Bab 27

Romance Series 10367

Atiq hanya memerhati kemesraan Zac dan Hana yang sedang bermain air pantai sambil bergelak ketawa itu tidak jauh dari tempat dia duduk. Sesekali bibirnya tersenyum melihat keceriaan mereka. Dia pula hanya duduk di bawah pokok kelapa sendirian, tanpa teman.
Sesekali dia mengaup rambut pendeknya yang menutupi wajah ke atas apabila ditiup dek angin pantai itu. Adegan romantik yang berlaku di depan matanya dipandang dengan pandangan kosong.
"Hana..kenapa ni?" Zac memegang kedua dua bahu Hana. Hana tertunduk sambil menggosok gosok mata kanannya.
"Mata Hana masuk something."adu Hana.
"Jangan gosok lagi. Biar abang tengok." Zac turunkan tangan Hana kemudian dagu Hana diangkat supaya melihatnya. Hana membiarkan. Matanya terkedip kedip.
Zac buka sedikit mata kanan Hana kemudian ditiup perlahan.
"Sakit lagi?"soal Zac.
"Dah okey dah sikit." Hana berkelip beberapa kali,cuba menjelaskan penglihatannya yang kabur sebentar tadi.
"Kenapa abang pandang Hana macam tu?"Hana tanya apabila dia perasan Zac sedang merenungnya. Tangan Zac masih melekat di kedua dua belah pipinya.
"Kenapa.. Hana cantik sangat hari ni?"perlahan suara Zac bertanya dengan pandangannya masih melekat pada wajah Hana.
Hana dah termangu mangu.
"Ha?"
"Hana cantik sangat lah."
Hana terlepas gelak kecil.
"Apa abang cakap ni? Tiba tiba aje. Kena sampuk ek?"usik Hana tapi dadanya bergetar juga bila Zac puji macam tu. Dengan renungannya.. yang mampu mencairkan hati.
"Abang serius."
"Sebelum ni Hana tak cantik ke?"
Zac senyum.
"Hana memang selalu cantik tapi right now.. I don't know why.. Hana nampak lebih cantik." pujian Zac kedengaran begitu lunak di telinga Hana. Suara Zac begitu halus pada pendengarannya.
"Sampai abang rasa nak.." mata Zac jatuh pada bibir Hana. Hana dah berdebar debar bila Zac cuba merapatkan wajah mereka.
"Peeeewiiitt!!!"Atiq bersiul dari kejauhan, menyedarkan Zac dan Hana yang begitu asyik berasmara di hadapan lautan yang terbentang luas itu. Tanpa mempedulikan beberapa pasang mata yang sudah melihat mereka.
Hana cepat cepat menjarakkan tubuhnya dari tubuh Zac. Dia berpaling tengok Atiq yang sedang bertepuk tangan di bawah pokok kelapa.
Hana dah ketap gigi. Muka ditundukkan sebelum kembali tengok Zac.
"Apa Abang buat ni?? Malulah. Depan orang ramai."Hana tepuk dada Zac lembut.
"Sorry."
"Hana nak pergi dekat Atiq." Hana terus berlalu dari pandangan Zac. Zac tergelak kecil. Dia tahu Hana malu.
"Laa.. Asal datang sini? Pergilah bermesra dengan laki kau tu. Amboi kau.. Romantiknya aku tengok."usik Atiq.
Hana duduk sebelah Atiq. Dia jeling Atiq bila Atiq menolak bahunya.
"Jealous aku tau."
"Malunya aku wei!!" Hana segera menekup mukanya.
Atiq ketawa.
"Malu apanya? Laki kau kan."
"Depan orang ramai beb!! Apa diorang fikir nanti?"
"Peduli apa. Bukannya kau buat dengan boyfriend kau ke, tunang kau ke. Laki kau sendiri tu."
Hana kembali angkat muka.
"Aku tau la tapi.. ni kan tempat awam. Mesti ramai akan salah anggap nanti. Diorang bukan tau pun kitorang dah kahwin."
Atiq dah geleng kepala.
"Yang kau ambik peduli kata orang tu kenapa? What important is, kau tak buat salah. Lagipun.. aku tengok kau sendiri rela bila Zac buat macam tu kan??"
"Eeee.. shut up.." Hana terus menekup mulut Atiq. "...Aku tak nak dengar lagi kau cakap pasal ni. Aku tengah malu ni tau tak?!!" Hana tepuk tepuk tangannya yang melekat pada mulut Atiq. Atiq meronta minta dilepaskan.
"Okey okey!! Aku tak cakap lagi."
"Good!" Hana melepaskan tangannya dari bibir Atiq. Atiq terus mengesat bibirnya.
"Kau ni nak bunuh aku ke apa?" Atiq berang.
"Kau bernafas kat mulut ke?"sindir Hana.
"Huh!!" Atiq mendengus.
"Eh.. pergi lah balik dekat laki kau tu. Dia tengah tunggu nak berasmara dengan kau tu."Atiq menghalau Hana.
Hana tengok suaminya yang duduk bersila di gigi pantai sambil memerhati mereka berdua dari kejauhan. Zac yang perasan Hana sedang memandangnya terus melambai tangan pada mereka.
"Eee.. gelilah aku." Hana menggoyangkan sedikit badannya, menunjukkan riak geli.
"Geli konon. Geli tapi suka kan?"usik Atiq lagi.
"Mana ada!!" Hana menutup lagi mukanya dengan bibirnya tersenyum malu.
"Ye ye la tu." Atiq mencebik.
Hana angkat muka.
"Tapi serius aku malu sebab ni tempat awam. Kena la hormat sikit orang lain. Mana boleh buat benda tu secara terbuka aje lah."rungut Hana.
Walaupun dia sendiri pun terbuai dalam 'babak' tu tadi tapi bila dia sedar mereka berada di tempat awam, dia mula rasa tak selesa.
Baginya,itu agak keterlaluan untuk ditunjukkan pada khalayak umum walaupun mereka suami isteri. Kalau takde orang tak pe la.
"Hmm.. dah buat dah nak buat macam mana. Eh, aku tak faham la kenapa kau ragu ragu lagi yang Zac tu sukakan kau. Bila aku tengok apa dia buat tadi, depan mata aku pulak tu.. aku dah boleh agak la dia memang suka kau. Bukan agak lagi tapi yakin one hundred percent yang dia suka kau."ujar Atiq yakin.
Hana diam sambil memerhati Zac dari kejauhan yang turut memerhatinya dengan senyuman.
"Entahlah. Aku..tak confident."
"Abaikan fikiran negatif boleh tak? Macam aku cakap.. sampai bila kau nak hidup berteka teki macam ni?"
Hana geleng kepala.
"Aku tak tau,tiq. Aku tak tahu. Aku sendiri buntu." Sebiji batu dilontar pendek.
Atiq dah geleng kepala. Dia bangun sambil menepuk debu yang melekat pada belakang seluarnya.
"Kau bangun sekarang."arah Atiq.
"Kenapa pulak?" Hana dongak tengok Atiq.
"Bangun ajelah." Tangan Hana ditarik. Hana terpaksa paksa dirinya bangun juga.
"Asal?"soal Hana malas.
"Kau belum luahkan perasaan kau pada Zac lagi kan?"andai Atiq.
Hana tengok bawah, kaki menguis pasir.
"Em.. belum lagi."
"Kau pergi confess sekarang!"
"Ha?" Hana angkat kepala.
"Aku cakap, kau pergi confess sekarang jugak dekat Zac tentang perasaan kau tu." suruh Atiq dengan muka tegas.
"Eh,tak nak lah aku."
"I said now!!" Atiq tolak belakang Hana. Badan Hana terdorong ke depan.
"I'm not ready yet!" Hana tetap menolak. Atiq tolak kembali belakang Hana bila Hana undur ke belakang semula.
"Nak tunggu kau ready sampai bila? Kau ni kena paksa baru buat. Sekarang aku bagi kau peluang. Pergi sekarang.. Cepat!!" Atiq menaikkan ton suaranya.
Tubuh Hana didorong jauh ke depan secara paksa.
"Atiq.." Hana pusing kepalanya dengan muka minta belas.
Aku tak sedia lagi Atiq.
"Now Hana!" Atiq bagi arahan terakhir.
Hana menghela nafas panjang.
"Tarik nafas kau panjang panjang."sempat Atiq bagi pesanan.
Hana ikut arahan Atiq. Dia tarik nafas sedalam dalamnya kemudian hembus. Benarkah ini saatnya.. Zac tahu tentang perasaannya?
"Go."
Langkah Hana bergerak setapak demi setapak. Matanya fokus pada Zac yang sudah berdiri apabila melihatnya menghampiri.
Hana berhenti setapak di hadapan Zac. Kepala didongak.
"Hana sampai hati tau tinggalkan Abang ma..."
"Abang Hana ada sesuatu nak bagitau abang."Hana terus potong ayat Zac sebelum Zac bersuara lagi.
"Aha? Apa tu?" Mata Zac merenung Hana. menantikan ayat yang akan keluar dari mulut Hana.
Hana sempat menjeling Atiq. Atiq menejah tangannya yang dikepal, tanda memberi sokongan kepada Hana.
Hana tengok Zac balik. Zac masih setia menanti. Matanya seolah olah bertanya apa yang akan dikatakan olehnya.
Hana ambil nafas sekali lagi. Cuba mencari kekuatan.
"Abang, Hana.."suara Hana tersekat. Jantungnya terasa bagai ingin pecah kerana terlampau kuat berdebar. Tapi dia cuba tenangkan hatinya dan cuba memecahkan egonya yang membentengi diri.
"Hmm..?" Zac memegang bahunya.
Hana merenung anak mata Zac sampai ke dasarnya. Cuba mencari rasa cinta Zac terhadapnya melalui mata kuyu dan redup itu. Dan dia menjumpai sesuatu.. sesuatu yang memberi kekuatan kepadanya untuk meneruskan kata.
"Hana cintakan abang!" begitu lancar dan pantas ayat keramat itu meluncur keluar dari mulutnya. Tanpa menunggu reaksi dari Zac, Hana terus berlari meninggalkan Zac. Dia tak sanggup tengok reaksi Zac selepas dia meluahkan ayat itu.
Hana sempat menoleh tengok Atiq. Atiq angkat ibu jari padanya.
Zac terkedu, tergamam, tercengang, terkejut, terkesima dan segala macam 'ter' lagi yang membuatkan tubuhnya kaku dan bibirnya kelu di situ. Jantungnya seolah berhenti sekejap.
Betul ke apa yang aku dengar? Kata kata itu begitu jelas menerjah telinganya dengan begitu pantas sekali.
Seketika kemudian, tawa kecil meletus di bibirnya. Dan selepas itu, bibirnya terus tersenyum tanpa henti.
"Really?" dia bertanya dirinya sendiri, seolah olah tak percaya dengan apa yang dia dengar sebentar tadi.
"Betul ke.. Hana pun cintakan aku?" soalnya sendiri.
"Betul." suara seseorang di belakangnya membuat Zac berpaling.
"Hana memang cintakan awak."
Zac tengok Atiq. Atiq angguk, cuba meyakinkan.
Lama Zac cuba memproses ayat itu ke dalam kepalanya hingga akhirnya dia kembali senyum lebar.
"Hana!!" Zac terus berlari mendapatkan Hana.
Atiq hanya memerhati.
Sekarang..sudah jelas di matanya yang pasangan itu saling cinta mencintai. Memang itu yang dia inginkan. Kenyataan itu akan menutup peluang kepada Kay untuk terus mencintai Hana.
Dan Kay..harus tahu perkara itu supaya dia berhenti cintakan Hana dan belajar menyayanginya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience