Hana dan Zac sama sama turun ke bawah menuju ke gelanggang badminton di halaman rumah mereka. Kelihatan Kay dan Abang Farez sedang berlawan badminton diadili oleh Along.
Beberapa penyokong cilik bersorak di tepi gelanggang. Mama dan papa pun ada. Mereka duduk di bawah pondok istirehat yang berada berdekatan gelanggang badminton tu.Memerhati gelagat anak menantu dan cucu cucu mereka.
Biasanya inilah aktiviti hujung minggu di rumah ini. Mereka akan meluangkan masa beriadah dan berkumpul bersama sama pada waktu petang ataupun pagi. Mereka hanya mempunyai peluang beriadah begini apabila semua ahli keluarga tidak sibuk dan dapat bercuti.
Hana dan Zac berjalan ke pondok yang diduduki oleh mama dan papa.
"Baru turun pengantin baru kita."usik papa.
Hana dan Zac senyum.
"Pengantin baru apanya pa.. Dah hampir 5 bulan kitorang kahwin."jawab Zac.
"Hana.. Meh duduk sini. Mama nak cakap sikit"ajak mama.
Dia tepuk lantai pondok sebelah dia duduk, isyarat supaya Hana duduk di sebelahnya. Hana menurut. Dia duduk bersimpuh sebelah mama.
"Apa,ma?"
Mama peluk bahu Hana sambil senyum senyum. Zac dan Hana saling berpandangan. Pelik bila mama tiba tiba senyum sambil tengok mereka berdua bergilir gilir. Zac angkat kening pada Hana. Hana jungkit bahu. Entah apalah yang mama nak cakap. Lain macam aje.
"Mama dah lama sangat teringin nak menimang cucu baru dalam keluarga ni. Bila Hana boleh bagi?"mata Hana dah bulat dengar soalan mama. Tiba tiba aje mama buka topik ni.
Hana tengok Zac. Zac senyum. Hana gigit bibir bawah. Nak jawab apa ni? Dia bukan tak boleh bagi tapi dia tak bersedia lagi nak bagi cucu baru dekat mama. Baginya,usia perkahwinan dia dengan Zac masih baru.
Dia tak puas lagi nak tinggal berdua dengan Zac sebab dia nak kenal Zac lebih lagi. Kalau dah ada anak,mesti mereka mempunyai kekangan masa untuk bersama. Dah lah sekarang pun Zac asyik sibuk aje. Aii.. gatal jugak aku ni. Dah boleh buka hati untuk Zac ke?
"Mama ni.. Baru dua tahun lepas kita dapat cucu baru,nak tambah lagi seorang?"papa menyampuk.
Hana angguk angguk. Mengiakan kata kata papa.
Mama tepuk paha papa.
"Papa ni. Tu dua tahun lepas punya. Mama nak yang tahun ini pula. Kalau boleh setiap tahun mama nak cucu baru. Baru meriah rumah kita ni papa oi.."mama menjawab.
"Amboi mama.. Tingginya cita cita. Kesianlah sikit kat anak anak kita. Lagipun larat ke mama nak jaga cucu kita ramai ramai?"papa menjawab bagi pihak anak menantunya.
Hana dah lepas nafas lega sebab papa tolong dia jawab. Sebab dia tak tahu nak bagi jawapan apa. Terima kasih papa sebab tolong Hana.
"Apa pulak mama jaga? Pengasuh kan ada. Mama bukan apa. Mama nak bilangan ahli keluarga kita ni bertambah aje. Baru seronok. Tak gitu Angah??"mama tuju soalan tu pada Zac pula.
Zac tersentak. Tiba tiba pulak mama libatkan dia dalam topik ni. Tapi memang dia dah terlibat awal awal lagi dalam topik ni. Bila mama tanya Hana,maknanya mama tanya dia sekali lah.
Zac garu belakang kepala.
"Err.. Angah.. Angah sebenarnya setuju dengan papa. Along kan baru aje bagi mama cucu baru dua tahun lepas. Takkan nak lagi kot. Janganlah tamak sangat ma.."Zac sengih bagi jawapan tu.
Mama dah buat muka cemberut.
"Angah ni.. tu dari Along. Mama nak cucu dari Angah pula."mama masih dengan pendiriannya.
Hana dan Zac dah buntu nak jawab apa. Mereka berdua memang belum sedia nak tambah ahli baru dalam keluarga mereka.
"Mama.. Kitorang tak ready lagilah. Lagipun Angah tengah busy sekarang. Tak terfikir pula pasal anak." Zac bagi jawapan jujur.
Lebih baik berkata benar walaupun pahit. Pahit ke? Pahit bagi mama la.
Hana angkat ibu jari pada Zac sambil hirup air tea. Setuju dengan kata kata Zac. Mereka tak pernah berbincang pun pasal perkara ni. Tambah tambah Zac memang sibuk sangat sampai takde masa nak fikir pasal masa depan.
"Laa.. nak ada anak tak perlu nak fikir. Buat je dulu."selamba mama cakap.
Hana yang tengah minum air terus tersedak. Muka dia dah merah. Zac kelu.
Ow oh.. Mama.. You are so honest la..
Papa kat sebelah mama dah bantai gelak besar dengar kata kata mama. Hana dan Zac berpandangan lagi. Zac buat buat sengih. Tak tau nak cakap apa lagi. Kebuntuan idea!
"Err..mama..mama sabar aje lah. Kalau ada rezeki adalah tu."
Mama ni memang serius betullah kalau bab cucu ni. Agaknya Along tu cepat sangat dapat anak sebab kena paksa dengan mama tak?
Hana terus membisu. Dia bagi 'peluang' pada Zac aje layan soalan mama tu. Tapi nampaknya Zac dah tak boleh jawab lagi bila kena serang dengan soalan tu.
Tak tahu nak jawab macam mana lagi. Mama macam tau tau aje pasal benda ni. Dia dengan Hana memang tak boleh nak lari lagi. Diorang memang terpaksa mengaku aje. Hana mahupun dia sendiri tak bersedia lagi. Memang lah dia sukakan budak budak tapi sekarang bukan masanya untuk dia fikir pasal ni.
"Mama..dah lah tu. Cubalah bersimpati sikit pada budak budak ni. Kesian pula papa tengok. Mereka tak bersedia lagi nak buat macam mana. Janganlah dipaksa,"papa membela mereka berdua.
Hana dengan Zac sama sama angguk. Setuju dengan kata kata papa. Papa memang memahami.
Tapi mama nampak macam tak puas hati lagi. Dia nak juga bincang pasal benda ni. Agaknya sebab mama ni lahir dalam sebuah keluarga besar jadi dia nak keluarganya juga mempunyai ahli keluarga yang ramai macam dia.
Baru je mama nak menjawab kata kata papa,tiba tiba mereka mendengar suara orang menjerit. Pandangan mereka teralih pada gelanggang badminton.
"Yeahhhh!!! Aku menang!!"Kay bersorak kegembiraan bila dia berjaya menewaskan Abang Farez dalam perlawanan badminton tu. Abang Farez dah terduduk atas lantai gelanggang. Frust agaknya. Memang patutlah. Dia mana pernah menang lawan Kay.
"Yahooo!!!" Kay bagi high five dekat anak anak buah dia. Happy giler nampaknya.
"Pak ucu menang lagi.."Kay beritahu kat anak anak buah dia. Anak anak buah dia dah bersorak kegembiraan.
"Pak ucu memang terbaik!!" Aqef tuding ibu jari dekat Kay.
"Mestilah." Kay ketawa.
"Kenapa daddy tak pandai main?" Ara tanya tanpa nada sambil melihat daddynya dengan muka tanpa perasaan.
"Hey.. Cakap elok elok sikit Ara. Daddy bukan tak pandai main tau. Daddy cuma penat aje."Abang Farez menjawab.
Tak puas hati bila anak dia sendiri cakap dia tak pandai main. Tapi memang dia tak pandai main.. Adoi.. Nampaknya dia dah tunjuk contoh yang tak elok pada anaknya.
"Pak ucu tak penat pun. Kenapa daddy boleh penat?"Ara jawab lagi kata kata daddynya.
Abang Farez dah ketap gigi. Dia bangun untuk kejar Ara tapi Along halang.
"Dah lah tu Abang. Terima ajelah yang awak tu tak pandai main." Along menambahkan lagi kekecewaan Abang Farez sambil urut urut bahu Abang Farez.
Abang Farez yang dah tercungap cungap bernafas sebab terlampau penat tu terus bangun juga sambil cekak pinggang.
"Ni tak boleh jadi tau tak. Ada ke patut Ara tu melawan cakap saya lepas tu pergi bela bapak saudara dia? Tak aci betul. Dia tu anak saya. Sepatutnya dia sokong saya."serius Abang Farez cakap.
Semua orang dah gelak tengok perbalahan kecil anak beranak tu. Along usap belakang Abang Farez.
"Redha ajelah bang."Along tepuk tepuk belakang Abang Farez.
Ara dah menyorok belakang Kay. Manalah tau daddy dia nak datang serang dia lagi. Jadi dia perlu mengambil langkah awal dengan menjadikan Kay sebagai perisainya.
"Relax lah abang. Ni main suka suka aje kot."ujar Kay. Cuba pujuk Abang Farezlah konon kononnya. Padahal dia memang happy sebab Abang Farez selalu kalah menentangnya.
"Sebab main suka sukalah Abang tak boleh terima. Ni kalau abang masuk bertanding betul betul ni,memang kekalahan dalam genggaman lah jawabnya."Abang Farez kutuk diri dia sendiri.
"Tak payah berangan nak masuk bertandinglah abang. Belum apa apa lagi abang dah memang kena tendang keluar dengan coach. Mustahil coach nak bagi abang yang tangan kayu ni bertanding. Simpan aje angan angan abang tu. Dah,keluar dari gelanggang. Gelanggang ini tidak layak untuk abang tau tak." Along tolak suami dia keluar gelanggang.
"Kejinya dirimu wahai isteriku.."rintih Abang Farez.
Ni bukan setakat anak dia yang pandang rendah pada dia. Dengan isteri sekali pun dia kena tindas. Uh3.. tak patut betul. Sepatutnya isteri kenalah bagi dorongan kepada suaminya supaya terus bangkit tapi ni tak.. bagi suami lagi down adalah. Kejam betul anak bini aku ni.
"So,tak nak lawan lagi lah ni bang? Dah give dah? Dah mengaku kalah?"Kay perli Abang Farez.
Abang Farez jeling tengok Kay yang asyik tayang sengih tu.
"Siapa cakap abang give up?"dingin suara Abang Farez bercakap. Dia berjalan dekat Zac lepas tu dia lontar raket pada Zac. Nasib baik Zac sempat sambut. Kalau tak,tak pasal pasal berbenjol kepalanya.
"Zac,kau ganti abang tewaskan mamat poyo tu. Tolong abang balas dendam. Kau geng abang kan?" Abang Farez suruh Zac ambil alih tempat dia sementara dia berehat di pondok istirehat.
Zac dah terpinga pinga bila Abang Farez bagi amanah tu dekat dia. Amanahlah sangat.
Ara dah bersorak bila bapa saudara kesayangan dia akan turut bermain. Sebab dia tau Zac memang jaguh dalam main badminton.
Kay dah lepas keluhan. Dia lawan Zac? Memang tipislah peluang dia untuk menang. Zac juara bertahan dalam rumah ni. Zac pernah jadi wakil sekolah di peringkat kebangsaan dulu. Calang calang orang je boleh kalahkan Zac. Dan calang calang orang tu pulak adalah aku.
"Zac,Abang letakkan kepercayaan sepenuhnya atas bahu kau. Apa apa jadi pun,kau kena tewaskan jugak si Kay tu. Kay tu dia selalu menang dengan abang aje. Dengan kau manalah dia pernah menang." Abang Farez mula mengata pihak lawan.
"Cakap elok elok sikit bang. Saya dah pernah menanglah lawan angah. Angah,come!!" Kay gerakkan jari telunjuk ke depan pada Zac. Nampaknya dia dah bersedia nak berlawan.
Zac sengih sinis.
"Angah dapat apa kalau menang? Angah tak nak lah main suka suka aje. Kena ada habuannya. Kalau tak,buang masa angah aje main." Zac dah tunjuk lagak.
Kay tunjuk muka meluat. Dia ni kalau main mesti kena ada hadiah. Dah macam budak budak pulak.
"Hah!! Along tau apa taruhannya." Along mencelah.
"Apa?"Zac tanya.
Along sengih jahat.
"Kalau Angah menang,Angah dengan Hana akan jadi pengapit Kay.."kata kata Along yang tergantung tu dah buat semua orang kat situ kecuali kanak kanak ribena menunjukkan riak pelik lagi hairan.
Along tengok reaksi semua orang terutama Kay. Kay nampak sangat bingung dengan kata kata Along. Apa pulak kaitan dengan dirinya?
"..sebab kalau Kay kalah.. Kay kena kahwin tahun ni juga!!!"lantang Along buat pengumuman habuan tu.
Kay terperanjat mendengar cadangan Along. Yang lain pula dah lepas ketawa. Ketawa setuju tu. Zac tengok Along. Along kenyit mata pada dia. Apa Along cuba buat?
"Apa benda yang Along mengarut ni?"Kay dah naik bengang.
"Semua orang setuju tak dengan cadangan Along?" Along minta persetujuan semua pihak tanpa pedulikan Kay yang dah nampak nak membantah tu.
"Mama setuju Along. Kalau Hana dengan Zac tak boleh tambah ahli keluarga kita dengan bagi cucu,biar Kay aje yang ganti tempat cucu tu kepada menantu. Ye Kay?"mama dah nampak teruja.
Hana dengan Zac senyum. Bolehlah mama lupakan pasal cucu tu.
"Betul cakap mama kamu tu Kay. Lagipun dalam keluarga ni kamu sorang aje yang belum kahwin lagi. Jadi lebih baik kamu ikut aje cadangan Along tu."papa bagi sokongan.
"Good idea."Hana angkat ibu jari tanda setuju jugak.
Along dah senyum. Nampaknya rancangannya yang baru muncul dalam beberapa saat tadi akan berjaya dengan sokongan semua.
Kay dah nampak resah gelisah dengan suara suara yang menentangnya. Along memang saja.
"Along.. Apa ni? Ni bukan perkara main main tau. Ni soal masa depan oranglah."serius Kay bagitau. Dia tahu,pasti ada motif kenapa Along bagi cadangan mengarut tu.
"Laa.. Along tak main main lah. Along serius. Kay tu memang patut kahwin. Takkan tak segan dengan semua orang yang dah berkahwin dalam rumah ni?"
Kay dah jeling sampai terbeliak mata dengan kata kata Along. Along memang sengaja nak sakitkan hatinya. Along pun tahu yang dia bukan tak nak kahwin tapi pengantin perempuannya dah kena rampas. Sepatutnya Zac yang kena perli saat ni.
"Along ni dah kenapa hah? Sengaja nak cari pasal dengan orang kan?" Kay dah naik angin.
Takkan Along tak tahu yang perkataan kahwin tu dah jadi isu sensitif bagi dirinya.
"Bila masa pula Along nak cari pasal dengan kamu? Along cuma nak kamu kahwin aje. Lagipun besan mama,mak Hana tu tak berkesampaian lagi nak mengerjakan umrah disebabkan kamu. Kan mama?"
"Hah?" Kay tak faham.
"Betul tu Kay. Kamu pun mesti ingat yang mama dengan Mak Di pernah bernazar nak pergi umrah kalau kamu kahwin. Tapi nampaknya Mak Di kena batalkan aje lah niat dia tu."mama bagitau jujur tanpa menghiraukan langsung perasaan Kay.
Macam mana semua orang sampai hati buka cerita ni depan dia? Langsung tak fikirkan perasaannya yang sudah dikecewa dan dilukai dahulu.
"Mama dengan Mak Di yang bernazar, kenapa pula Kay yang kena tanggung? Boleh ke bernazar macam tu. Menyusahkan orang aje lah ma."
"Manalah mama tau boleh ke tak. Yang pasti mama dan Mak Di dah plan nak pergi umrah kalau kamu kahwin. Kitorang ingatkan kamu dengan Hana dah memang jadi nak kahwin masa tu tapi tak tahu pula lain jadinya."lancang mulut mama menjawab.
Hana dengan Zac tertunduk bila kisah silam dibuka semula. Muka Kay pun dah nampak keruh. Mesti tersinggung dengan kata kata mama.
Papa tepuk tangan mama. Dia bagi pandangan tajam dekat mama.
"Apa mama ni? Perkara yang dah lepas tu janganlah diungkit lagi. Kasihan dekat si Kay tu."papa bisik perlahan dekat mama. Tak sangka pula isterinya akan cakap lepas macam tu sekali.
Mama baru sedar dengan kata kata yang keluar dari mulutnya yang celupar itu.
"Err..Kay. Maafkan mama. Mama tak berniat langsung nak menyinggung perasaan kamu."
Mama rasa bersalah. Ya Allah.. jahatnya aku. Sanggup aku keluarkan kata kata macam tu pada anak aku padahal aku tahu dia pasti akan terluka dengan kata kata aku.
"It's okeylah ma."balas Kay perlahan. Dia cuba menahan perasaan.
Suasana berubah senyap tetapi masih terasa ketegangan antara mereka. Ni semua sebab Along yang mula buka topik panas tu.
"Err..Kay. Alaa.. senang aje. Kalau kau tak nak kahwin lagi,kau kalahkan aje Angah ni. Habis cerita,kan?"Abang Farez kembali bersuara. Mendamaikan suasana balik.
"Ha'ah. Apa masalahnya kan? Tapi kalau Angah kesian dekat Kay,tak nak Kay kahwin lagi,Angah ajelah mengalah.."Along masih berani bercakap.
"Just wait and see la."pendek Zac jawab.
Dia tak nak dikatakan setuju ataupun tak setuju dengan cadangan Along sebab bila difikir balik,cadangan Along bernas juga. Mungkin bila Kay dah kahwin,kuranglah sikit Kay mengacau isterinya dan akan lebih fokus pada isteri sendiri aje. Bukannya fokus pada bini orang!
Kay terasa tercabar. Nampaknya masa depan dia terletak pada perlawanan ni. Tapi dia akan pastikan masa depannya berada di tangannya. Dia takkan kalah dengan mudah.
Sekarang baru dia faham dengan motif Along. Along nak dia kahwin supaya dia tak kacau Hana lagi tapi Along sebenarnya silap. Dia kahwin ke,dia tak kahwin ke,dia tetap akan cuba dekati Hana juga. Hana masih melekat dalam hatinya. Tak mudah untuk ditanggalkan.
Dia percaya Zac pun pasti akan sedaya upaya kalahkan dia sebab Zac pun nak lindungi Hana daripada dia jugak. Kalau Along nak sangat aku kahwin,aku akan kahwin tapi aku akan tetap berjuang untuk pastikan yang hidup aku tak akan jatuh di tangan Along. Aku akan menang.
"Okeylah. Orang pun setuju jugak." Kay buat keputusan lepas fikir.
Semua orang nampak tercengang. Macam tak percaya yang Kay akan setuju sebab kalau Kay kalah,maknanya dia memang kena kahwinlah. Tapi boleh jadi jugak Kay setuju sebab dia ada semangat juang yang tinggi untuk kalahkan Zac.
"Betul kau setuju?" Along minta kepastian.
Ni boleh menjadi perlawanan yang sengit dalam sejarah perlawanan mereka sebab perlawanan ni mempertaruhkan masa depan Kay. Nak tak nak,Kay memang kena kahwin jugak.
"Ya. Orang berani berjanji yang orang akan kahwin kalau orang kalah. Tapi orang tetap akan pastikan yang orang takkan kalah." Kay menjawab dengan penuh keyakinan.
Dia akan buktikan pada semua orang yang dia mampu mengawal masa depannya,bukan orang lain dengan cara mengalahkan Zac. Dia sahut cabaran ni. Lagipun tiada beza dia kahwin ataupun tak,Hana akan tetap dia dekati. Baginya, Hana masih lagi miliknya.
"Kena kahwin betul betul ni?"Along tak percaya lagi.
"Nak bagi orang tarik balik ke kata kata orang tu?"
"Eh tak nak,tak nak. Cayalah!!"
Along tepuk tangan kemudian diikuti dengan yang lain. Budak budak ribena yang tak tahu apa apa pun turut tepuk sekali. Akhirnya Kay terima juga cadangannya.
"Okey,get ready!! Ambil tempat masing masing!" Along selaku pengadil memberi arahan.
Zac ambil tempat dia di gelanggang. Along tepuk bahu Zac.
"Buat betul betul. Ni aje peluang Angah untuk selamatkan rumah tangga Angah daripada Kay. Semuanya terletak pada tangan Angah."Along berbisik pada Zac. Zac angguk.
"Angah faham." Tangan mereka bertaut kemas. Along cuba salurkan semangat kepada Zac melalui tangannya. Semangatlah sangat..
"Fighting!!"Along bagi semangat terakhir sebelum naik ke atas kerusi pengadil yang tinggi tu. Dia nak sangat Zac menang. Dia berani bagi idea ni sebab dia tahu Zac akan berjaya kalahkan Kay. Bila Kay dah beristeri nanti,takdelah Kay mengacau rumah tangga orang lagi.
Semua penyokong di tepi gelanggang memberi fokus pada mereka berdua. Kebanyakannya menyokong Zac. Aqef dengan Aqil aje yang sokong Kay. Nampaknya mereka memang nak sangat tengok Kay kahwin walaupun mereka tidak tahu yang Kay dan Zac ada alasan tersendiri mengapa mereka ingin menang.
"Dalam kiraan satu..dua.." Along memulakan perlawanan. Zac dan Kay dah kelihatan bersedia. Mereka saling berpandangan seperti kilat menyambar. Seolah olah ini pertarungan hidup dan mati mereka.
"..tiga! Start!!" Wisel dibunyikan.
Perlawanan badminton yang menyaksikan juara bertahan Zachrul Hadiff menentang Khayrul Hariff dimulakan. Kay bagi pukulan dulu.
Semua mata terus fokus pada mereka berdua. Nampaknya perlawanan pada set pertama sudah menjadi sengit apabila kedua duanya masih belum meraih sebarang skor meskipun sudah 15minit masa berlalu. Bersungguh sungguh mereka berdua cuba pertahankan kejuaraan. Dah macam menyaksikan perlawanan antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan yang ingin merebut Piala Thomas pulak.
Mata pertama diraih oleh Kay apabila Zac tidak sempat membalas smash Kay. Semua penyokong Zac kelihatan kecewa. Nama Zac terus dilaung oleh Ara dan Abang Farez. Aqef dengan Aqil pula terpekik pekik sebut nama Kay. Suasana dah jadi riuh rendah.
Perlawanan semakin tegang bila Kay terus menerus meraih skor selepas Zac gagal membalas smash Kay buat kali pertama tadi. Selepas 50 minit mereka bermain dalam set pertama,akhirnya perlawanan di set pertama tamat dan menyaksikan Kay menang dengan skor 17-21.
Hana terus mendekati Zac. Dia hulur air pada Zac kemudian dia mengelap peluh,leher,muka dan lengan Zac dengan tuala. Baru set pertama dah keluar banyak peluh.
Zac meneguk air. Along turun dari kerusi pengadil. Dia pergi dekat Zac. Hai.. nampak sangat pengadil sokong Zac.
"Angah.. asal ni? Lembik je."tegur Along.
"Kay tu serius gila lah Along. Tak pernah lagi Angah lawan dia macam ni. Bersemangat betul!"komen Zac. Dia boleh rasa setiap pukulan yang Kay lepaskan tu seolah olah Kay ingin marah dan menumbuknya.
"Kalau macam tu Angah kenalah lebih semangat lagi. Takkan Angah nak biarkan aje Kay menang mudah macam tu. Flashback balik apa yang Kay dah buat pada Angah." Along bagi kata kata semangat.
Hana dah kerut dahi.
"Kay buat apa?"Hana tanya. Macam pelik aje perbualan mereka.
Along baru perasan yang Hana turut ada di situ. Zac angkat bahu.
"Ye la.. Kay dah buat Angah kalah kan?" Along buat alasan.
Hana angguk percaya.
"Jangan risaulah. Ada dua game lagi kan. Abang buat elok eloklah. Hana memang nak sangat Kay tu kahwin sebab Hana nak suruh dia kahwin dengan kawan Hana."ujar Hana senyum senyum.
Bila Along bagi cadangan tu tadi,di fikirannya terus terbayangkan Atiq. Mesti seronok kalau dia boleh satukan Atiq dengan Kay. Atiq mesti excited gila!
Along dengan Zac sama sama tengok Hana. Oh yeah..nampaknya mereka memang nak sangat Kay kahwin.
"Atiq?"agak Zac.
"Eh..macam mana abang tau?" Hana dah naik hairan.
"Abang baca emel Hana." Zac mengaku. Hana tumbuk dada Zac perlahan.
"Tak baik."
Kay turut teguk air dalam botol dengan mata tengok Hana dan Along yang asyik duk bagi semangat dekat Zac. Dia pulak dapat semangat daripada si kembar ni aje.
"Pak ucu buat betul betul tau. Kalau pak ucu menang,Aqef bagi coklat okey?"macam tu lah sokongan yang teramat childish yang dia terima. Tapi at least ada juga yang menyokongnya walaupun semangatnya tak pernah naik disebabkan sokongan itu.
"Okey,set kedua!" Along naik balik atas kerusi pengadil. Larat betul dia memanjat kerusi bertangga tu. Kalau terjatuh,tak ke pengsan nanti. Tak pasal pasal kena cari pengadil lain.
Wisel dibunyikan buat kali kedua. Sorakan kembali kedengaran. Perlawanan bersambung. Game kedua ini menyaksikan Zac kembali bangkit. Zac mendahului Kay dengan mata 13-9. Game kedua mengambil masa lebih lama daripada game pertama kerana kedua dua pemain begitu bersemangat sekali seolah olah bermain di final. Dua dua tak nak mengaku kalah.
Selepas sejam setengah,game kedua tamat. Zac pula menang dengan skor 21-16 . Kay minta Along terus sambung perlawanan itu tanpa berehat. Dia begitu bersemangat nak kalahkan Zac walaupun dia kalah di game kedua. Mungkin kekalahan itu menaikkan lagi semangatnya.
Semangat Kay untuk kalahkan Zac semakin berkobar kobar. Zac pula kembali bangkit bila dia teringat semula apa yang Kay buat pada Hana di bilik tidurnya semasa Hana pengsan. Peristiwa itu menaikkan semangatnya untuk terus berjuang sehingga ke titisan akhir..
Game ketiga iaitu pusingan penentu dimulakan. Zac berlawan seperti singa ingin membaham mangsanya. Dia melepaskan amarahnya kepada Kay melalui smash. Kay hanya mampu bertahan aje bila Zac terus terusan menyerangnya dengan smash. Dia pun tak tahu macam mana Zac tiba tiba jadi begitu bersemangat seperti api yang membara.
Semua penyokong dah berdebar debar menantikan keputusan akhir. Pukulan Zac semakin kencang dan kuat sehingga tali raketnya putus selepas dia mendahului Kay dengan skor 15-7. Kay sudah jauh ketinggalan di belakang.
Kay teguk air lagi sementara menunggu Zac menukar raket baru. Nafasnya turun naik akibat keletihan. Perlawanannya dengan Zac pada round ketiga menyedarkannya bahawa Zac memang betul betul jaguh dalam bermain badminton.
Zac begitu tangkas dan pantas membalas pukulannya. Pergerakannya juga lincah sehingga dia sendiri tidak sempat membalas pukulan Zac kerana terlalu pantas.
Pada matanya,bulu tangkis dah nampak seperti peluru berapi yang tidak berhenti henti menyerangnya sehingga dia kecundang pada pertengahan round ketiga ini. Zac tak berhenti henti menghantar smash padanya. Pukulan Zac begitu kencang sehingga tidak memberi peluang kepada dia untuk bernafas.
Perlawanan bersambung semula selepas Zac dapat raket baru. Baru aje Kay melepaskan bulu tangkis,Zac terus bagi dia membalas dengan bersemangat. Nampaknya semangat Zac masih belum luntur. Dia langsung tidak nampak penat walaupun nafasnya kelihatan turun naik. Zac benar benar ingin melihatnya kecundang. Dia langsung tidak memberi peluang kepada Kay untuk membuat smash.
Hana yang berada di tepi gelanggang merapatkan kedua dua tangannya bawah dagu erat erat apabila Zac hanya memerlukan dua mata lagi untuk menang. Pada pemerhatiannya saat ini,Kay sudah tidak mampu mengutip mata lagi selepas peroleh skor 13 sebab lepas tu Zac aje yang dapat mata. Kay diserang bertubi tubi.
Selepas beberapa pukulan, Zac terus melontar raketnya ke udara apabila dia berjaya menumpaskan lawannya. Sorakan bergema di banglo mewah itu apabila Zac berjaya menewaskan Kay dalam game penentuan dalam masa 40minit dengan skor 21-13.
Kay melemparkan raketnya ke tanah dengan perasaan geram. Dia duduk mencangkung atas gelanggang lepas tu terus rebahkan badannya ke lantai gelanggang. Dadanya tercungap cungap. Rambutnya dibasahi dengan peluh. Tangan dan kaki didepangkan.
Ahhh!! Kay jerit dalam hati. Lengannya diletak atas dahi. Macam mana dia boleh kalah dengan Zac dengan begitu memalukan sekali? Dia jauh ketinggalan lapan mata di belakang Zac.
Zac menjirus air atas mukanya yang didongakkan itu. Menghilangkan rasa panas yang membahang pada mukanya. Mukanya merah menyala dek kerana terlalu panas. Nasib baiklah dia cuma memakai baju t-shirt tanpa lengan. Tak perlu dia nak singsing lengan baju macam Kay. Hana pula asyik mengelap peluh peluh suaminya.
"Abang teror gila! Hana tak pernah menyaksikan perlawanan sengit macam ni tau!! Live pula tu."puji Hana.
Zac sengih je.
Abang Farez,Along,Ara dengan si kembar terus meluru ke arah Zac. Kay ditinggalkan terkontang kanting seorang diri. Nasiblah bila dapat penyokong tak setia. Zac terus dikerumuni oleh penyokong penyokongnya.
"Pak ngah daebak!!!"jerit Ara. Aqef dengan Aqil dah melompat lompat di sekelilingnya. Meraikan kejayaannya lah kononnya.
"Angah..serius Abang tak pernah tengok perlawanan badminton macam ni. Angah boleh jadi pemain international tau tak?!! Boleh mengalahkan Lin Dan. Malah boleh gantikan tempat Lee Chong Wei yang nak bersara tak lama lagi. Hebat betul kau!!"melambung tinggi Abang Farez memuji Zac.
"Hesh abang ni! Janganlah nak samakan saya dengan LCW. Dia lagi teror lah."Zac merendah diri. Ada ke patut Abang Farez samakan dia dengan pemain badminton nombor satu dunia tu? Memang jauh beza. Agak agaklah nak melawak pun abang oi!
Dia sendiri pun tak sangka dapat bermain setangkas tu. Sebenarnya emosinya yang buat dia jadi semangat macam tu sekali. Tiba tiba dia boleh rasa lega lepas dapat menewaskan Kay,seolah olah kemarahannya pada Kay dilepaskan melalui pukulan dan smashnya.
Along tepuk bahu Zac.
"Macam tu lah adik Along."
Zac senyum. Dia tengok Kay yang masih terbaring atas gelanggang tu. Mesti Kay kecewa teramat sangat. Jangan dia menangis sudah.Bersalah pula bila bermain terlalu kasar dengan Kay padahal ini cuma perlawanan suka suka aje. Nak buat macam mana,dia dikawal dengan emosi saat itu. Zac pergi dekat Kay.
Dia hulur tangan.
"Kay.."
Perlahan lahan Kay jatuhkan lengannya dari atas dahi. Dilihatnya Zac sedang berdiri sambil hulur tangan padanya. Dia teragak agak nak sambut tapi dia sambut juga. Dia bangun.
"Tahniah."ucap Kay.
"Kau jugak. Kita dah sama sama main yang terbaik."
Kay senyum kelat. Dia lepaskan tangan Zac kemudian berjalan ke luar gelanggang.
Mengapa dia selalu tewas dengan Zac? Dia tewas dalam pertahankan cintanya. Dia tewas dalam mengembalikan maruahnya. Dia tewas dalam segala galanya. Zac selalu berada di hadapannya. Adakah kerana Zac abangnya atau kerana dia yang begitu lemah? Ahh!!!
"Kay.." Zac panggil dari kejauhan. Kay berpaling.
"Selamat pengantin baru."ucap Zac sambil senyum.
Kay geleng kepalanya dengan wajah sinis. Zac memang sengaja mengejeknya..
Share this novel