Bab 16

Romance Series 10367

"Let's go." Zac keluarkan basikal dari garaj basikal yang menempatkan beberapa buah basikal dewasa dan kanak kanak tu.
"Abang.. Hana nak cakap jujur ni." Hana bermain main dengan jari telunjuk dia.
Zac yang dah naik atas tempat duduk basikal tengok Hana.
"What?"
"Hana tak pandai kayuh basikal lah. Naik aje pandailah." Hana terus terang.
"Laa.. Asal tak cakap awal awal?"
"Hana nak cakap. Tapi abang macam nak cepat je. Tak sempat nak bagitau." Hana tunduk.
Zac turun dari basikalnya.
"Kalau macam tu abang kena tukar basikal biasa la."
"Eh,kenapa pula?"
"Nanti bolehlah abang carry Hana. Basikal ni takde tempat bonceng."
Zac masukkan semula basikal dalam garaj. Basikal biasa bertayar tebal yang mempunyai tempat duduk di belakang dikeluarkan. Patutlah Hana tak pilih basikal yang dia nak tunggang nanti. Tak pandai naik basikal rupanya.
"Susahkan abang pula kena bonceng Hana. Hana tak payah ikutlah."
Zac tengok Hana.
"Hana.. Hana kan dah setuju nak teman abang bersenam?"
Hana cebikkan bibir bawahnya.
"Hana ingatkan joging."
"Abang tak cakap nak naik basikal ke?"
"Tak."suara Hana kedengaran manja.
"Abang bawak. Jom!" Zac dah naik atas basikal.
"Tapi.."
"Hana,naik!"arah Zac tegas. Dia dah menunggu atas basikal tu. Lambat lambat Hana duduk atas pembonceng tu.
"Hana berat tau."sempat Hana bagi peringatan.
"Lagi berat,lagi banyaklah peluh abang keluar. Ok,are you ready?" Zac dah bersedia nak gerakkan basikal.
"Ready!!" Hana angkat tangan.
Zac terus meluncur turun basikalnya menuju ke luar pagar yang dah macam pintu gerbang tu. Dia mula mengayuh apabila basikal menjejak atas tar jalan.
"Abang jangan bawa laju laju sangat tau." Hana berpesan dari belakang.
"Okey!"
Zac terus memecut laju basikalnya.
"Abang!!!" Hana terjerit sehingga terpeluk erat pinggang Zac bila Zac mengenakannya. Lain yang dia suruh,lain yang Zac buat.
Zac dah lepas gelak bila dapat acah isterinya. Seronok juga bila Hana pegang pinggang dia kuat kuat.Dia mengayuh basikal sekuat hati sehingga rambutnya berombak ke belakang. Tudung Hana pula dah berterbangan sehingga hampir menutupi mukanya dek kerana ditiup angin kuat.
Ingatkan bolehlah hirup udara segar pagi pagi ni. Tapi bila Zac dah kayuh laju laju,terpaksalah dia hirup juga udara yang dah terlebih segar ni. Dah tak boleh bernafas pula rasanya bila angin kencang berlalu di arah bertentangan.
'Tak guna punya Zac. Tau lah excited sangat nak naik basikal tapi takkan dah lupakan aku kat belakang dia yang dah hampir nak hilang nyawa ni. Tak pasal pasal melayang nyawa aku ni baru menangis kau,!Hana kutuk Zac dalam hati.
Dia rangkul pinggang Zac sekuat hati. Biar Zac pun tak boleh bernafas macam dia. Baru adil!
Selepas setengah jam mereka berada atas basikal,akhirnya sampai juga di taman. Hana terus turun dari basikal lantas berbaring atas padang rumput dengan nafas tercungap cungap.

Zac rebahkan basikal dia lepas Hana turun. Berdentum bunyinya. Tak sayang harta benda betul! Tau lah banyak duit. Zac turut rebahkan badan dia sebelah Hana dengan nafas turun naik. Tangan dan kakinya didepangkan.
"Penatnya!!"tercungap cungap dia nak bercakap.
Hana jeling Zac tajam.
"Siapa suruh kayuh laju laju. Kan orang dah pesan bawa perlahan aje." Hana marah.
Zac tengok Hana sekilas.
"Alaa.. sorrylah. Abang tak tahu macam ni punya penat bonceng Hana."
Hana terus cubit pinggang Zac. Perli aku la tu!
"Oouuchh!! Sakitlah.." Zac mengerang kesakitan sambil pegang pinggang dia dengan tangan kanan. Sesekali sakitnya menjalar sehingga tulang belakang.
"Padan muka. Nak cakap Hana beratlah tu." Hana marah lagi.
Zac tak balas kata kata Hana sebaliknya masih menahan sakit akibat cubitan Hana tu. Dahinya berkerut kerut. Peluhnya yang dah memang keluar banyak tu bertambah banyak. Dahinya juga berpeluh peluh.
Hana mula nampak risau.
"Abang.. Abang okey ke? Sakit sangat ke? Hana cubit perlahan aje lah." Hana mengelap peluh di dahi suaminya dengan tuala putih yang tersangkut di leher Zac. Mukanya nampak cemas melihat keadaan Zac.
Zac angguk juga dalam kesakitan. Matanya terpejam rapat. Dia gigit kuat bibir bawah.
"Hana minta maaf abang. Hana tak tau pula cubitan Hana tu buat abang rasa sakit macam ni sekali." Hana mulai takut.
Suaminya nampak sakit sangat. Kenapa boleh jadi macam ni? Berbisa sangat ke cubitan dia?
"Abang.. Hana minta maaf sangat sangat.." Mata Hana dah berkaca melihat suaminya yang masih tak berhenti mengerang sakit tu.
"Abang.." Hana merintih sambil mengelap leher dan lengan Zac yang berpeluh tu. Ni bukan setakat peluh senaman tapi peluh kesakitan sekali.
Mata Zac tiba tiba terbuka luas.
"Gotcha!!" Zac sergah Hana.
Hana tergamam sekejap. Bila menyedari dirinya dipermainkan,dia terus melibas muka Zac dengan tuala. Air matanya jatuh setitis.
"Apa abang ni? Abang buat Hana risaulah!! Sampai hati abang prank Hana macam ni kan!!" Hana marah sambil terus pukul suaminya. Dia mengesat air matanya kasar.
'Tak guna betul!! Membazir air mata aku aje! Dia ni senang senang je buat mutiara berharga aku ni jatuh lah!!! Ahh!' Hana membebel geram dalam hati.
Zac bangun dari pembaringan lalu duduk bersila depan Hana. Hana pula duduk bersimpuh depan Zac dengan pipi lencun dengan air mata.
"Alaa.. sorrylah. Hana menangis ke?" Zac sentuh pipi Hana.
"Mestilah! Hana ingat dah jadi apa apa kat abang. Hana risau tau." Air mata Hana jatuh lagi. Asal mudah sangat dia menangis ni? Pagi pagi buta pula tu.
Zac lap air mata Hana dengan tangannya.
"Sshhh.. jangan nangis lagi lah. Abang minta maaf okey. Abang bukan sengaja nak prank Hana." Zac cuba pujuk Hana. Dia berasa bersalah sebab buat Hana menangis.
"Tipu! Abang memang sengaja buat macam tu. Sanggup abang tipu Hana macam ni sekali kan." Hana tak percaya cakap Zac lagi. Dia percaya bulat bulat yang Zac betul betul sakit tadi. Boleh Zac kenakan dia lagi. Keji betul! Sampai meleleh air mata aku keluar. Huh!
"Hana.. betul abang tak sengaja. Lagipun abang mana pandai berlakon. Abang memang betul betul sakit tadi." Zac bagi penjelasan. Dia memang sakit sangat sangat tadi. Tak tau kenapa dia boleh sakit macam tu sekali walhal dia tahu Hana cubit perlahan aje.
"Betul?"
"Betul sayang." Zac angkat tangan.
Tangisan Hana mula reda. Zac tak nampak menipu. Tapi asal dia prank aku juga tadi. Memang saja tak nak buat aku risau! Tapi aku risau juga.
"Kenapa abang sakit sangat?"
"Entahlah. Kuat sangat abang kayuh basikal kot. Sampai terseliuh pinggang." Zac menggosok pinggangnya. Sakitnya mula berkurang sedikit demi sedikit.
"Tu la.. Hana kan dah pesan jangan bawa laju laju. Abang tak nak dengar."
"Alaa.. Exercise dengan basikal mestilah kena bawa laju laju. Baru keluar peluh." Zac menjawab.
"Sampai tak ingat Hana yang dah nak mati tak cukup oksigen kat belakang?" Hana mula membebel.
Zac dah sepetkan mata dia.
"Sorry. Excited gila boleh naik basikal. Dah lama sangat abang tak naik basikal sejak bekerja ni."
Hana cerunkan matanya tengok Zac.
"Tu lah. Busy sangat sampai takde masa untuk diri sendiri."
"Sekarang dah ada masa bila ada isteri."usik Zac sambil senyum senyum. Lagipun ni hujung minggu. Bolehlah dia berehat sekejap dengan meluangkan masa bersama isterinya untuk mengurangkan tekanan kerjanya yang tak sudah sudah tu.
Hana tundukkan wajahnya.
'Eii.. orang serius dia main main pula.'
Zac bengkokkan kaki dia lepas tu letak lengan atas kepala lutut. Dia menongkatkan kepalanya. Kepalanya dipusing menghadap Hana. Zac perhati Hana lama.
"Sayang juga Hana dekat abang ye?"usik Zac manja. Matanya merenung Hana.
"Hmm?" Hana tak faham kenapa Zac tiba tiba cakap pasal sayang ni.
"Hana risau sangat dekat abang tadi kan? Sampai menangis bagai. Takut abang tinggalkan Hana ke?"
Hana dah gelabah. Over sangat ke reaksi dia tadi? Malunya.
Mata Hana terkebil kebil kiri kanan untuk mengelak pandangan Zac. Teragak agak je dia nak balas tatapan mata Zac. Malu pula nak jawab soalan yang melibatkan hati dan perasaan tu.
"Mestilah Hana takut! Hana tak nak lah muda muda lagi dah jadi janda," Hana bagi jawapan selamat.
Zac tergelak dengar jawapan Hana.
"Tu ke yang ada di fikiran Hana masa abang sakit tadi?"
"Ye la. Nak fikir apa lagi?"
Zac senyum kelat.
"Huhh.." Zac lepas nafas. ".. Ingatkan Hana takut kehilangan abang sebab Hana sayangkan abang."perlahan Zac tutur ayat tu sambil tunduk kepala. Tangannya menarik rumput.
Hana hilang kata. Apa aku nak jawab? Takkan dia terasa kut dengan gurauan aku?
"Err.. Tak payah cakap lagilah. Abang ajar Hana kayuh basikal please?" Hana cuba lari dari bercakap topik tu lagi. Dia dah bangun sambil tepuk tepuk rumput yang melekat di belakang seluarnya.
Zac lepas keluhan berat. Susah betul nak korek isi hati Hana terhadap dia.
Zac hulur tangan kanan.
"Angkat."pinta Zac.
Hana turut dalam terpaksa. Dia tarik badan Zac yang dua kali berat daripadanya. Makan gajah ke apa mamat ni?
Dalam dia berusaha tarik tangan Zac yang tubuhnya langsung tak bergerak seinci pun tu, Zac pula tiba tiba tarik tangan dia sampai dia tak dapat seimbangkan badan hingga akhirnya tersadung lantas jatuh atas badan sasa Zac.
"Ouuchh.." Zac mengaduh bila Hana jatuh atas tubuhnya.
Badan Zac terbaring atas rumput dengan tubuh Hana di atasnya. Dah nampak macam drama hindustan pula bila berpelukan atas rumput ni. Mata Zac dan Hana bertentangan lama. Angin sepoi sepoi bahasa menyapa wajah mereka. Suasana di kawasan itu damai permai dengan kehadiran mereka berdua sahaja, seolah olah mengizinkan mereka buat 'drama romantik' pagi pagi ni.
"Kenapa berdebar?"Zac bersuara dengan mata tatap Hana.
Hana yang baru tersedar dalam situasi itu cepat cepat bangun. Dia boleh rasa debaran aku ke? Ahh.. kenapa aku berdebar? Hana tanya diri sendiri.
"Cepatlah ajar Hana!!" Hana terus pusing badan dia menuju ke basikal. Nak sembunyi perasaan malu dan gemuruh sebenarnya.
Zac senyum nampak lesung pipit. Dia bangun dari pembaringan. Tangan kanan ditongkat ke belakang untuk menahan badannya sambil melihat kelakuan Hana. Bahagianya!!
Zac cuba bangun sendiri.
"Arghh.. kenapa sakit lagi ni?"Zac mengerang perlahan sambil tangannya menekan kuat bahagian pinggangnya. Giginya terketap ketap menahan sakit.
"Abang,cepatlah!!"gesa Hana yang dah angkat basikal tu.
"Coming.." Zac paksa diri bangun juga. Dia tak nak Hana risau lagi melihat keadaannya. Dia cuba berjalan ke arah Hana dengan langkah biasa walaupun tulang belakangnya pada bahagian bawah terasa seperti mencucuk dan kebas. Mukanya cuba menahan riak sakit tu depan Hana.
"Abang nampak pucatlah." Hana tegur. Hana perasan juga.
"Mana ada. Warna kulit abang kan memang pucat macam ni." Zac berdalih untuk menutup kesakitannya.
"Oh ye ke? Hana tak perasan pula."
"Hari hari tengok abang pun boleh tak perasan ke?"perli Zac. Macam mana Hana nak perasan kalau kebiasaannya muka dia bukan macam ni. Ni muka orang sakit.
"Setahu Hana kulit abang putih merah lah. Ni putih pucat. Abang betul ke okey ni?" Hana ragu ragu.
"Abang okey. Betul. Dah lah. Cakap nak suruh abang ajar naik basikal kan? Jom. Kita pergi dekat kawasan lapang sikit."ajak Zac.
Hana tolak basikal tu menuju ke tempat yang dimaksudkan. Zac berjalan sebelah dia. Dia perasan dahi Zac kerap kali berkerut. Cara Zac berjalan pun nampak kekok. Pelik juga dia. Zac ni betul ke okey?
Zac berpaling melihat Hana dan melemparkan senyuman. Hana balas senyuman tersebut dengan perasaan risau.
'Hana.. kau ni risau sangatlah. Dia dah cakap dia okey maknanya okeylah tu.' Hana cuba abaikan fikiran negatif.

"Eh eh eh.." Hana hilang keseimbangan. Handle basikal bergoyang ke kiri kanan .
"Hana,balance your body." Zac tegur dari belakang.
"Ahh.." Hana terjatuh dari basikal tanpa sempat mmenongkat dengan kaki.
Zac berjalan mendekati Hana.
"Sakit ke?" Zac duduk mencangkung sebelah Hana.
Hana angguk.
"Kat mana?"
Hana tunjuk belakang lengan dia. Zac periksa lengan Hana yang tercalar dan sedikit berdarah tu.
"Luka sikit aje."
"Tak nak naik lagilah."rengek Hana. Dia tiup tiup belakang lengan dia.
"Hana,janganlah give up. First time abang belajar naik basikal dulu pun macam ni juga." Zac bagi kata semangat.
"Nak give up juga."
"Hana..janganlah macam ni. Masa abang belajar dulu abang lagi banyak jatuh daripada Hana tapi abang tak pernah give up tau." Zac pujuk lagi. Dia mengimbau saat dia belajar basikal masa kecil kecil dulu.
Masa dia kecil dulu dia belajar naik basikal sendiri aje tanpa bantuan sesiapa. Hampir separuh badannya tercalar dan berdarah akibat terjatuh tetapi dia tidak pernah mengalah. Dia tahu kalau nak cepat pandai,kenalah berlatih lebih sikit.
"Abang takpelah lelaki. Boleh tahan sakit."Hana menjawab. Zac mana boleh samakan dia dengan lelaki. Perempuan kan lagi lemah daripada lelaki.
"Hana.. tak kiralah lelaki ke,perempuan ke, sama aje. Tu semua tak menghalang kita untuk mencapai apa yang kita mahukan. Asalkan kita berusaha,kita akan dapat apa yang kita nak."Zac tiupkan kata kata semangat lagi.
Hana tak menjawab sebaliknya terus meniup lengannya yang luka itu.
"Hana, kita cuba lagi."suruh Zac. Dia dah bangun.
Hana tak berganjak.
"Abang memang tak kesian kat Hana."suara Hana mengendur.
Zac tarik nafas panjang. Dia duduk mencangkung depan Hana balik.
"Hana.. Hana tak bolehlah macam ni. Abang bukan tak kesian kat Hana. Tapi takkan Hana dah nak give up padahal Hana baru jatuh sekali. Abang terpaksa push Hana jugak. Kalau Hana sungguh sungguh nak belajar naik basikal, Hana kenalah berusaha lebih sikit. Barulah cepat pandai."Zac cuba berlembut. Dia tak boleh bermanja dengan Hana. Dia tak boleh ikut rentak Hana, kalau tak sampai bila bila pun Hana takkan pandai.
Hana masih membisu.
"Hana, Hana tak boleh putus asa macam ni aje. Hana kena terus practice sampai Hana berjaya naik basikal tu. Tak bolehlah mengalah tanpa berusaha macam ni.
Abang bukan nak seksa Hana. Tapi kalau Hana sendiri tak berusaha nak pandai, takde gunalah abang ajar semua ni. Hana kena push diri Hana sendiri juga.
Hana..just fokus okey. Tak payah fikir benda lain. Dalam kepala Hana tu, Hana just fikir nak pandai naik dan kayuh basikal aje. Tu target Hana. Okey?" Zac bagi motivasi panjang lebar.
Dia cuma ajar Hana cara yang betul. Walaupun Hana cuma ingin belajar suka suka aje tapi dia tetap bertegas. Kalau Hana tak belajar sekarang,lepas ni belum tentu lagi Hana ada masa untuk belajar.
Lagipun dia tidak suka membuat kerja separuh jalan. Sebab tu dia paksa juga Hana belajar sampai pandai. Dia tak nak Hana belajar tak habis. Nanti dia boleh lupa balik apa yang diajar.
"Hana tak nak jugak." Hana tidak terkesan dengan kata kata itu. Sudah hampir dua jam dia berlatih tapi dia masih juga jatuh. Apa guna dia berlatih lagi? Buat penat aje. Zac pula asyik mengerahnya tanpa henti. Dua kali penat.
Zac lepas keluhan. Susah betul nak pujuk Hana.
"Hana..."
"Hey,what's up?"suara seseorang menegur membuatkan Hana dan Zac sama sama mendongak kepala.
Zac dah buat muka kurang senang. Dia berpaling ke arah lain. Macam mana dia boleh ada kat sini? Di mana ada Hana, di situ jugaklah ada dia. Menyibuk betul!
"Kay.."Hana masih tengok Kay dengan mata merayu macam kucing meminta makanan.
"Hana,kenapa lengan kau luka?" Kay tanya risau. Dia duduk mencangkung sebelah Zac. Zac bangun lepas Kay duduk. Dia cekak pinggang sambil pusing badannya membelakangi mereka berdua. Rahangnya tergerak gerak. Sakit hati pulak tengok bila Kay mengambil alih tempat dia merawat Hana.
"Jatuh basikal."adu Hana.
"Macam mana boleh jatuh?" Kay tiup tiup lengan Hana. Hana membiarkan aje. Entah kenapa dia jadi manja hanya kerana kecederaan kecil ini.
"Aku tak pandai naik basikal lagi."
"Laa.. kau belajar naik basikal ke?"
Hana angguk.
"Buat apa kau nak belajar naik basikal? Kau bukannya pandai naik benda alah tu."Kay membebel.
"Zac paksa."Hana mengadu perlahan.
Kay dongak tengok Zac.
"Bro,apa kau buat ni? Kau tak tahu ke bini kau ni tak pandai naik basikal?"marah Kay.
Zac berpaling dengan muka selamba. Mudah mudah aje Hana mengadu dekat Kay. Ke Hana memang selalu mengadu pada Kay ketika mereka berkawan rapat dulu?
"Aku tau. Sebab tu aku nak ajar. Lagipun bukan ke tadi Hana juga yang suruh abang ajar Hana naik basikal?" Zac renung Hana.
Hana tengok Zac sekilas lepas tu tunduk balik. Tak berani pula nak balas renungan tajam tu.
"Memanglah Hana yang suruh. Tapi abang terlalu mendesak Hana. Hana tak boleh.." Hana beritahu dengan suara manja.
Zac geleng geleng kepala. Dia tak tahu pula macam ni punya manja isteri dia. Tu baru sikit. Kalau dia bertegas lebih lagi,mau menangis bini dia.
"Kau kalau tak pandai jadi cikgu, tak payahlah berlagak nak mengajar. Sepatutnya bila kau nampak Hana dah luka, kau berhentilah mengajar. Dia mesti sakit.Lagipun luka ni tak elok dibiar lama lama. Boleh terdedah kepada kuman dan bakteria." Kay tegur. Sebenarnya bukan menegur tapi lebih kepada mengherdik ada lah.
Zac dah julingkan matanya ke atas.
'Taulah awak tu doktor. Tapi tak payahlah nak serius sangat. Luka kecil aje kot. Bukannya boleh membawa maut. Cara kau beritahu macamlah luka tu boleh buat Hana hilang nyawa.
Lagipun Hana kan isteri aku. Taulah macam mana aku nak control dia. Yang kau melebih lebih kenapa? Aku suami dia takde pulak ter'over' risau macam kau hanya disebabkan luka kecil tu.' Zac hanya mampu menjawab dalam hati. Dia cuba kawal dirinya daripada melepaskan amarah kepada Kay walaupun dia nak sangat buat macam tu. Dia sudah berjanji pada dirinya yang dia takkan ekspresikan perasaannya.
"Kau ada luka kat mana mana lagi tak?" Kay periksa bahagian tubuh Hana yang lain. Mana tahu ada luka lagi. Hana mesti dah banyak kali jatuh. Tak boleh harap betul cikgu!
"Takde. Hana memang banyak kali hampir jatuh tapi aku sempat sambut dia. Tadi aje tak sempat." Zac jawab bagi pihak Hana. Macam tau tau je apa yang ada di fikiran Kay.
"Kau balik ajelah. Aku hantar. Kita kena bersihkan luka ni. Tak boleh biarkan macam ni aje.Kau datang dengan basikal kan?" Kay macam buat tak peduli aje apa yang Zac cakap.
Hana angguk. Macam mana dia tau? Dia intip kitorang ke?
"Dah, bangun." Kay pegang tangan Hana yang satu lagi. Nasib baik berlapik. Zac memerhati mereka berdua sambil berpeluk tubuh.
"Aku bawa Hana balik. Aku bawa kereta." Kay beritahu pendek sambil pimpin tangan Hana menuju ke keretanya.
"Hmm.."Zac jawab acuh tak acuh.
Hana tengok Zac. Dia mula rasa bersalah sebab terpaksa membiarkan Zac sendiri dan pulang dengan lelaki lain. Sepatutnya bila dia dah datang dengan Zac,dia kenalah balik dengan Zac juga tapi nak buat macam mana. Dia memang tak boleh teruskan lagi. Dia dah penat. Tak larat.
Hana masih tidak lepas melihat Zac ketika mereka lalu di depan Zac.
"Abang.. Hana balik dulu ek. Hana minta maaf sebab tak boleh sambung practice." Hana beritahu lembut.
"Never mind." pendek Zac menjawab tanpa melihat Hana.
"Jomlah."Kay tarik Hana. Hana terpaksa melangkah juga namun kepalanya masih berpaling ke belakang melihat Zac yang sedang mengangkat basikal yang jatuh itu tanpa sebarang riak wajah.
Zac mesti marahkan aku lagi.

Zac buka pintu bilik.
"Abang dah balik?" Hana terus menerpa Zac sebelum sempat Zac melangkah masuk. Zac tersentak. Tiba tiba pula kena sergah.
Zac melangkah masuk sebelum menjawab soalan Hana.
"Dah cuci luka?"tanya Zac.
"Dah. Kay tolong cuci."beritahu Hana jujur. "..tapi abang jangan risau. Kitorang tak bersentuhan pun."Hana cepat cepat jelaskan. Mana tau Zac salah sangka.
Zac tak bagi respon. Dia masuk dalam mini room. Hana mengikut dari belakang. Zac duduk bersandar atas sofa dengan kepala didongak dan tangannya didepangkan seolah olah ingin menyejukkan badan. Matanya dipejam.
Hana duduk sebelah Zac.
"Abang nak air tak?"
"Tak nak."laju Zac jawab.
Hana kecilkan mata dia. Confirm, Zac marahkan aku.
"Err.. kenapa abang balik lambat? Dah tiga jam Hana sampai rumah tapi abang tak balik lagi."
"Ambil angin."Zac jawab pendek. Dia sebenarnya duduk termenung di hadapan tasik. Fikirannya kosong aje masa tu. Dia pun tak tahu apa dia fikir sampai dia sendiri tak sedar masa begitu cepat berlalu tanpa dia berbuat apa apa.
"Abang marah Hana kan?" Hana agak. Dia terima kalau Zac nak marah dia lagi sebab dia tahu dia salah.
Zac angkat kepala dia.
"Tak lah."
"Tipu."
"Hana ingat abang nak marahkan Hana sebab Kay ke?"
"Sebab Hana juga."
"Kalau Hana masih ingat apa yang abang cakap a few days ago, Hana tau kenapa abang tak marah."
Hana diam. Cuba memahami dan mengingati apa yang Zac maksudkan.
"Ya. Hana ingat." Hana bersuara selepas lama dia berfikir. "...abang cuma anggap layanan kitorang tadi tu tak lebih daripada layanan seorang kawan kepada kawannya yang lain." Hana ulang ayat Zac yang sedikit sebanyak masih berbekas di fikirannya.
"So? Tak faham lagi?"
"Not at all."
"Why?"
"Your expression... tells everything."
Zac dah kerut dahi.
"What expression?"
"Hana tak rasa abang boleh terima semuanya macam tu aje."
"Abang tak faham apa yang Hana cuba cakap."
"Layanan Kay pada Hana..mustahil abang boleh terima macam tu aje. Walaupun sebagai kawan.. tapi Kay tetap seorang lelaki dan dia masih ada perasaan pada Hana. Takkan abang tak cemburu langsung? Takkan Abang tak rasa apa apa? Hana isteri Abang lah."
"Abang dah jelaskan semuanya pada Hana. Abang tak nak ulang benda sama lagi."
Zac bangun.
"Atau Abang tak sayang Hana? Sebab tu Abang tak rasa apa apa?"duga Hana.
Langkah Zac mati. Dia terdiam. Hana menanti jawapan Zac.
Zac kembali menyambung langkahnya tanpa menjawab soalan Hana.
"Abang nak pergi mana?"
"Mandi."
Zac buka slidedoor.
"Walaupun abang terima semua layanan Kay pada Hana atau sebaliknya. Hana tetap nak minta maaf pada abang kalau kalau kami ada mengguris perasaan abang."

Zac terus keluar tanpa bagi apa apa respon dengan kata kata Hana.
Ekspresi macam mana dia tunjukkan sampai Hana boleh ragu ragu dengannya? Dia sudah cuba sembunyikan riak wajahnya tapi Hana masih boleh menyedarinya. Ketara sangat ke dia cuba selindung perasaannya?
Hana lepas keluhan. Dia tahu Zac cuba menyembunyikan sesuatu. Mustahil semudah itu Zac menerima persahabatan dia dan Kay. Dia tak pernah nampak Zac marahkan Kay atas semua yang Kay buat pada dia. Apa apa pun,dia akan tahu juga suatu hari nanti. Apa yang membuatkan Zac seperti cuba bertahan melihat semua layanan Kay terhadapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience