais krim kegemarannya.
Kay tengok Hana.
"Sedap tak?"
"Emm.." Hana makan lagi tanpa tengok muka Kay.
"Hana awak masih marahkan saya kan?" terus Kay tanya bila tengok Hana macam elak pandang dia.
Hana tak jawab. Kay lepas keluhan.
"Hana.. dah sebulan kita tunang tapi awak still tak boleh maafkan saya ke?" Kay tanya lagi.
Hana berhenti makan. Dia tengok Kay tajam.
"Dah minta maaf dengan Atiq belum?"
Kay senyap. Lepas tu baru dia geleng.
"Belum."
"Saya tak maafkan awak." Hana sambung makan.
"Tak sempat jumpa dia la. Saya busy." Kay bagi alasan.
"Jumpa saya tak busy pulak?" perli Hana.
Kay nak menjawab tapi Hana terlebih dahulu potong.
"Kenapa? Sebab Atiq tak penting?"sekali lagi Kay kena sindir.
"Bukan macam tu la. Saya.."
"Selagi Atiq tak maafkan awak, selagi tu jugak saya takkan maafkan awak. Kemaafan saya hanya bergantung pada kemaafan Atiq."tegas Hana.
"Takkan awak bersikap dingin dengan saya selama ni sebab benda tu aje?" Kay tak puas hati.
"Susah sangat ke nak minta maaf dengan dia? Awak bukan setakat kena minta maaf dengan dia tau. Tapi awak kena berterima kasih dekat dia jugak. Kalau bukan sebab dia.. kita takkan bertunang." Hana menjawab.
Muka Kay berubah keruh.
"Yela. Saya akan usahakan untuk jumpa dengan dia." Kay mengalah.
“..tak faham betul la kenapa aku kena minta maaf dengan si Atiq tu.”Kay sambung dengan suara perlahan, muka tunduk sambil cedok ais krim dengan kasar, macam tak puas hati.
“Apa?”Hana seperti dapat menangkap kata kata Kay tapi tak begitu jelas pada pendengarannya.
“Nothing.” Kay sumbat ais krim ke dalam mulutnya.
Hana angkat kening.
"Dah lah. Jangan buat muka macam tu lagi. Bosan la tengok muka tu je selalu. Tiap kali jumpa mesti buat muka macam tu. Happy la sikit. Tak suka ke jumpa dengan saya? Saya susah tau nak dapat peluang jumpa awak. Asyik jumpa patient je. Boring.." Kay mengadu manja.
"Minta maaf dengan Atiq dulu."
"Ye.. Nanti saya jumpa dia. I promise you okey?" Kay pujuk.
Hana angkat simbol 'ok'.
"Ha.. macam tu la. Smile sikit."
Hana paksa senyum.
"Macam tak ikhlas je."
"Nak ikhlas, minta maaf dengan Atiq dulu."
"Ya Allah.. Saya dah promise kan tadi. Okey okey, esok saya akan cari masa free pergi minta maaf dekat dia. Puas hati??" Kay terpaksa ikut kehendak Hana.
Dia sebenarnya langsung tak faham kenapa Hana nak sangat dia minta maaf dengan Atiq semata mata sebab dia tak balas cinta Atiq. Salah dia ke kalau dia tak sukakan Atiq? Sampai sekarang dia masih keliru.
Tapi mungkin sebab Atiq dah dengar pengakuan mengenai perasaannya dan Atiq berkecil hati, sebab tu ke Hana nak dia minta maaf dengan Atiq? Sebab Atiq tak dengar pengakuan tu dari mulut dia sendiri? Hmm.. Entahlah. Bingung aku dibuatnya. Baik aku ikut je cakap Hana tu. Kalau tak Hana takkan layan dia langsung.
Hana senyum lebar.
"Macam tu la. Saya dah penat tau tengok muka awak macam ni tiap kali kita jumpa. Dahlah kita jumpa dua minggu sekali aje." Kay buat suara merajuk.
"Nanti kahwin boleh jumpa hari hari apa."
Kay senyum.
"Haa.. Sebut pasal kahwin.. kita nak honeymoon dekat mana nanti?" tanya Kay teruja.
"Mana mana je lah."
Kay mengeluh lagi. Hampa dengan jawapan Hana. Dia mengusap muka dek kecewa dengan layanan Hana terhadapnya.
"Hana..."
"Emm?" Hana buat tak tahu dengan perubahan mood Kay.
"Look at me,please." Suruh Kay sambil bersandar peluk tubuh.
Hana tengok dengan muka tak bersalah.
"Hana.. say honest okey."
Hana diam. Kay menatap Hana dengan pandangan yang serius.
"Kalau bukan sebab Atiq sukakan saya, awak tentu takkan layan saya macam ni kan? Walaupun awak tak suka saya, saya tahu awak takkan layan saya acuh tak acuh je. Ada kaitan dengan Atiq kan?" Kay tengok mata Hana. Cuba cari jawapan.
Hana membalas renungan Kay.
"Hmm.. kalau awak nak saya jujur,saya akan jujur. Ya.. memang sebab Atiq. Tak tau kenapa saya masih rasa bersalah terhadap dia." Hana berterus terang.
"Sampai bila nak biarkan rasa bersalah tu?"
"Saya tak tahu. Setiap kali saya tengok muka awak, saya terbayang muka Atiq menangis hari tu. Walaupun Atiq cakap dia bukan menangis sebab awak tapi saya nampak.. saya nampak muka dia muram aje bila cakap macam tu seolah olah dia cuba sembunyikan perasaan dia yang sebenar."
"Habis sampai bila awak nak terus rasa bersalah macam ni? Sampai kita kahwin? Saya pasti kalau awak tak buang rasa bersalah tu hubungan kita akan terjejas. Dan saya tak nak benda tu terjadi Hana.." Mata Kay nampak macam merayu.
"Entahlah..Agaknya kalau awak kahwin dengan Atiq baru perasaan bersalah tu akan hilang." spontan Hana cakap.
Kay melepaskan keluhan berat bila dengar ayat Hana.
"Saya tak pernah harap hubungan kita akan jadi macam ni Hana. Kalaulah Atiq tak suka saya..."
"Perasaan tak boleh dihalang,Kay."bidas Hana.
"Macam tu jugak perasaan saya terhadap awak. Saya tak boleh halang. Hana please buang rasa bersalah tu demi saya. Saya tau awak tak suka saya tapi awak pun tak benci saya kan? Saya tak nak hubungan kita terus macam ni. Please... for me ..."rayu Kay sepenuh hati.
Hana diam lama.
"I'll try."
Kay senyum dengar jawapan Hana.
"Thanks,sayang.." Kay sentuh tangan Hana.
Hana yang terkejut dengan tindakan Kay cepat cepat tarik tangan dia.
"Kau buat apa ni? Beb, aku tau lah kita dah tunang tapi kita tak halal lagi nak bersentuhan tau tak. Aku tak suka la." Hana bengang dengan tindakan Kay.
Kay garu kepala yang tak gatal.
"Sorry.. spontan."selamba dia jawab.
"Pak ucu!!!! Kak Hana!!" panggilan budak budak membuatkan mereka berdua berpaling. Aqef dengan Aqil sedang berlari ke arah mereka.
Hana senyum. Dia dah jumpa budak budak di rumah Kay dulu. Mereka semua dah besar. Dah masuk sekolah rendah dah. Mia pulak dah pandai berjalan.
"Hey.. datang dengan siapa ni?" Kay tanya sambil angkat Aqef letak atas riba dia. Aqil pula duduk dengan Hana.
"Dengan Pak ngah. Tu!!" Aqef tunjuk dekat Zac yang baru berjalan masuk sambil berpegangan tangan dengan Ara. Zac berjalan ke arah mereka.
"Macam mana Angah tau kitorang ada kat sini? Skodeng kitorang date ek?" tanya Kay lepas Zac datang dekat.
"Laa.. korang tengah date ke? Sorrylah. Tak tau pun korang ada kat sini. Kebetulan pulak. Angah nak bawa diorang jalan jalan sebenarnya. Tu datang sini. Tak perasan pulak korang ada kalau Aqef tak jerit tadi."beritahu Zac.
Hana senyum. Macam Zac cakap dulu, dia akan bawa anak anak buah dia tu jalan jalan lepas dia balik luar negara. Mama cakap dah sebulan Zac berada di Singapura. Sebab tu Zac tak ada masa diorang tunang. Tu pun bagitau Zac melalui emel je.
"Bila angah sampai sini?" Kay tanya.
"Tak nak jemput angah duduk dulu ke?"
"Eh sorry. Duduklah." Kay pelawa.
Zac duduk sebelah Kay, depan Hana. Dia sempat jeling Hana sebelum duduk. Hana tengah layan Ara yang duduk sebelah dia.
"Tengah hari tadi."beritahu Zac pendek. Kay angguk.
"By the way.. sorrylah tak dapat join majlis tunang korang. Angah tak dapat balik. Sibuk sangat."
Kay tepuk bahu abang dia.
"It's okey. Kitorang faham. Angah selalu busy apa. Hana pun tau. Kan Hana?"
Hana angkat muka bila Kay tiba tiba menyoalnya.
"Ha?? Err.. ye." Hana buat buat sengih.
Entah kenapa lepas dia nampak Zac masuk sini tadi, dia tiba tiba berdebar dan macam rindu.. sebab dah lama tak jumpa Zac. Segan pula rasanya. Zac nampak sama je macam dulu. Cuma rambutnya nampak makin panjang dan tidak terurus seperti dulu. Dekat dagu dan bahagian pipinya dah tumbuh jambang sikit sikit. Macam tak cukur pulak. Mata dia tetap macam tu. Redup macam selalu. Tapi.. nampak macam sedih je.
“Kalau tak datang majlis tunang boleh dimaafkan lagi. Tapi kalau majlis kahwin pun tak dapat join sebab sibuk dengan kerja, siaplah Angah!” Kay bagi amaran dengan nada bergurau.
“Jangan risau lah. Angah akan ada masa majlis kau nanti. Tu hari bahagia kau kan. Mestilah Angah nak tengok muka bahagia kau walaupun Angah menderita..”
"Pak ucu.. nak ais krim!!" Aqef jerit dekat Kay.
Kay tidak dapat dengar sambungan ayat Zac akibat jeritan Aqef. Hana yang masih dapat mendengar ayat terakhir Zac itu berkerut dahi. Kenapa Zac nak menderita? Bukan ke sepatutnya dia tumpang gembira bila Kay kahwin nanti?
"Nak ais krim? Okey,jom kita pergi beli." Kay dah bangun.
"Kitorang nak ais krim juga!!"jerit Ara dengan Aqil.
"Okeylah. Jom.. Eh, korang borak boraklah dulu ek."pesan Kay sebelum berlalu pergi untuk beli ais krim dengan anak anak buah dia.
Zac diam. Hana pun diam. Mereka sama sama tak bersuara. Hana tunduk je. Dia sebenarnya nak tanya Zac kenapa ayat Zac macam sedih tadi. Tapi tak terluah pulak. Tambah tambah situasi mereka sekarang tersangatlah kekok bila mereka ditinggalkan berdua aje. Macam mana tak kekok kalau ni kali pertama dia jumpa Zac lepas tiga tahun.
Zac tengok Hana.
"Tahniah."Zac mulakan perbualan.
Hana angkat muka.
"Err.. aa.. thanks."teragak agak Hana nak menjawab. Dia tengok sekilas je muka Zac. Tak berani pula nak bertentang mata dengan Zac lama lama.
"Lepas ni Hana jadi adik ipar sayalah ye.." mata Zac tak lepas tengok Hana.
Hana buat buat senyum.
"Insyaallah."
Zac angguk. Dia senyum hambar.
“Encik Zac sihat?” Hana memberanikan diri bertanya khabar. Itu yang orang selalu tanya bila lama tak jumpa kan?
“Alhamdulillah sihat. Hana?”
Kenapa suara Zac macam sayu je? Ke telinga aku salah dengar? Hana berdialog dalam hati.
“Alhamdulillah Hana pun sihat.”
“Orang nak kahwin mestilah kena jaga kesihatan kan? Kalau sakit nanti tak boleh kahwin.”ujar Zac.
Hana hairan dengan ayat Zac.Lain macam je ayat. Dia hanya mampu menjawab soalan itu dengan senyuman kelat.
“Tak rindu saya?”
“Hah?”
Zac gelak kecil.
“Saya tanya. Tak rindu saya ke? Kita kan dah tiga tahun tak jumpa.”Zac ulang pertanyaannya.
Muka Hana merah mendengar soalan itu. Betul ke apa aku dengar ni? Dia tanya aku rindu dia ke tak?
Zac gelak lagi.
“Takkan Hana nak rindu saya pulak kan? Hana kan dah ada tunang. Nanti Kay marah.”Zac menjawab soalannya sendiri.
Hana bertambah hairan. Kenapa dengan Zac ni? Ayat dia lain macam je dari tadi. Macam tak puas hati dengan sesuatu tapi cakap gelak gelak pulak.
"You know what?"
"Hmm?"
Zac renung Hana tiba tiba. Terkelip kelip mata Hana membalas renungan tu.
"Awak cantik sangat sekarang." Suara Zac kedengaran begitu romantik pada pendengaran Hana sehingga Hana terbuai dengan pujian itu.
Lidah Hana kelu. Dia tidak menjangkakan pujian tersebut akan keluar dari mulut Zac.
"Err.. Encik Zac.."
"Tak payah panggil saya 'encik' lagi la. Panggil angah je. Kita akan jadi keluarga jugak nanti."tegur Zac.
Hana diam. Angah? Kenapa macam susah nak panggil macam tu?
"Hana.. I'm actually ada something nak tanya Hana."
"Apa?"
Zac diam. Dia renung Hana lagi.
"Hana.. cintakan Kay?"
Hana terkedu. Sebenarnya Kay dengan dia pun tahu jawapannya tapi bila Zac tanya, berat pula mulutnya nak jawab.
"Kenapa En. Zac nak tahu?"
“Boleh tak jawab je soalan tu?”Zac tekan sikit suaranya namun masih mendatar.
Hana serba salah ingin menjawab.
“Saya..
"Hi korang!!" Kay sampai dengan budak budak. Ayat Hana tergantung.
Zac lepas keluhan. Hana perasan muka Zac nampak kecewa.
"Korang borak apa? Macam best je aku tengok."
Hana tengok Zac.
"Takde apalah. Haa.. kejap lagi Angah ingat nak main boling. Korang nak join?"
"Macam best. Dah lama kita tak main boling sama sama. Boleh kan Hana?" Kay tanya Hana.
Hana angkat bahu.
"Hana okey je tapi... Hana tak tau main boling." Hana sengih. Malu pulak bila cakap dia tak tahu main permainan mudah tu.
"No worry. I’ll teach you.”ujar Kay.

* * *

"Nak colour apa?"
"Red." Hana tunjuk bola boling warna merah hitam. Kay angkat untuk Hana kemudian dihulur kepada Hana.
"Nah."
Hana sambut. Badannya terbongkok ke bawah bila pegang bola tu.
"Beratnya!"
"Sikit je. Bila dah biasa main ringanlah. Okey first.. masukkan jari dalam lubang yang telah disediakan." Kay bagi arahan.
Hana ikut. Kay bawa Hana pergi dekat landasan boling tu. Dia ajar Hana cara melontar bola tu.
Zac yang duduk tidak jauh dari situ hanya mampu memerhati pasangan itu sambil berpeluk tubuh. Kay memeluk Hana daripada belakang, konon kononnya nak ajar Hana lontar boling dengan betul. Kay terpegang tangan Hana lagi. Hana tampar bahu Kay. Kay ketawa.
Zac tersenyum hambar melihat 'kemesraan' mereka berdua. Timbul bibit bibit cemburu dalam hatinya bila tengok Hana bergelak ketawa dengan Kay.
Hana.. Dia teringat ketika dia menerima emel daripada Kay semasa di Singapura. Kay cakap dia akan bertunang dengan Hana dan suruh dia balik. Dia sendiri pun tak tahu bila masa keluarganya pergi meminang Hana. Tau tau je dah nak tunang. Mungkin sebab dia sibuk sangat sampai tak sempat ambil tahu hal keluarganya.
Masa tu, hanya Tuhan yang tahu betapa luluh hatinya apabila dapat tahu mengenai berita 'gembira' itu. Harapannya untuk memiliki Hana musnah. Adiknya dah awal selangkah daripada dia. Tapi memang patut pun sebab Kay dah kenal Hana sebelum dirinya. Atau lebih tepat, Kay sukakan Hana terlebih dahulu sebelum dia sukakan Hana.
Memang mengambil masa juga untuk dia menerima hakikat yang Hana akan jadi milik orang lain lebih lebih lagi orang lain tu pula adiknya sendiri. Dia duduk lebih lama di Singapura untuk cuba tenangkan fikirannya.
Sepatutnya dia berada di situ atas urusan kerja selama dua minggu je. Tapi dia lanjutkan kepada seminggu selepas dapat berita pertunangan tu. Dia tak nak balik ke Malaysia untuk tengok majlis pertunangan tu. Dia tak sanggup. Penampilannya mula jadi tak terurus. Makannya tak kenyang, tidurnya tak lena dan mandinya tak basah akibat teringatkan Hana.
Dia dah lama ingin berjumpa dengan Hana sejak terlanggar bahu dengan Hana masa dia hantar Kay masuk matrikulasi dulu. Baginya, memang suatu keajaiban bila dia ditakdirkan berjumpa dengan Hana sekali lagi setelah sekian lama dia berharap. Bukan dia yang cari tapi Hana yang hadir sendiri dalam hidupnya.
Dan dia langsung tidak tahu bahawa selama ini Kay dengan Hana memang dah lama kenal. Rupa rupanya Hana sangat dekat dengannya. Tapi dia tetap tak dapat kenal Hana dengan lebih lama kerana kesibukannya dengan kerja semasa di rumah.
Bila Hana pergi dari hidupnya, dia terkilan kerana tidak cuba meluangkan masa bersama Hana selama Hana bekerja di situ sedangkan sudah lama dia mencari Hana. Dia menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak berusaha untuk mengenali Hana dengan lebih rapat. Dia menyesal. Dan sekali lagi dia masih berharap agar dia dapat berjumpa dengan Hana untuk kali ketiga.
Tapi malangnya bila dia diberi peluang untuk berjumpa Hana lagi, Hana dah jadi milik orang lain. Walaupun tak sepenuhnya tapi dia tetap takkan berpeluang merampas Hana balik sebab orang yang memiliki Hana adalah adiknya sendiri.
Bila difikir secara mendalam, takkan dia sanggup merampas tunang adiknya sendiri? Tambahan pula perbuatan itu salah di sisi agama. Lagipun dia tahu yang Kay sangat mencintai Hana. Dia pernah masuk bilik Kay dan menyaksikan banyak frame gambar Hana dalam bilik Kay. Itu sudah membuktikan kecintaan Adiknya itu kepada Hana.
Sebelum dia putuskan untuk balik ke Malaysia dia sudah pasakkan dalam hatinya bahawa Hana bukan miliknya walaupun hatinya menidakkan. Justeru, sebagai seorang abang dia perlu mengalah dengan adiknya.
Sedalam mana pun dia cintakan Hana, dia takkan pertahankan cintanya demi dapatkan Hana kerana dia tahu yang Kay lebih layak untuk Hana. Dia takkan bergaduh dengan Kay semata mata berebutkan Hana. Dia sanggup lepaskan Hana kepada Kay walaupun hatinya terluka.
Dia perlu jadi lelaki yang matang dan abang yang baik kepada adiknya. Dia cuba memaksa dirinya untuk lupakan Hana walaupun dia tak mampu. Demi sebuah ikatan kekeluargaan, dia relakan Hana menjadi milik Kay. Antara cinta dan keluarga, dia akan memilih keluarga kerana cinta masih boleh dicari.
Dia yakin dia dapat gantikan cinta Hana dengan wanita lain walaupun hatinya sudah sarat dengan cintanya pada Hana. Dia akan berusaha untuk buang perasaan tu sedikit demi sedikit. Namun jauh di sudut hatinya ,dia masih menaruh secebis harapan agar Hana menjadi miliknya. Tak tahu kenapa dia merasakan bahawa Hana adalah jodohnya. Sejak hari pertama dia terpandang wajah Hana lagi, hatinya sudah terdetik begitu.
Dia tenang bila tengok Hana. Tapi kali ini.. dia RedHawks
"Tak nak main lagilah. Penat. Sekali pun tak pernah strike. Asyik masuk longkang aje." Hana merungut.
"Alaa.. janganlah give up."
"Tak nak main dah." Tegas Hana. Dia berjalan mendekati Zac. Kay ikut dari belakang. Zac hulur air mineral.
Hana duduk sebelah Zac sambil teguk air mineral tu. Dahinya dah berpeluh. Kay pula duduk sebelah Hana.
"Penat eh." Kay lap peluh Hana dengan kain putih.
Zac tengok tempat lain. Dia tidak mampu menahan rasa cemburu ini.
"Hana boleh lap sendiri." Hana ambil kain tu daripada tangan Kay. Rimas pula bila Kay tolong lapkan. Tambah tambah depan Zac.
Muka Kay berubah riak.
"Sorry..."ucap Kay.
Zac tengok diorang balik. Dahinya berkerut. Lain macam je hubungan diorang.
"Tak nak main lagi ke?" Zac tanya diorang. Hana cepat cepat geleng kepala.
"Hana tak nak main dah."
"Alaa.. kejapnya."rungut Kay.
"Apa kata korang berdua berlawan? Saya nak tengok siapa lagi teror main boling."cadang Hana.
Zac dan Kay berpandangan bila dengar cadangan Hana.
"On! Angah, cepat bangun. Kita lawan!" dengan bersemangat Kay mencabar Zac.
Zac gelak.
"Tak takut kalah ke?"perli Zac.
"Eh,tolonglah. Aku dah pandai main boling lah. Dah berapa ratus kali strike." Kay membanggakan dirinya bila Zac perlekehkannya.
"Ye ke? Asal asyik kalah je lawan dengan Angah?"
"Tu dulu okey. Sekarang dah teror. Dah, jangan banyak bunyi. Bangun cepat!"arah Kay. Dia dah pegang bola.
Zac bangun perlahan lahan.
"O...kay. Kalau kalah jangan nangis pulak."usik Zac lagi sambil senyum nakal.
"Kita tengok je lah nanti. Aku akan pastikan buat julung kalinya dalam sejarah perlawanan kita, Angah akan kalah!! Just wait and see.." Kay tunjuk isyarat contact eyes dekat abangnya.
Zac ketawa lagi.
"Tak malu.. Buka pekung di dada sendiri. Tak pasal pasal fiance kau tau yang kau tak pandai main boling. Hana.. kalau Hana nak tau, your fiance ni tak pernah sekali pun menang lawan boling dengan Angah tau." Zac cerita dekat Hana. Kay malu sendiri.
Terlepas cakap pulak.. Kan Hana dah tahu.
“Serious lah?”
Hana gelak. Dia boleh nampak keakraban antara adik beradik tu melalui cara mereka bercakap. Mereka memang rapat.
"Patutlah Kay ajar saya takde satu pun strike."
"Tapi semua tu akan tinggal sejarah je,Hana. Lepas ni awak akan tengok kehebatan saya ni. Okey? Awak jadi saksi."
Hana senyum.
"All right. Saya jadi saksi."
Zac dan Kay dah ambil bola boling masing masing. Kay buat lontaran dulu. Strike!! Giliran Zac pula buat lontaran. Pun strike juga. Hana tepuk tangan. Selepas beberapa minit mereka bermain, akhirnya Kay tewas juga dengan Zac. Dia berjalan ke arah Hana dengan muka kecewa.
"'Pandai'nya main." Hana perli. Kay jeling sambil duduk atas kerusi. Dia teguk air mineral. Menghilangkan kepenatan.
"Dah mengaku kalah ke?" Zac pergi dekat mereka.
"Angah tak pernah bagi peluang aku menang kan? At least bagi la aku menang kali ni aje. Depan fiance aku ni. Malu la.." Kay membebel dekat abang dia.
"Takde maknanya Angah nak bagi chance kau menang la. Angah ingatkan semangat kau bertambah bila Hana ada. Tapi Angah tengok sama aje. Takde beza pun macam dulu."Zac perlekehkan Kay lagi.
"Eh.. Aku dah main betul betul la.. Aku tak faham betullah macam mana asyik Angah aje menang. Angah ada pakai ilmu hitam ke apa?" Kay tak puas hati.
"Amboi mulut kau! Sedapnya cakap. Just.. terima kekalahan kau okey. Tak payah nak buat andaian bukan bukan."
Kay cebik bibir. Hana ketawa.
"Dah lah. Tak payah gaduh lagi. Korang berdua memang hebat apa."
Kay senyum. Takdelah dia malu sangat bila Hana cakap macam tu.
"Betul ke saya hebat?"
Hana jeling.
"Okeylah daripada takde. Eh,lap la peluh tu."Hana sua tuala dekat Kay. Kay sua muka dia.
"Tolong."pinta Kay.
"Mengada kan." Tapi Hana lap juga. Kay gelak. Sekali lagi Zac tengok arah lain. Cemburu datang dah.
Deringan telefon berbunyi dari poket seluar Zac. Zac seluk poket seluar dia. Mama call. Zac tengok Hana dan Kay yang sedang bergelak tawa tanpa mempedulikannya seolah olah mereka berada dalam dunia mereka sendiri.
Zac menjarakkan langkahnya agak jauh dari mereka sebelum menjawab panggilan mama.
"Hello,Assalamualaikum mama."
"Waalaikumussalam. Angah,angah kat mana ni?"
"Angah dekat shopping mall. Kenapa ma?"
"Oo.. takde. Mama cuma nak pesan jangan balik lewat sangat sebab malam ni mama plan nak dinner dengan bakal besan mama. Mama ingat nak ajak dia dengan Hana tu makan dekat rumah kita.
Di samping tu, nak kenalkan bakal besan mama tu dengan Angah. Mak Hana tu belum kenal lagi Angah. Nanti kita semua dapat berkumpul bersama. Ye?"
"Boleh jugak.Mama dah bagitau diorang ke?"
"Belum lagi. Lepas call Angah baru mama bagitau diorang."
"Mama tak payah bagitau la. Biar Angah yang bagitau."
"Eh,kenapa pulak macam tu. Biar mama aje yang bagitau. Mama yang nak ajak diorang kan?"
"Bukan apa ma. Hana dah ada dengan Angah ni. Alang alang kitorang dah jumpa, Angah bagitau dia terus la."
"Eh, macam mana pulak Hana boleh ada dengan Angah? Bukan dia dengan Kay ke?" Mama naik hairan.
"Ya, Hana memang ada dengan Kay. Tadi kitorang terserempak dengan diorang. Kebetulan pulak. Alang alang dah jumpa, kitorang 'bergabung' terus la."ujar Zac,menghilangkan kehairanan mamanya.
"Oh macam tu rupanya. Kalau macam tu, Angah ajak la Hana tu datang makan rumah kita malam ni. Suruh dia tolong sampaikan dekat mak dia jugak ye."pesan mama.
"Insyaallah ma."
"Angah ingat tau. Jangan balik lewat."
"Ya ma. Angah ingat. Angah kan bawak anak anak buah Angah ni. Takkan nak balik lewat kot. Kesian la dekat diorang."
"Yelah. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Perbualan ditamatkan. Zac pusing badannya untuk menuju ke arah Kay dan Hana. Namun, dia teragak agak untuk melangkah ke sana. Takut mengganggu kemesraan mereka berdua. Bukan tu aje, tapi dia juga takut dia tak mampu menahan riak cemburunya lagi. Tapi bila teringatkan pesan mama, dia paksa juga kakinya melangkah ke arah mereka.
"Hana."panggil Zac.
Hana yang sedang leka berborak dengan Kay angkat kepala. Begitu juga Kay.
"Tadi mama call. Dia pelawa Hana and your mom dinner kat rumah kitorang malam ni. Boleh join tak? "Zac menyampaikan pesanan mamanya.
"Oh ye ke? InsyaAllah. Nanti Hana tanya mak."ujar Hana.
"Eh jap. Asal mama call Angah bagitau pasal ni? Asal tak call aku?"pertanyaan Kay berbaur cemburu.
"Takdelah. Mama nak pesan kat Angah jangan balik lewat sangat sebab nak buat dinner untuk kenalkan Angah dengan Mak Hana. Tapi mama tak bagitau lagi dekat Hana dan mak dia tu. Kebetulan Hana ada kat sini, biar Angah tanya terus la. Tak perlulah mama bagitau lagi."jelas Zac.
"Ooo.. I see.. I see. Hana make sure awak datang tau malam ni. Mesti best dapat makan dengan bakal keluarga baru dalam family kitorang. Lagipun semua family saya ada hari ni. Nanti saya jemput awak."pandangan Kay kembali beralih arah pada Hana.
"Ehh.. tak payahlah. Susahkan awak aje."Hana menolak.
"Susahkan apanya? Awak kan tunang saya. And.. bakal jadi isteri saya." Kay renung Hana.
Zac perasan renungan Kay yang penuh dengan rasa sayang pada Hana. Tak tau kenapa dia cemburu bila tengok Kay merenung Hana sedalam itu. Kalau boleh, nak aje dia korek biji mata Kay tu supaya dia tak boleh tengok Hana lagi.
Tapi apakan daya, dia tiada hak untuk buat demikian. Tiada sebab untuk dia marah Kay kalau Kay renung Hana. Lain la kalau Hana tu isterinya. Bolehlah dia belasah Kay sebab tengok isterinya dengan pandangan menggodanya tu.
Ahh.. Zac. Asal dengan kau ni?
Hana pula perasan bila tengok Zac merenung tajam adiknya. Nampak macam marah tapi kenapa? Zac tiba tiba mengalihkan pandangan kepadanya. Mata mereka bertembung. Hana tersentak lantas cepat cepat melarikan pandangannya. Tiba tiba aje jantungnya berdetak kencang.
"Hana.."Kay panggil Hana bila nampak mata Hana merayau ke arah lain.
"Haa? Ya?"
"Awak kenapa? Tiba tiba muka merah. Panas ke?"tegur Kay.
Hana pegang pipinya.
"Ehh.. Ma..Mana ada. Apa awak cakap tadi? Awak nak jemput saya kan?" Hana nampak gelabah.
"Aaa.."
"Saya tunggu awak."cepat Hana jawab.
"Ooo.. kay.."lambat lambat Kay jawab.
Kay dah pelik dengan Hana yang tiba tiba nampak gelabah. Kay tengok Zac. Zac jungkit bahu.
"Angah ciao dulu."Zac minta diri.
Kay angguk. Zac terus berlalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience