Bab 9

Romance Series 10367

Suasana di ruang makan riuh rendah dengan suara gelak tawa seisi rumah. Ditambah pula dengan kehadiran budak budak ribena kat meja besar tu. Macam macam topik yang mereka bualkan.
Mama ajak Hana dan maknya datang makan malam ke rumah mereka malam ni. Katanya untuk berkumpul dengan semua ahli keluarga memandangkan Zac dah balik.
Hana dan mak dah mula biasa dengan layanan keluarga itu terhadap mereka. Mereka semua dah anggap Hana dan maknya macam keluarga sendiri. Macam tu juga dengan mereka. Tiada lagi rasa kekok antara mereka. Hana begitu terharu dengan layanan baik mereka walaupun dia tidak rasmi lagi menjadi ahli baru dalam keluarga ni.
"Hah, Hana.. Majlis kahwin nanti, Hana nak tema warna apa? Wedding planner dah tanya Mama. Mama ingat kena tanya Hana dulu." Mama mula buka cerita pasal kahwin.
Hana mula rimas.Tak tahu kenapa dia rasa macam nak tak nak aje kahwin dengan Kay.
"Hana okey je mama. Warna apa pun tak kisah. Jangan hitam sudahlah." Hana bagi jawapan acuh tak acuh.
"Laa.. Hana ni. Ada pulak tak kisah. Ni kan majlis kahwin Hana. Takkan Hana takde impian nak majlis kahwin macam mana. Kahwin ni sekali seumur hidup je Hana. Kalau boleh biarlah majlis perkahwinan tu berseri sikit. Baru Hana akan ingat selalu yang Hana tu dah kahwin."mak kat sebelah mama pula menyampuk.
Hana dah pelik bila mak cakap macam tu. Hai mak ni.. sejak rapat dengan mama, dah jadi macam orang bandar pulak fikirannya. Dulu kalau nak suruh dia kahwin, takde pula maknya bercakap tentang majlisnya macam mana. Yang penting akad nikah. Benda lain buat ala kadar je.
Tapi ni siap bagi tazkirah pula pasal tema majlis kahwin. Majlis kahwin impian? Memanglah ada. Alang alang kahwin dengan orang kaya, boleh jadi tercapai lah impiannya tu.
Kalau boleh, dia nak majlis kahwin yang bertemakan musim bunga. Ada bunga bunga sakura sikit. Lepas tu ada bling bling sikit. Macam tu lah lebih kurang. Tapi bila mood nak kahwin pun takde, memang kaburlah impiannya tu.
"Betul Hana tak kisah. Hana serahkan semuanya pada mama je. Tak pun.. biar Kay aje yang tentukan." Hana tengok Kay kat sebelah dia.
"Orang pun tak kisah mak,mama."terus Kay jawab.
Mama dengan mak dah berkerut dahi dengan jawapan mereka berdua.
"Korang berdua ni betul ke nak kahwin? Macam takde semangat pula nak kahwin. Kay?"mama tengok Kay sebab dia tahu Kay yang beria ria nak kahwin Hana.
"Orang ikut Hana je,ma. Yang penting kitorang kahwin. Kalau orang yang buat keputusan tapi dalam diam Hana tak berkenan, tak pasal pasal pula dia lari dari majlis kahwin tu." Kay jeling Hana dengan ekor mata.
"Dahlah nak dapat susah."perlahan Kay tutur ayat tu. Nampak sangat nak bagi Hana sorang dengar.
Hana buat buat tak dengar. Perli ke? Kang aku betul betul lari baru menangis tak berlagu engkau.
Semua orang kat meja makan tu ketawa dengar cakap Kay. Kecuali Zac kat sebelah kiri dia. Dari tadi diam terkutik aje mamat sorang ni. Nampak sangat tak berminat dengan topik ni. Tadi bukan main lagi menyampuk bila bercakap topik lain. Tapi lepas mama buka aje pasal kahwin, dia terus layan Ara kat sebelah dia tu makan.
"Takut sangat kekasih hati dia tu lari." Abang Farez menyampuk.
"Kamu tak payahlah risau,Kay. Takkan larinya Hana tu. Hana kan sukakan kamu jugak." Along pula menambah sambil senyum senyum.
Hana dah turunkan kepala dia sedikit demi sedikit lepas Along cakap macam tu. Kay tengok Hana.
'Hana.. betul ke kau tak suka aku? Tapi kenapa? Sebab Atiq?' Kay tanya dalam hati je. Kalau diikutkan nak aje dia tanya sekarang tapi dia pasti kalau Hana jawab pun, mesti ada kaitan dengan Atiq..
Kay mengeluh perlahan.
"Mummy!! Pak ucu nak kahwin dengan Kak Hana ke? Kenapa tak kahwin dengan Pak ngah? Pak ngah kan sayang dekat Kak Hana jugak?"
Tiba tiba pula Ara menyampuk cakap mereka. Dengar je ayat Ara tu, Hana dengan Zac sama sama tersedak. Semua dekat meja tu dah tunjuk reaksi terkejut dengan kepetahan kata kata Ara terutama Kay.
"Hesh.. Apa Ara cakap ni?" Along tunjuk muka marah.
"Ara.. tak baik menyampuk bila orang tua bercakap."tegur Abang Farez pula. Dia jeling Kay. Takut pula Kay terasa hati dengan kata kata anak sulungnya tu. Ara sambung makan.
Hana dengan Zac sama sama tunduk. Tak berani angkat muka. Takut pula kalau mereka fikir bukan bukan.
"Nah." Kay hulur air dekat Hana.
Hana teragak agak nak tengok Kay tapi dia ambil juga air tu.
"Angah dah siap makan. Angah naik dululah."
Zac bangun lantas naik tangga tingkat atas. Semua kat meja tu tengok je gerak geri Zac. Lepas Zac tak ada, mereka beralih pandangan pada Hana pula.
"Err.. kenapa semua orang tengok Hana ni?" Hana tanya dengan sengihan dibuat buat.
"Hana dengan Angah ada apa apa ke?" papa ajukan soalan tu.
Kay tak lepas tengok Hana, meminta jawapan.
"Kenapa papa tanya macam tu? Pertanyaan Ara tu nampak macam kitorang ada apa apa ke?" Hana beranikan diri bertanya.
"Kalau tak kenapa Ara cakap macam tu?"celah Kay. Pandangannya tajam merenung Hana.
Hana lepas gelak.
"Kay.. cakap budak budak. Awak percaya ke?"
"Budak tak pandai menipu Hana."pantas Kay jawab.
"Hana.. Hana jangan buat masalah. Hana dengan Kay dah nak kahwin tak lama lagi."mak mencelah.
"Angah pernah cakap dia sayangkan Hana ke?"kali ni mama pula menyampuk.
Hana dah buntu. Kenapalah Zac tinggalkan aku dalam situasi ni. Ara cakap dia yang sayangkan aku. Bukan aku yang sayangkan dia tapi kenapa aku pulak kena jawab soalan bagi pihak dia. Tapi kejap.. Yang aku gelabah ni kenapa? Cakap jujur ajelah. Apa susah?
"Kita orang mana ada apa apalah. Macam mana kitorang nak ada apa apa kalau Hana baru jumpa dengan Zac petang tadi. Sebelum ni kitorang tak pernah jumpa pun." Hana cuba jelaskan.
"Tapi korang dah pernah jumpa masa awak jadi pengasuh. Awak pasti ke yang awak dengan angah tak buat apa apa selama saya takde dekat rumah dulu?" Kay serang Hana lagi dengan soalan yang dah jauh menyimpang.
Hana dah geleng geleng kepalanya. Tak sangka isu ni boleh jadi serius. Hanya kerana mulut si cilik tu cakap macam tu, semua orang dah salah sangka dengan hubungan mereka berdua.
"Awak cakap apa ni? Buat apa apa maksud awak ni?" Hana naik bengang.
"Entah entah selama ni awak dengan Angah memang ada hubungan sulit?"Kay buat andaian.
"Ya Allah apa awak cakap ni? Eh kitorang mana ada apa apalah. Asal susah sangat awak nak faham ni?"Hana cuba meyakinkan.
"Sure?"Kay masih tak percaya.
"Awak tak percayakan saya ke?"
"Saya percayakan awak tapi lepas Ara cakap macam tu.. saya ragu ragu. Betul ke awak dengan abang saya.. takde apa apa hubungan?"
Hana balas pandangan Kay.
"Kay.. kalau sekarang pun awak tak percayakan saya.. macam mana bila kita kahwin nanti? Isu kecil macam ni pun awak nak pertikaikan."
"Tapi kenapa Ara cakap macam tu?" Kay mendesak ingin tahu.
Mereka berdua mula bertengkar. Semua yang ada di meja tu tak berani bersuara.
"Manalah saya tahu. Mungkin dia nak saya kahwin dengan abang awak dan bukannya awak."laju Hana menuturkan ayat itu dengan nada geram.
Kay tergamam. Semua orang di meja itu turut tergamam dengan kata kata Hana. Hana dah gigit bibir. Kata kata dia dah melampau ke?
"Hana,kenapa cakap macam tu?"mak tegur dengan suara tegas.
Hana tengok semua orang di sekelilingnya. Semua tengok dia dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Mesti macam macam andaian yang bermain di fikiran mereka.
"Okay..”Hana cuba menenangkan dirinya.
“Hana minta maaf sebab cakap macam tu. Hana... Hana cuma tak nak korang salah faham. Sebenarnya benda ni tak perlu dijadikan isu pun sebab Hana sendiri tak tahu kenapa Ara cakap macam tu.
Tapi Hana berani sumpah yang Hana dengan Zac tak ada apa apa pun." Hana angkat tangan separa kepala. Dia cuba meyakinkan mereka.
"Orang dah kenyang." Kay tiba tiba minta diri dan meninggalkan meja makan.
Hana berasa bersalah. Dia tak patut cakap macam tu. Mesti Kay tersinggung.
"Papa.. mama.. Hana minta maaf. Hana langsung tak berniat nak cakap macam tu. Hana cuma nak korang percayakan Hana. Hana dengan Zac memang takde apa apa. I swear!"
Bersungguh sungguh Hana cuba meyakinkan mereka dengan muka penuh pengharapan. Dia tak boleh biarkan seluruh ahli keluarga ni bersangka buruk padanya. Dia perlu pertahankan dirinya.
"Hana.. Kami percayakan Hana." Mama bersuara lembut.
Hana tengok mama lepas tu tengok yang lain. Mereka semua angguk. Hana hela nafas lega.
Baguslah kalau mereka semua percayakannya. Dia memang bercakap benar. Masalahnya sekarang... dia perlu pujuk Kay.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"Kay." Hana panggil Kay yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh di hadapan kolam renang membelakanginya.
Kay tak bagi respon. Matanya seolah berkhayal di tempat lain. Hana pergi lebih dekat dengan Kay.
"Saya dah nak balik ni."beritahu Hana.
Tiada respon. Hana mengeluh. Aku tak tahu pula yang si Kay ni mudah kecil hati.
"Tapi sebelum tu.. saya nak minta maaf sebab dah buat awak tersinggung. Saya langsung tak berniat nak cakap macam tu. Percayalah. Kata kata tu terkeluar sendiri dari mulut saya.
Saya sendiri pun tak sedar apa yang saya cakap. Saya tahu saya salah sebab cakap macam tu. Saya tak sengaja,Kay. Awak terlalu mendesak saya supaya beritahu perkara yang tak sahih.
Tapi saya tetap nak ulang sekali lagi. Saya, dengan abang awak Zachrul Hadiff tu, langsung tak ada apa apa hubungan. Trust me okey.
Takkan awak nak makan hati dengan kata kata anak saudara awak yang hanya berusia 8 tahun tu? Kay.. Ara tu budak. Dia boleh cakap apa aje yang ada dalam fikiran dia. Mungkin dia terlalu rapat dengan Zac. Sebab tu dia tanya macam tu. Sekali lagi saya berani bersumpah yang saya dengan Zac memang takde apa apa lah.
Saya mengaku, masa saya bekerja dalam rumah ni dulu, saya dengan Zac pernah keluar bersama. Tapi tu pun budak budak ada sekali. Zac sendiri pun masa dekat rumah dia selalu habiskan masa dalam office kat bilik dia tu. Buat kerja.
Dia tak pernah panggil Hana masuk bilik dia untuk buatkan dia coffee ke apa sebab dia tahu Hana cuma babysitter dalam rumah tu, bukan orang gaji.
Kami takde masa pun nak buat benda tak senonoh. Apatah lagi nak ada apa apa hubungan. Mak Yam ada. Dia tahu tingkah laku kami macam mana." panjang lebar Hana bagi penjelasan dengan nada yang lembut.
Dia dongak kepala tengok Kay. Kay masih tak bagi reaksi.
"Sebab tu saya harap.. awak dapat maafkan saya. Saya harap awak tak pandang serius benda remeh temeh ni. Kita akan berkahwin Kay. Saya akan jadi milik awak. Takde benda yang awak perlu takutkan lagi.
Saya hargai perasaan cinta awak pada saya tapi saya harap awak dapat memahami saya, percayakan saya.. Tu kunci utama sesebuah hubungan kan? Walaupun saya tak ada perasaan cinta pada awak tapi saya takkan menduakan cinta awak Kay."lembut Hana menutur ayat itu sambil tengok Kay dengan muka penuh keikhlasan.
Kay masih juga tidak berganjak dari reaksinya. Kaku aje macam anak patung. Entah dia dengar ke tak apa yang aku cakap.
Hana lepas keluhan lagi. Susah jugak nak pujuk mamat ni. Hati batu betul. Rasanya aku dah keluarkan ayat yang punyalah power tahap apa dah dari lubuk hati ni.. tapi tak terkesan juga. Keras juga hati si Kay ni. Merajuk tak bertempat.
Tak matang pula bila tengok Kay berkelakuan macam ni. Padahal dia tu seorang doktor. Sepatutnya kenalah profesional sikit. Ke dia profesional masa kerja je? Lepas kerja terus jadi tak matang. Macam tu? Hana geleng kepala bila fikirkan andaiannya terhadap Kay.
"Saya dah cakap apa yang saya nak cakap. Terpulanglah pada awak nak percaya ke tak. At least saya jujur." Hana tengok Kay untuk kali terakhir sebelum balik.
Batu betul dia ni. Membisu je.
"Saya pergi dululah.." Hana terus minta diri.
Malas pula nak buat drama lama lama kat sini. Lagipun maknya mesti dah tunggu.
"Hana.." Kay panggil masa kaki Hana baru nak keluar dari slide door.
Hana berpaling. Kay pergi dekat Hana. Dia berdiri depan Hana dengan muka bersalah
"I'm sorry.. sebab berkelakuan macam budak budak. Saya... saya cuma tak boleh terima bila lelaki lain ungkap kata kata sayang pada awak. Kalau boleh, saya nak awak dengar perkataan tu dari mulut saya je. Dan awak cuma boleh ucapkan kata sayang tu pada saya sorang je.
Honestly.. Saya sebenarnya jealous bila Ara cakap macam tu. Sebab saya terlalu sayangkan awak Hana. Saya tak nak kehilangan awak. Saya takut sesiapa rampas awak daripada saya. Saya boleh jadi gila kalau awak jadi milik orang lain termasuk abang saya sendiri.
Saya tak boleh bayangkan.. hidup saya tanpa awak di sisi Hana. Dah lama sangat saya idamkan untuk bersama awak."luah Kay sepenuh hatinya. Mata Hana ditatap dalam dalam.
"Kita akan kahwin jugak Kay. Dua bulan je lagi. Sabarlah. Kita akan bersama juga nanti. Tapi awak boleh tak jangan.. jangan pengaruhi fikiran awak dengan perkara negatif macam tu? Awak nak benda tu betul betul jadi ke?"
"Saya tak nak Hana."laju Kay jawab sambil geleng geleng kepala dia.
"Dah tu? Kenapa fikir bukan bukan?"
"I'm sorry.."
"You know what?" Hana renung mata Kay.
"Saya sanggup terima awak.. bukan semata mata saya nak tunaikan hasrat mak saya untuk pergi umrah je tau.. tapi saya tak nak awak rasa macam yang Atiq rasa bila perasaan dipermainkan.
Saya dah terima awak. Jadi saya harap, awak jangan buat lagi perangai yang boleh buat saya tak terima awak. Kalau tak.. awak akan terseksa macam Atiq.
And one more thing.. Control perasaan cemburu awak tu. Hanya disebabkan benda kecik macam ni pun awak nak merajuk, nampak sangat tak matang lah."keras ayat yang dilemparkan Hana pada Kay.
Biar dia tahu apa yang terpendam dalam hati aku ni tentang dia. Mungkin Kay baru sekali berperangai begini tapi dia perlu ambil tindakan untuk menegur lebih awal supaya apabila mereka berumahtangga nanti tak perlu dia hadapi situasi ni lagi.
Kay angkat tangan separa kepala.
"Hana I promise you.. Saya takkan buat perangai macam ni lagi. Saya takkan buat awak kecewa lagi. Saya takkan buat perangai tak matang lagi.
Saya terima semua yang awak cakap tu. Saya anggap ia sebagai teguran untuk perbaiki diri saya yang serba kekurangan ni.. I promise.." bersungguh sungguh Kay cuba yakinkan Hana.
Hana angkat kedua dua kening.
"I keep your promise. Ingat cantik sangat ke muka tu kalau merajuk? Jangan biarkan saya tengok muka tu lagi." Hana berjenaka tapi dia tak ketawa sebab dia memang serius cakap macam tu. Muka Kay memang nampak buruk bila merajuk.
Kay gelak. Kena kutuk pun gelak ke? Mereng jugak manusia ni.
"Laa.. Asal gelak?" Hana kerut dahi.
"Lawak la.." sisa tawa Kay masih berbaki. Hana tengok Kay dengan pandangan serius. Serta merta tawa Kay mati.
"Sorry.. Actually bila awak dah boleh buat lawak macam tu.. that's mean awak dah maafkan saya lah kan?" Kay tanya dengan senyuman di bibir. Happy lah tu.
"Hmm.." Hana jawab nak tak nak je.
"Awak nak balik kan? Saya hantar."
“Ye lah.”
Mereka berjalan masuk ke rumah. Kay letak tangan dia atas bahu Hana. Hana cepat cepat tepis. Kay letak lagi. Hana tepis lagi. Banyak kali juga Kay buat macam tu sehingga akhirnya dia terpaksa mengalah. Kay ketawa je.
Sepasang mata memerhati mereka berdua dari tingkat atas. Zac senyum tawar.
Dia sudah lama memerhati mereka berdua di balkoni biliknya. Walaupun dia tidak dapat mendengar dengan jelas butir percakapan mereka berdua tapi dia tahu melalui cara perbualan mereka menunjukkan mereka cuba berdamai. Dia tak pasti mereka berdamai sebab apa tapi yang pasti.. dia cemburu dengan perdamaian tu.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"Angah." Zac yang sedang minum air di dapur berpaling.
"Kay.."
Kay duduk atas kerusi meja makan berhadapan dengan Zac. Dia merenung Zac.
Zac angkat kening, sebagai isyarat pertanyaan kenapa Kay memanggilnya.
"Angah sukakan Hana?" Kay terus kepada tujuannya. Malas pula nak berbasa basi.
Dia memang nak sangat tahu. Kalau diikutkan dia dah puas hati dengan jawapan Hana tapi dia juga perlukan jawapan Zac. Manalah tau dalam diam diam Zac sukakan tunangnya tu. Dia perlu dapatkan kepastian segera.
Nasib baik Zac belum tidur walaupun dah lewat malam. Abangnya memang selalu tidur lewat. Sibuk siapkan kerjalah tu.
"Kau bangun pukul 3 pagi semata mata nak tanya benda ni je ke?"pertanyaan Zac kedengaran menyindir. Zac teguk air lagi. Dia cuba mengawal riak wajah.
"Just answer my question okey."
Zac teguk air kosong sampai habis. Mug diletak atas meja sedikit kuat sehingga mengeluarkan bunyi.
Lepas tu dia tengok Kay lama dengan badan menyandar pada kerusi. Mata dua beradik itu bertentangan bagai kilat yang memanah.
"Kalau angah sukakan dia sekalipun, bukannya dia dapat jadi milik Angah. Dia bakal adik ipar angah kan." Zac jawab dengan suara mendatar.
Kay dah kerut dahi.
"So your answer is..."
"No."
"Sure?" Kay tak yakin. Mukadimah tadi bunyi lain macam je tapi jawapan pun lain macam jugak.
Zac diam.
'Kalaulah kau tahu aku menipu.' balas Zac dalam hati. Benar, kalau dia sukakan Hana sekalipun, dia tetap takkan dapat memiliki Hana. Apalagi rampas Hana daripada Kay. Hana milik Kay.
Sedalam mana pun dia cintakan Hana, dia takkan sanggup rampas kekasih hati adiknya itu. Dia ada maruah sebagai seorang abang. Abang.. yang perlu selalu mengalah dengan adiknya. Itu yang dia cuba buat sekarang.
"Angah.." Kay sedarkan Zac dari lamunan sementara.
"Kau nak Angah jawab 'ya' ke?"Zac mencabar.
"Mestilah tak nak. Jadi apa yang Ara cakap tu sekadar keluar dari mulutnya ajelah. Bukan betul pun. Kan?" Kay minta kepastian.
Hati Zac menidakkan.
"Kau tau jawapannya."
"Kalau macam tu baguslah. Lega sikit hati aku ni."
"Sikit? Macam ada benda lain je yang buat kau tak lega."
Kay angguk perlahan lahan.
"Memang ada."
Kay bangun.
"Selagi Hana tak sah jadi isteri aku, selagi tu aku takkan rasa lega. Aku takut ada orang cuba rampas Hana daripada aku."habis je ayat tu, Kay tepuk tepuk bahu abangnya sebelum keluar dari dapur.
Zac jeling dengan sengihan sinis. Warning ke tu?
"Kau ingat aku nak rampas dia daripada kau ke?"detik Zac perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience