Bab 19

Romance Series 10367

"Angah tunggulah sekejap. Nanti Along bagi telefon ni dekat Hana."beritahu Along.
Tadi dia lalu di ruang tamu. Tiba tiba pula telefon rumah berdering. Baru je dia nak angkat, Kak Su dah ambil telefon tu dulu. Bila dia dengar Zac yang berada di talian,dia meminta telefon tu daripada Kak Su untuk bercakap dengan Zac tapi Kak Su macam takut takut aje nak bagi kat dia. Pelik juga dia tengok Kak Su macam tu. Tapi akhirnya Kak Su bagi juga.
"Angah bila balik?" Along tanya sementara dia melangkah naik ke tingkat atas.
"Dalam dua hari lagi kot. Hana demam lagi ke Along?"tanya Zac dalam talian yang berbatu batu jauhnya itu.
"Ha'ah. Demam lagi. Tapi sekarang dia dah ada selera makan. Masa mula mula demam tu dia tak nak makan langsung. Kena paksa baru makan."cerita Along.
"Oo.. Lama juga Hana demam."
"Tu lah. Tapi Kay cakap Hana memang macam tu. Kalau dia dah mula demam, bukan sehari dua boleh sembuh. Ambil masa hampir seminggu lebih juga."
"Oh ye ke? Ermm.. Along.."
"Hmm??"
"Siapa yang jaga Hana selama dia sakit?"
Along teragak agak nak jawab. Serba salah pula nak bagitau. Kalau bagitau kang,takut takut Zac tak boleh concentrate pada kerja pula nanti walaupun dia tahu Zac tu profesional orangnya.
"Along??"Zac masih memanggil di hujung talian.
"Err.. Angah. Along dah sampai bilik Hana ni. Nanti Angah bercakap dengan dia aje lah." Along cuba lari dari menjawab soalan itu. Zac kedengaran mengeluh di hujung talian. Along buka pintu bilik Hana. Seperti sangkaannya, Kay masih ada di situ,sedang berbual dengan Hana entah topik apa. Along melangkah masuk dalam bilik tu.
"Hana.. Angah call. Dia nak bercakap dengan Hana."beritahu Along sambil serahkan telefon kepada Hana.
"Betul ke??" Hana kelihatan teruja dan gembira. Dia terus ambil telefon tu dan menekup pada telinganya.
Kay tengok Along dengan pandangan tajam.
'Tak guna betul! Aku dah cuba sedaya upaya supaya Hana tak boleh bercakap dengan Zac tapi Along senang senang aje rosakkan rancangan aku. Huh..'dengus Kay dalam hati.
Along angkat kedua dua kening pada Kay. Seperti mempersoalkan kenapa Kay nampak macam marah dekat dia. Kay gerakkan kepalanya ke kiri sedikit,isyarat supaya mereka keluar.
Along angguk. Mereka menggunakan isyarat badan untuk berkomunikasi supaya tidak mengganggu perbualan Hana dengan Zac.
Along dan Kay melangkah keluar dari bilik Hana. Membiarkan Hana melepaskan rindu pada suaminya serta memberi peluang kepada mereka untuk bercakap.
Kay tutup pintu bilik Hana perlahan lahan. Dia menuju ke ruang tamu tingkat tiga. Along mengekor dari belakang dengan berpeluk tubuh.

"Abang, Abang sihat? Kenapa abang tak pernah call Hana? Hana rindu sangat dekat abang. Abang jahat tau. Abang janji nak call Hana tapi abang tak call pun. Sampai hati abang tipu Hana."bertalu talu Hana menyerang Zac dengan soalan. Suaranya masih kedengaran serak serak basah.
"Hana.. apa Hana cakap ni? Abang selalu telefon dekat rumah tau. Almost everyday. Tapi abang memang tak dapat call handphone Hana. Hana off ke? Tak masuk pun abang call." Zac dah pelik. Hana tak tahu ke dia selalu telefon ke rumah? Takkan tiada sesiapa bagitau selama ni? Hairan betul!
Hana diam seketika.
"Ye ke? Hana off kot. Hana pun tak tahu telefon Hana dekat mana. Hana tak cari pun sebab tak larat sangat nak bangun. Tapi betul ke abang ada call sebelum ni?" Hana minta kepastian. Macam mana dia boleh tak tahu?
"Betul sayang. Abang ada call. Sejak hari pertama abang sampai ke Jepun lagi abang dah buat panggilan dekat rumah. Tapi setiap kali abang nak bercakap dengan Hana..entah siapa entah cakap Hana dah tidur.
Everytime.. Bila abang nak bercakap dengan Hana aje, mesti orang tu akan cakap macam tu. Macam nak halang abang bercakap dengan Hana pula. Bila Along yang jawab panggilan ni barulah abang dapat peluang bercakap dengan Hana tau."adu Zac.
Hana muncungkan mulutnya.
"Betul ke? Siapa agaknya selalu jawab panggilan abang.." Hana berfikir fikir.".. tapi betul juga cakap dia. Hana memang selalu sangat tidur. Mungkin dia tak nak kacau Hana tidur kot."
"Emm.. At least Hana dah tahu yang abang tak pernah lupakan Hana. I miss you so much honey."
"I miss you too. Rindu nak tengok abang,rindu nak dengar suara abang,rindu everything about you tau."beritahu Hana manja.
"Rindu banyak mana?"
"Rindu sampai terbawa bawa dalam tidur. Kalau abang nak tahu,Hana selalu meracau panggil abang tau."
Kedengaran Zac gelak kecil di hujung talian.
"Betul? Wahh.. Hana dah pandai confess perasaan Hana dekat abang nampaknya?"usik Zac.
Hana mana pernah luahkan sebarang perasaan cinta pada dia. Hana masih malu untuk luahkan semua tu bila depan dia. Tapi sayang betul.. Hana hanya boleh luahkan bila dia tiada di depan mata.
Hana terkedu seketika. Alamak,dia dah terkantoi. Dia dah ter'over' luahkan perasaannya. Malunya..
"Err..Hana.."
"Abang happy sangat tau bila dapat dengar Hana cakap macam tu. Abang dah lama tunggu Hana sebut ayat ayat macam tu."
Hana diam. Malu ingin menjawab kata kata Zac.
"Abang pun rindukan Hana jugak. Rindu sangat sangat. Sampai abang tak boleh tidur lena sebab teringatkan Hana. Abang rindu Hana tidur di sebelah abang. Abang rindu nak peluk Hana. I miss all about you too."luah Zac lembut dengan seikhlas hatinya.
Hana tawa perlahan. Dia mengelap air matanya yang jatuh.
Ya Allah..betapa aku rindu pada suamiku. Adakah ini perasaan yang Engkau curahkan kepada pasangan yang bercinta dalam keredhaanMu? Alangkah manisnya perasaan itu apabila perasaan itu diluahkan kepada orang yang betul betul halal untukku.
"Abang bila nak balik? Hana..tak boleh tahan lagi. Hana nak jumpa abang jugak. Abang cepatlah balik please.."lancar Hana meluahkan perasaannya.
Kini dia tidak peduli lagi kalau Zac nak ketawakan dia. Dia ingin lepasi sempadan malunya. Hatinya terasa ingin meletup sekiranya dia terus terusan menahan perasaan itu.
Lagipun..apa guna dia menahan rasa malu lagi andai rasa malu itu menghalang dia untuk mendapat pahala? Meluahkan perkataan yang baik kepada seseorang yang halal kepada kita adalah suatu pahala. Sebab itulah,indahnya sebuah perhubungan andai berlandaskan syariat Islam. Bukan berlandaskan hawa nafsu.
Zac lepas tawa lagi. Tawa terharu,gembira dan bahagia. Walaupun dia tidak jelas dengan perasaan sebenar Hana padanya,tapi dia tahu dalam hati Hana pasti ada sedikit ruang untuk dirinya. Kalau tak,masakan Hana boleh rindu padanya.
"Kerja abang kat sini berbaki dua hari lagi. Tapi abang akan berusaha balik secepat mungkin. Demi Hana.. Hmm??"pujuk Zac lembut.
Hana senyum.

"Nak cakap apa?" Along terus tanya bila sampai di ruang tamu.
Kay berpaling tengok Along.
"Kenapa Along bagi Hana bercakap dengan Angah?"
Muka along dah berkerut dengar soalan pelik tu.
"Laa.. kenapa? Tak boleh ke Hana nak bercakap dengan suami dia?"
"Tak boleh!!"
"Asal??"
"Along.. Hana tu boleh jatuh sakit balik tau kalau Along bagi dia peluang bercakap dengan Angah. Hana tu sanggup tak makan sebab rindukan Angah. Tidur pun asyik meracau je panggil Angah. Orang tak nak lah Hana bertambah sakit lagi nanti."terang Kay.
Along dah geleng kepala dengar penjelasan tak masuk akal tu.
"Apa masalahnya? Along rasa Hana akan lebih sihat bila bercakap dengan Angah. Kurang sikit rindunya tu. Maybe bila dia dengar suara Angah,dia akan berusaha untuk cepat sihat. Angah mesti akan pesan pada Hana supaya jaga kesihatan dia tu. And Along percaya yang Hana akan dengar cakap Angah."Along keluarkan pendapatnya.
"Along tak faham."
"Apa yang Along tak faham?"laju Along balas.
Kay diam. Dia tak mampu nak bagi jawapan bernas. Sebab jawapannya yang sebenar adalah dia cemburu!
"Tak boleh jawab? Huh.. Kay,mengaku ajelah yang kau tu jealous bila Hana rindukan Angah. Habis cerita! Tak perlu nak memutarbelit ayat,bagi alasan tak muhasabah. Just say the truth okey."gertak Along. Macam boleh baca apa yang ada di fikiran Kay.
"Orang tak jealouslah."Kay cuba sangkal.
Along sengih sinis. Kay jeling tengok sengihan itu. Nampak sangat Along mengejeknya.
"Tak payah nak tipu diri sendiri lah. Kau juga terseksa nanti." Along renung Kay yang nampak macam dah hilang kata tu.
"Okey.." Kay angkat kedua dua belah tangan tanda mengalah. ".. I admit. Orang jealous.. So what?" Kay balas renungan Along.
"Buang perasaan cemburu kau yang tak bertempat tu. Hana dah jadi isteri Angah. Terima ajelah kenyataan tu! Perasaan cemburu kau tu boleh meretakkan rumah tangga mereka. Tak ke mana pun lah cemburu buta kau tu!
Kau ingat Angah tak perasan ke yang selama ni kau memang sengaja dekat dekat, mesra mesra dengan Hana? Padahal Hana tu bukannya nak sangat layan kau. Sedar diri tu sikit boleh tak?!"Along beri peringatan tegas. Sudah lama dia memerhati sikap adiknya yang nampak mencurigakan tu.
"Orang layan dia macam kawan ajelah."
"Don’t.ever lie.to me.."Along panah jari telunjuk dia depan batang hidung Kay. "..kau boleh mengaburi mata semua orang dalam rumah ni tapi bukan Along. Kau adik aku Kay. Aku dah kenal macam mana sikap kau. Aku tahu bila kau menipu. Aku pun tahu bila kau cemburu.
So pleasee.. jangan nak gunakan perkataan 'kawan' tu.." Along kenyit jari tengah dengan jari telunjuk bila sebut perkataan kawan. "... sebagai alasan untuk kau dekat dengan Hana. Okey?"
Kay dah mengetap ngetap giginya. Menahan geram dengan kata kata Along. Along... Ahh..
Along dah pusing badannya untuk pergi dari situ. Orang macam Kay ni memang patut diberi amaran tegas. Takut nanti dia akan bertindak di luar jangkaan. Dia takkan biarkan Kay hancurkan rumah tangga Zac. Walaupun Kay dan Zac adalah adiknya,tapi dia perlu berpihak pada kebenaran.
Yang salah perlu ditegur dan dihukum,yang benar perlu dilindungi. Itu prinsipnya sebagai seorang peguam bela. Dan itu juga yang dia sedang lakukan sekarang.
"One more things.." Along pusing badan dia balik tengok Kay yang berdiri kaku tak bergerak tu. Terkejut la tu bila kena tegur tiba tiba.
"Kau tak perlulah nak jaga Hana tu tiap masa. Siang malam asyik berperuk aje dalam bilik Hana. Ramai lagi yang boleh jaga Hana. Along tak faham kenapa kau tak benarkan semua orang dalam rumah ni jaga Hana melainkan kau sorang aje boleh jaga dia. Tu bukan mengambil kesempatan ke namanya?"sindir Along.
"Orang jaga Hana sebab orang ni doktor. Doktor kena selalu mengawasi keadaan pesakitnya." alasan dikeluarkan.
Sekali lagi Along sengih sinis. Kay memang tak boleh melawan cakap Along. Along memang bijak dalam membaca situasi. Maklumlah, dia kan lawyer. Along boleh tau bila dia menipu.
Walaupun Abang Farez dan Along kedua duanya peguam tetapi Along lagi bijak daripada suaminya.
"Alasan semata mata. Setahu Angah, kerja seorang doktor tu cuma terhad pada merawat pesakit, bukan 'menjaga' pesakit. Isn't it?"sekali lagi Kay kena perli.
"Orang just.."
"You know what??" Along terus patahkan ayat Kay.
"What?"
Along renung mata Kay dalam dalam.
"Whatever."
Along terus meninggalkan Kay bila sebut ayat yang menyakitkan hati itu. Nafas Kay sudah turun naik. Dia cuba mengawal amarah yang bila bila masa aje boleh meledak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience