Bab 25

Romance Series 10367

Hana menyentuh bibirnya. Kemudian dia tersenyum.
"Haa!! Buat apa tu?!"tubuh Hana disergah dari belakang. Hana tersentak. Dia dongak tengok si penyergah.
"Hantu kau Atiq!! Main sergah sergah macam ni. Ingat aku ada jantung spare ke?"Hana marah.
Atiq tergelak lantas terus duduk atas bangku panjang sebelah Hana.
"Apa kau cakap? Jantung spare? Nak buat apa dengan jantung spare?" Atiq dah blur dengan bahasa kiasan Hana.
"Yela,at least kalau jantung aku ni terhenti,bolehlah ganti dengan jantung spare."
Atiq geleng kepala.
"Ada ke macam tu? Apa apa ajelah kau. Ni, kau buat apa termenung sorang sorang kat taman dengan angin sepoi sepoi bahasa petang petang ni? Layan jiwang ek?"agak Atiq.
"Takdelah. Saja hirup angin petang. Tak boleh ke?"
"Eh,boleh aje. Cuma aku pelik tengok kau tersenyum sorang sorang kat sini. Sebab tu aku datang sini nak check samada kau ni waras ke tidak."seloroh Atiq.
"Amboii.. Terima kasih la sebab caring pasal aku. Tapi jangan risau. Aku tak gila lagi." Hana senyum geram.
"Sama sama. Kalau waras Alhamdulillah. Tak perlu aku hantar kau ke Tanjung Rambutan." selamba Atiq cakap.
Hana tolak bahu Atiq. Tubuh Atiq condong ke tepi.
"Sesedap mulut je kau bercakap ek."
"Oppss marah ke? Sorry!"
Hana jeling.
"Eh, share la dengan aku. Kau senyum senyum tadi kenapa? Ada benda best jadi kat kau ek?" agak Atiq.
Hana mula tak keruan.
"Err.. takde papelah. Saja nak senyum. Senyuman kan satu sedekah." Hana buat alasan.
"Hmm.. Aku taulah senyum tu sedekah. Masalahnya kau nak sedekah kat sape? Ada orang ke kat sini? Ke ada manusia halimunan kat sini?" Mata Atiq dah melilau lilau tengok kawasan taman. Manalah tau betul betul ada tapi aku aje tak nampak.
Hana dah tunjuk muka cemberut bila Atiq buat loyar buruk.
"Cakaplah Hana. Apa?" Atiq dah geselkan bahunya dengan bahu Hana.
"Eii.. apa kau ni? Geli lah. Sejak bila kau pandai nak menggatal dengan aku ni hah??" Hana menjauhkan badannya dari Atiq.
Atiq kecilkan mata.
"Huh.. kau ni!! Alaa.. cakap la. Aku curious ni." desak Atiq lagi.
"Tak nak."
"Cakaplah."
"Tak naklah." Atiq ni.. takkan la aku nak bagitau pasal malam tadi dekat dia. Malu laa..
"Okey fine! Tak nak cakap sudah. Aku tak nak paksa kau lagi." Atiq mengalah.
"Sorry la,Tiq. Tak semua benda kita boleh share kan? Sesetengah perkara perlu dirahsiakan."
Atiq angkat kening. Dia setuju dengan kata kata Hana. Dia pun ada rahsia yang Hana tak boleh ketahui jugak. Pasal hubungan sebenarnya dengan Kay.
"Yela. Aku faham." Atiq akur.
Serapat mana pun hubungan kita dengan seseorang, bukan semua perkara kita boleh kongsi dengan 'si dia'. Kadang kadang kita memerlukan seseorang yang lain untuk kita kongsi cerita kerana boleh jadi cerita yang kita ingin kongsikan itu ada kaitan dengan 'si dia'.
Hana senyum. Nasib baik Atiq tak merajuk. Lagipun Atiq ni bukan jenis yang suka merajuk macam dia.
Suasana sunyi seketika. Masing masing melayan perasaan sendiri. Mata jatuh pada rumput yang menghijau.
"Han.. Aku nak tanya kau." Atiq kembali bersuara,memecahkan kesunyian.
"Apa?" Hana tengok Atiq. Mata Atiq masih mencerun tengok rumput. Dia berpeluk tubuh.
"Apa perasaan kau... kalau kau tau suami kau sukakan perempuan lain?"suara Atiq mendatar.
"Zac sukakan perempuan lain???" Hana dah terkejut. Atiq jeling mata ke atas dengan kepala digeleng.
"Eee..kau ni. Cuba dengar betul betul ayat aku tu. Aku cakap KALAU. Faham tak kalau?? Lagipun tu kan ayat pertanyaan. Bukan ayat penyata." Atiq ketap gigi. Geram.
"Aaa.. kalau.." Hana lepas nafas lega.
Takut betul Zac sukakan orang lain. Yela.. aku dah mula suka pada Zac,boleh pulak Zac suka kat orang lain. Ingat mudah mudah aje ke aku ni nak jatuh cinta dengan lelaki? Dah lah dulu ada orang pernah cakap aku ni lesbian sebab tak minat lelaki. Nak nak lagi bila tengok aku selalu berkepit dengan Atiq. Ada ke patut?!
Ingat aku takde nafsu ke? Aku pun manusia biasa la. Ada nafsu. Tapi nafsu pada lelaki tu kureng la sikit. Dengan Kay pun aku tak rasa apa apa. Aku bukannya tak minat lelaki tapi..buat apa nak semak otak fikir pasal lelaki yang belum tentu jadi suami kita kan? Menambahkan dosa ada lah.
Panjang pulak aku citer pasal diri aku ni sampai lupa jawab soalan Atiq. Mesti dah tertunggu tunggu minah tu.
"Mestilah aku sedih. Isteri mana tak sedih kalau suami dia sukakan perempuan lain kan?"
Atiq angguk setuju. Sama la.
"Kenapa nak sedih?"
"Sebab aku sayang dia la. Kalau tak sayang, takde maknanya aku nak sedih kalau dia sukakan perempuan lain la.."
Atiq angguk lagi. Sama jugak.
"So.. apa kau akan buat?"Atiq tanya lagi.
"Dah tentu la aku pergi cekik perempuan tu! Berani sangat buat laki aku sukakan dia!!"marah Hana sambil tunjuk gaya mencekik.
Kali ni Atiq geleng kepala. Takkan aku nak cekik Hana kot? Kalau aku tak waras, memang sekarang jugak aku cekik Hana. Tapi otak aku masih berfungsi dengan baik lagi.
"Kau nak jadi pembunuh ke apa? Alaa.. mana boleh salahkan perempuan tu la. Laki kau yang sukakan dia. Bukannya perempuan tu yang sukakan laki kau."
Hana angguk angguk sambil usap dagu.
"Hmm.. betul jugak cakap kau. Kalau macam tu aku cekik laki aku la!!"
"Cakap sayang!"
Hana muncung mulut.
"Emm.. Takkan la aku sanggup bunuh laki aku sendiri kan padahal aku sayang dia.."
"Tau pun. Fikir logik la." Atiq ketuk tepi dahi dengan jari telunjuk.
Hana berfikir. Beberapa saat kemudian, dia petik jari.
"Aha!! Aku tau apa nak buat!"
"Apa?"
Hana palingkan tubuhnya pada Atiq. Bersemangat nak bagitau. Macamlah Zac tu betul betul sukakan perempuan lain.
"Aku rasa better kita cuba korek dulu kenapa laki kita tu boleh sukakan perempuan tu. Apa yang perempuan tu ada tapi kita takde sampai laki kita tertarik dekat dia."
"Eh,jap jap." Atiq pantas potong ayat Hana. "..asal kita pulak eh? Bukan kau je ke?"
"Kau ni.. Huh.. dengar ajelah aku nak cakap! Suka sangat menyampuk."marah Hana.
Atiq angkat dua tangan,mengalah.
"Sambung sambung.."
Hana jeling.
"Okay let's say laki kita sukakan perempuan tu sebab perempuan tu pandai masak. So kita cuba la belajar memasak jugak. Or.. boleh jadi jugak sebab perempuan tu seksi. So kita jadi la lebih seksi daripada perempuan tu. Kita cuba buatkan minat laki kita tu kembali berubah ke arah kita.
I mean..kita pikat laki kita tu supaya sukakan kita balik. Bagi dia cair dengan kita. Gunalah cara apa sekalipun asalkan perasaan suka laki kita tu berarah pada kita semula. Amacam? Genius tak aku?!" Hana angkat ibu jari. Teruja dengan ideanya sendiri.
Atiq tak geleng mahupun angguk. Memang itu juga la yang dia fikir. Lagipun cara macam tu lagi matang apa daripada pergi serang perempuan tu. Pikat Kay supaya sukakan dia. Tapi dia tak tahu pikat dengan cara macam mana. Bila dengar idea Hana,dia jadi fikir dua kali.
Takkan dia kena jadi macam Hana kot?? Lemah gemalai.. bertudung.. Ahh!! Itu bukan diri aku. Kalau bertudung tu okey la. Setakat nak bersuara lembut pun boleh lagi. Tapi nak jadi lembut??
Boleh ke? Aku dah memang kasar dan ganas sejak kecil lagi. Perangai tu dah sebati dalam diri aku. Ingat senang senang aje ke nak ubah?
"Genius tu memanglah genius. Mengurangkan pertengkaran. Tapi.. boleh ke kita jadi orang lain, bukan diri kita sendiri? Tak ke hipokrit namanya? Berpura pura jadi orang lain?" Atiq tanya soalan yang membelenggu dirinya.
"We have to. Dia milik kita dan hak kita kot. Kena pertahankan lah. Kalau kita betul betul sayangkan suami kita, we will do everything for him right? So..just do it. Sacrifice!" beritahu Hana dengan semangat sambil kepal tangan dia.
Atiq renung Hana sejenak. Kemudian tawa kecil pecah dari mulutnya.
Kelakar pulak bila fikir Hana sendiri yang bagi idea tu. Padahal Hana perempuan yang Kay suka tu. Tanpa sedar,Hana dah tolong dirinya. Kali ni,dia akan buat Kay sedar yang dari dulu sampai sekarang..Kay tu cuma bertepuk sebelah tangan aje. Hana takkan pernah balas tepukannya.
"Asal kau gelak?? Aku serius la!!" Hana marah. Dia dah tersalah anggap akan tawa Atiq itu. Atiq bukan ketawakannya.
Tawa Atiq terus mati.
"Eh tapi kan.. what if plan tu tak menjadi? Means.. laki kita tak terkesan pun dengan apa yang kita buat and he still together dengan perempuan tu?" Atiq bangkitkan persoalan lain.
"That's mean dia tak sayang kita la."
"And then? What about us? Biarkan je?"
"Hmm.. bagi aku kita dah usahakan kot untuk perbaiki hubungan kita. Kalau dia sendiri pun takde effort untuk baiki hubungan ni sama sama, what you waiting for? Berpisah je la!"
"Tapi cakap sayang? Sanggup ke berpisah?"
"Yes. Memang sayang. Tapi buat apa sayangkan orang yang tak sayangkan kita? Buang masa beb. Kita pun ada masa depan. Kita boleh cari pasangan hidup yang lebih baik dan yang sayangkan kita.
Tak perlu kot nak menagih kasih sayang daripada orang yang sebelah mata pun tak pandang kita. Tapi benda ni akan jadi mudah kalau belum ada anak la. Kalau dah ada anak mungkin lain cerita sikit. Kat situ kena banyak berkorban sebab benda ni dah berkait dengan masa depan anak kita kan?"
Atiq angguk angguk.
"But.. still.. it's not easy untuk lepaskan orang yang kita sayang kan? Mesti akan fikir banyak kali. Betul tak?"
"Erm.. ada betul jugak. Tapi it's better than makan hati berulamkan jantung. Kan?"
Atiq terdiam. Dia berfikir panjang. Hati aku memang betul betul kena kental la kalau nak buat macam tu. Tapi aku kena usaha dulu untuk dapatkan hati Kay! Atiq bermonolog sendiri lagi.
Hana dah berkerut dahi tengok Atiq tiba tiba diam.
"Kau kenapa weh?"
"Hah?" Atiq tersedar.
"Tak. Kau kenapa tanya soalan ni sebenarnya? Aku pelik lah. Jangan cakap hubungan kau dengan Kay.."
"Eh takdelah. Kitorang okay je lah. Kitorang dalam fasa honeymoon lagi kot. Takkan dah nak gaduh." Atiq cepat cepat membetulkan kenyataan Hana. Risau Hana fikir bukan bukan.
Hana pandang Atiq pelik.
"Atiq.. Aku tak cakap pun yang hubungan korang tak okay."
Atiq telan air liur.
Hana masih tidak lepas memandang Atiq. Atiq tidak berani membalas renungan Hana. Habis lah! Hana dah fikir bukan bukan!
"Atau korang memang tak okay? And soalan kau tadi tu sebenarnya pasal kau?" Hana semakin curiga.
"Apa kau cakap ni? Mana ada la. Aku tanya sebab aku ada tengok satu drama melayu ni. Kisah dia macam ni la. Sebab tu aku saja saja nak tanya kau. Kalau benda ni jadi kat kita macam mana sebab kita kan dah kahwin. Aku.. terfikir je." berjela jela alasan yang diberi oleh Atiq.
"Eshhh.. Nauzubillah la weh. Tak nak lah jadi macam tu."
Tapi dah jadi dekat aku Hana. Atiq menjawab dalam hati.
"Kau ni pun. Tak payah fikir banyak sangat la. Doa je supaya hati kita dan pasangan kita akan berkekalan. Lagipun hati ni bukan kita yang pegang. Kita tak boleh control benda ni. Penyelesaiannya, berdoa je kepada Allah yang memegang hati ni supaya tetapkan hati masing masing untuk saling menyayangi." Hana agak marah.
Atiq senyum hambar sambil angguk angguk. Masihkah ada peluang untuk aku?
"Lagipun, tu drama je kan?"
"But it's happen in real life."
"Yes.. but tak payahlah sampai terbawa bawa. Eh.. since when kau layan drama Melayu ni? Setahu aku kau ni geli kalau tengok drama Melayu? Tak kena dengan taste kau la katakan."
"Takdelah. Aku bukan nak layan sangat. Hari tu je aku tertengok." Atiq berdalih lagi.
"Kau terlebih hayati sangat agaknya." kecurigaan Hana mulai menghilang.
"Entahlah.. Eh,dah la. Stop talking about this. Ni aku nak bagitau. Tadi mama bagitau aku yang ayah aku dah izinkan aku kerja kat butik mama tu. Dia cakap aku dah boleh start kerja esok." beritahu Atiq.Menamatkan soal jawab itu sebaik jawapannya sudah diperoleh.
"Betul ke?" Hana gembira.
"Yup!"
"Bestnya!!"Hana tepuk tangan."..tapi kau syif pagi ke petang?"
"Petang. Satu syif dengan kau."
"Yes!! Agaknya mama dah nampak yang kita ni close sebab tu dia bagi kita kerja sekali."
Atiq angkat kening.
"I guess so."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience