Bab 4

Romance Series 10367

Hana ketuk pintu bilik Zac.

"Masuk!" kedengaran suara orang di dalam bagi kebenaran.

Hana tarik nafas panjang. Cuba cari kekuatan untuk berhadapan dengan lelaki itu. Tombol pintu dipulas perlahan lahan dalam keadaan teragak agak. Hana melangkah masuk ke dalam bilik.

"Eh, takde orang?" Hana tertanya tanya bila dia tengok bilik mewah tu tak ada orang.

Aku rasa aku ada dengar bunyi suara tadi. Suara siapa? Entah entah.. Hana dah meremang bulu roma.

"Over here.."

Hana terkejut sampai terjungkit bahu bila dengar suara seseorang yang agak dekat dengan telinganya. Betullah suara orang. Hana lepas nafas lega. Ingatkan ‘penunggu’ bilik ni yang jawab.

Hana tengok kiri. Masa tu baru dia perasan kat sebelah kiri pintu bilik tu ada ruang tamu kecil yang ditutupi dengan slide door kaca. Hana boleh nampak Zac duduk di salah satu sofa putih-hitam sambil membelek belek lengannya. Dia pakai t-shirt putih tanpa lengan.

"Err.. Encik Zac.." panggil Hana takut takut.

Dia takut Zac akan marah lagi sebab pukul dia tadi. Ah, dia bukannya sengaja. Zac angkat muka sekejap lepas tu dia tunduk balik tengok lengan dia yang cedera tu.

Sombong!!

Tu perkataan pertama yang Hana bagi dekat Zac bila Zac langsung tak pedulikan kehadiran dia. Ingatkan Ara aje yang sombong dalam rumah ni tapi rupanya ada lagi manusia yang lebih sombong daripada Ara. Ara takpelah budak. Dia ni.... bapak budak!! Hana mengata dalam hati.

"Saya bawakan ubat."beritahu Hana.

Zac tak bagi reaksi. Entah entah dia marah aku lagi tak. Habislah..

"Put on the table." suruh Zac.

Meja? Meja mana? Meja solek ke meja kat dalam mini room tu? Dalam bilik ni ada dua meja. Meja solek dengan meja dalam mini room tu. Tapi takkan dia nak letak kat meja solek kot. Mestilah letak atas meja yang dekat dengan tempat Zac duduk tu.

Hana terpaksa masuk dalam bilik kecil yang ada set ruang tamu dengan rak buku serta televisyen LCD tu. Dia tolak sikit pintu gelangsar tu untuk bagi ruang dia masuk.Lepas tu dia cepat cepat letak kotak ubat atas meja kaca. Kalau boleh dia nak cepat cepat keluar dari bilik tu. Takut pulak kalau Zac tiba tiba marah dia. Tapi dia teringat yang dia perlu cakap sesuatu dulu dekat Zac.

"Err.. En. Zac.. Saya.. Saya nak minta maaf sangat sangat sebab pukul En. Zac tadi. Saya bukan sengaja nak pukul En. Zac. Serius tadi saya ingatkan pencuri. Kalau saya tahu En. Zac ni anak Dato’ dengan Datin, sumpah saya takkan pukul En. Zac.

Lagipun saya tak kenal En. Zac dan saya tak tahu pulak yang Dato’ dengan Datin ada anak sorang lagi sebab takde sesiapa pun beritahu saya pasal En. Zac. Saya betul betul minta maaf. Saya harap En. Zac maafkanlah saya ye."panjang lebar Hana bagi penjelasan.

Dia minta maaf sungguh sungguh dengan sepenuh hati dan jiwa tapi dia tengok Zac langsung bagi respon. Tengok dia pun tak.

"Saya keluar dululah." Hana minta diri bila tengok Zac langsung tak menunjukkan tanda tanda nak bersuara. Malas pula dia nak berdiri kat situ menunggu Zac maafkan dia. Yang penting, dia dah minta maaf. At least, kurang sikit dosa dan rasa bersalah yg bersarang dalam hatinya.

"Hana.."baru je Hana nak melangkah keluar,dia dengar Zac sebut nama dia. Hana berpaling.

"Nama awak Hana kan?" Zac tanya tanpa tengok muka Hana.

"Ya saya."

Zac diam. Hana tunggu Zac sambung ayatnya tapi tak sambung sambung jugak. Hana bingung. Takkan sebab tu je dia panggil aku?

"Kalau awak nak saya maafkan awak..."lepas tu baru dia bersuara.

Kalau? Bunyi macam ada syarat je baru boleh maafkan dia. Jangan dia bagi syarat bukan bukan sudah. Nak maafkan orang pun susah ke?

".... awak kena kahwin dengan saya." Zac sambung ayat dia dengan suara tenang.

"Hah??!!!" Hana terkejut dengan spontan bila dengar syarat gila tu. Hana menggoyang goyangkan telinganya. Manalah tahu dia silap dengar. Hana nampak Zac senyum kecil. Macam happy pulak bila tengok dia terkejut beruk macam ni. Siapa tak terkejut kalau orang asing tiba tiba suruh jadi bini dia. Dia ni macam nak kenakan aku je.

"En. Zac bergurau kan? En. Zac saja nak kenakan saya kan?" Hana dah gelabah. Mukanya tiba tiba merah membahang. Sah!! Lelaki ni memang nak kenakan dia!!

"Comel.." Zac puji sambil senyum nampak gigi.

Hana pegang pipi. Dia rasa mukanya panas sebab malu. Dia puji aku ke?

"...bracelet tu." Zac sambung lagi ayat dia.

Hana tengok gelang di pergelangan tangannya. Dia puji ni ke? Tangan Hana perlahan lahan jatuh. Mukanya berubah kelat. Dia malu buat kali kedua.

"En. Zac nak apa sebenarnya?" Hana dah bengang. Dia malu sebenarnya bila Zac seolah olah mempermainkan dia.

"Nak awak."pendek jawapan Zac.

Nafas Hana turun naik. Mamat ni memang saja nak buat dia marah. Apa motif dia mempermainkan aku sebenarnya? Nak balas dendam sebab aku pukul dia tadi ke? Dengan cara memalukan aku??? Ahh..

"Saya keluar dululah!!" Hana mulai bengang.

"Hana.." Zac panggil dia lagi.

"Apa??!!"sepantas kilat Hana jawab dengan muka marah.

Boleh pulak Zac senyum bila dia tengah marah. Ya.. memang keluarga ni murah dengan senyuman tapi entah kenapa dia benci dengan senyuman lelaki ni meskipun ada lesung pipit pada kedua dua pipinya.

"Saya maafkan awak."

"Whatever!!"

Cepat cepat Hana keluar dari bilik tu. Dia tak nak Zac panggil dia lagi. Tiba tiba pula bilik tu terasa panas. Dia dah tak kisah Zac maafkan dia ataupun tak. Aku ingatkan takdelah manusia macam ni dalam rumah ni. Mamat tu buat aku rasa tak selesa. Tiba tiba pesanan maknya menerjah kepala otak.

'Kita duduk di rumah orang tu, jaga tingkah laku kita. Jangan buat perangai. Kita ni duduk kat tempat orang. Biar semua orang dalam rumah tu selesa dengan kita. Barulah senang kerja kita nanti.'

Ah!! Masalahnya sekarang aku yang tak selesa! Susahlah kerja aku nanti.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"Pak Ngah!!!" suara Ara bergema di segenap rumah. Ara berlari laju turun tangga.

"Hati hati Ara. Nanti jatuh."tegur Hana yang tengah mendukung Mia sambil turun tangga.

Ara berlari ke ruang tamu lepas nampak Zac duduk kat situ sambil menonton tv.

"Hi sweetheart." Zac bangun peluk Ara.

"I miss you."beritahu Ara manja.

"I miss you too,princess." Zac usap rambut panjang Ara.

Sweet! Tu perkataan yang sesuai Hana boleh gambarkan bila tengok Zac peluk Ara. Macam ayah dengan anak yang baru berjumpa selepas lama berpisah. Ara dengan Zac rapat ke? Memang patutlah perangai diorang sama.

"How are you dear?"

"Fine.. Kenapa Pak Ngah pergi lama sangat? Ara rindu tau. Takde orang nak main dengan Ara. Aqef dengan Aqil selalu kacau Ara,"Ara mengadu dekat Zac.

Zac kucup pipi Ara.

"Ye ke? Alaa kesiannya puteri pak ngah ni. Sorry sayang. Pak Ngah kerja. Tapi Ara jangan risau. Sekarang pak ngah dah balik. Nanti kita main sama sama ok?" Zac pujuk Ara lembut.

"Pak ngah jangan tinggalkan Ara lagi tau. Pak Ngah selalu tinggalkan Ara."rengek Ara manja.
Zac usap pipi Ara dengan mata kesian.

"Tu pak ngah tak sure. Tapi buat masa sekarang, pak ngah takkan tinggalkan Ara."

"Promise??" Ara keluarkan jari kelingking. Zac satukan jari kelingkingnya dengan jari Ara.

"I promise you." Zac lagakan hidung dia dengan hidung Ara. Ara ketawa.

"Meh duduk dengan Pak Ngah."Zac angkat Ara supaya duduk atas pahanya.

Masa tu baru dia perasan yang Hana tengah memerhati mereka.

"Yang lain mana?" Zac tanya.

Baru ingat dekat aku. Aku ni dah macam patung cendana berdiri kat sini tengok diorang.

"Ada dalam bilik. Tidur. Penat kot lepas balik tadika."beritahu Hana.

Zac angguk.

"Duduklah."pelawa Zac sambil tepuk sofa kat sebelah dia.

Kena duduk sebelah dia ke? Hana teragak agak tapi dia duduk jugak. Dia jarakkan sedikit kedudukan mereka.

"Hi baby Mia.. How are you? Ni pak ngah. Ingat pak ngah lagi tak? Miss you." Zac cubit pipi Mia.

Mia ketawa comel. Macam gembira je bila jumpa pak ngah dia. Nampaknya Zac pun sukakan budak budak.

Dia nak cakap dengan Mia rupanya. Patutlah dia suruh aku duduk kat sini. Hana terkejut bila Zac tiba tiba dekatkan muka dia dekat Hana. Dia nak buat apa? Janganlah buat benda bukan bukan depan budak budak ni.

Cup!!

Pipi Mia dicium.

Hana hembus nafas lega. Nasib baik! Kenapalah aku ni perasan sangat?

Zac tengok Hana lepas tu dia sengih. Hana telan air liur. Dia perasan ke aku gelabah tadi? Hesh.. aku ni memang mudah sangat gelabah.

"Pak Ngah.. Pak Ngah cakap nak belikan hadiah untuk Ara." Zac alihkan mata daripada Hana.

"Apa sayang?"

"Pak Ngah cakap nak belikan hadiah untuk Ara." Ara ulang ayat dia.

"Ooo.. hadiah. Pak ngah lupa pulak pasal tu. Kejap eh. Mak Yam!" Zac jerit panggil Mak Yam.

"Ya Zac?" Mak Yam jawab dari dapur.

"Mak Yam boleh tak tolong ambilkan box yang Zac letak dekat dapur tadi?"suruh Zac.

"Ya.. Nanti Mak Yam ambilkan."

"Pak Ngah beli apa untuk Ara?"

"Sabarlah. I have something special for you."ujar Zac membuat Ara tertanya tanya.

Begitu juga Hana. Dia pun nak tahu hadiah apa yang Zac bawa balik dari luar negara.

Mak Yam datang bawa sesuatu yang sederhana besar yang ditutupi dengan kain.

"Nah, Zac." Mak Yam hulur benda tu dekat Zac.

"Thanks Mak Yam." Zac ambil benda tu yang bergerak gerak apabila dipegang oleh Zac. Masa tu baru Hana perasan benda apa tu. Tu kan...

"Tada... Surprise!!" Zac buka penutup kain yang menutupi benda tersebut.

"Kucing!!!" Ara menjerit kegembiraan bila tengok kucing parsi berbulu putih lebat dalam rumah kucing berwarna pink. Zac senyum. Dia buka pintu rumah tu. Kucing parsi tu dikeluarkan. Cepat cepat Ara peluk.

"Suka tak?"

"Suka sangat!!!"jerit Ara teruja.

Ow oh.. Ni satu lagi makhluk yang buat aku tak selesa. Hana tutup hidung sebelah tangan.

"Tau tak kenapa Pak ngah belikan kucing untuk Ara?" Zac berteka teki. Ara geleng kepala sambil usap bulu kucing tu.

"Tak tahu!!"

"Pak ngah belikan kucing untuk Ara supaya nanti kucing ni boleh jadi kawan yang boleh temankan Ara bermain bila Pak Ngah takde. So, Ara kenalah jaga kucing ni elok elok tau. Kena mandikan dia, bagi dia makan, bagi dia tidur. Boleh?" Zac bagi pesanan dekat anak saudara dia.

Ara angguk.

"Nanti Ara minta tolong Kak Hana jagakan kucing ni jugak."beritahu Ara.

Mata Hana dah bulat.

Apa?? Tak pasal pasal pulak aku kena jaga kucing tu. Dah lah aku alah dengan bulu kucing. Lagipun kerja aku jaga budak budak je, bukan kucing. Bertambah pulak kerja aku jadinya. Kena minta gaji lebih ni.

Si Zac pun satu, takde benda lain ke yang dia nak bagi hadiah? Punyalah banyak benda cantik kat Paris tu, kucing jugak dia bawak balik. Tau lah ni kucing parsi. Takkan terbang jauh jauh bawak balik kucing je. Dah lah aku tak selesa dengan dia. Ditambah pulak dengan kehadiran kucing ni. Makin tak selesa lah aku nak kerja dibuatnya.

Zac tengok Hana. Dia perasan Hana tutup hidung.

"Kenapa tutup hidung?"tanya Zac.

"Saya alah dengan bulu kucing." Beritahu Hana jujur.

Zac angkat kening.

“Ara.. dengar Pak Ngah nak pesan ni. Ara jangan bagi kucing ni dekat dekat dengan Kak Hana tau. Kak Hana tak boleh main dengan kucing. Nanti Kak Hana jatuh sakit.”pesan Zac.

Hana terharu mendengar keprihatinan Zac.

“Jadi Kak Hana tak boleh tolong Ara jaga kucing ni lah? Ara kena jaga sorang sorang?”suara comel itu bertanya.

“Ya sayang. Ara kan pandai jaga kucing. Sebab tu Pak Ngah bagi hadiah kucing ni pada Ara sebab Pak Ngah tau Ara akan jaga kucing ni elok elok.” Zac usap usap rambut Ara.

“Hmm.. Ok.”

“Good girl.”

Hana tersenyum melihat kemesraan mereka.

"Kita nak bagi nama apa dekat kucing ni?" Ara berfikir.

"Tak payah bagi nama. Kucing ni dah ada nama dah. Nama dia Chloe. Tengok dekat rantai dia pakai tu." Zac tunjuk rantai kucing yang tergantung di leher kucing tu.

"Chloe.."

"Ara tak nak cakap apa apa dekat pak ngah ke?"

"Oh.. Ara lupa pulak. Thanks pak ngah sebab bagi Chloe dekat Ara."ucap Ara dengan petahnya.

Dengan Hana takde pula dia bercakap sepetah tu. Kalau dengan Hana, Hana tanya sepatah Ara jawab sepatah. Hana tanya berpatah patah pun dia jawab sepatah jugak.

"Welcome sayang. Give me a kiss."pinta Zac. Zac dah suakan pipi dia pada Ara.

Ara kucup Zac di seluruh muka.

"Kat sini?" Zac tunjuk dekat bibir dia.

Hana terbatuk. Ah,aku gelabah lagi. Zac jeling Hana. Dia sengih kecil.

"Muaaahhh!!!" Ara cium di bibir Zac.

"So sweet.." Zac cubit pipi Ara.

Ya.. Mereka berdua memang sweet. Getus hati Hana. Hana terpesona bila tengok cara Zac layan Ara dan Mia.

"Eh,Angah!! Dah balik?" Mama tegur Zac masa dia lalu di ruang tamu. Baru perasan agaknya Zac ada kat situ.

"Mama.. Ara, pergi main kat sana dulu ye sayang."suruh Zac.

Ara ikut arahan Zac. Zac bangun bersalaman dengan mamanya.

"Bila Angah sampai? Angah ni selalu balik mengejut. Tak bagitau sesiapa pun."ujar mama.

"Baru pagi tadi sampai. Sorrylah mama. Angah bukan sengaja tak nak bagitau. Angah tak sempat. Lagipun, Angah nak buat surprise." Zac sengih nakal. Mama tepuk bahu Zac.

"Kamu ni.. suka sangat buat surprise. Eh,lengan Angah kenapa bengkak ni?"mama tanya bila tengok lengan Zac lebam dan bengkak.

Hana dah gigit bibir.

"Takde apa apalah mama. Terlanggar meja tadi. Sikit je ni. Duduklah dulu ma. Awal pulak mama balik hari ni. Biasanya lewat petang baru balik." Hana menghembus nafas lega kerana Zac tidak memberitahu perkara sebenar.

Mama duduk bersandar atas sofa.

"You look exhausted."ujar Zac bila nampak mamanya urut kepala.

"Mama sakit kepala sikit. Tu yg balik awal."beritahu mama.

Zac bangun lantas duduk sebelah mamanya. Dahi mamanya diurut. Wah,anak soleh! Anak mithali! Hana sempat memuji dalam hati.

"Tu lah mama. Angah dah pesan banyak kali kan. Jangan kerja kuat sangat. Mama degil. Kerja kat butik mama tu mama bagi je lah anak buah mama yg handle. Kalau asyik mama aje yg uruskan butik tu, bila lagi diorang tu nak belajar uruskan sendiri?" Zac dah membebel dekat mama dia.

"Mama bukan tak nak bagi diorang uruskan. Cuma sejak kebelakangan ni ramai pulak klien luar negara datang kat butik mama nak jumpa mama untuk beli kain. Takkan mama nak lepaskan klien dari luar negara tu macam tu aje. Rugilah butik mama nanti,"mama menjawab.

Macam tak nak mengalah pulak bila anaknya tegur.

"Takdelah. Angah cuma risaukan kesihatan mama je. Angah tak nak mama penat. Angah bukan tak nak mama kerja langsung. Tapi bagi Angah, lebih baik mama ajar anak buah mama tu uruskan klien dan butik. Kalau boleh, mama pergi pantau je anak buah mama tu. Bukannya mama pun ikut kerja sekali. Barulah mama tak penat. Mama bukannya muda lagi tau." Hana boleh nampak riak risau di wajah Zac bila dia bagi pesanan dekat mama dia.

"Ye lah. Mama taulah macam mana nak uruskan butik mama tu. Angah tak payahlah risau. Angah patut risaukan diri Angah tu. Asyik sibuk dengan kerja 24 jam. Setiap masa kena pergi balik ke luar negara. Entah bila nak berumah tangga.

Umur kamu tu makin lama makin meningkat. Asyik fikirkan kerja, sampai bila pun takkan habis. Kamu tu kena kahwin jugak. Sekurang kurangnya nanti ada jugak orang uruskan makan pakai kamu. Takkan nak harapkan Mak Yam je yang uruskan semua tu. Mak Yam tu bukan boleh buat semua benda." Zac garu kepala yang tak gatal.

Tak pasal pasal pulak dia yang kena bebel. Dah terbalik ni.

"Mama ni.. Orang membebel dekat dia, dia membebel dekat orang balik. Mama tak payah risaulah pasal tu. Kalau ada jodoh ada lah tu. Tapi sekarang bukan masanya lagi. Angah nak fokus dengan kerja. Lagipun Angah tak pernah terfikir pun nak berumah tangga. Angah tak bersedia lagi lah."

"Hah.. tu lah alasan kamu. Kerja, tak bersedia. Habis bila lagi nak bersedia? Kerja tu sampai bila bila pun takkan habis. Takkan nak tunggu mama mati baru kamu nak kahwin?" Hana hanya terdiam memerhati pertengkaran dua beranak tu.

Dia pun dah biasa bertengkar dengan mak macam ni. Yang bezanya, mak selalu membebel supaya dia lebih fokus kepada pelajaran daripada bekerja.

"Apa mama cakap ni?? Mama janganlah risau. Angah akan kahwin jugak nanti. Tapi buat masa sekarang belum lagilah. But, I promise you. Angah akan kahwin sebelum menginjak umur 30 tahun. Insyaallah la kalau ada jodoh kat dunia ni.." Zac bagi jaminan.

Muka mama dah berubah gembira.

"Betul?"

Zac teragak agak nak angguk.

"Janji dengan mama Angah akan kahwin sebelum umur 30 tahun?"

"Insyaallah ma."

Muka Zac serba salah. Ni sebab nak sedapkan hati mama lah ni. Tak pasal pasal dia kena tetapkan target kahwin dia. Ni lah padahnya bila cakap tak fikir dulu. Macam kata pepatah melayu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Nampaknya dia ada masa empat tahun lagi untuk mencari pasangan hidup.

“Kalau macam tu kamu dah kena mula cari sekarang lah calonnya. Kalau tak, mama yang akan carikan,”Mama bagi amaran. Zac angguk lemah.

“Ye ma. Nanti Angah cari sendiri. Mama tak perlu carikan. Kalau Angah tak cari sekalipun, Angah percaya jodoh tu akan datang dengan sendiri.”

“Tapi kamu tetap perlu berusaha. Mana boleh tunggu jodoh datang macam tu je. Kalau kamu tak cari sampai bila pun takkan jumpa,”mama mendesak.

“Ye lah ma.”suara Zac kedengaran lesu.

Hana tergelak dalam hati. Seronok pula bila dapat tengok lelaki kacak dan macho kena bebel dengan orang tua sendiri.

"Macam tu lah anak mama." Mama tepuk bahu Zac. Zac sengih paksa. Nampaknya dia dah kena mula carikan calon isteri mulai sekarang.

"Jangan kamu berkenan dekat Hana sudah." tiba tiba nama Hana disebut menyebabkan Hana tak senang duduk.

Kenapa tiba tiba sebut nama aku pulak ni? Haiii.. Tak boleh jadi ni. Kalau bab kahwin ni disebut nama aku, aku memang tak boleh.

"Err.. Hana minta diri dululah. Mia nampak dah lapar." Hana bagi alasan untuk larikan diri daripada bercakap topik tu.

Takut giliran dia pula menjadi mangsa untuk soal jawab kahwin tu. Memang tak terjawab la jawabnya.

"Ye la. Tapi kamu berdua dah kenal ke?"sempat mama tanya mengenai perkenalan mereka.

"Err.. dah." Hana jawab tergagap gagap. Matanya dengan mata Zac bertentangan. Dia sengih macam kerang busuk bila teringatkan insiden perkenalan mereka. Hana cepat cepat bangun meninggalkan ruang tamu menuju ke dapur.

"Apa mama cakap tadi?"tanya Zac semula.

"Mama cakap jangan pulak Angah menaruh hati dekat si Hana tu."

Zac dah kerut dahi.

"Kenapa mama cakap macam tu? Perasaan mana boleh dipaksa atau dihalang, ma. Entah entah Hana tu jodoh Angah kita tak tau."

"Eh, takkan Angah dah berkenan dekat Hana tu?"

"Takdelah. Angah cakap je. Lagipun Angah baru je kenal dia kan." Zac berdalih.

"Hmm.. Bukan apa. Hana tu dah ada orang ‘tanda’." Mama bagitau perlahan.

Dia intai intai dapur tu. Takut takut Hana terdengar perbualan mereka.

"Oh ye ke.. Siapa?" Zac berminat ingin tahu. Nampak macam mamanya tahu.

"Adik kamu.. Si Kay tu.."

Zac kerut dahi.

"Kay??"

"Ya.. Hana tu kawan satu sekolah dengan Kay. Mama pun baru tahu yang Si Kay tu suka dekat Hana tapi Hana tak tahu. Jangan pula Angah cakap dekat Hana yang adik Angah suka dekat dia. Kay nak tunggu dia jadi doktor dulu baru nak bagitau Hana pasal perasaan dia. Boleh jadi dia nak bina hubungan serius dengan Hana bila dia ada kerjaya nanti."jelas mama.

"Oh i see."ujar Zac perlahan sambil angguk angguk.

"Sebab tu lah mama nak pesan awal awal lagi dekat Angah supaya Angah jaga hati Angah tu jangan sampai sukakan Hana. Manalah tau Angah ada perasaan dekat dia. Mama tengok adik Angah tu memang dah teringin sangat dengan Hana. Naluri mama pun fikir macam tu."

Zac gigit bibir bawah. Matanya seperti berkhayal ke tempat lain.

"Angah dengar tak mama cakap ni?" Mama tolak bahu Zac perlahan bila melihat Zac seperti mengelamun.

"Ya.. Angah dengar."

"Angah tengah fikir apa ni?"

"Takde apa apalah."sangkal Zac.

"Hmm..Mama naik dululah. Nak mandi."mama minta diri.

Zac angguk je.

"Ingat pesan mama. Jangan sukakan Hana dan jangan beritahu Hana mengenai perasaan Kay. Kay suruh rahsiakan."mama ingatkan Zac.

Zac angkat simbol 'ok' tanpa tengok mamanya. Matanya jatuh di lantai. Dia termenung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience