Bab 12

Romance Series 10367

Hana masuk ke bilik Zac yang kini sudah menjadi biliknya juga. Zac masih berada di bawah, berborak dengan saudara maranya yang masih belum pulang walaupun majlis sudah berakhir. Bukan dia tak nak sertai mereka tetapi kebanyakan saudaranya itu terdiri daripada lelaki. Lagipun perbualan mereka langsung tiada kaitan dengannya.
Hana menukar pakaian pengantinnya lantas disangkut di dalam almari. Kemudian dia mencapai tuala mandi lantas masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Lebih baik dia cepat cepat membersihkan diri sebelum Zac masuk ke dalam bilik. Nanti tak pasal pasal dia malu.
Seram pula bila memikirkan yang dia dan Zac kini tinggal sebilik. Masa dia kerja di rumah ini dulu pun dia masih segan dengan Zac,inikan pula bila tinggal sebilik. Entah macam mana reaksinya nanti bila Zac masuk bilik ni malah mereka perlu tinggal berdua je setiap hari. Jangan menggelabah sudah.
Hana keluar dari bilik air usai mandi. Dia keluarkan baju t-shirt lengan panjang belang putih hitam dengan seluar track suit. Pakaian itu disarung ke tubuhnya.
Pakaiannya dengan Zac tidak berada di almari yang sama kerana Zac mempunyai wardrobe yang sudah dikhaskan untuk pakaian dan segala keperluan penampilannya.
Mesti banyak gila barang barang dalam tu. Bila difikir fikir,elok juga Zac ada bilik persalinan baju sendiri. Tak payahlah Zac pakai-tukar pakaian di hadapannya.
Hana mengeringkan rambutnya depan cermin di meja solek. Lepas tu rambut hitamnya yang panjang separas pinggang itu disikat rapi. Rambut belakangnya dikepit dengan pengepit rambut separa tinggi.
Ting.. Laptop Hana di ruang tamu mini berbunyi menandakan emel dari YM! masuk. Hana terus melangkah masuk ke mini room tu.
Emel dari Atiq. Hana buka.

Tiq_toq > Han.. sory xdpt dtg majlis kawin ko.

Ye.. username Atiq memang pelik. Macam bunyi jam loceng pulak. Nasib baik orangnya tak pelik cuma sesat dari segi penampilan je.

Han_2 > it's ok. Asal xblh dtg?

Tiq_toq > datuk aq meninggal beb.

Han_2 > oo.. takziah

Tiq_toq > tahniah ats perkhwinan ko. Nanti kirim salam dkt hubby ko. Kacak mat saleh tu. Tp siapa mamat tu? Asal aku tak kenal?

Atiq mesti kenal Zac melalui gambar di kad jemputan kahwin yang dia kirim.

Han_2 > ko ni.. aq dh story morry dkt ko kn. Abg K la.

Dia sudah ceritakan segala galanya kepada Atiq bagaimana dia boleh kahwin dengan Zac. Atiq memang terkejut gila dengar cerita dia. Tapi macam mana dia boleh lupa pula ni.

Tiq_toq > hee.. lupa. Aq hepi ko kawin dgn dy.

Han_2 > sbb ko xhepi if aq kwin dgn K. Kan?

Lama juga Atiq nak balas emel dia bila dia tanya macam tu.

Tiq_toq > apa ko ckp ni..

Han_2 > ko msih ad peluang utk brsma K,tiq .

Tiq_toq > aq dh xde feeling dkt dy la.kn aq dh prnh ckp

Han_2 > tipu

Tiq _toq > serius

Han_2 > myb ko blh tipu aq, tp ko xblh tipu dri ko sndri tiq

"Hi.." Zac muncul tiba tiba dari slide door. Hana tersentak. Bila masa dia masuk? Tak dengar bunyi pun. Mungkin dia leka sangat 'chatting' dengan Atiq sampai tak dengar Zac masuk.
"Dah lama ke Encik Zac berdiri kat situ?"tanya Hana. Dia terus berdiri.
"Baru je. Eh,jap. Tak tau kenapa telinga saya ni gatal nak dengar Hana sebut something." Zac gerak gerakkan telinga dia.
Zac dah mula panggil dia dengan nama dia sendiri. Katanya lebih manja. Zac pun suruh dia bahasakan dirinya sendiri dengan nama. Dia tak nak kitorang bercakap saya-awak. Formal sangat katanya. Panggil dengan nama lebih rapat apa. Dia sendiri pun dah biasa bahaskan dirinya sendiri Hana.
Hana dah kerut dahi.
"Apa?"
"Abang."
"Hah?" Hana masih tak faham.
"Panggil saya abang. Jangan cakap Hana tak boleh biasakan diri panggil macam tu pulak. Kalau dulu Hana tak boleh panggil saya angah saya tak kisah.
Tapi sekarang..Hana wajib panggil saya abang. Wa.jib!"tegas Zac suruh sambil letak jari telunjuk atas hidung Hana.
Hana tengok jari tu. Juling sekejap matanya.Hana garu belakang telinganya sambil sengih.
"Err.. bagi masa boleh tak?" Hana minta tempoh.
"Nope!"pantas Zac jawab. Dia berjalan menghampiri Hana. Hana mula gementar. Benda benda macam ni lah dia takutkan bila berada dalam bilik dengan Zac. Bilamana Zac dekat dengannya..
Zac dekatkan kepalanya dengan telinga Hana. Badannya terbongkok sedikit sebab ketinggian Hana separas dagu dia je. Telinga Hana terasa geli bila mulut Zac dekat dengan telinganya.
"Seorang isteri perlu memanggil suami dengan panggilan yang disukainya. Baru dapat pahala."bisik Zac perlahan di telinganya. Hana terkedu.
"Err.. ba..baik Encik.. Mak..maksud Hana..abang."tergagap gagap Hana nak sebut perkataan tu.
Tapi lidahnya takdelah tergeliat macam dia nak sebut angah dulu. Lagipun betul cakap Zac. Memanggil pasangan dengan panggilan yang disukainya adalah satu pahala. Perkahwinan kan satu ibadah.
Zac senyum.
"Macam tu lah. Kan sedap didengar. Buat apa ni?" Zac ubah topik bila dia tengok laptop Hana terbuka.
"Chatting."
"With?"
"Atiq."
"Hah? Atiq? Apa tu? Macam pelik je bunyinya." Zac dah buat muka berkerut.
"Atiq tu singkatan daripada nama Atiqah. Dia member Hana. Member Kay jugak.Dia ucap tahniah sebab kita dah kahwin and.. dia kirim salam dekat awak.. esh.. maksud Hana abang." Hana tersasul lagi.
Zac angguk angguk.
"Oo.. waalaikumussalam. Dia tak datang ke?"
"Tak. Datuk dia meninggal."suara Hana bunyi macam sedih. Zac ucap takziah.
Mereka diam sejenak.
"Emm.. dah mandi?" Zac tanya lepas lama diam.
Hana tengok penampilannya sendiri.Tak nampak ke dia dah tukar pakaian semua? Rambutnya pun basah lagi rasanya. Takkan dia masih nampak aku pakai gaun pengantin berkembang yang dah macam gaun barbie tu lagi.
"Dah. Baru je."Hana beritahu juga walaupun dia tahu Zac tahu jawapannya.
Muka Zac nampak kecewa.
"Ingat nak mandi sekali."ujar Zac perlahan.
Hana kawal riak terkejut. Sebab tu ke dia nampak frust je? Fuh! Nasib baik dia mandi awal awal lagi.
Hana hembus nafas lega.
"Kalau macam tu,teman je lah."
"Hah?!" Hana terjerit spontan. Baru je nak rasa selamat.
"Dalam bilik air ke?"Hana tanya. Manalah tau kot kot teman kat luar je. Selamat sikit aku. Tapi harapannya musnah bila Zac angguk.
"Teman suami mandi dapat pahala tau." Zac bagi peringatan lagi.
Hana mengeluh perlahan. Taulah perkahwinan tu satu ibadah tapi dia belum sedia lagi nak 'kutip' pahala yang ni.
"Err..Hana..Hana.." Hana cuba cari idea untuk lepaskan diri. Idea.. idea.. i need you.
Zac tunggu sambungan ayat dari Hana. Hana hanya mampu sengih.
"Jom."ajak Zac bila dia malas menunggu lagi. Dia dah pusing badannya.
"Err.. Ab.. abang.." Hana pegang lengan Zac. Zac tengok dia.
"Hana minta maaflah. Tiba tiba pula Hana rasa haus."
Idea cetek tu juga yang keluar. Cetek pun ceteklah asalkan dia dapat keluar dari bilik ni sebelum Zac paksa dia teman juga.
Hana cepat cepat lalu depan Zac kemudian terus keluar dari bilik kecil tu lepas tu capai tudung Ariani lantas disarung ke kepalanya. Zac perhati je kelakuan Hana tanpa berganjak.
Hana berpaling tengok Zac semula. Dia sengih nampak gigi.
"Hana keluar dulu ek."beritahu Hana sebelum dia cepat cepat menyusup keluar dari bilik tu tanpa tunggu kebenaran Zac. Kalau dia tunggu, memang sah sahlah Zac tak bagi dia keluar.
Hana menyandar badannya dekat pintu.Dia letak tangan atas dada. Dia hembus nafas lega.
Kesian pula Zac bila ditinggal macam tu. Kesian lagi aku yang kena teman dia mandi. Kalau teman kat luar bolehlah..tapi kat dalam? No way! Zac pun satu. Yang nak mandi berteman tu dah kenapa? Macam budak kecil pula. Takkan takut hantu kot? Hana membebel dalam hati.
"Keluar tanpa izin suami berdosa tau."suara Zac kedengaran dari dalam sehingga Hana terperanjat.
"Eh...Sempat lagi dia.."bisik Hana perlahan sebelum dia melajukan langkah menuju ke dapur bawah.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Hana keluarkan botol air yang mengandungi air kosong dari dalam peti lalu dituang ke dalam gelas. Air itu terus diteguk hingga habis.
"Ahh.. Segar.."
"Hana?"seseorang memanggilnya dari belakang. Hana berpaling.
Dia lepas keluhan. Baru je nak lepas seksa daripada abang,sekarang adik pula.
"Kay.. tak tidur lagi ke?"tanya Hana.
Dia ingatkan semua orang dah tidur sebab rumah dah sunyi sepi. Kebanyakan lampu pun dah ditutup. Tinggal lampu dapur dan lampu lampu di tingkat tiga je yang masih terpasang. Tu pun sebab lampu tingkat tiga tu bilik Zac dengan Kay.
"Tak ngantuk lagi."jawabnya.
Hana angkat kening. Dia simpan botol air dalam peti balik. Ingat nak minum seteguk lagi. Tapi bila Kay ada kat sini,dia batalkan je niat dia tu.
"Erm.. saya naik dululah."Hana pamit.
Ingatkan bolehlah dia duduk lama lama sikit kat sini sementara menunggu Zac selesai mandi. Tak pun tidur terus. Tapi bila dah Kay pun datang melepak kat sini,memang dia terpaksa naik lah. Segan pula bila bersama Kay lepas apa yang berlaku. Tambah tambah mereka berdua je kat bawah ni.
"Hana.. Jangan lari dari saya lagi." Kay bersuara. Langkah Hana terhenti.
"Saya nak cakap dengan awak sekejap. Boleh?" Kay minta izin.
Hana berpaling. Dia angguk lepas fikir sekejap.
Elok juga kalau Kay nak bercakap dengan dia. Boleh dia lengahkan masa masuk dalam bilik. Mungkin Kay pun ada benda nak cakap dengan dia. Manalah tau dia nak kitorang berbaik semula selepas lama tak bercakap dan bermasam muka.
Selepas mama suruh dia dengan Zac berkahwin,memang Kay terus tak bercakap dengan mereka sampai hari ni.
"Dekat swimming pool?"dia bagi cadangan tempat untuk kitorang bercakap. Tapi nampak macam bukan cadangan. Lebih kepada ajak pergi sana terus.
Hana angguk setuju.

"Sebelum tu.. tahniah sekali lagi atas perkahwinan awak." Kay memecahkan kesunyian selepas lama mereka berdiam diri sejak sampai di kolam renang tadi.
Hana tengok Kay sekilas. Dia senyum acuh tak acuh.
"Thanks."
Mereka diam lagi.
"Awak nak cakap apa?"Hana terpaksa tanya bila Kay terus membisu.
Tadi cakap nak bagitau sesuatu tapi asyik diam je kenapa? Hana mula membebel dalam hati.
Kalau Zac nampak dia dengan Kay berdua je kat kolam renang ni,dalam keadaan sunyi pulak tu,agak agak dia marah tak? Hana tertanya sendiri.
Tapi kenapa dia nak marah? Huh.. mestilah dia marah sebab aku ni kan dah jadi isteri dia. Tak elok duduk berdua duaan dengan lelaki yang bukan muhrim walaupun lelaki tu adik iparnya sendiri. Mereka tetap tak ada hubungan darah. Dia kena sedar perkara tu.
"Apa?" Kay tanya balik.
Hana dah buat muka pelik.
"Tadi awak cakap nak bercakap dengan saya kan. Nak cakap apa?" Hana ulang lagi.
Dah kenapa dengan Kay ni. Mengelamun pulak.
"Oo ye.. Baru ingat."
Dahi Hana berkerut lagi. Dia fikir apa sampai lupa apa tujuan kami datang sini? Takkan saja saja nak berdua dengan aku kot. Kalau aku tau,dah lama aku blah.
Kay tengok Hana.
"Awak..masih rasa tak selesa dengan saya lagi ke?" Kay tanya lambat lambat.
Nampak macam teragak agak je nak tanya.
Hana tengok Kay nak tak nak.
"Ada lah.. sikit.."beritahu Hana jujur. Memang dia jadi tak selesa lepas apa yang berlaku dalam hubungan mereka.
Kay masih tak lepas pandang Hana.
"Saya tak nak awak rasa tak selesa dengan saya lagi."
Hana diam. Menunggu ayat Kay yang seterusnya.
"Sebab tu saya nak..berbaik dengan awak semula." Kay bagitau tujuannya.
Hana tengok Kay. Betullah sangkaannya. Kalau tak,masakan Kay sudah berani menegurnya tadi.
"Sudi tak kalau kita jadi macam dulu?"
Hana terus angguk. Memang inilah saat yang dia nantikan. Perdamaian. Tak perlu ada permusuhan lagi antara mereka. Lagipun mereka tinggal serumah. Susah pulak kalau dia ada rasa tak selesa dengan orang dalam rumah ni.
Kay menguntum senyum. Hana balas senyuman tu. Rasanya tu kali pertama mereka saling berbalas senyuman lepas peristiwa dia ditangkap khalwat.
"Tapi saya nak awak tahu sesuatu." Kay buat saspen.
"Apa?" Hana tertanya tanya.
Kay tatap mata Hana.
"Saya masih cintakan awak. Dan saya tak boleh lupakan awak lagi."luah Kay jujur.
Hana lepaskan keluhan berat. Dia mula rasa bersalah.
"Maafkan saya.."
"Tapi awak jangan risau.. Saya akan berusaha untuk lupakan awak walaupun mengambil masa." sambung Kay lagi.
Hana senyum balik.
"Betul?"
Kay angguk.
"Baguslah awak buat keputusan macam tu. At least saya tahu yang awak tak mengharapkan saya lagi." Hana mula rasa teruja.
Sejak dia tahu Kay suka dia lagi,dia memang harap Kay akan lupakan dia sebab dia tak suka Kay macam Kay suka dia. Dia cuma sukakan Kay sebab Kay kawan dia.Dia tak nak rasa bersalah bila Kay suka dia.
Kay senyum kelat.
"Tapi..dengan satu syarat." Kay buat saspen lagi.
"Syarat apa pulak?"
"Saya nak kita jadi kawan balik.. macam dulu dulu.. macam sebelum awak tahu saya sukakan awak."pinta Kay.
Hana gelak kecil. Dia tolak bahu Kay.
"Tu je syaratnya? Memang boleh sangat la."senyuman Hana terlekang lebar.
Memang itu juga yang dia harapkan. Selama ni pun,dia nak Kay jadi kawan dia je. Bukan teman tapi mesra,bukan tunang dan paling penting..bukan suami. Sebab dia tak pernah terfikir yang dia akan hidup bersama Kay sepanjang hayatnya.
"Kalau macam tu.. tak perlulah awak kekok dengan saya lagi,tak perlu awak segan dengan saya lagi.."
"...paling penting,tak perlu kita ber'saya-awak' lagi."celah Hana.
Kay senyum.
"Serius aku sebenarnya geli bila kita bahasakan diri kita macam tu. Geli geleman tau tak?" Hana dah mula rasa selesa lepas Kay bagi syarat tu. Dia memang lebih selesa kalau Kay still sebagai kawan dia je. Kawan selamanya..
"Lidah aku pun tergeliat jugak nak bercakap macam tu."
"Tapi kau mula dulu apa."
"Tu sebab..hubungan kita tiba tiba masuk fasa baru."
Mereka dah mula bercakap mesra. Senyuman lekang di bibir kedua duanya.
"Aku tak faham betul macam mana kau boleh sukakan aku lah. Lawak pula bila fikir fikir balik."
"Aku pun tak faham."
Tawa Hana pecah.
"Ada pulak macam tu."
Kay senyum tawar. Dia tengok je Hana gelak macam nak terguling guling tu. Entah apa yang kelakar pun dia tak pasti.
Atau Hana ingat... perasaan dia terhadap Hana tu main main ke? Sebab tu Hana macam tak boleh terima bila dia sukakan Hana. Hana ingat benda tu lawak.
Kalau betul Hana fikir macam tu.. Hana memang silap.
"So.. kita jadi bestfriend macam dulu?" Kay angkat buku lima.
Hana menarik hujung lengan bajunya sampai buku lima lepas tu dia lagakan dengan Kay.
"Bestfriend forever.."
Kay senyum penuh perasaan.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Hana buka pintu bilik perlahan lahan. Dia cuba intai Zac melalui celah pintu tu sebelum masuk.
"Kenapa tak masuk?"Zac tegur dari dalam.
Hana lepas keluhan. Tak tidur lagi rupanya. Ingat dah tidur.
Hana paksa diri melangkah masuk dalam bilik tu. Dia tengok Zac tengah membaca buku atas katil sambil bersandar pada bantal.
Hana melangkah perlahan menuju ke katil. Gementar pulak nak duduk sekatil dengan Zac.
"Abang kenapa tak tidur lagi?" Hana tanya walaupun dia dah nampak Zac tengah membaca. Mestilah dia tak tidur lagi sebab nak membaca. Rajin pulak mamat ni.. ke dia memang rajin sebelum ni? Hana berbisik dalam hati.
"Abang tunggu Hana."jawab Zac. Zac tepuk tilam sebelah dia. Menyuruh Hana naik atas katil.
Hana teragak agak nak panjat katil. Hah.. ni first time dia duduk sekatil dengan lelaki. Tapi memang patut pun.
Hana naik juga. Dia duduk bersila atas katil tu.
"Lama Hana minum air. Minum air kolam ke apa?"Zac perli.
Hana buat sengih.
"Hana borak dengan Kay tadi."jawab Hana jujur.
Zac tanggalkan cermin mata berbingkai tebal berwarna hitam itu. Zac tengok dia.
"Borak apa?"
Pertanyaan cemburu ke tu? Hehe.. Hana buat andaian.
Hana tiba tiba senyum bila teringatkan perbualannya dengan Kay tadi.
"Ni kenapa senyum tiba tiba ni?" Zac tegur. Dia perasan ke aku senyum? Macam mana tak perasan kalau bukan main lebar lagi senyuman aku ni.
"Kay cakap dia akan berusaha lupakan Hana." Hana senyum senyum bagitau. Dia memang gembira sangat dengan tindakan Kay tu. Hilang sedikit rasa bersalahnya pada Kay dan pada Atiq juga.
Zac kerut dahi.
"Asal buat muka macam tu?" Hana tanya bila Zac buat reaksi macam pelik.
"Boleh ke dia lupakan Hana?" Zac ragu ragu.
Dulu dia pun berusaha lupakan Hana jugak tapi memang tak boleh. Takkan Kay boleh lupakan Hana sedangkan Kay lagi lama suka kat Hana daripada dia.
"InsyaAllah.."
Zac angkat kening.
"Harap harap la."
Kelakar pula bila fikirkan yang Kay kena lupakan Hana. Dulu dia yang terpaksa lupakan Hana sebab Hana akan jadi milik Kay,tapi sekarang Kay pula yang terpaksa buat macam tu sebab Hana dah jelas jelas jadi miliknya. Macam terbalik pula. Bukan macam..memang dah terbalik pun.
Harap harap Kay tak jadi macam dia. Tak boleh lupakan Hana sampai bila bila. Nasib baik dia tak perlu susah susah lupakan Hana lagi sebab dia memang tak boleh. Kay pula nak tak nak kena lupakan Hana juga sebab Hana dah jadi isterinya.
"Abang pun harap macam tu ke?"Hana ajukan soalan tu pada Zac.
Zac tengok Hana balik.
"Mestilah. Hana kan isteri abang. Takkan abang nak happy kalau ada lelaki lain teringatkan isteri abang?"ujar Zac jujur.
Hana tertunduk. Malu pula bila Zac panggil dia 'isteri'. Sebenarnya buat dia sedar yang dia dah jadi isteri Zac. Tak sangka pula.
"Lagipun.. Abang tak nak Kay berdosa sebab ingatkan isteri orang."sambung Zac.
Hana angkat kening. Betul juga cakap Zac.
"Err.. Abang.."
"Hmm?"
Zac renung Hana. Dia terus tutup buku apabila Hana seperti ingin menyambung lagi perbualan mereka.
Hana tunduk. Renungan tu... Aahh.. aku memang tak pernah menang.
"Hana.. nak minta maaf. Disebabkan Hana abang terpaksa kahwin dengan Hana.." dia pun tak sangka akan berkahwin dengan Zac disebabkan seekor tikus.
"..Abang mesti dah ada pilihan abang sendiri. Tapi Hana dah.."kata kata Hana terhenti bila Zac letak jari dia dekat bibir Hana. Hana terdiam. Dia tak boleh marah lagi bila Zac sentuh dia. Dia dah halal buat Zac.
"Jangan cakap macam tu lagi lah. Ni semua takdir. Kita kena redha."
"Tapi memang betul kan abang terpaksa terima Hana?"
"Abang dah lama terima Hana lah. Bukan sebab terpaksa. Tapi.. sebab Abang memang nak Hana dalam hidup Abang." Zac luahkan hasrat hatinya secara terus terang.
Lagipun.. dia memang dah ada pilihannya sendiri. Dan pilihannya tu adalah Hana,isterinya sekarang.
Hana masih tak puas hati.
"Macam mana abang boleh terima Hana macam tu je? Abang tak rasa menyesal ke kahwin dengan Hana?"
Dia perlukan jawapan. Zac nampak tenang je bila kena kahwin dengan dia.
"Kenapa? Hana tak boleh terima abang ke? Hana menyesal kahwin dengan abang?" Zac tanya balik soalan tu pada Hana.
Mulut Hana tergerak gerak nak menjawab tapi macam tak keluar pula.
"Han.. Hana.. Hana cuma tak sangka akan kahwin dengan abang. Malah tak pernah terlintas di fikiran Hana yang Hana akan kahwin dengan abang."
"Tu lah namanya jodoh. Rahsia Allah. Tak siapa tahu melainkan Dia. Kadang kadang jodoh kita tu bukan seseorang yang kita sangka akan jadi jodoh kita.
Kalau kita tau siapa jodoh kita,mungkin kita dah lama berkahwin dengan dia. Tapi kita tak tahu sebab Allah je tau. Dia akan bagi kita tau bila tiba masanya Dia nak kita tahu. Dan bila kita dah tau.. kita kena terima yang dia adalah jodoh yang telah Allah tetapkan untuk kita."
Hana diam dengar kata kata Zac. Otak dia cuba proses bagi faham apa yang Zac ingin sampaikan sebab ayat Zac tu memang berbelit belit. Tapi apa yang dia boleh 'tangkap' daripada kata kata tu adalah..kita kena terima walau siapapun jodoh kita sebab Allah yang tetapkan dia tu jodoh kita. Sebab tu kita kahwin dengan dia.
"Kalau kata kata abang tu memang bermaksud abang terima Hana... Hana pun mesti boleh terima Abang jugak."
Zac senyum nampak lesung pipit. Hana dah cair dengan senyuman tu.
Zac cuit hidung Hana.
"Baguslah Hana faham. Abang pun tak faham apa Abang cakap sebenarnya."
Hana tergelak. Patutlah aku tak faham. Dia pun tak faham jugak apa dia cakap? Sengal betul.
"Ada ke macam tu. Hah! Ada satu benda lagi yang buat Hana happy."
"Hmm? Apa?"
"Kay nak kitorang jadi kawan macam dulu. Hana excited gila bila dia cakap macam tu sebab Hana memang dah rindu sangat nak layan dia macam kawan."bersungguh sungguh Hana bagitau.
Zac sengih sinis tanpa pengetahuan Hana.
'Sekarang nak layan Hana macam kawan pula? Boleh ke kau buat macam tu Kay? Apa motif kau sebenarnya? Kau cakap macam senang senang je kau boleh lupakan Hana. Siap nak layan Hana macam kawan lagi.' Zac bermonolog dalam hati. Tindakan Kay yang berubah tiba tiba tu buat dia curiga pula.
Zac tengok Hana yang tengah excited tu balik.
"Hana memang langsung tak suka Kay ke?"
Senyum Hana mati. Dia gigit bibir bawah.
"Kalau Hana cakap,abang marah tak?"
Zac ketawa kecil.
"Asal nak marah pulak?"
"Yela. Sebab Kay kan adik abang. Manalah tau abang pun turut kecil hati kalau Hana cakap." Hana main main dengan hujung rambutnya. Takut pula nak bagitau.
"Hana nak cakap yang Hana memang tak suka Kay ke?" Zac agak.
Hana angguk,mengiakan.
Zac gelak lagi.
"Kenapa pulak abang nak marah?" Zac berpaling ke kanan. "..suka adalah."bisiknya perlahan.
"Apa?"
Zac berpaling ke kiri balik tengok Hana.
"Nothing.."
"Abang tak marah lah?" Hana tanya lagi.
"Tak lah. Lagipun.. perasaan mana boleh dipaksa paksa kan?"
Hana angguk beberapa kali.
"Setuju sangat! Hana suka Kay. Tapi tak lebih daripada seorang kawan."
Zac senyum lagi.
"Kat abang suka tak?" Zac tanya soalan perangkap. Alang alang dah tau pasal perasaan Hana dekat Kay,lebih baik dia ambil tahu jugak pasal perasaan Hana dekat dia.
"Aaa?? Errr.."
Hana perlahan lahan turunkan badannya bawah comforter. Macam susah je soalan dia.
"Hana tidur dululah. Ngantuk pulak. Hee.." Hana terus sumbat kepala dia bawah comforter.
Zac gelak kecil.
'Adakah itu maknanya 'ya'?'
"Good night,honey."
Zac bisik perlahan pada telinga Hana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience