Bab 20

Romance Series 10367

Kay keluar dari biliknya. Kebetulan masa tu dia ternampak Hana ingin turun tangga.
"Hana,nak pergi mana?"tegur Kay.
Hana berpaling.
"Nak ambil angin kat luar. Bosan pulak asyik duduk dalam bilik."ujar Hana.
Kay dekati Hana.
"Dah sihat ke?"
"Dah okey dah sikit."
"Emm..baguslah. Aku teman."
"Hah??" Hana blur.
"Kau nak ambil angin kan? Aku teman."
"Tak payahlah. Susahkan kau aje." Hana menolak.
"Takpelah. Aku risau kau pitam lagi.Nanti siapa yang susah susah kena angkat kau? Aku jugak."
"Ceh.. Yela. Jom." Hana akur.
Mereka turun ke bawah menuju ke halaman belakang. Hana duduk atas buaian papan yang dilapik dengan kusyen kecil.Tali buaian itu dililit dengan beberapa jenis bunga pelbagai warna serta diselitkan dengan daun daun menghijau. Bunga bunga itu kelihatan menjalar pada tali itu.Tali buaian itu digantung dengan kukuhnya pada dahan pokok yang besar.
"Biar aku tolak."
"Okey."
Kay tolak perlahan buaian itu. Buaian itu mula bergerak perlahan lahan ke depan dan ke belakang.
"Laju lagi."
Kay naikkan speed tolakannya.
"Laju..laju.. buaiku laju.." Hana mula menyanyi.
Buaian melayang semakin tinggi.
"Pohon beringin daunnya rimbun.." Hana nyanyi sebaris lirik tu dengan merdunya tapi lepas tu dia terus senyap.
"Laa..asal tak sambung?"Kay tanya bila Hana tiba tiba berhenti. Dia baru aje nak terbuai dengan suara itu.
"Lupa lirik lah.."
Kay lepas gelak. Patutlah. Tadi semangat sangat nak nyanyi. Tapi bila dah nyanyi, sebaris lirik tu aje yang dia boleh ingat.
"Baru nak ambik feel.."
Hana dah cebikkan bibirnya. Macam mana dia boleh lupa lirik lagu bawang putih naik buaian tu? Dulu lagu tu selalu berlagu lagu dalam kepalanya.
"Tolong ingatkan aku.." Hana nyanyi sepotong lirik lagu Ana Raffali itu. Nak suruh Kay ingatkan dia lirik lagu bawang putih itu aje sebenarnya.
Kay lepas gelak lagi.
"Hey..that's not funny okey. Aku serius ni! Tolong ingatkan aku balik lirik lagu tu. Aku suka giler lagu tu lah."suruh Hana dengan seriusnya.
"Kalau suka sangat macam mana boleh lupa?"
"Dah lama berzaman dah aku tak tengok cerita tu. Dah lupa la lagu dia macam mana."beritahu Hana jujur.
"Aku pun tak tau la lirik dia yang seterusnya. Aku tak pernah layan pun cerita orang dahulu kala ni. Tu pun dengar dengar macam tu aje. Mak Yam yang selalu layan cerita klasik. Tu yang boleh kenal sikit sikit."ujar Kay.
"Yela.. Nak buat macam mana. Orang kaya manalah layan cerita klasik macam ni. Yang diorang tau tengok movie orang putih yang banyak action tu. Tak faham betul aku. Sepatutnya kita ni kena martabatkan filem Melayu kita tau tak."Hana dah membebel.
Kay dah julingkan matanya ke atas.
"Apa apa ajelah."jawab Kay dengan nada bosan.
"Stop stop!!" Hana tiba tiba suruh Kay hentikan buaian. Kay dah terpinga pinga tapi dia hentikan juga. Hana terus turun dari buaian tu dan berlari ke depan rumah.
"Kau nak pergi mana?"laung Kay.
"Aku dengar bunyi kereta Zac!! Mesti dia dah balik!!"jerit Hana kembali. Dia dah menghilang ke depan rumah.
Dahi Kay dah berkerut.
"Telinga gajah ke apa si Hana ni? Aku tak dengar apa apa pun."kutuk Kay perlahan.
Kay berjalan ke depan rumah juga.
'Zac dah balik? Awalnya.. bukan dia sepatutnya balik esok ke? Hah.. tak lain tak bukan ni mesti sebab rindu kat bini.'detik hati Kay.

* * *

"Abang!!" Hana terus berlari ke arah Zac bila nampak kelibat Zac turun dari kereta peugeotnya.
Zac berpaling bila mendengar suara itu. Senyuman terus terlekang di bibir bila melihat si isteri sedang berlari ke arahnya. Zac depangkan tangannya lebar lebar.
Bukk!!
Zac terus terjatuh selepas diterpa oleh Hana dengan lajunya. Tak sempat break agaknya. Excited sangatlah tu.
"Aaaahh.."Zac mengaduh kesakitan. Dah macam kena hempap dengan gajah pulak.
"Err.. Abang. Sakit ke? Sorrylah. Hana tak sempat emergency break tadi." Hana terus bangun dari pelukan suaminya. Tak pasal pasal pula accident. Zac masih terlentang atas lantai simen.
"Err.. tak. Tak sakit pun," Zac cuba bangun dari pembaringan. Hana tolong Zac bangun. Adoila..aku dah lah penat balik kerja jauh jauh. Bila dah balik kena serang dengan bini pula. Tapi takpelah.. aku terima. Anggap je ni surprise dari Hana. Eh..bukan aku ke yang sepatutnya bagi surprise dekat Hana?
"Betul ke okey?"
Zac angguk.
"Fuh..nasib baik." Hana melepaskan nafas lega. Ni excited punya pasallah.
"Sekarang..jom peluk betul betul." Zac depangkan tangan dia balik. Hana senyum lepas tu terus peluk Zac dengan eratnya.
"Miss you so badly.."luah Hana dalam pelukan itu.
"Me too.." Zac peluk isterinya dengan hangatnya. Melepaskan rindu yang terpendam di hati dan di ingatan.
"Ehemmm.."Kay berdehem. Mengganggu mereka berdua yang asyik sangat berpelukan tu. Tak pasal pasal pulak penyakit cemburu aku ni singgah.
Zac dan Hana terus melepaskan pelukan.
"Sorry if aku ganggu korang."ucap Kay.
Memang sengaja nak ganggu pun sebenarnya. Sakit mata pulak tengok mereka berpelukan lama lama. Dah macam suami baru balik dari medan perang gayanya.
"Takdelah."ujar Zac. Mukanya yang ceria berubah riak.
Entah kenapa sejak dia dan Hana berkahwin, timbul sekelumit perasaan benci dalam hatinya terhadap Kay yang sebelum ini tidak pernah wujud. Perasaan itu takkan muncul sekiranya Kay tak mencari pasal dengannya.
Hubungan mereka adik beradik pun menjadi semakin renggang semenjak dia berkahwin dengan Hana. Mereka hanya berlakon mesra di hadapan mama dan papa sahaja. Bila jauh dari pandangan mama dan papa, mereka terus menjadi seperti musuh.
"Awal balik."sapa Kay pendek. Lebih kepada memerli sebenarnya.
"Ermm.. Kerja habis awal."beritahu Zac acuh tak acuh. Kay angkat kening.
"Lagipun..abang kan dah cakap yang abang akan berusaha balik awal demi Hana."Zac tengok Hana. Hana yang masih memeluk Zac sebelah kanan tu tersenyum.
"Thanks."ucap Hana dengan senyuman tak lekang di bibir.
Kay dah tunjuk riak menyampah. Tapi dia cuba senyum walaupun pahit.
"Welcome back."
Zac dah kerut dahi dengar ucapan tu. Kay mana pernah menyambut kepulangannya dengan ayat tu. Ni mesti dah buntu nak berkata kata ni bila tengok aku bermesra depan mata kau. Biar kau rasa apa yang aku rasa!
"Ermm.. aku masuk dululah."K ay terus minta diri masuk rumah. Lama lama kat sini pun buat apa. Kalau ikutkan nak aje dia tarik Hana daripada pelukan Zac. Tapi apakan daya..
Hana dan Zac tengok aje langkah Kay tu lepas tu mereka sambung semula babak berpelukan tu.
"Surprise tak abang balik awal?"
"Tak."
"Kenapa?"
"Hana dah mimpi abang akan balik hari ni."
"Really?"
Hana angguk. Zac senyum.
"Abang ada bawa balik ole ole tak untuk Hana dari negara matahari tu?"
"Ada."
"Apa?"
"Abanglah."
"Ceh!"

"Hana dah tidur?" Along tegur ketika Zac sedang 'membancuh' kopi di dapur. Zac berpaling.
"Dah. Angah paksa dia tidur awal. Dia tak sihat sepenuhnya lagi kan."
Along angguk.
"Nak kopi?"
"Susah susah je."
"Susah apanya? Guna coffee maker aje. Bukan angah buat sendiri. Nak tak?"tanya Zac lagi.
"Boleh jugak."
Zac bagi mug dia pada Along. Dia ambil mug satu lagi lepas tu tadahkan air kopi tu dalam mug dia pula.
Along duduk atas kerusi satu kaki macam kerusi bar tu. Mug diletak atas meja di depannya selepas hirup air kopi tu.
Zac masih dengan kopinya.
"Angah.. Along ada something nak cakap dengan Angah ni." Along bersuara semula.
"Cakap lah." Zac berpaling sekilas sambil siapkan kopinya.
"Pasal Kay."beritahu Along pendek.
Zac dah kerut dahi. Dia pergi dekat Along sambil pegang mug yang sudah siap dibancuh. Dia berdiri depan Along yang dipisahkan dengan meja.
"Pasal Kay?"
Along angguk.
"Kenapa dengan Kay?" Zac mula tertanya tanya.
Along hirup kopi sekali lagi sebelum jawab soalan Zac.
"Along rasa kelakuan Kay tu lain macam la."
"Lain macam macam mana?"
"Tak tahulah kalau Angah perasan ke tak. Tapi Along perasan yang...Kay tu layan Hana over sangat."
Zac hirup air kopi. Anak mata tengok Along.
'Nampaknya Along pun perasan. Bukan aku sorang.'
"Over? Like what?" Zac tanya juga walaupun dia tahu semua tu. Manalah tahu Along tahu sesuatu yang lain yang dia sendiri tidak tahu.
"Macam...cara dia jaga Hana sakit masa Angah takde. Dia jaga Hana sepanjang masa tau tak. Sampai tak bagi langsung orang lain jaga Hana. Orang lain cuma boleh jaga Hana bila Kay tu pergi kerja.
Bila Kay balik kerja aje, dia terus masuk bilik Angah. Sepanjang masa dia duduk dalam bilik tu temankan Hana. Dia keluar bila perlu aje. Dia sanggup berjaga malam semata mata nak temankan Hana.
Dia tidur dalam mini room bilik Angah tu. Siang malam dia habiskan masa dalam bilik Angah sampai Along naik risau sebab dia selalu berdua duaan dengan Hana.
Nasib baik dia tak kunci pintu aje. Boleh juga Along intai apa dia buat. Nasib baiklah dia takde buat apa apa. Tapi Along perasan yang dia selalu renung Hana lama lama. Along pun tak faham apa yang bermain di fikiran dia masa tu."panjang lebar Along mengadu dekat Zac.
Zac dah berdebar debar. Dia dah agak benda ni akan jadi jugak. Itulah yang dia risaukan sepanjang dia berada di Jepun.
"Hana tak marah ke?"
"Hana tu tak perasan agaknya yang Kay selalu jaga dia sebab Hana lebih banyak tidur. Badan dia tu lemah sangat agaknya sampai tak ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling dia."
Zac angguk angguk.
"Habis, Hana tidur dengan bertudung ajelah setiap masa?"suara Zac mendatar.
"Tak. Dia pun tak sedar yang dia tak bertudung depan Kay tu."
Zac dah geleng geleng kepala. Kay..kau memang ambil kesempatan atas kesulitan orang lain.
"Along tak tegur ke Kay tu?"
Along dah julingkan matanya ke atas sambil geleng kepala.
"Along dah tegur Angah. Along dah pernah pesan banyak kali dah dekat dia supaya biar orang perempuan aje yang jaga Hana. Takkan nak suruh Hana pakai tudung pula dalam keadaan macam tu. Along ingatkan dia akan dengar cakap Along tu.
Tapi nampaknya semua teguran Along tu macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kay tu tak makan saman langsung. Dia still jaga Hana jugak. Keras kepala si Kay tu. Tak nak dengar cakap orang.
Dia cakap konon kononnya dia tu doktor, so doktor kenalah jaga pesakitnya kan? Tapi Angah rasa tu semua helah dia nak dekat dengan Hana. Mana ada doktor terlebih prihatin nak jaga patient dia?! Agak agaklah kan?" Muka Along dah nampak macam bengang.
Zac cuba berlagak tenang walaupun perasaan marahnya membuak buak dalam hati.Dia memang dah jangka ni semua. So takdelah dia terkejut sangat.
Along tengok Zac yang asyik duk hirup kopi tu. Pelik pulak dia tengok si Zac ni. Macam takde reaksi pula bila dia tahu semua ni. Dia pula yang nampak melebih lebih nak marahkan si Kay tu.
"Angah boleh diam aje?"
"Along nak angah cakap apa lagi?" Zac dah tunjuk muka malas. Dia pun tak tahu nak bagi respon macam mana lagi. Dia sendiri buntu macam mana nak halang semua ni berlaku. Along dah bagi teguran pun Kay masih dengan pendiriannya.
Kalau dia sendiri bagi teguran, rasanya sama aje. Kay tu dah ketagih dengan Hana.Tegur macam mana sekalipun dia tetap akan cuba dekat dengan Hana juga.
"Takdelah. Takkanlah Angah tak marah langsung bila tau semua ni?"
"Benda dah berlaku Along. Past is past. We can't change anything. Even Angah marah sekalipun, itu boleh mengubah apa yang Kay dah buat ke? Tak kan?" selamba Zac jawab. Along pula dah bingung dengan reaksi adiknya.
"Angah.. At least angah tegurlah si Kay tu. Jangan nak layan Hana tu melebih lebih sangat. Hana kan isteri Angah. Takkan angah nak biarkan aje lelaki lain layan isteri Angah macam tu?
Takkan Angah tak rasa cemburu langsung bila tahu lelaki lain terlebih care pada isteri Angah? Malah lebih prihatin daripada Angah sendiri?" Bersungguh sungguh Along memberi penjelasan pada Zac. Tapi Zac tetap buat muka tanpa riak. Muka kosong.
"Kay layan Hana macam tu sebab Hana kawan dia Along." Zac cuba menyedapkan hatinya sendiri.
"Kawan kawan jugak tapi persahabatan antara lelaki dan perempuan tu tetap ada batasnya. Tak perlulah sampai nak masuk bilik Hana. Tengok aurat Hana. Jaga Hana siang malam padahal masih ramai lagi yang boleh jaga Hana.
Kalau si Kay tu perempuan, Along boleh terimalah kalau dia nak buat macam tu or more than that. Tapi Kay ni lelaki. Naluri lelaki terhadap perempuan ni lain.
Tambah tambah Kay tu pernah sukakan Hana. Along tak rasa yang Kay tu anggap Hana kawan. Along percaya yang Kay tu masih anggap Hana tu tunang dia, milik dia.
Sampai Along rasa Kay tu dah gila tau tak?! Masih tak sedar yang Hana tu bukan milik dia lagi. Dia masih berhalusinasi lagi yang Hana akan jadi milik dia."tegas Along menyuarakan ketidakpuasan hatinya.
"Kalau Angah tegur dia sekalipun..nak ke dia dengar cakap Angah ni Along? Along tegur pun tak jalan, inikan pula Angah. Lagilah dia tak nak dengar."
"Angah ni.. Along dengan Angah kan lain. Along cuma seorang kakak ipar kepada Hana tapi Angah.. Angah suami Hana! Angah sepatutnya bertegas dalam hal ni. Angah nak ke Kay tu rosakkan rumah tangga Angah?
Angah tak boleh tau biarkan benda ni jadi. Along takut Kay tu akan buat benda bukan bukan pada Hana sehingga menyebabkan perhubungan Angah dengan Hana goyah. Angah nak ke jadi macam tu?"
"Memanglah tak nak."
"Dah tu??"
"Along nak angah buat apa?"Zac tanya soalan tu tanpa perasaan.
"Ya Allah budak ni!! Punyalah panjang lebar Along bagi hujah, boleh lagi Angah tak faham apa yang Along cuba sampaikan. Ya Allah.. Stressnya aku!!" Along dah tarik rambutnya.
Jelas dia nampak tertekan bila bercakap dengan Zac. Zac ni macam tunggul kayu. Keras aje. Tak tahu nak buat apa dengan situasi yang berlaku.
Ni isu serius dan sensitif dalam rumah tangga. Ada orang cuba rosakkan rumah tangga dia tapi macam mana dia boleh tunjuk riak selamba badak macam tu?!! Slow betul!!
"Angah!! Along kan dah cakap. Bagi teguran dekat si Kay tu. Keluarkan amaran supaya dia jangan kacau Hana lagi. Bagitau dia yang Hana tu hak Angah. Kay langsung tak ada hak nak kacau isteri Angah.
Kalau Kay tu melawan juga cakap angah, tak nak dengar, Angah tumbuk aje si Kay tu. Bagi dia sedar sikit. Kalau boleh smackdown, smackdown aje terus! Along izinkan.Ni demi rumah tangga Angah tau tak!! Takkan Angah tak boleh fikir sendiri apa nak buat?" Along bagi cadangan dengan muka serius.
Zac gelak sinis.
"Angah takkan buat macam tu lah Along. Angah tak naklah sampai kena bertumbuk dengan Kay. Kay tu adik kita Along. Lagipun Kay dengan Angah tak pernah bergaduh tau..apalagi nak bertumbuk.
Mama papa tak pernah ajar kitorang macam tu. Takkan Along nak ajar kitorang macam tu pulak. Ni dah melanggar prinsip ajaran papa mama."Zac menjawab.
Serius, dia dengan Kay mana pernah gaduh. Dulu dia dengan Kay rapat gila. Takkan dia sanggup nak tumbuk Kay semata mata kerana seorang perempuan. Walaupun Kay pernah tumbuk dia tapi dia takkan melakukan hal yang sama. Masih ada cara penyelesaian yang lebih elok daripada tu. Tapi bukan teguran. Kerana dia tiada kekuatan untuk tegur Kay.
Along dah geleng kepala beberapa kali. Jelas sangat yang dia dah bingung dengan Zac.
"Along tak faham betullah dengan Angah ni. Angah langsung tak serius nak pertahankan rumah tangga Angah. Kalau Angah sendiri yang tak cuba selamatkan rumah tangga Angah, siapa lagi? Nak harapkan Along masuk campur dalam urusan rumah tangga angah?
Nampak sangat tak matang Angah. Dah lah.. along tak tahu nak cakap macam mana lagi dekat Angah. Along dah cuba bagitau Angah apa yang sepatutnya Angah tau and Angah buat. Tapi bila Angah sendiri tak nak bertindak... Angah tunggu ajelah rumah tangga Angah tu hancur." Along bagi kata kata terakhir sebelum meninggalkan Zac sendirian di dapur.
Lidah Zac kelu. Tubuhnya kaku. Ayat Along tu benar benar menusuk jiwanya. Menyedarkan dirinya dari terus leka dengan kelakuan Kay yang selama ini dibiarkan begitu sahaja.
Dia bukannya apa. Dia sebenarnya sudah letih menghadapi situasi ini. Malah situasi yang lebih teruk daripada ini. Dia tak tahu nak buat apa. Dia tiada kekuatan untuk meluahkan segala galanya yang terpendam dalam hati. Dia tiada kekuatan untuk memberi teguran pada Kay supaya Kay sedar yang dia telah menyeksa jiwa abangnya.
Mungkin hubungannya dengan Kay yang begitu erat selama ini membuatkan dia tidak sampai hati untuk memarahi adiknya. Dia pun tidak menyangka hubungan mereka berdua yang ibarat isi dengan kuku selama ini boleh berubah menjadi musuh dalam selimut.
Kata kata Along tadi sedikit sebanyak kembali dalam ingatannya. Along sedar semua yang berlaku sampai Along sanggup benarkan dia bertumbuk dengan Kay semata mata inginkan rumah tangganya tanpa sebarang masalah.
Masalah yang berpunca dari darah daging sendiri. Yang ada pertalian darah dengannya, bukan orang luar.
Along memang prihatin dengan rumah tangganya. Sebab tu Along berani menegurnya. Tapi dia.. dia boleh buat ke apa yang Along pesan? Jawapannya tak.
Selama ni dia juga yang bimbangkan keadaan rumah tangganya. Takut rumah tangganya dihancurkan oleh adiknya sendiri tapi sekarang.. dia seolah olah dalam dilema, kosong dan tak tahu apa nak buat.
Dia buntu. Antara perasaan bersalahnya yang menebal dengan kebahagiaannya? Yang mana harus dia pilih? Ya.. dia sememangnya sudah membuat pilihan.
Dia memilih untuk melayan perasaan bersalah itu. Dia lebih memilih perasaan bersalah itu menguasai fikiran dan jiwanya. Dia biarkan perasaan itu mempengaruhi dirinya. Dia relakan aje perasaan negatif itu menjalar dalam dirinya.
Hanya kerana.. satu suara yang selalu berbisik di telinganya yang mengatakan bahawa dia..adalah seorang PERAMPAS.
Disebabkan perkataan itulah, dia membiarkan sahaja apa yang Kay buat pada Hana.Disebabkan perkataan itu juga.. dia menjadi begitu bersalah pada Kay sehingga dia sanggup mengetepikan perasaannya yang pedih dan terseksa itu atas kelakuan Kay pada isterinya. Disebabkan perkataan itu juga.. dia tidak mampu menegur Kay dan mempertahankan rumah tangganya.
Semuanya kerana dia beranggapan bahawa dia adalah seorang perampas. Dia begitu terkesan dengan kata kata Kay sehingga kata kata itu meresap ke dalam jiwanya sampai sekarang.Kata kata Kay... yang memerlinya suatu ketika dahulu.
Baginya..perkataan itu begitu berbisa pada dirinya hingga mampu membuat seluruh anggota badannya tunduk pada perkataan itu.
That 'word' just like a poison. Too cruel.. too dangerous sehingga mampu membunuh jiwanya. Mungkin betul cakap Along, kalau dia biarkan aje perasaan itu bermain dalam fikirannya, nampaknya dia hanya perlu menunggu rumah tangganya hancur kerana boleh jadi Kay akan buat sesuatu yang dia tidak pernah duga Kay akan buat pada Hana. Dan dia tak nak hal itu berlaku. Dia sayangkan rumah tangganya dengan Hana.
Tapi masalahnya..mampukah dia padamkan perkataan itu dalam sanubari hatinya begitu sahaja?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience