Bab 13

Romance Series 10367

Hana menolong Mak Yam dan beberapa pembantu lain menyiapkan sarapan pagi. Dia sudah biasa menolong Mak Yam di dapur ketika bekerja di sini dulu.
Sekarang papa dah mengambil beberapa orang pembantu rumah untuk menolong Mak Yam di rumah. Kata papa,dia buat begitu sebab ahli keluarga dalam rumah ni bertambah ramai.
Jadi takkan nak biarkan Mak Yam yang dah tua tu buat semua kerja sorang sorang. Lagipun pembantu pembantu baru itu semuanya lagi muda daripada Mak Yam. Senang sikit Mak Yam nak buat kerja.
Hana meletakkan hidangan yang sudah siap di meja makan yang panjang itu. Meja panjang tu boleh memuatkan sepuluh orang semuanya. Sesuai dengan bilangan ahli keluarga yang ramai dalam rumah ni.
Meja untuk kanak kanak pula diletak berasingan supaya senang untuk uruskan pemakanan mereka.Tetapi kadang kadang budak budak ni selalu juga makan semeja dengan mereka. Along pun terpaksa juga upah pengasuh untuk anak anak dia lagi.
Sebenarnya untuk menjaga Mia yang masih kecil tu je. Tapi alang alang dah jadi pengasuh,baik jaga semua.
"Wah.. rajinnya Hana tolong hidang makanan." Along yang baru turun menegur ketika dia sampai di meja makan. Diikuti pula dengan Abang Farez dibelakangnya. Kedua dua mereka lengkap berpakaian formal untuk ke pejabat.
Hana senyum.
"Eh.. takdelah. Tolong ala kadar aje." Hana merendah diri.
Along dan Abang Farez dah duduk atas kerusi bersebelahan.
"Awal Hana bangun."tegur Abang Farez pula.
"Hana memang dah biasa bangun awal. Dulu mak selalu paksa Hana bangun awal pagi. Dia tak bagi Hana tidur lepas subuh. Dia cakap nanti rezeki tak masuk."ujar Hana panjang lebar.
Mak dah balik Melaka dengan bapa saudaranya selepas majlis perkahwinannya berakhir. Mama ada juga suruh mak tinggal dekat sini lama sikit.
Tapi mak cakap dia rindu nak balik kampung,tengok rumah. Lagipun dah lama dia menetap kat KL ni. Mama terpaksa ikut aje lah.
"Malu pulak kitorang. Kitorang selalu bangun lewat."ujar Along sambil tengok suaminya. Abang Farez angkat bahu je.
"Eh.. Hana tak bermaksud nak perli korang pun. Hana cuma kongsi apa yang mak Hana selalu pesan je. Lagipun.. memang patutlah korang selalu bangun lewat.
Korang kan kerja sepanjang masa. Mesti penat. Lainlah Hana. Hana tak busy sangat pun. Tolong tolong mama dekat butik je. Takdelah penat sangat macam korang." Hana cuba menjelaskan situasi.
Takut pula mereka salah anggap dan beranggapan yang dia ni macam baik sangat.
Abang Farez dengan Along senyum je dengar Hana bagi penjelasan. Nampak serba salah pula Hana.
"Kami tak kisah kalau Hana cakap macam tu. Jangan Hana ingat kitorang nak kecil hati pulak. Kitorang okey aje." Along cuba sedapkan hati Hana yang dah nampak gelabah tu.
Hana buat buat sengih. Nasib baik diorang ni sporting je.
"Meh la duduk makan sekali."ajak Abang Farez.
"Hana tunggu semua orang turun dululah. Nanti makan sekali."
Abang Farez angguk.
"Cik Abang dah bangun?"usik Abang Farez.
Baru je Hana nak jawab,dia nampak Zac dah menuju ke dining room.
"Dah." Zac tolong jawab. Dia tarik kerusi lantas duduk berhadapan dengan kerusi kosong di sebelah Along. Biasanya mama yang duduk sebelah Along. Papa pula duduk di kepala meja antara dia dan mama.
Selepas Zac turun,papa,mama dan Kay mula kelihatan turun sekali. Masing masing dah pegang briefcase dan beg sendiri. Kot pula gantung atas lengan.
"Good morning."sapa mama.
"Good morning."jawab mereka yang dah ada di meja makan. Hana masih berdiri.
Masing masing mengambil tempat sendiri. Kay duduk selang satu kerusi dengan Zac. Dia tahu agaknya di sebelah Zac tu Hana. Jadi dia tinggalkan tempat kosong. Dia pun duduk sebelah Hana jugalah maknanya. Hana diapit dengan dua beradik tu.
"Hana,kenapa tak duduk?"mama tanya lepas semua orang dah duduk. Hana masih berdiri di tepi meja.
"Hana nak pergi ambil jag air dulu."
Belum sempat Hana nak masuk dapur semula,papa dah tegur.
"Hana.. tak payah. Hana duduk. Biar semua kerja tu orang gaji yang buat. Kalau tak,takde guna papa gaji mereka semua. Duduk."arah papa.
Hana terpaksa ikut bila papa dah arah dengan muka yang tegas tu. Dia tarik kerusi sebelah Zac. Semua orang kat meja tu berpakaian formal kecuali dia. Segan pula.
Syif kerja dia dekat butik mama bermula sebelah petang pula memandangkan sudah ramai yang menjaga butik pada sebelah pagi. Sebab tu dia tak bersiap lagi.
Pembantu pembantu rumah mula menyediakan makanan untuk mereka bila semua dah berkumpul. Dari letak nasi goreng atas pinggan sampailah tuang air dalam gelas masing masing.
Semuanya pembantu pembantu tu yang buat. Mereka di meja makan ni cuma tunggu untuk makan je. Dah macam raja pulak layanan yang diberikan kepada mereka.
Tapi memang patutlah. Gaji diorang lumayan kot papa bagi. Semua dah letak napkin atas paha masing masing.
"Err.. Kak Sya.. Biar Hana yang buat untuk Abang Zac."Hana pelawa bila salah seorang pembantu rumah yang bernama Kak Sya tu nak tuang air pada gelas Zac.
Kak Sya teragak agak nak bagi. Takut papa marah agaknya. Tapi Hana terus bangun dan ambil jag air kosong tu dari tangan Kak Su. Kak Su terpaksa bagi.
Semua mata dah tengok Hana yang tengah tuang air dalam gelas Zac tu. Zac pun tengok dia juga. Macam terkejut je reaksi dia.
Pelik betul mereka. Isteri tuang air untuk suami pun terkejut ke? Tu kan benda basic. Takkan isteri isteri dalam rumah ni tak buat macam tu pada suami suami mereka? Sebenarnya nak tuju pada Along dengan mama.
"Alalala.. Sweetnya.. Tuang air untuk cik Abang." Along kat depan Hana mengusik.
Hana senyum.
"Tuang air untuk suami kan dapat pahala."ujar Hana.
Semua di meja dah berpandangan sesama sendiri. Zac senyum bahagia.
"Thanks honey.."ucap Zac sambil senyum. Hana balas senyuman tu.
"Isteri kitorang tak pernah pun buat macam tu. Semua Mak Yam yang buat.Kan,pa?"suara Abang Farez bunyi macam cemburu.
Papa angkat kening sambil ketawa. Mama dengan Along dah jeling suami mereka. Hana senyum je. Patutlah.. Ruginya.. pahala tu..
"Perli lah tu."ujar Along perlahan dekat suami dia.
"Tau takpe."
Along cubit pinggang Abang Farez.
"Ooouucchh.. Sakitlah." Abang Farez dah mengaduh kesakitan.
Semua orang gelak kecuali Kay. Dia buat tak tahu je dengan perbualan mereka.
"Bertuah Angah dapat isteri macam Hana."puji mama.
Hana tersipu malu.
"Angah pun." Zac mengiakan kata kata mama. Dia tengok Hana yang dah tertunduk malu tu sambil senyum bangga bila isteri dia kena puji.
"Bertuahlah sangat kalau rampas milik orang."Kay sindir sambil suap nasi goreng dalam mulut dia dengan selamba.
Senyuman Zac mati. Mukanya berubah riak. Begitu juga dengan semua yang ada kat meja tu. Diorang dah tunjuk riak kurang senang dengan kata kata Kay tu. Suasana di meja tu tiba tiba berubah suram.
Kay gelak tiba tiba.
"Asal korang serius sangat? Orang gurau ajelah."dia senyum tapi nampak macam mengejek.
Semua orang dah buat muka menyampah. Mama dengan papa geleng kepala dengan mulut laser anak bongsu mereka tu.
"Korang bila nak pergi honeymoon?"Along kembali memecahkan kesunyian. Cuba mengabaikan kata kata adik bongsu dia yang kedengaran agak kurang ajar tu.
Along tengok Hana. Hana tengok Zac. Tiba tiba pula muka Zac berubah keruh. Mesti sebab kata kata Kay tu dah mengguris perasaan dia.
"Err.. Hana.. Hana ikut Abang je."
Zac berhenti mengunyah. Dia tengok Hana lepas tu tengok family dia pulak yang dah menunggu jawapannya.
"Angah rasa buat masa ni kitorang tak boleh pergi honeymoon lagi. Kami ada projek besar yang kena uruskan kat syarikat. Kan pa?" Zac minta pandangan papa.
Papa angguk.
"Ya. Baru papa ingat. Kalau bukan disebabkan projek tu,mesti papa dah bagi Zac cuti untuk pergi honeymoon."papa setuju dengan kata kata Zac.
"Papa ni.. tangguhkan dulu projek tu. Ni anak kita baru je berkahwin. Bagilah dia rasa nikmat berbulan madu dengan isteri dulu. Mereka kan pengantin baru."mama menyangkal projek mereka.
Tak puas hati agaknya bila Zac dah kena paksa kerja lepas kahwin.
"Bukan papa tak nak tangguh ma. Tapi projek tu melibatkan negara luar. Papa tak boleh tangguh macam tu aje. Nanti bila projek tu selesai,papa akan bagi tiket honeymoon pada Zac sempena hadiah perkahwinan dari papa.
Hana.. Zac.. papa minta maaf sebab terpaksa tangguh honeymoon kamu. Maafkan papa juga sebab terpaksa curi Zac dari Hana untuk seketika."jelas papa. Mama dah senyum dengar penjelasan suaminya.
"Hana okey kan?"mama tanya.
"Hana okey aje. Hana tak kisah. Susahkan papa pula kena beli tiket untuk kami." Hana dah serba salah.
"Mana ada menyusahkan. Anggap aje tu semua hadiah perkahwinan dari papa. Nanti papa akan uruskan semua pasal honeymoon kamu berdua. Ya?"
Hana terpaksa angguk. Segan pula bila papa layan mereka macam tu.
"Thanks pa."ucap Zac.
"Uhukk.."
Hana tiba tiba tersedak.
Zac dan Kay terus menghulur air pada Hana secara serentak. Hana dah termangu. Dua lelaki di sebelahnya sedang menghulurkan air untuknya. Hana jadi serba salah nak ambil yang mana. Sebelah kanan,suaminya.Sebelah kiri pula,kawan karibnya.
Family mereka perhati je mereka bertiga.
Hana putuskan untuk mengambil gelas Zac sebab kedudukan seorang suami lebih tinggi daripada seorang kawan. Baru je Hana nak angkat tangan untuk ambil gelas Zac,Zac tarik balik hulurannya. Macam bagi peluang dia ambil air Kay pula.
"Hana,air." Kay masih hulur gelas dia.
Macam tak peduli dengan tindakan Zac. Patutnya dia yang kena mengalah. Tapi ni.. Zac pula mengalah.Hana teragak agak nak ambil tapi dia terpaksa ambil juga.
"Thanks." Hana minum air perlahan lahan.
"Kau dah okey ke?"Kay tanya lepas Hana siap minum.
Hana angguk.
"Dah."
Kay ambil napkin dia lepas tu lap mulut Hana dengan napkin tu. Hana terkejut dengan tindakan Kay yang tiba tiba tu.
"Apa kau buat ni?" Hana cepat cepat tepis tangan Kay.
Dia sempat jeling Zac. Zac macam buat tak tahu aje. Dia terus mengunyah tanpa pedulikan apa yang berlaku.
"Comotlah."jawab Kay selamba. Dia buat tak peduli aje dengan mata mata yang dah memandang pelik pada mereka berdua.
"Aku boleh buat sendiri."Hana marah perlahan.
Nak bagi Kay dengar je tapi dia tahu Zac pun dengar juga. Apasal dengan Kay ni? Sengaja tempah bala ke? Depan family dia kot. Agak agaklah.
"Aku nak tolong ajelah. Janganlah marah."Kay menjawab lagi.
Hana dah jeling. Dia lap mulutnya dengan napkin sendiri. Macam mana boleh comot ni?
Kay tengok keluarganya. Sekali lagi mereka renung dia dengan pandangan yang kurang menyenangkan. Kay tergelak lagi.
"Hey..tak perlulah korang buat muka macam tu. Jangan salah faham okay. Orang tolong Hana sebab orang dah anggap dia macam kawan. Bukan macam tunang dia lagi. Tak payah serius sangatlah."Kay bagi penjelasan. Sekali lagi senyuman dia nampak seolah olah mengejek.
"Kau pun angah. Tak payah nak jealous."Kay cakap dekat Zac.
Zac senyum sinis. Dia tengok Kay.
"Kau jangan risau. Aku tak jealous pun sebab kau cuma layan dia macam kawan aje kan?"jawab Zac.
Dia dan Kay berbalas pandangan macam panahan petir yang saling sabung menyabung. Hana yang duduk antara mereka berdua dah rasa macam perang nak meletus.
"Baguslah kalau Kay dah anggap Hana macam kawan. Takdelah mama fikir bukan bukan pula bila Kay layan Hana macam tu."mama nampak percaya dengan kata kata Kay.
"Betul tu."papa pula mengiakan kata kata mama.
"Abang pun gembira bila Kay buat macam abang suruh."kali ni,Abang Farez pula percaya dengan sandiwara Kay.
Kay dah senyum senyum. Nampaknya dia berjaya buat semua orang percaya yang dia dah anggap Hana macam kawan kecuali.. Along.
"Boleh percaya ke? Mana tau tu cuma motif kau nak bermesra dengan Hana??" Along perli tanpa tengok Kay.
Kay senyum je. Setakat Along sorang,apa kisah.
"Along.. Apa pula cakap macam tu. Sepatutnya kita gembira bila Kay dah boleh anggap Hana macam kawan semula. Tu maksudnya dia dah boleh terima yang Hana isteri Angah."mama tegur Along.
"Dah lah ma. Along dah lewat ni. Along kena pergi dulu. Bang.. sudah sudahlah makan tu. Kita dah lambat ni." Along yang dah bangun terus tarik lengan suaminya.
"Abang tak selesai makan lagilah."Abang Farez bagitau sambil menyudu nasi ke mulutnya.
"Dah!! Kita makan kat sana aje nanti!!" Along paksa Abang Farez bangun juga. Dia tarik Abang Farez sampai Abang Farez terpaksa letak balik sudu dia.
Along terus salam dan cium pipi mama dan papa. Begitu juga Abang Farez.
"Kami pergi dulu."sempat Abang Farez cakap sebelum dia kena tarik lagi dengan isterinya tu sampai pintu utama.
Semua orang dah pelik bila tengok Along tiba tiba moody. Takkan disebabkan Kay layan Hana macam 'kawan' tu buat dia jadi macam tu?
Kay sengih sinis. Memang itulah rancangannya. Biar semua orang fikir yang dia dah anggap Hana kawan tapi sebenarnya dia cuma gunakan perkataan 'kawan' tu sebagai taktik untuk dia bermesra dengan Hana balik. Hana tak boleh layan dia sebagai tunang tapi Hana boleh layan dia sebagai kawan.
Dari perspektif Hana,dia tu cuma kawan macam dulu. Tapi dari perspektif dia,Hana masih buah hatinya. Tak kisahlah kalau Hana tu dah jadi isteri orang sekalipun.
Hana akan selalu terpahat dalam hati dia. Takde siapa boleh gantikan cintanya pada Hana dalam hatinya.

***************************

Zac letak siku lengan kanan dia atas penghadang pintu manakala tangan kiri mengawal stereng kereta.
'Bertuahlah sangat kalau rampas milik orang.'
Kata kata Kay masih terngiang ngiang di telinganya. Dia tahu Kay sengaja menyindirnya. Apa yang Kay cuba cakap sebenarnya? Dia nak cakap aku ni perampas ke? Dia masih ingat aku rampas Hana daripada dia ke?
Zac geleng kepala.
Nampaknya Kay masih tak dapat terima kenyataan yang Hana dah menjadi miliknya. Dia ingatkan Kay dah redha dengan semua tu lepas mama bagi tazkirah panjang lebar dekat dia. Rupa rupanya masih sama.
Jadi..tu lah motif dia nak berkawan dengan Hana semula? Dia cuba pengaruhi semua orang dari segi kata kata tapi perbuatannya jelas menunjukkan dia cuba bermesra dengan Hana atas nama 'kawan.
Kay memang sengaja nak dia tahu yang dia masih cintakan Hana. Dia memang sengaja nak aku sedar yang aku ni perampas. Tak guna!!
Zac terus memecut laju kereta peugeotnya membelah lebuh raya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience