BAB 1

Romance Series 10367

Suasana di McDonald agak padat kerana dipenuhi ramai pengunjung. Maklumlah, hujung minggu. Ramai pulak manusia datang melepak kat sini. Kebanyakannya pelajar pelajar daripada universiti dan kolej kolej yang berdekatan. Riuh rendah suasana di McDonald dengan suara dan hilai tawa mereka.

"Haihh.. Mana pulak si Kay ni? Dah sejam lebih tunggu tak nampak batang hidung pun."Atiq tengok jam kat tangan. Dia dah tak boleh duduk diam. Boleh berasap punggung dia duduk atas kerusi ni lama lama.

"Sabar je lah, Tiq. Janji dia boleh datang." Hana cuba tenangkan Atiq sambil menghirup air pepsi. Dia pun sebenarnya dah tak boleh sabar tunggu lama lama macam ni. Tapi kalau dia dan Atiq, dua dua tak boleh sabar, boleh jadi diorang dah blah dah dari McD ni sekarang. Cancel date dengan Kay.

"Sabar sabar jugak Han. Tapi kalau dah dekat dua jam tunggu tak nampak bayang pun lagi, aku blah ajelah." Atiq mulai hilang sabar. Dari tadi leher dia memanjang aje cari kelibat Kay. Dah macam leher zirafah pulak jadinya.

"Hish kau ni. Chill la. Bukan selalu kita dapat jumpa bertiga macam ni. Alang alang dah dapat jumpa ni, better jangan sia siakan. Lepas ni entah bila lagi boleh buat reunion sebab masing masing dah busy dengan kerja. Tengok macam aku ni. Relax je." Hana hirup air pepsi lagi. Ni gelas kedua dia order pepsi sebab lama sangat tunggu si Kay tu. Boleh kena penyakit buah pinggang aku ni.

"Relax lah sangat. Kau tu dah dua gelas pepsi habis apa cerita? Kau jangan minum banyak sangat air bergas Han. Tak baik untuk kesihatan."sempat Atiq mengingatkan Hana.

"Ye. Aku tau lah. Dah nak buat macam mana. Aku haus. Ni je minuman favourite aku kat McD ni."Hana kunyah ais kiub macam biskut.

"Hish,tak boleh jadi ni. Aku blah dulu lah."Atiq dah bangun. Hana pantas tarik tangan Atiq.

"Alaa kau ni.. Sabar sikit boleh tak? Kejap lagi datang la mamat tu. Entah sekarang dia tengah stuck dalam jam ke apa mana tau. Kalau dia tak boleh datang, mesti dia dah call ke, text ke. Relax, okey?" Hana tarik tangan Atiq supaya duduk semula.

Atiq mendengus kasar tapi dia duduk jugak. Dia putar topi sudu ke belakang. Kaki kanan diletakkan di atas kepala lutut kaki kiri. Dia memeluk tubuh. Muka masam mencuka. Itulah Atiqah, si gadis tomboy.

"Tunggu buah hati pun tak boleh sabar ke?"perli Hana perlahan.

Sepantas kilat Atiq pusing kepala 15 darjah.

"Apa kau cakap? Buah hati?"Atiq dah tunjuk muka bengang.

"Kenapa? Dah tak nak mengaku Kay tu buah hati kau ke?"usik Hana berani.

"Bila masa pulak aku cakap yang si Kay tu buah hati aku?"

"Masa sekolah dulu. Ke kau dah tak minat dekat dia?"

Muka Atiq berubah keruh. Dia gigit straw.

Cerita 8 tahun lepas terpampang di ruang matanya. Dia ingat lagi dulu dia selalu mengintip ketua pelajar sekolah yang jadi kegilaan semua pelajar perempuan kat sekolah tu. Khayrul Hariff.. tu lah nama ketua pelajar yang segak lagi tampan itu. Dia tu lelaki kacukan Melayu-Inggeris. Anak orang kaya pulak tu. Sebab tu lah ramai yang minat kat dia. Atiq pernah simpan niat nak kenal dengan ketua pelajar tu tapi macam takde chance sebab Kay tu selalu sibuk ke hulu ke hilir. Maklumlah.. ketua pengawas merangkap ketua pelajar. Mana duduk relax macam dia. Sampai ada masa skodeng orang.

Tapi siapa sangka, niatnya nak kenal dengan Kay tu berjaya juga bila Hana yang juga seorang pengawas sanggup tolong dia 'usyar' Kay tu untuk kenal dengan dia. Tu pun sebab Hana kena paksa dengan dia. Nasib baiklah Hana dengan Kay tu satu kelas. Mereka berdua pun dah lama berkawan sebab dah selalu sangat berurusan bersama dalam organisasi pengawas. Dia pula dari kelas aliran berbeza. Sebab tu dia asyik menghendap Kay aje. Dari situlah dia dengan Kay kenal.

Dia ingat lagi yang dia selalu cakap kat Hana yang Kay tu buah hati dia sebab dia dah fanatic gila dengan Kay. Dan dia rasa Kay pun perasan yang dia suka kat Kay sebab setiap kali mereka bertiga keluar bersama, Atiq selalu pandang Kay tanpa rasa malunya. Kay pulak yang malu. Walaupun Kay macam tahu yang dia suka kat Kay tapi Kay macam buat tak tahu je.

Perasaan suka Atiq dekat Kay bertambah mekar bila mereka bertiga dapat melanjutkan pelajaran dekat matrikulasi yang sama. Tapi perasaan tu hilang lepas dia dapat tahu yang selama ni Kay suka kat Hana. Setahun mereka di matrikulasi, Atiq perasan yang Kay macam lebih pedulikan Hana daripada dia. Kay suka tengok Hana daripada dia.Tapi Hana macam tak tau yang Kay suka dia. Jadi lah cinta tiga segi dalam persahabatan mereka. Dari situlah dia mula kurang berminat dekat Kay tapi dia tetap berkawan dengan Kay dan Hana walaupun dia patah hati. Takkan dia nak putuskan persahabatan mereka hanya kerana cinta. Kan?? Lagipun cintanya terhadap Kay tu hanya cinta monyet. Cinta remaja yang baru ingin kenal cinta.

Hana petik jari depan batang hidung Atiq.

"Tiq, kau dah kenapa mengelamun ni?"

Atiq tersedar. Panjang jugak dia flashback cinta monyet dia tu. Atiq menggosok belakang lehernya.

"Tu dulu. Sebelum aku tahu yang dia suka kau."bisik Atiq perlahan dengan suara sayu. Dia sebenarnya menjawab soalan Hana tadi.

Hana dah buat muka pelik. Mungkin dia dah lupa dengan soalannya sendiri sampai tak faham apa yang Atiq cakap.

"Apa benda yang kau merepek ni? Siapa suka kat aku?"soal Hana pelik. Atiq tersedar buat kali kedua. Kali ni tersedar sepenuhnya.

"Takde apalah. Mana Kay ni?"Atiq cuba sembunyikan perasaannya.

Biarlah Kay sendiri beritahu Hana yang dia suka kat Hana. Tak perlu dia masuk campur. Kalau tak, hubungan persahabatan mereka mungkin terjejas. Aku suka kat Kay, Kay suka kat Hana. Ha elok sangatlah tu. Macam mana pengakhiran kisah cinta kitorang agaknya. Lebih baik aku undur diri dari kisah cinta monyet aku tu. Kalau tak, aku jugak terseksa nanti.

"Hah, tu pun Kay!!" Hana menelunjuk ke arah pintu masuk McDonald. Dia nampak kepala Kay macam melilau lilau cari mereka. Hana lambai tangan dekat Kay. Baru Kay perasan. Terus Kay datang kat meja mereka.

"Hi,girls!! Sorry, I'm late. Dah lama ke tunggu?" tu ayat pertama Kay sebaik dia sampai.

Atiq dah buat muka.

"Sikit lagi dagu aku ni nak berjanggut." Atiq menjeling geram. Kay merapatkan kedua dua tangannya.

"Alaa.. sorry lah. Jam teruk tadi." Kay minta maaf. Atiq sengih sinis.

"Dah lah. Kay dapat datang pun dah kira okey tau. Duduklah Kay."pelawa Hana.

Kay duduk antara Hana dan Atiq di meja bulat tu.

"Kau marah ke Tiq? Aku minta maaf sangat sangat. Aku sendiri pun tak expect jalan jam teruk hari ni."Kay pujuk Atiq lagi bila tengok muka Atiq masih masam mencuka.

Atiq malas tengok muka Kay.

"Whatever lah."

Kay berasa bersalah.

"Alaa,sorylah Tiq.."rayu Kay. Atiq buat derk je.

"Dah lah Kay. Kau tak payah layan sangat Atiq ni. Atiq tu saja je buat buat merajuk. Dia nak bermanja dengan kau lah tu. Dia kan dah lama tak jumpa dengan kau. Rindulah tu. Lagipun takkan kau tak kenal si Atiq ni. Minah ni bukan penyabar orangnya.

Kau pun satu Kay. Dalam kau terperangkap dalam jam tu, tak boleh ke kau text dulu ke,call ke bagitau yang kau datang lewat. Nasib baik aku sempat halang Atiq ni daripada balik. Kalau tak, kita berdua je date hari ni."bebel Hana.

"Apa salahnya kalau korang berdua je date. Mesti lagi seronok."Atiq macam berjauh hati. Tiba tiba pulak dia jadi emo.

"Apa kau cakap ni? Tak bestlah kalau takde kau."

"Tapi Kay suka."

Dahi Kay berkerut dengar cakap Atiq.

"Mana ada. Kau ni.. Kuat betul kau merajuk dengan aku. Okey, macam ni. Sebagai tanda minta maaf aku, aku belanja kau makan apa aje yang kau nak. Kau order je. Aku bayar. Boleh??" Kay pujuk Atiq.

"On!!"pantas Atiq menjawab.

"Amboi kau.. Ambik kesempatan nampak. Aku nak jugak Kay!!"pinta Hana.

Kay dah gelak.

"Yela. Kau sekali. Dah habis merajuk?"Kay tanya Atiq.

"Dah. Kau apa cerita sekarang? Dah dapat jadi doctor?"

Hana dan Kay berpandangan sesama sendiri melihat perubahan sikap Atiq. Cepat betul berubah angin.

"Belum lagi. Aku kena sambung belajar lagi dalam dua tiga tahun. Kau pun tahu kan untuk jadi doktor ni ambil masa yang panjang untuk belajar. Housemanship lagi."

"Hmm.. Lepas ni dapat gelaran doctor lah kau. Doctor Khayrul Hariff. Macam best je bunyinya."ujar Atiq.

Kay gelak.

"Insyaallah. Semoga dipermudahkan lah semuanya."

"Amin. Kitorang doakan semoga perjalanan kau untuk menjadi seorang doktor berjalan lancar."doa Hana pula. Atiq turut mengaminkan.

"Cakap pasal aku je. Korang pulak macam mana study sekarang? Aku rindu gila tau kat korang. Lama berzaman tak jumpa. Lepas keluar matrik, hari ni baru dapat jumpa. Haru betul!!"

Selepas keluar matrik, dia terpaksa berpisah dengan Hana dan Atiq kerana dia mendapat tawaran di universiti tempatan yang lain dalam jurusan perubatan. Hana dengan Atiq pula sekali lagi ditakdirkan belajar di tempat yang sama. Sebab tu mereka jarang sangat berjumpa.Masing masing sibuk belajar sampai tak ada masa nak jumpa.

"Tu sebab kau yang busy memanjang. Aku dengan Atiq sekarang dah masuk tahun akhir. Tahun depan kitorang dah grade.Maknanya kitorang habis belajar dulu lah daripada kau. Sekarang kitorang tengah cuti semester. Tak tahu nak buat apa. So, aku plan kita bertiga buat reunion. Ada pulak masa free kau hari ni."beritahu Hana.

"Aku pun tengah cuti sekarang. Tapi kejap aje lah. Cuti hujung minggu. Nanti kena balik kampus semula. Aku minta maaf sangat sangat kat korang sebab takde masa nak jumpa. Ni pun nasib baik kerja tak banyak. Boleh jugak aku jumpa korang."

"Student medic. Biasalah. Asyik busy je memanjang. Tu baru student. Bila dah jadi doctor nanti, entah bila lagi dapat jumpa. Kalau dapat jumpa nanti, mesti masa tu kau dah jadi laki orang."agak Atiq.

Kay ketawa pendek.

"Pandai pandai je korang. Jangan risau. Lain kali kalau aku ada masa free je, aku terus call korang. Kita jumpa. Okey?"

Hana dan Atiq angkat symbol 'ok'.

"Korang cuti berapa lama?"tanya Kay.

"2 bulan."jawab Hana dan Atiq serentak.

"Hmm... Lama jugak. So plan nak buat apa cuti ni?"

"Aku kena buat persiapan untuk majlis kahwin abang aku. Kebetulan pulak dia kahwin masa aku cuti sem."beritahu Atiq.

"Kau pulak bila nak kahwin?" Tanya Kay.

Hana jeling Atiq bila Kay tanya soalan tu dekat dia. Atiq tengok Hana.

"Aku? Aku tunggu orang masuk meminang aje. Tu pun kalau ada orang berkenan dekat aku ni."seloroh Atiq. Hana dah senyum.

"Aku yakin, mesti ada punya orang yang berkenan dekat kau. Asalkan kau ubah penampilan kau tu sikit. Dari seorang tomboy yang maskulin kepada gadis yang feminin. Aku percaya, lepas kau ubah je penampilan kau tu, berduyun duyun lelaki datang nak kat kau."saran Kay.

Dia memang selalu pesan supaya Atiq mengubah penampilannya untuk nampak keperempuanan sikit tapi Atiq menolak. Katanya dia selesa dengan keadaannya begitu. Tambahan pula dia seorang yang kasar.

Kata kata Kay buat hidung Atiq kembang kempis.

"Termasuk kau?"Hana tanya bagi pihak Atiq. Dia tahu Atiq nak tanya soalan tu tapi dia malu.

Kay tersentak dengan soalan tu. Atiq perasan reaksi Kay tu.

Kay angkat bahu.

"Emm..maybe."Kay jawab teragak agak.

Atiq senyum kelat. Patutlah dia suka Hana. Hana dengan dia memang jauh beza dari segi penampilan mahupun sikap. Hana bertudung,dia berambut pendek paras bahu tak bertudung. Hana lembut, dia kasar. Hana penyabar, dia panas baran. Hana pandai jaga hati tapi dia cakap lepas je. Memang patut Kay lebih suka Hana. Mana mana lelaki pun akan pilih Hana daripada dia. Tapi nak buat macam mana. Ini dirinya. Takkan dia nak ubah jadi macam orang lain.

"Dah lah. Tak payah cakap pasal ni lagi. Kau Hana.. Nak buat apa cuti ni?"

Kay cuba ubah topik. Dia tidak selesa dengan topik yang melibatkan hati dan perasaan. Atiq mengeluh perlahan apabila Kay menukar topik.

"Aku ingat nak kerja lah. Cari duit sikit untuk survive hidup aku ni. Aku tak nak lah terlalu bergantung dengan duit mak aku. Mak aku tu dah lah berniaga kecil kecilan je kat kampung. Aku tak nak menyusahkan dia." Hana menyuarakan hasratnya.

Kay dan Atiq angguk.

"Dah jumpa ke kerjanya?"

"Ha tu lah masalahnya sekarang. Belum jumpa lagi. Eh, kalau korang ada jumpa apa apa kerja kosong kat sini, bagitau lah aku. Aku perlukan sangat kerja sekarang ni alang alang tengah cuti ni. Kerja apa pun aku tak kisah asalkan halal. Aku sanggup tau tak balik kampung cuti ni semata mata nak cari kerja kat sini,"Hana berharap.

Dia memang dah bercadang nak kerja cuti sem ni. Dia tak nak terlalu bergantung pada duit niaga nasi lemak maknya. Emaknya terpaksa bekerja sendiri selepas ayah dia meninggal dunia akibat strok beberapa tahun lepas. Dia pulak anak tunggal dalam keluarga. Dia je lah harapan mak dia sekarang. Walaupun dia dapat biasiswa tapi itu masih belum cukup untuk menampung keperluannya di kota metropolitan ni.

“InsyaAllah.”

"Eh baru aku ingat!" Kay tiba tiba bersuara sambil petik jari.

Atiq dan Hana tengok Kay.

"Apa? Kau ada kerja untuk aku?" Hana tanya dengan teruja.

"Ha'ah. Ni hah.. kakak sulung aku. Kebetulan pulak sekarang ni dia tengah cari pengasuh untuk anak anak dia. Kakak aku dengan abang ipar aku tu busy gila sejak kebelakangan ni. Kena outstation sana sini. Takde masa nak jaga anak anak buah aku tu. Dia tak nak hantar anak anak dia tu kat rumah asuhan. Tak berani katanya. Risau anak anak sedara aku tu tak selesa dekat rumah orang lain.

Jadi dia nak cari orang yang boleh jaga anak anak dia tu kat rumah kitorang je. Sebenarnya dah ramai jadi pengasuh budak budak tu tapi sorang pun tak boleh stay lama sebab tak larat jaga diorang. Sampai sekarang kitorang still tak jumpa pengasuh untuk anak anak sedara aku tu."cerita Kay.

"Cakap je lah kau nak offer Han ni kerja sebagai pengasuh anak anak buah kau."sampuk Atiq.

"Itulah tujuan aku cakap sebenarnya."

Atiq geleng kepala.

"Buat apa lah bagi mukadimah panjang panjang."

"Kau berminat tak? Maksudnya kau jadi Nanny la."

"Hmm.. Aku kalau bab jaga budak ni okey aje sebab aku ni selalu juga jaga anak anak sepupu aku tu."

"Sesuai lah kerja tu dengan kau. Kau kan penyabar."Atiq mencelah.

Hana masih berkira kira.

"Tapi yang bermain dalam kepala otak aku sekarang ni, masa kerja tu macam mana? Part time ke,full time ke,over time ke macam mana??"

"Kau nak yang mana?"Tanya Kay.

"Aku okey je mana mana!"

Atiq tepuk dahi.

"Ayoyo.. Kau ni. Dah kalau kau okey je kerja time mana, buat apa yang kau duk serabut fikir tu semua. On je lah."

"Takdelah. Cuma maksud aku full time tu.. aku nak tau lah samada aku kena tinggal rumah kau ke tak. Sebab kalau aku kena tinggal dalam rumah kau, aku kena minta izin mak aku dulu. Mak aku memang tak harap sangat aku tinggal kat rumah orang."Hana bagi penjelasan.

"Kakak kau dengan abang ipar kau tinggal serumah dengan kau ek? Asal tak tinggal di rumah sendiri je?"Atiq mencelah lagi.

"Ya.. Mama aku yang suruh. Rumah kitorang besar. Jadi mama aku cakap kalau anak anak dia kahwin, dia nak suruh semua anak menantu cucu cicit dia tinggal kat rumah tu. Kalau tak, takde guna dia buat rumah besar besar macam tu. Abang ipar aku pun okey je."jelas Kay.

Atiq angguk faham. Boleh ke semua anak menantu mentua cucu cicit tinggal di rumah yang sama? Tak ke riuh rendah nanti? Tapi meriah jugak.

"Haa.. untuk soalan kau Han.. Kau minta izin mak kau dulu."

"Maksudnya?"

"Yes.. Full time."

"Eh,jap.. Maknanya nanti Hana tinggal dekat rumah kau lah?" Atiq minta kepastian.

"Ya.. Pengasuh yang boleh kerja full time lah yang kakak aku cari. Yang boleh tinggal kat rumah kitorang. Boleh tengok tengokkan anak anak diorang sepenuh masa sebab diorang jarang ada kat rumah. Sebab tu lah susah nak dapat."

"Bestlah korang. Boleh jumpa hari hari." Atiq dah rasa sedikit kurang senang.

"Tapi aku kena tanya mak aku dululah. Aku kerja untuk dua bulan je Kay."

"Tak kisahlah.. Asalkan ada pengasuh. Aku kesian dekat kakak aku. Kebetulan pulak dia dengan abang ipar aku kena pergi oversea bulan ni."

"Gaji macam mana?"

"Yang tu kita cerita lepas ni lah. Aku dah lapar ni."

“Okay.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience