Bab 17

Romance Series 10367

Dia tak boleh terus terusan membiarkan Kay menyentuh isterinya. Hana isterinya, haknya. Tiada lelaki lain yang berhak menyentuh Hana selain dia! Dia tak mampu menghalang dengan cara kasar tapi dia tetap berusaha untuk menghalang dengan cara lembut walaupun bukan cara itu yang dia pilih.
Zac tarik nafas panjang. Cuba mencari ketenangan daripada terus melayan jiwanya yang bergelodak kencang. Perlahan lahan dia menyusun langkahnya yang berat itu untuk mendekati Kay. Kay masih belum menyedari kehadirannya. Mungkin leka sangat dengan 'dosa' yang dia tengah buat.
"Hana macam mana?"mendatar suara Zac bertanya. Amarahnya cuba ditahan melalui suara.
Kay berpaling dengan muka terkejut apabila melihat Zac di hadapannya. Dia cepat cepat melepaskan tangan Hana. Zac perasan betapa kalutnya Kay.
Dia tahu takut juga rupanya.Tiada guna dia takut pada aku tapi tak takut pada Allah. Allah selalu memerhati tindakannya. Tapi aku..aku hanya berpeluang melihat perbuatan itu bilamana Allah memberi peluang kepada aku untuk menyaksikannya.
Kay bangun. Mukanya nampak pucat. Muka orang buat salah. Memang cepat berubah warna. Nampaknya Kay terkejut dengan kehadiran Zac yang mungkin mengganggu 'ketenteraman'nya itu.
"Hana.. Hana okey. Mungkin dia penat sikit. Sebab tu mudah aje dia pitam."beritahu Kay, suaranya kedengaran sedikit gagap. Mungkin tidak menyangka Zac berada di situ.
Zac tengok Hana yang masih lena itu.
Hana..andainya Hana tersedar.. adakah Hana akan biarkan aje Kay sentuh Hana macam tu? Abang percaya.. Hana pun akan marah macam abang juga.
Tapi sekurang kurangnya, Hana boleh marah betul betul depan Kay..tapi abang..abang tak mampu nak marah depan dia. Abang hanya mampu pendamkan amarah tu dalam hati. Sungguh terseksa jiwa abang bila terpaksa menahan perasaan abang macam ni. Kalaulah Hana tau...
"Emm.. Baguslah. At least dia tak apa apa. Aku nak bawa dia masuk bilik aku." Zac dah bongkokkan badan dia untuk angkat Hana.
"Angah, better jangan lagi."halang Kay.
Zac tak jadi angkat Hana. Dia tengok Kay dengan hujung mata.
"Aku tak nak dia terjaga.Dia baru je telan ubat."
Zac diam sejenak.
"Okey." Zac terpaksa akur walaupun dia nak sangat keluarkan Hana dalam bilik ni. Bilik yang penghuninya buta dengan cinta hingga tak mampu menerima kenyataan.
"Aku terpaksa balik hospital semula. Angah jagalah Hana sampai dia sedar. Lepas tu bolehlah Angah bawa dia masuk bilik Angah balik."pesan Kay.
Macam mana dia boleh bercakap lembut dengan aku semula padahal semalam bukan main kasar lagi dia bercakap dengan aku. Ni siap panggil angah lagi. Kay hanya panggil dia angah bila dia bukan dalam keadaan marah. Begitu juga dia. Dia hanya membahaskan dirinya Angah bila orang yang bercakap dengannya juga memanggilnya angah.
"Emm.."Zac jawab acuh tak acuh.
'Kalau kau tak pesan pun aku akan jaga juga. Harap harap cepatlah Hana sedar supaya aku boleh bawa Hana masuk ke bilik yang sepatutnya Hana berada.' Zac menjawab dalam hati.
"Aku pergi dulu. Ha, sebelum tu..jangan lupa suruh dia telan ubat bila dia dah bangun. Aku bimbang kalau dia demam. Hana selalu demam bila dia dah sakit kepala."sempat Kay menambah pesanannya.
Zac angguk je. Kay terus keluar lepas bagi pesanan tu.
Nampaknya banyak benda dia tahu pasal Hana. Lebih tahu daripada aku. Tapi memang patutlah. Kay kenal Hana terlebih dahulu daripada dia.

"Abang.."suara Hana memanggil menyedarkan Zac daripada tersengguk lagi. Sejak dia balik tadi sampailah sekarang, dia masih setia menunggu Hana di sebelah katil dengan hanya duduk atas kerusi sambil berpeluk tubuh.
Dia hanya meninggalkan Hana bila masuk waktu solat. Sebelum tu,dia sempat angkat Hana masuk ke bilik mereka semula. Dia tak betah duduk dalam bilik Kay lama lama. Dia lebih selesa menjaga Hana di biliknya sendiri daripada bilik 'orang lain'. Nasib baik Hana tidak tersedar semasa dia mengangkatnya.
Nampaknya Hana betul betul penat. Mesti disebabkan dia terlalu memaksa Hana berlatih basikal semalam. Dia patut berterima kasih kepada Kay sebab Kay datang dan bawa Hana balik. Kalau tak,mesti Hana kena paksa dengan dia lagi. Tapi dia lupakan semula niatnya untuk berterima kasih pada Kay bila melihat apa yang Kay buat pada Hana tadi.
"Hana dah sedar? Lama betul Hana tidur." Zac usap usap rambut Hana. Nasib baik Hana pitam dalam keadaan bertudung tadi. Takdelah bertambah dosa Kay melihat aurat isterinya.
Hana cuba bangun sambil pegang kepalanya yang terasa berat. Zac cepat cepat letak bantal di belakang Hana supaya Hana dapat bersandar.
"Bila abang balik?"
"Dah lama dah. Sejak Hana pitam lagi."
"Hah?? Dah lamalah. Abang tak masuk kerja balik ke?"
Zac geleng kepala.
"Abang nak jaga Hana." Zac kucup tangan Hana. Pedih betul hatinya bila teringatkan Kay yang mengucup tangan Hana di tempat yang sama.
"Alaa..menyusahkan abang pula."
"Mana ada menyusahkan. Hana kan isteri abang. Mestilah abang kena jaga Hana bila Hana sakit."
"Pembantu rumah kan ramai. Diorang boleh tengok tengokkan Hana. Hana dah curi masa kerja abang."
"Hana.. jangan cakap lagi. Sekarang abang nak Hana makan panadol. Hana sakit kepala kan? Lepas makan,Hana solat. Lepas tu,abang tolong picitkan kepala Hana. Okey?" Zac ambil air kosong dan panadol atas meja lampu sebelah katil.
"How sweet.." Hana senyum bila dengar Zac nak picit kepalanya. Suami picit kepala isteri.Cayalah. Romantik tu.
"Say ahh.."
"Ahh.." Hana nganga mulutnya. Zac masukkan panadol dalam mulut Hana lepas tu suapkan Hana minum air.
"Harap harap sakit kepala Hana tu cepat hilang. Abang tak naklah Hana demam pula nanti."
"Eh? Macam mana abang tau Hana boleh demam kalau sakit kepala?" Hana dah naik hairan. Ni kali pertama dia sakit kepala sejak berkahwin. Dan Zac belum tahu lagi yang dia mudah sangat demam bila sakit kepala menyerang. Macam bersambung pulak sakitnya.
"Kay cakap."
Mulut Hana dah berbentuk bulat.
"Ooo.. patutlah."
"Kay tu memang care sangat pasal Hana kan?" Zac mula korek hubungan mereka.
Hana tergelak kecil.
"Dia memang macam tu. Bila tau Hana sakit je,mesti dia jadi kalut. Padahal Hana sakit sikit aje. Dulu dia pernah beritahu yang dia nak jadi doktor. Nanti senang sikit dia rawat Hana setiap kali Hana sakit. Dan akhirnya impian dia tu dah jadi kenyataan."cerita Hana pendek.
Zac angkat kening.
"Patutlah dia semangat sangat nak jadi doktor. Nak rawat kekasih hati rupanya.."Zac berbisik perlahan. Nampaknya dah lama sangat Kay sukakan Hana sehinggakan cita citanya pun dapat inspirasi daripada Hana. Setiap apa yang Kay buat mesti ada kaitan dengan Hana. Dia sedar betapa Kay betul betul cintakan Hana.
"Apa abang cakap?" Dia seperti terdengar Zac berkata sesuatu tapi tidak jelas pada pendengarannya.
"Mana ada cakap apa apa. Hana boleh jalan ke tak ni? Nak ambil wudhuk."
"Boleh..tapi kepala ni macam berdenyut denyut lagi." Hana urut urut kepala dia.
"Tak boleh lagilah ni. Biar abang pimpin."
Zac pegang tangan dan bahu Hana untuk membantu Hana turun dari katil.

* * *

Tok! Tok! Tok! Kedengaran pintu pejabatnya diketuk dari luar.
"Masuk." Zac bagi kebenaran.
Andy melangkah masuk ke dalam ruangan pejabat besar dan luas milik bos a.k.a kawan baiknya itu.
"Yo!!"
"Amboi! Cantik kau punya bahasa! Salam letak mana?"perli Zac sambil meneliti kertas kerja di mejanya.
"Yela. Assalamualaikum bos."
"Waalaikumussalam. Macam tu lah. Tu baru namanya adab sopan. Reti?"
"Ye.. reti. Boleh duduk tak?"
"Silakan dengan segala hormatnya."
Andy duduk atas kerusi depan Zac selepas diberi kebenaran. Zac kelihatan masih kusyuk dengan kerjanya. Dia ni kalau buat kerja memang tak peduli kat orang lain.
"Nak apa?" Zac tanya bila Andy tak bersuara.
"Nak lepak."selamba Andy jawab.
Zac angkat kepala.
"Kau ingat pejabat aku ni macam kedai mamat ke apa? Sesuka hati je nak melepak."
"Alaa kau ni. Relax lah. Aku nak berehat kejap. Sebab tu aku datang kacau kau ni." Andy menjawab dengan selamba badaknya.
"Jujurnya kau. Aku yang jadi bos ni takde masa pulak nak berehat. Ni siapa bagi kau berehat? Aku fire kang baru tau."
"Ai.. kau ni. Apa ni main fire fire bagai. Rugi tau kau pecat pekerja yang berdedikasi macam aku ni. Ingat senang ke nak dapat?"
"Berdedikasilah sangat."ejek Zac.
Andy senyum sinis. Dia angkat kaki kanan letak atas paha kiri.
"Aku bukan saja saja nak kacau kau sebenarnya. Aku taulah kau tu tak boleh diganggu masa bekerja."
"Dah tu?"
"Aku nak tanya khabar bini kau. Macam mana dia? Dah sihat ke belum?"
Zac menghentikan kerjanya bila Andy buka topik peribadi. Hanya Andy yang berani bertanya soal peribadi kepadanya memandangkan Andy kawannya. Nak harapkan staf staf dia yang tanya,memang tak lah. Ingat mereka berani ke nak ajukan soalan private tu? Semua stafnya tahu yang dia seorang yang profesional. Bila dia menjejakkan kaki ke syarikat,dia hanya akan bercakap mengenai kerja. Benda lain? Jangan harap dia nak layan.
"Dia cakap dia okey. Tapi aku tengok malam tadi dia dah mula selesema. Batuk batuk bagai." Zac teringatkan pesanan Kay padanya. Betullah cakap Kay. Hana boleh demam lepas sakit kepala.
"Tak sihat lagilah tu."
Zac angkat kening.
"Tu lah. Risau pulak aku. Aku tak naklah dia demam pula lepas ni sebab aku bukannya boleh tengok tengokkan dia selalu. Kerja kat pejabat ni bertimbun timbun. Tu tak tambah lagi dengan pemantauan yang aku kena buat selalu dekat tapak pembinaan tu.
Kalau boleh,aku nak berada di sisi dia di saat dia sakit. Tapi macam terhad aje masa aku nak jaga dia. Entah bila entah nak habis kerja ni. Dengan projek kat luar negara lagi. Huh.. penat betul aku bila fikir semua tu." Zac sandarkan badannya pada kerusi kulit. Pelipis matanya diurut.
"Eh.. sejak bila kau tau penat bila bekerja ni? Aku ingatkan selama ni kau kerja macam robot aje. Tak kenal erti penat."
"Aku pun manusialah."
Andy sengih.
"Ni..bila kau cakap isteri kau tak sihat,aku rasa kau tak sanggup nak tinggalkan dia kan? Apatah lagi nak berjauhan dengan dia. Kau kan sayang gila kat bini kau."
"Mestilah. Dia kan tengah sakit sekarang. Manalah aku sanggup tinggalkan dia."ujar Zac. Walaupun masanya untuk bersama Hana agak terhad tapi dia tetap berusaha mencari ruang dan masa untuknya dan Hana bersama.
"Tapi aku rasa nak tak nak kau terpaksa tinggalkan dia juga." Zac tengok Andy bila Andy cakap begitu.
"Asal kau cakap macam tu?"
"Tadi masa on the way aku nak pergi bilik kau, aku terserempak dengan papa kau. Dia cakap dia nak jumpa dengan kau. Tapi alang alang aku pun nak pergi bilik kau juga,dia suruh aku sampaikan aje pesanan dia dekat kau."beritahu Andy.
"Pesanan apa?"
Andy ambil nafas.
"Petang esok kau kena fly ke Jepun. Kau kena hadiri perjumpaan dengan orang kat sana untuk discuss berkenaan projek pembinaan bangunan yang kau tengah sibuk jalankan sekarang. Kau kena jadi wakil bagi syarikat kita. Tu pesanan papa kau pada aku." Andy menyampaikan amanatnya.
"What??"
Andy angkat kening. Terkejutlah tu. Mesti sekarang dia dah fikir samada nak pergi ke tak sebab isterinya sekarang tengah tak sihat.
"Berapa hari?"
"About.. two weeks."
Zac dah geleng kepala. Dia bangun dari kerusi menuju ke pintu.
"Kau nak pergi mana?"
"Jumpa papa. Aku nak cakap aku tak boleh pergi." Zac terus keluar.
Andy geleng kepala.
"Sejak beristeri ni kau dah banyak berubah. Sampai sanggup abaikan kerja kau. Kuat betul penangan isteri kau Zac." Andy berkata sendiri.

* * *

"Papa!" Zac terus meluru masuk bilik papanya tanpa sebarang ketukan mahupun salam. Main serbu masuk macam tu aje. Papa nampak terkejut dengan kehadiran Zac yang tiba tiba dengan muka keruh tu.
Zac berdiri depan meja papanya.
"Ada apa ni? Tiba tiba serbu bilik papa. Macam polis nak buat spotcheck pula gayanya."
"Angah tak boleh pergi Jepun esok." Zac cakap direct.
Papa dah kerut dahi.
"Why?"
"Papa tahu kan Hana tak sihat. Angah tak boleh tinggalkan dia."
"Laa..apa masalahnya? Ramai orang kat rumah kita tu boleh tengok tengokkan dia kan?"
"Tapi ni first time Hana sakit. Takkan Zac nak tinggalkan dia."
Papa tengok Zac lama.
"Hana tu selesema aje Angah. Bukan sakit teruk pun. Janganlah kecoh sangat. Lagipun kat rumah kita tu dah ada doktor yang boleh rawat dia setiap masa. Apa yang Angah bimbangkan sangat?"papa masih tidak faham kenapa anaknya yang selalu komited pada kerja ni sanggup abaikan kerja dia demi menjaga seorang isteri yang hanya demam selesema.
"Sebab ada doktor dalam rumah tu lah Angah tak sanggup tinggalkan Hana."Zac menekan suaranya.
Ada kemungkinan Kay akan mengambil kesempatan untuk dekat dengan Hana lagi. Dia tak akan sama sekali membiarkan perkara yang sama berulang lagi. Dia kena lindungi isterinya dari seseorang yang terlampau obses dengan isterinya itu. Orang yang obses pada sesuatu akan buat apa saja pada benda yang dia obses tu.
Terkedip kedip mata papa bila dengar Zac cakap macam tu.
"Apa yang Angah cuba cakap ni?"
"Kalau papa nak tau Si Kay tu dah..."Zac tak mampu sambung kata katanya.
Takkan dia nak beritahu papa yang Kay tu dah melampau sampai sanggup cium isterinya? Mau mengamuk kalau papa tahu hal ni. Boleh jadi Kay diusir dari rumah tu sebab dah bertindak keterlaluan.
"Kay dah apa Angah?"papa masih menunggu sambungan ayat Zac. Zac lepas nafas perlahan.
"Takde apalah pa. Tapi Angah tetap tak boleh pergi. Angah serius ni." Zac tetap dengan keputusannya. Dia tak boleh tinggalkan Hana begitu sahaja. Kay akan nampak itu sebagai peluang keemasan untuk dia bermesra dengan Hana tanpa pengetahuan dan kehadirannya.
"Maafkan papa Angah. Papa tak boleh beri kebenaran kepada Angah untuk tarik diri dari pergi ke Japan. Kita sedang menguruskan satu projek yang bernilai berbilion bilion ringgit.
Itu akan membawa keuntungan yang besar kepada syarikat kita. Adalah suatu kerugian kalau kita membiarkan projek tu terlepas begitu sahaja. Angah adalah aset penting dalam projek ni. Angah dah biasa berurusan dengan rakan kongsi kita dari luar negara.
Sebab tu papa pilih Angah untuk menjadi wakil dalam perjumpaan tu nanti. Papa percaya Angah boleh berbincang dengan mereka dengan cara Angah tersendiri. Cara yang boleh menarik kepercayaan mereka untuk bekerjasama dengan syarikat kita.
Papa tak boleh gantikan orang lain. Hanya Angah yang mampu uruskan benda ni. Tiada siapa boleh ganti tempat Angah. Ini hal mustahak,penting. Ia boleh bawa perubahan besar pada syarikat kita."panjang lebar papa bagi penerangan kepada Zac supaya Zac faham mengapa dia tidak mengizinkan Zac menarik diri dari pergi ke Jepun.
"Tapi papa.. ni Hana yang sakit tau. Isteri Angah. Bukan orang lain." Zac cuba memujuk lagi.
"Keputusan papa muktamad. Papa tak nak dengar apa apa bantahan lagi. Angah tetap akan bertolak ke Jepun petang esok. No.more.excuse!!" tegas papa. Dia tetap dengan pendiriannya.
Zac dah geleng geleng kepala sambil cekak pinggang. Dia merenung papanya.
Papa bila dah buat keputusan,dia takkan berdalih lagi. Apa yang keluar dari mulutnya adalah satu arahan yang WAJIB dia turuti. Kalau tak, papa takkan teragak agak buang dia dari syarikat ni meskipun dia ni anak papa sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience