Bab 18

Romance Series 10367

"Hana,biar abang buat. Hana kan tak sihat." Zac menghalang isterinya memasukkan pakaiannya ke dalam beg.
"Takpelah. Biar Hana buat. Abang duduk aje okey." Hana bertegas nak buat juga. Zac terpaksa biarkan. Dia duduk atas kerusi memerhatikan Hana.
"Hana memang nak abang pergi ke?"
Hana tengok Zac sekilas sambil melipat pakaian suaminya.
"Yela. Abang kan kena kerja."
"Tapi abang tak nak tinggalkan Hana."
Hana terpaksa menghentikan kerjanya sebentar. Dia tengok Zac.
"Kenapa ni? Hmm?"
Zac pegang tangan Hana. Hana berdiri depan Zac. Sesekali dia batuk. Hidungnya juga berair.
"Hana tak sihat kan. Mana abang sanggup tinggalkan Hana dalam keadaan macam ni." lembut suara Zac bertutur.
Hana senyum.
"Abang ni.. Hana okey ajelah. Abang tak payahlah risau. Bukannya teruk sangat selesema Hana ni." Hana menyedapkan hati suaminya.
"Sekarang memanglah Hana okey. Tapi lepas abang pergi nanti Hana demam panas sampai kena tahan kat hospital macam mana?" Zac dah mula risau.
Hana usap tangan suaminya.
"Kay kan ada. Dia boleh tengokkan Hana. Lagipun Hana yakin yang Hana takkan masuk hospital punya sebab Kay tahu yang Hana tak suka duduk dekat hospital. Jadi mesti dia akan benarkan Hana duduk rumah aje. Tak payah susah susah pergi hospital. Kat rumah ni kan dah ada doktor."pujuk Hana.
Zac diam seketika. Disebabkan Kay yang jaga Hana lah membuat dia bertambah risau nak tinggalkan Hana.
"Hana ikut abang."suruh Zac tanpa perasaan.
"Eh?? Mana boleh. Kalau Hana ikut abang, nanti abang tak boleh buat kerja sebab selalu teringatkan Hana."
"Kalau Hana tak ikut lagilah abang rindukan Hana."
Hana lepas nafas perlahan. Dah macam budak budak pula kena pujuk Zac ni. Budak kecil yang takut berpisah dengan ibunya.
Hana usap kepala Zac.
"Tak bolehlah. Abang sendiri cakap Hana tak sihat. Manalah Hana larat nak ikut abang pergi Jepun yang berbatu batu jauhnya tu."
Zac muncungkan mulutnya.
"Abang tak nak pergilah."
"Papa bagi ke?"
"Tak. Kalau dia tahu abang tak pergi,mau dia tendang abang keluar dari syarikat tu."
Hana gelak kecil.
"Dah tu.. berani ke abang tak nak pergi?"
Zac geleng kepala. Hana usap pipi Zac pula. Zac dongak tengok dia dengan mata kuyu.
"Jangan risaukan Hana okey. Hana boleh jaga diri Hana. Kalau Hana tak boleh jaga diri Hana sendiri sekalipun, ramai lagi orang dalam rumah ni boleh jaga Hana. Hmm??"lembut Hana menenangkan hati suaminya.
Ahh.. dia mesti rindu bila berjauhan dengan Zac. Dia sendiri tak sanggup berpisah dengan Zac dalam jarak yang jauh macam tu. Dia pun turut sedih bila tengok Zac sedih nak tinggalkannya.
Tapi dia kena kawal perasaan sedihnya itu. Kalau dia tunjukkan juga perasaan tu,lagilah Zac berat hati nak pergi. Macam dia sendiri berat hati nak lepaskan Zac pergi.
"Hana nak sambung packing barang barang abang. Banyak lagi tak kemas ni." Hana lepaskan tangannya dari pipi Zac.
Disebabkan Zac selalu melayannya dengan manja,baik dan lembut sejak hari pertama mereka berkahwin lagi, Hana mula menjadi biasa dengan layanan itu. Malah dia sendiri pun secara automatik boleh layan Zac macam tu juga tanpa rasa malu lagi.
Tapi masih ada beberapa layanan Zac yang dia tak boleh balas. Contoh macam renungan Zac terhadapnya. Sampai sekarang dia masih kalah. Dia juga tak boleh meluahkan kata kata cinta pada Zac. Ahh.. Entah kenapa perasaan malunya masih menebal untuk menuturkan ayat jiwang itu.
"Hana.." Zac pegang tangan Hana semasa Hana berpusing untuk mengemas barangnya semula.
Zac bangun lepas tu peluk Hana daripada belakang. Tangannya memaut erat pinggang Hana. Kepalanya dirapatkan dengan sisi muka Hana. Matanya terpejam. Hana boleh merasai kehangatan pelukan itu. Malah dia boleh merasai deruan nafas Zac.
"Abang kenapa ni?"
"Let me hug you. Abang nak peluk Hana puas puas sebelum abang pergi."tutur Zac.
Hana hanya membiarkan. Dia hanyut dalam pelukan itu. Air matanya jatuh setitis. Sebak pula hatinya bila memikirkan yang dia dan Zac akan berjauhan.
"Abang mesti rindu gila kat Hana."tutur Zac sayu. Ini perpisahan pertama mereka selepas berkahwin.
'Hana pun... akan rindukan abang juga.' Hana hanya membalas dalam hati.

"Kak Su..nak hantar ke bilik Hana ke?"tegur Kay bila dia nampak Kak Su yang baru sampai tingkat tiga tu menatang dulang yang berisi bubur nasi,air susu,air kosong serta ubat.
"Ya,Tuan Khayrul."
"Biar saya yang hantar." Kay menawarkan diri.
"Tapi..Datin suruh saya yang hantarkan." Kak Su menolak.
"Kak Su.. biar saya hantar."desak Kay lembut.
Kak Su serba salah nak bagi. Semua pembantu di rumah ni kecuali Mak Yam takut untuk ingkar pada arahan majikan mereka. Takut dicop sebagai curi tulang. Boleh dibuang kerjalah mereka jawabnya. Mak Yam takpelah. Dah lama kerja kat sini. Mereka semua dah biasa dengan Mak Yam.
Kay dah hulurkan tangannya untuk ambil dulang tu.
"Err.. baiklah Tuan Khayrul." Kak Su terpaksa bagi juga. Kalau orang dalam rumah ni yang sukarela ingin melakukan kerja yang dia sepatutnya buat,dia terpaksa ikut aje lah.
Kak Su hulur dulang tu pada Kay.
"Terima kasih. Kak Su turunlah dulu."
"Tapi datin suruh saya jaga Puan Hana."
"Biar saya jaga."laju Kay jawab.
"Aaa.. yela. Saya turun dulu,Tuan Khayrul." Kak Su turun semula.
Kay memerhati langkah Kak Su turun sehingga kelibatnya tidak kelihatan. Kemudian barulah dia melangkah masuk ke bilik Hana.
Hana masih tidur. Kay meletakkan dulang atas meja sebelah katil. Dia sentuh dahi Hana tanpa ragu ragu. Masih panas. Selepas Zac bertolak ke Jepun,selesema Hana semakin menjadi jadi sehingga membawa kepada demam panas.
Kay masuk dalam bilik air untuk menukar air dalam mangkuk yang digunakan untuk membasahkan dahi Hana dengan tuala kecil. Kay menggunakan air sejuk untuk mendinginkan dahi Hana supaya suhu badannya turun.
Dia kembali semula ke katil. Tuala putih dicelup ke dalam air kemudian diperah. Tuala itu diletak atas dahi Hana. Hana merengek kecil.
"Abang.. Abang.." Hana pegang tangan Kay semasa Kay letakkan tuala itu.Mata Hana masih terpejam. Mesti Hana teringatkan Zac sampai meracau panggil Zac.
Kay hanya membiarkan Hana memegang tangannya. Hana cuba membuka mata perlahan lahan walaupun terasa berat.
"Kay??" Hana terus melepaskan tangan Kay dengan reaksi terkejut.
"Err..sorry."
Kay senyum je.
'Cepat betul Zac buat Hana rindukan dia. Huh..' Kay mendengus dalam hati. Ingatkan bila Zac tak ada,bolehlah dia buat Hana fikirkan dia dengan cara menjaga Hana selalu. Tapi macam sama aje. Zac ada ke,tak ada ke,Hana tetap ingatkan Zac juga. Apa yang Zac dah buat sampai Hana boleh teringatkan dia sehingga dalam tidur?
"Bangun Hana. Makan ubat."suruh Kay lembut. Dia cuba tahan rasa kecewa.
Hana cuba bangunkan badannya. Kay tolong. Dia letak bantal belakang Hana supaya Hana dapat bersandar.
"Abang tak ada call tak?"tanya Hana. Setiap hari dia menantikan panggilan daripada Zac tapi sudah masuk hari keempat,Zac masih belum menghubunginya. Sibuk sangat agaknya. Hana cuba menyedapkan hatinya.
Kay dah buat muka kelat. Zac lagi!
"Angah?"
Hana angguk. Siapa lagi yang dia panggil Abang dalam rumah ni selain Zac? Takkan Kay ingat dia panggil Abang Farez pula kot. Memanglah panggilan Abang juga tapi ada nama di belakangnya. Jadi Zac lah satu satunya lelaki yang dia panggil Abang dalam rumah ni.
"Takde pun. Busy la tu. Angah tu kalau dah kerja tak ingat kat siapa siapa dah."
Muka Hana nampak kecewa.
"Makan bubur dulu. Lepas tu baru makan ubat." Kay duduk di tepi katil sambil pegang mangkuk bubur. Dia hulurkan sesuap bubur kepada Hana.
"Aaa.." Kay suruh Hana nganga mulut.
"Betul ke abang tak telefon?" Hana tanya lagi.
Kay letak semula sudu dalam mangkuk bila dengar soalan tu. Dia mula hilang mood apabila nama Zac terus disebut.
"Betul la. Kenapa aku nak tipu pulak?" Kay jawab acuh tak acuh.
"Tapi abang cakap dia akan selalu telefon Hana bila dia kat sana. Dia dah janji akan telefon Hana juga even dia sibuk sekalipun." Hana tetap dengan gerak hatinya. Dia dapat merasakan Zac ada menelefon ke rumah ini untuk bercakap dengannya.
"Dia lupalah tu. Dah lah Hana. Jangan fikirkan Angah lagi. Nanti kau bertambah sakit. Jangan sesakkan fikiran kau dengan benda tak penting tu."ujar Kay. Tak habis habis lagi dengan Zac. Zac, Zac, Zac!!
Hana tengok Kay dengan pandangan kurang senang.
"Apa kau cakap ni? Zac tu salah seorang antara orang yang penting dalam hidup aku tau. Sampai hati kau cakap macam tu."marah Hana. Tak puas hati dengan kata kata Kay yang seolah olah mengejeknya kerana ingatkan Zac.
"Okey. Sorry! Aku tak berniat langsung nak kecilkan hati kau. Nanti kalau Angah ada call aku akan inform dekat kau. Okey? Puas hati?" Kay mulai bosan. Hana pertahankan Zac!
Hana senyap.
"Sekarang makan dulu. Nanti perut kau masuk angin." Kay hulur semula suapannya.
Hana geleng.
"Hana, kau kena makan dulu. Barulah boleh makan ubat. Makan ubat kena ikut masa tau. Baru cepat kebah demam kau tu."
Hana diam lagi.
"Hana..kalau Angah tau kau tak nak makan,dia mesti risau. Kau mesti tak nak dia risau kan?" Kay terpaksa guna kaedah yang menarik perhatian Hana. Zac!
Hana angguk.
"Kalau macam tu makan. Barulah cepat sihat. Zac pun takkan risau. Aaaa.."
Lambat lambat Hana buka mulut selepas puas dipujuk oleh Kay.
Selepas beberapa minit Kay memaksa Hana untuk habiskan semua yang ada dalam dulang tu dan makan ubat, Hana akhirnya terlena semula.
Kay mengeluh. Dia tatap Hana lama.
'Hana..macam mana mudah sangat kau boleh terpaut pada Zac tapi kau tak pernah terpaut pada aku? Atau selama ni.. kau memang sukakan Zac?' Kay berbisik dalam hati.
Dia bangun. Comforter yang menutupi badan Hana ditarik ke bawah sedikit supaya udara sejuk dari aircond dapat menyerap masuk ke tubuh Hana yang hangat itu. Perlahan lahan Kay melangkah keluar dari bilik itu.
"Tuan Khayrul,ada panggilan dari Tuan Zachrul untuk Puan Hana." Kak Su yang tiba tiba muncul di belakang Kay membuat Kay tersentak. Kay cepat cepat tutup pintu bilik Hana. Dia terus merampas telefon rumah tanpa wayar itu dari tangan Kak Su. Panggilan yang masih berada di talian itu segera diputuskan.
"Kak Su,kan saya dah pesan banyak kali kalau Angah call,cakap aje Hana dah tidur. Berapa kali saya nak kena ulang benda sama ni?"marah Kay perlahan. Bimbang kalau Hana terdengar perbualan mereka.
Kak Su dah nampak takut takut bila dimarahi begitu.
"Tapi Tuan Khayrul.. Puan Hana dah lama menunggu panggilan dari Tuan Zachrul. Dia nak bercakap dengan Tuan Zachrul. Saya kesian dekat dia. Dia dah rindu sangat dengan suaminya tu." Kak Su memberanikan diri menjawab.
Rahang Kay dah tergerak gerak menahan geram.
"Berani Kak Su melawan cakap saya ek? Kak Su kena sedar sikit kedudukan Kak Su dalam rumah ni. Kak Su tu cuma orang gaji. Kalau dah orang gaji tu, buat ajelah cara macam orang gaji. Jangan nak menyibuk urusan orang dalam rumah ni. Saya boleh suruh papa pecat Kak Su bila bila masa aje tau tak?!"ugut Kay tegas. Giginya terketap ketap menutur kata.
"Tuan Khayrul,tolong jangan beritahu Dato’. Saya tak nak kena pecat. Saya minta maaf sebab ingkar arahan Tuan Khayrul. Tolong jangan beritahu Dato’,Tuan Khayrul,"rayu Kak Su dengan muka bersalah.
Kay senyum sinis.
"Dah. Sekarang Kak Su pergi angkat semula dulang tadi. Hana dah siap makan."suruh Kay.
"Baik Tuan Khayrul."
Kak Su buka pintu.
"Tapi ingat..jangan beritahu Hana yang Angah ada call sebelum ni."pesan Kay.
Kak Su angguk.
"Baik Tuan Khayrul."
Kak Su melangkah masuk. Kay sengih sinis.
'Ingat aku nak biarkan kau bercakap dengan Hana? Jangan harap!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience