Bab 22

Romance Series 10367

"Termenung jauh nampak."Hana menegur Kay dari belakang.
Kay berpaling. Dia senyum tawar. Hana duduk sebelah Kay dalam jarak yang tidak terlalu dekat atau terlalu jauh.
Kay nampak melepaskan pandangannya pada air kolam yang tenang dan dingin itu.
"Fikir apa?" Hana tanya.
"Fikir kahwinlah."suara Kay mendatar.
Hana gelak pendek.
"Dah ada calon?"
Kay geleng.
"Nak ada calon macam mana. Tiba tiba aje kena paksa kahwin."
"Eh,mana ada paksa. Bukan kau jugak ke yang setuju nak kahwin? Siap promise nak kahwin lagi."Hana ingatkan kata kata Kay petang tadi.
"Memanglah. Tapi calon takde lagi. Macam mana nak kahwin."
Hana angguk angguk. Dia petik jari.
"Aku ada calon untuk kau."
Kay tengok Hana. Dia angkat dua kening.
"Siapa?"
"Atiq."
Kay jeling sambil pusing depan balik. Nampak sangat tak berminat.
"Berminat tak?" Hana cuba tarik minat Kay. Walau macam mana sekalipun,dia akan paksa juga Kay kahwin dengan Atiq. Nanti bolehlah kedua dua bestfriend dia tinggal sebumbung. Mesti best!
"Calon lain? Takde?"
"Takde. Asal? Tak berminat ke dengan Atiq?"Hana cuba pula korek perasaan Kay pada Atiq.
Kay geleng kepala dengan mulut bawah mencebik.
"Tak minatlah..gadis tomboy macam dia tu. Bukan taste aku."beritahu Kay jujur.
Hana mencebik. Amboi!!
"Habis tu macam mana taste kau?"
"Macam kau."
Hana terus senyap. Uhm..
"Nanti aku suruh Atiq jadi macam aku. Amacam?" Hana tuding ibu jari. Kay tolak lengan Hana.
"Tak payahlah."Kay jawab malas.
"Dah tu..kau nak kahwin dengan sape lagi?"
Kay tengok Hana dengan hujung mata.
"Dengan kau la."
Hana buat buat gelak.
"Kay, not funny okay."
Kay diam sejenak.
"Kau tau tak..aku bila dah sukakan seseorang,susah untuk aku lupakan macam tu aje. Sebab tu aku still tak boleh lupakan kau sampai sekarang even aku cakap aku nak cuba lupakan kau."Kay buka bab hati dia.
Hana angkat tangan.
"Okay stop. Kita sekarang tengah bercakap pasal kau bukan pasal kita okey. Jangan campur adukkan topik boleh tak?" Hana terus tegur.
Kalau dia layan perasaan Kay,nanti perbualan mereka semakin meleret leret dan dia.. boleh lupa apa tujuan sebenar dia bercakap dengan Kay sekarang. Boleh jadi perbualan mereka menyimpang pada matlamat sebenar.
Kay tunjuk riak bosan.
"Kahwin dengan Atiq lah. Ek?"Hana mula pujuk. Dia tak nak lengah lengahkan perkara ni lagi.
Kay diam.
"Kay.. pleasee.."Hana merayu.
Kay tak bagi reaksi.
"Dulu..kau pernah cakap kat aku yang kau akan buat apa aje untuk aku kan? Sekarang aku nak tuntut kata kata kau tu." Hana renung muka Kay yang termenung di sebelahnya.
"Aku cuma nak kau kahwin dengan Atiq je. Boleh ek?" Hana goyang goyang bahu Kay.
Tak kisahlah kalau Zac nampak dia macam nak bermesra dengan Kay. Dia akan jelaskan perkara sebenar pada Zac nanti. Zac memang percaya padanya. Yang penting sekarang,dia kena pastikan dia berjaya paksa Kay kahwin dengan Atiq.
"Kay.. Please la.." Hana buat suara manja. Kay nampak dah goyah dengan suara lembut gemalai dia tu.
"Pleasee.." Hana tunjuk muka comel. Kay tengok sekilas je lepas tu dia bangun.
"Tengoklah."
Kay terus masuk rumah. Hana dah senyum meleret.
"Ada chance nampaknya."

* * *

Kay menulis laporan mengenai pesakitnya yang baru keluar tadi. Pintu dibuka lagi dari luar menandakan pesakit yang lain pula masuk.
"Sila duduk dulu ya."suruh Kay tanpa angkat muka. Dia ingin menyiapkan laporan pesakitnya sedikit lagi. Selepas beberapa saat,dia tutup laporan tu lepas tu dia belek pula laporan pesakit yang baru masuk tu.
"Muhammad Adam Bin Razak ye. Sakit apa?" Kay angkat muka. Riaknya nampak tergamam melihat perempuan yang duduk di sisi meja sambil pangku seorang budak lelaki tu.
Perempuan tu pula nampak biasa aje tengok dia. Mungkin dia dah terkejut tengok Kay masa masuk tadi. Sebab tu Kay pelawa dia duduk,baru dia duduk.
"Atiqah.."Kay sebut perlahan sebaris nama tu.
Atiq senyum ala kadar je. Lebih kepada tak nak senyum.

"Dia demam panas,doktor. Dah seminggu."Atiq jawab soalan Kay. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan doktor muda di hadapannya ini. Kali terakhir mereka berjumpa adalah ketika Kay datang pinang Hana. Lepas tu mereka langsung tak berjumpa apatah lagi berhubung antara satu sama lain.
Kay mengawal riaknya. Dia perbetulkan duduk.
"Kenapa selepas seminggu baru datang hospital?"
"Parents dia takde masa nak datang. Nasib baik saya ada masa hantarkan dia ke hospital." beritahu Atiq.
Kay angguk angguk.
"Oh. Ingatkan anak awak." seloroh Kay sambil tulis sesuatu pada laporan kesihatan Adam.
"Tak lah. Anak saudara. Saya mana kahwin lagi doktor."perlahan Atiq bagitau. Entah Kay dengar atau tidak dia pun tak tahu.
Kay gerakkan kerusinya dekat dengan budak atas riba Atiq tu. Dahi dan badan Adam disentuh untuk memeriksa tahap kepanasan demamnya. Dia meletakkan pemeriksa suhu ke dalam mulut Adam. Setelah itu dia periksa pula denyutan jantung Adam menggunakan stateskop.
"Umur dia lima tahun ye?"soal Kay.
Atiq angguk.
Kay mengeluarkan pemeriksa suhu dari mulut Adam kemudian menanggalkan stateskop pada cuping telinganya lalu digantung atas leher. Dia catat lagi pada buku laporan kesihatan Adam. Entah apa benda yang ditulisnya pun Atiq tak faham. Dengan tulisan berangkai meleret leret,ayat pula susah nak disebut. Hanya doktor yang tahu semua tu.
"Lain kali kalau demam dia melebihi daripada tiga hari,bawa dia pergi ke hospital atau klinik dengan segera. Jumpa doktor. Demam ni tak boleh dibiarkan lama lama. Tambah tambah lagi demam panas macam ni. Ni nasib baik demam dia tak teruk sangat. Jadi saya bagi dia ubat aje. Ada batuk batuk tak?"
"Adalah sikit sikit."
"Nanti saya akan bagi ubat demam,ubat batuk dan beberapa jenis ubat lain lagi. Cik boleh ambil ubat di kaunter." Kay hulurkan resit ubat pada Atiq. Atiq ambil.
"Jadi dia memang okeylah?"
"Ya. Dia okey. Cik jangan risau. Yang penting bagi dia makan ubat. Pastikan dia makan sampai habis dan ikut masa. Kalau demam dia tak kebah juga,bawa jumpa doktor lagi. Okey?"pesan Kay.
"Baik,doktor. Terima kasih. Kalau takde apa apa lagi,saya minta diri dululah." Atiq dah bangun.
Kay angguk. Dia usap kepala Adam.
"Jangan lupa makan ubat tau."Kay bagi pesanan pada Adam dengan muka tersenyum. Adam sengih je.
Atiq dukung Adam. Adam lentokkan kepalanya atas bahu Atiq. Atiq senyum tawar pada Kay sebelum pusingkan badan menuju ke pintu.
"Err.. Atiq."Kay panggil.
Atiq berpaling.
"Ya doktor?"
Kay diam seketika. Dia tengok Atiq.
"Aku pergi restoren kau nanti lunch hour. Kita jumpa. Ada sesuatu aku nak bagitau kau."Kay bercakap tak formal balik. Atiq terdiam sebelum dia angguk.
"Okey. Aku tunggu."
Atiq keluar. Kay menyandar pada kerusi getah.
Baru aje dia bercakap dengan Hana tentang Atiq malam tadi. Tup tup dia dah jumpa Atiq hari ni. Atiq masih sama. Tak berubah langsung. Masih lagi berpakaian macam lelaki. Tiada beza dengan Atiq yang dia kenal sejak kali pertama mereka berkenalan.
Dia memang tak pernah jumpa dengan Atiq lagi selepas kali terakhir dia dengan Atiq jumpa di rumah Hana. Walaupun Hana ada menyuruhnya berjumpa Atiq dulu untuk meminta maaf,tapi dia masih belum berkesempatan jumpa Atiq sehinggalah ke hari ini.
Kay teringatkan perbualannya dengan Hana malam tadi. Permintaan Hana padanya...perlu ke dia penuhi permintaan Hana tu?
"Doktor Hariff,boleh kita panggil patient yang seterusnya?"pembantu jururawat menegur Kay yang kelihatan mengelamun tu.
Ni ke namanya profesional? Berkhayal masa bekerja? Uh uh uh..
Kay tersedar.
"Err..ya."

* * *

"Lama tak jumpa."Kay bersuara selepas mereka berdiam diri beberapa minit tadi. Kay sempat menjamah makanan dan minuman di restoren Atiq. Boleh tahan juga sedapnya. Tu pun sebab Atiq belanja dia. Katanya ni first time Kay datang makan ke restorennya. Dulu Kay dengan Hana datang menjenguk aje tapi tak pernah singgah makan.
Atiq tunduk aje. Kekok pula rasanya bila mereka sudah lama tidak berjumpa. Lagi kekok bila teringatkan kata kata Kay yang sudah melukakan perasaannya dulu.
"Erm.." Atiq jawab pendek aje. Tiba tiba pula dia jadi segan dengan Kay. Padahal dia bukanlah seseorang yang bersikap malu malu. Dia seorang yang mudah ekspresikan perasaannya kecuali apabila melibatkan cinta.
"Kau cakap nak bagitau sesuatu. Apa dia?" Atiq tanya bila Kay terus diam.
Kay angkat muka. Dia masih berkira kira ingin beritahu ataupun tidak.
"Ya. Aku memang ada sesuatu nak bagitau kau."

"Apa?"
"Aku nak kau jawab ya atau tak aje."ujar Kay.
Dahi Atiq berkerut, pelik barangkali.
"Ooo..key." dia turutkan aje permintaan Kay tu.
Kay tarik nafas dalam dalam sebelum hembus. Dia renung Atiq. Atiq dah pelik tengok dia yang cuba cari nafas baru nak bercakap tu. Macam susah aje nak bagitau.
"Sudi tak kau kahwin dengan aku?"lancar Kay menuturkan ayat itu.
Atiq tergamam. Lamarankah itu? Atau dia tersilap dengar?
"Apa kau cakap?"Atiq tanya lagi. Dia minta Kay ulang kata kata dia balik. Manalah tau dia tersilap dengar.
"Aku tahu kau dengar dengan jelas apa yang aku cakap. Kalau kau perlukan masa untuk berfikir, aku izinkan. Tapi aku rasa lebih baik kau buat keputusan sekarang sebab kalau kau sudi..aku akan hantar rombongan keluarga aku untuk merisik kau dalam masa terdekat.
So...kau nak bagitau sekarang atau kemudian?" Kay terus cakap tanpa berselindung lagi. Lama juga dia berfikir akan permintaan Hana tadi sebelum dia buat keputusan.
Atiq masih dalam keadaan terkejut. Lidahnya kelu nak menjawab.
"Atiqah.. now.or later?"Tegas Kay tanya.
Atiq masih membisu. Kay terus bangun.
"Okey..later."Kay agak jawapan Atiq tu melalui riak wajah Atiq. Dia tak boleh menunggu lama lagi sebab dia kena masuk hospital semula. Beberapa minit lagi masa rehatnya akan tamat. Sebagai seorang doktor,dia perlu menepati masa kerjanya.
"Kay.." Atiq bangun. Langkah Kay terhenti tapi dia tidak berpaling.
"Ya.. Ak.. Aku sudi." Atiq buat keputusan.
Kay diam sejenak sebelum terus berlalu sebaik mendengar jawapan itu tanpa berpaling melihat Atiq.

* * *

Zac keluar dari pejabatnya dalam keadaan keletihan. Dia berjalan ke arah Hana yang berada di atas katil yang sedang leka bermain game dalam tablet. Itulah aktiviti isterinya apabila dia bosan dan tidak mengantuk.
"Eh,abang. Awal keluar?" Hana yang baru menyedari kehadiran suaminya menegur.
Pelik juga bila Zac keluar dari pejabatnya sebelum pukul dua. Biasanya kalau jarum jam tidak menginjak pukul dua atau tiga, Zac takkan keluar melainkan apabila perlu sahaja atau apabila dia ingin berehat sebentar.
Hana sendiri tidak berani mengganggu Zac apabila Zac berada dalam pejabat kerana dia tahu Zac tidak suka diganggu ketika sedang buat kerja. Mungkin kerana karier Zac sebagai seorang arkitek itu memerlukan ketelitian dan fokus, sebab tu tak boleh diganggu.
Kadang kadang Hana bosan juga apabila Zac asyik berperak aje dalam bilik kerja dia. Selepas balik kerja dari syarikat,kena sambung kerja pula kat rumah. Zac ni memang busy yang teramat. Tapi nasib baik Zac tetap berusaha meluangkan masa dengan dia. Jadi,takdelah dia berkecil hati sangat dengan Zac ataupun cemburu dengan kerja Zac yang selalu menyekat masa Zac untuk bersamanya tu.
"Relax kejap."Zac jawab pendek. Jawapan biasa apabila dia bosan berada di bilik kerja.
"Nak air? Hana ambilkan." Hana dah letak tablet dia. Kaki dilunjurkan ke bawah katil. Bersedia untuk bangun.
"Tak nak." Zac datang makin dekat dengan Hana.
"Tak nak apa apa ke?"
"Nak Hana je." Zac tolak bahu Hana perlahan supaya duduk atas katil balik. Hana dah berdebar debar. Muka Zac nampak penat tapi lain macam aje.
Hana undur badan dia ke belakang bila Zac semakin mendekat.
"Abang nak buat apa ni?" Hana dah resah. Zac nak terkam dia ke? Tidak!!
Zac dah naikkan kepala lututnya atas katil. Dia merangkak mendekati Hana. Hana mengundur lagi.
"Abang nak..." Hana tunggu ayat Zac. Tapi Zac terus merangkak dekati dia lepas tu badan Hana diterkam.
"Aaarrgghh!!" Hana menjerit. Badan Zac ditendang dengan kaki sekuat hati. Dia kena selamatkan diri. Zac ni nampak macam tak sedar aje apa dia dah buat. Hana terus turun dari katil.
"Adoii.." Zac dah mengerang kesakitan atas katil tu sambil tekan perut dia. Senaklah tu kena tendang dengan aku.
"Abang.. Hana minta maaf. Hana terpaksa selamatkan diri Hana. Hana tak sedia lagi la."Hana bagitau jujur. Dia tengok tubuh Zac yang dah membongkok macam ulat beluncas nak berjalan tu.
"Apa lah nasib Abang. Selalu kena dera dengan Hana."ujar Zac. Kali ni dia tekan pinggang kiri dia pulak.
'Ah sudah! Dah start sakit balik dah pinggang aku ni..'Zac mengerang sakit dalam hati.
"Yela. Abang datang serang macam tu aje. Hana tak rela kalau dipaksa tau."
"Hana ni.. Abang nak peluk aje pun. Bukan nak buat apa apa."ujar Zac perlahan. Dia berusaha bangunkan badannya walaupun terasa perit di bahagian pinggang. Dia cuba kawal riak sakit supaya Hana tak perasan yang dia sedang sakit. Entah kenapa sejak akhir akhir ni tulang belakang bawah dia mudah sangat sakit terutama di bahagian pinggang.
Hana cebik bibir.
"Ye la tu.."
"Ye la. Meh sini balik." Zac panggil Hana ke katil semula.
"Tak nak lah." Hana menolak.
"Hana.. Abang nak hug aje lah. Boleh laa.. Come.." Zac dah depangkan tangannya. Sakitnya cuba ditahan.
Hana peluk tubuh. Dia geleng kepala dengan mulut mencebik.
"Alaa.." Zac buat nada merajuk.
Hana dah buat muka kesian. Boleh percaya ke Zac ni? Hmm.. Percaya ajelah. Zac takkan paksa dia buat benda tu punya.
Hana datang balik dekat dengan Zac. Dia depangkan tangannya juga. Zac dah ukir senyum. Baru je Zac nak masuk dalam pelukan Hana,telefon Hana berbunyi menyebabkan Hana terus tutup tangannya.
"Alaa.."Zac mengeluh buat kali kedua.
"Sorry.. Nak jawab call dulu. Nanti kita continue ek."
Zac senyum kemudian angguk. Hana ambil telefon dia atas meja lampu. Panggilan dari Atiq.
"Siapa?" Zac tanya tanpa suara.
"Atiqah. Kawan Hana tu."beritahu Hana. Dia jawab panggilan dari Atiq tu.
"Hello Assalamualaikum." Hana bagi salam dulu.
Zac baringkan semula badannya atas katil sementara Hana bercakap dalam telefon. Sakit pinggangnya masih belum reda. Nasib baik Hana bercakap membelakanginya. Takdelah Hana nampak dia dalam kesakitan ni.
"Waalaikumussalam. Hana, ni aku. Atiq." kedengaran salam dijawab di hujung talian.
"Ya. Aku tau lah kau. What's up?"
"Aku..ada benda nak bagitau kau."perlahan suara Atiq bercakap.
"Apa?"
"Tapi aku harap.. kau tak terkejut macam aku terkejut."
Kata kata Atiq buat Hana kerut dahi. Apa maksud kata kata Atiq tu? Gempar sangat ke benda yang dia nak bagitau tu sampai aku kena terkejut bagai?
"Cakaplah apa." Hana dah tak sabar.
Atiq terdiam di hujung talian.
"Oi Atiq.. Kau nak cakap apa ni?"Hana bersuara lagi bila Atiq tak jawab kata kata dia.
Masih diam.
"At.."
"Kay ajak aku kahwin."Atiq terus cakap sebelum sempat Hana panggil dia lagi.
Mata Hana dah terbuntang luas sambil pusing badan tengok Zac. Zac terus tegakkan badannya bila Hana berpaling.
"What?! Serius?" Hana tak percaya.
"Seriuslah."
Hana lepas gelak. Biar betul! Cepat betul Kay buat keputusan. Malam tadi cakap tak minat dengan Atiq tapi malam ni tau tau aje dah suruh Atiq kahwin dengan dia. Memang sebab dia ke Kay sanggup kahwin dengan Atiq? Tak kisahlah. Yang penting diorang kahwin. Horeyy!!
Zac dah tengok Hana dengan riak pelik. Apa benda la yang isteri dia tengah borakkan tu sampai ketawa bagai.
"Asal kau gelak? Kau ingat aku main main ke?"Atiq tekan suara dia.
"Takdelah. Aku.. Aku macam tak percaya tau."senyum Hana masih terukir.
"Ya. Aku sendiri pun tak percaya bila Kay cakap macam tu. Tapi muka dia nampak serius. Pagi tadi aku pergi hospital. Adam demam. Lepas aku masuk bilik doktor, aku memang terkejut gila beb. Aku tak sangka doktor tu dia. Dah lama sangat kot aku tak jumpa dia. Lepas habis buat check up, Kay tiba tiba cakap nak jumpa aku kat restoren. Dia cakap nak bagitau sesuatu.
And sekali lagi aku tak sangka.. 'sesuatu' yang dia nak cakap tu adalah..dia nak ajak aku kahwin."cerita Atiq.
"Alhamdulillah.. Kay dengar cakap aku."
"Hah?"
"Eh tak.." Hana gigit bibir bawah. Terlepas cakap pulak. Atiq tak boleh tau Kay nak kahwin dengan dia sebab aku suruh. Nanti Atiq akan ingat Kay tak ikhlas nak kahwin dengan dia.
"Err.. so, apa jawapan kau? Kau setuju?"
"Erm.. Aku setuju."
"Aku dah agak dah. Kau memang masih simpan perasaan pada Kay kan? Kalau tak kau takkan setuju."
Atiq diam.
"Kau tak boleh tipu aku,Tiq. And paling penting..kau tak boleh tipu diri kau sendiri."
"Yes. You are right."suara Atiq mengendur."..aku memang tak boleh tipu perasaan aku lagi." sambung Atiq.
"Tau pun. Kay ada cakap tak kenapa dia nak kahwin dengan kau? Sebab dia suka kau ke apa ke?"
"Tak. Lepas dia ajak aku kahwin and then aku bagi jawapan dia terus blah macam tu je. Nampak macam kurang ajar kan? Tapi aku tak kisahlah.. asalkan aku dapat jadi isteri dia. Tu pun aku dah bersyukur dah."
Hana senyum.
"Atiq.. Sebenarnya kau memang dah lama kan.. berharap Kay ajak kau kahwin?"
Hana cuba korek hati Atiq.
Atiq diam lagi lepas tu baru dia sambung cakap.
"Yes.. I admit it."
Hana senyum lagi.
"Aku minta maaf. Mesti hati kau dah terluka sangat bila aku dengan Kay hampir berkahwin dulu."
"Hati aku memang dah terluka sejak tau Kay suka kau lagi."beritahu Atiq jujur.
Hana sebak. Kesian Atiq. Selama ni dia pendamkan aje perasaan dia tu. Harap harap Atiq akan lega bila dah luahkan semua ni pada aku.
"Aku minta maaf. Sangat sangat." Hana masih rasa bersalah.
"Never mind. Benda dah lepas kan. Tak guna cakap lagi."
"Ermm.. Betul cakap kau. Yang penting sekarang, kau dan Kay akan kahwin. Aku happy sangat. Tahniah,Tiq."
"Thanks. Kay cakap dia nak hantar rombongan kat rumah aku dalam beberapa hari lagi. Nanti kau ikut la sekali. I need you there."
"Of course lah aku ikut."
"Okeylah.. Aku letak dulu. Mesti aku dah ganggu kau nak berasmara dengan suami kau kan?" usik Atiq.
Eh Atiq ni.. Macam tau tau aje.
"Pandai pandai je kau." Hana buat marah.
Atiq gelak pendek.
"Okaylah. Bye. Assalamualaikum." Atiq tamatkan perbualan.
"Waalaikumussalam. Bye."
Hana tengok telefon dia. Senyuman bahagia terukir di bibir.
"Asal ni? Happy nampak?" Zac tegur.
Hana duduk di birai katil. Zac bergerak dekat dengan dia.
"Kay dah lamar Atiq."beritahu Hana.
"Really?" Zac nampak terkejut. Hana angguk.
"Pagi tadi.. dia ajak Atiq kahwin."
Zac angkat kening.
"Awalnya dia buat keputusan. Baru petang semalam kita suruh dia kahwin. Tak sangka pula dia betul betul serius."
Hana senyum tawar.
"Erm tu la. Hana pun terkejut jugak. Tapi dia dah janji kan?"
"Alhamdulillah. Akhirnya dia kahwin juga."ujar Zac.
Nampaknya dia tak perlu menahan rasa lagi.
Hana diam. Wajahnya kelihatan murung.
"Laa.. dah kenapa buat muka sedih pula?" Zac intai muka Hana.
"Hana happy sangat bila Atiq dapat kahwin dengan Kay juga akhirnya. Hilang semua rasa bersalah Hana pada Atiq selama ni." Air matanya jatuh setitis. Tiba tiba dia jadi emo.
"Laa.. kalau happy kenapa nangis?"
"Ni tangisan gembira la." Hana seka air mata. Akhirnya, persahabatan mereka bertiga akan mekar semula. Tiada yang rasa bersalah lagi,rasa kecil hati lagi atau sebarang perasaan negatif. Mereka akan jadi sahabat setia selamanya apabila mereka hidup sebagai sebuah keluarga nanti.
"Tak payah nangis lagilah." Zac tolong sapu air mata isterinya.
Hana senyum.
"Agak agak Kay dah bagitau papa mama ke belum?" Hana tertanya tanya kerana dia belum terdengar mama atau papa bercakap pasal rombongan lagi.
"Belum agaknya. Kita pun baru tahu aje kan."agak Zac.
"Emm.. Kita bagitau sekaranglah. Tak sabar pulak nak pergi merisik Atiq."
"Eh.. Over nampak. Alaa.. tak payahlah. Biar Kay beritahu sendiri. Kita tak payah busybody okey." Zac tak setuju.
Walaupun dia sendiri tak sabar nak dapat adik ipar buat pertama dan terakhir kalinya,tapi dia tak bolehlah nak tunjuk teruja sangat. Nanti benda ni tak jadi,baru haru jadinya.
"Emm .yela." Hana akur.
"Now..kita sambung balik apa yang kita nak buat tadi."
Hana pusing kepala ke belakang,tengok Zac.
"Buat apa?"
"Peluk la."
Zac terus sambar badan Hana dari belakang. Dagunya diletak atas bahu Hana. Hana senyum bahagia. Bahagia dengan keadaannya sekarang dan bahagia untuk Atiq juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience