Bab 2

Romance Series 10367

"Hello.. Assalamualaikum mak."

"Waalaikumussalam."

"Hana ni.." Hana bangkit dari pembaringan.

"Ooo.. Hana. Dah lama kamu tak telefon mak. Sihat ke?"

"Alhamdulillah Hana sihat. Mak sihat?"

"Alhamdulillah mak pun sihat."

"Baguslah. Mak, Hana minta maaflah sebab dah lama tak telefon mak. Banyak sangat program kat sini sampai Hana tak sempat nak telefon."

"Takpelah. Mak faham."

"Err.. mak. Hana sebenarnya dah start cuti sem sekarang. Dua bulan."

"Ye ke? Habis tu kenapa tak balik?"

Hana gigit bibir bawah. Serba salah pulak nak bagitau mak dia pasal niatnya nak bekerja. Patutnya dia tolong aje mak dia berniaga nasi lemak kat kampung. Kerja jugak.

"Emm.. Mak, Hana rasa Hana tak balik lah cuti ni. Hana minta maaf ek."lembut Hana bagitau. Kot kot mak dia kecil hati kalau dia tak balik.

"Laa.. Kenapa pulak tak balik?"

Hana memintal hujung rambutnya dengan jari telunjuk.

"Hana cakap mak jangan marah tau. Hana ingat Hana nak kerja lah kat sini. Boleh mak ek?"

"Kerja? Buat apa nak kerja?"suara mak naik sikit.

"Cari duit lah mak. Hana sebenarnya tak nak menyusahkan mak. Lagipun banyak benda Hana nak kena bayar nanti. Hana bukan nak cakap duit yang mak bagi tu tak cukup. Sebenarnya lebih daripada cukup. Cuma Hana perlukan wang tambahan untuk beli benda lain lagi. Hana nak tolong mak aje. Bolehlah mak ye?" Hana cuba pujuk maknya.

Mak tak bersuara.

"Hello mak??"

"Hana.. Mak bukan tak bagi kamu kerja. Tapi kenapa nak kerja kat sana. Kerja lah kat sini. Tolong mak jual nasi lemak."

Hana mengeluh perlahan. Dia dah agak pasti maknya akan cakap macam tu.

"Hana bukan tak nak mak. Tapi Hana memang tak boleh balik. Hana tak sempat beli tiket bas. Dah habis. Nak balik macam mana.."akhirnya Hana beritahu juga perkara sebenar.

Sebenarnya itulah sebab utamanya dia nak bekerja kat sini. Dia terlepas beli tiket bas sebab busy sangat.

"Laa..Kenapa tak cakap awal awal. Kamu pun satu. Sibuk sangat sampai tak ingat nak balik."

"Eh,bukan macam tu mak. Ramai sangat orang nak balik cuti ni. Tu yang tiket cepat habis. Jadi.. pasal Hana nak kerja tu mak izinkan tak?"

“Kamu sebenarnya memang dah plan nak kerja kan? Sebab tu kamu sengaja lengah lengahkan beli tiket bas tu. Kalau ikutkan kamu boleh aje balik bila bila bila masa sebab cuti kamu panjang kan?” Mak mengagak, seolah olah dapat mengagak rancangan anak tunggalnya itu.

Hana menggigit bibir.

“Alamak.. Mana mak tau ni?”

Mak menggeleng geleng kepala dengan telatah Hana.

“Mak kenal sangat dengan kamu Hana. Kamu satu satunya anak Mak.”

“Hehe.. Baguslah kalau Mak faham.”Hana hanya mampu tersengih.

"Hmm.. Dah kalau kamu nak kerja sangat, mak izinkanlah.”Mak memberi kebenaran.

“Betul ke ni Mak?!! Terima kasih Mak! Sayang Mak!”ujar Hana teruja. Bukan senang mak nya bagi dia bekerja.

“Hmm.. Boleh jugak kamu belajar berdikari dan timba pengalaman bekerja. Lagipun kamu pun dah nak habis belajar.”

“Ye. Betul tu Mak! Memang itu lah niat Hana sebenarnya.” Hana menyokong kata kata maknya.

“Ye lah tu. Tapi kamu kena ingat. Mak bagi izin kamu kerja ni bukan sebab mak tak mampu tanggung kamu tau? Tapi sebab Mak nak bagi kamu peluang kenal dunia luar kat bandar tu sebelum melangkah ke alam pekerjaan nanti.”pesan Mak.

“Ye Mak. Hana faham. Hana minta maaf sebab tak dapat tolong Mak jual nasi lemak tu.”Hana serba salah.

“Takpelah. Mak pun faham. Takkan selama lamanya Mak nak suruh kamu jual nasi lemak padahal kamu dah belajar tinggi tinggi kan?”
Hana terharu mendengar kata kata Mak nya.

“Mak terima kasih sangat sebab faham Hana.”Hana sebak.

“Takde apalah. Tapi kerjanya dah jumpa ke belum?"

"Dah. Dah jumpa dah."

"Kerja apa?"

"Pengasuh budak."

"Pengasuh budak? Tu yang kamu beria sangat nak bekerja?"nada suara Mak kedengaran terkejut.

"Bukan macam tu. Hana sebenarnya tak kisah kerja apa pun. Asalkan dapat duit dan halal. Kebetulan ada kawan Hana yang offer kerja tu kat rumah dia. Hana pun apalagi, terus setuju lah. Tapi Hana kena tanya mak dulu sebab kerja tu sepenuh masa.

Jadi Hana kena tinggal kat rumah kawan Hana tu. Tu yang Hana nak tanya mak. Mak bagi keizinan ke kalau Hana tinggal kat rumah orang? Hana bukan tinggal free macam tu je. Hana kerja. Lagipun gaji lumayan apa mak." Hana bagi penjelasan panjang.

"Boleh ke kamu jaga budak budak tu?”

"Alaa.. Macam la mak tak pernah tengok Hana jaga anak Pak Su, Mak Ana semua tu. Diorang siap suruh Hana cepat cepat kahwin lagi tau sebab tengok cara Hana layan anak anak diorang."

Mak ketawa di hujung talian.

"Ye la. Mak tau."

"Mak bagi tak Hana tinggal dekat rumah orang ni?" Hana minta kepastian.

"Ye la. Mak bagi. Cuma mak nak pesan, tinggal kat rumah orang tu jaga tingkah laku. Jangan buat perangai. Kita ni duduk kat tempat orang. Kalau boleh, biar semua orang dalam rumah tu selesa dengan kita. Baru senang kita nak bekerja.

Dan niat kerja tu jangan sebab nak cari duit je. Niat kena ikhlas kerana Allah Taala. Hanya Allah yang bagi rezeki kat kita. Bila kita ikhlas, barulah Allah murahkan rezeki kita."Mak bagi pesanan dekat Hana. Hana angguk angguk walaupun maknya tak nampak.

"Ya mak. Hana akan ingat pesan mak tu.Terima kasih mak sebab izinkan Hana kerja.Hana sayang mak."

"Mak pun sayang Hana juga."

"Okeylah mak. Hana kena letak dulu. Hana kena tidur awal sebab esok dah mula kerja. Mak jaga diri baik baik tau. Jangan kerja kuat sangat. Nanti kalau Hana dapat gaji, Hana hantar kat mak juga. Okey?"

"Tak perlulah kamu bagi kat mak duit tu. Kamu guna untuk keperluan kamu aje. Kamu pun jaga diri kat sana. Mak selalu doakan yang terbaik untuk kamu."

"Insyaallah mak. Hana letak ni."

"Yela. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Kereta Ford hitam berhenti di sebelah deretan empat buah kereta yang lain. Mata Hana dah terkebil kebil tengok kemewahan villa yang besar tu. Dengan kereta berjenama mewah yang berderet deret.

"Bro, aku tau lah kau kaya. Tapi aku tak tahu pulak sekaya ni. Rumah dah macam istana aku tengok."ujar Hana dengan mulut masih terlopong. Kagum agaknya.

Kay sengih je sambil tanggalkan seat belt.

"Takdelah. Ni semua hasil titik peluh family aku. Aku ni menumpang kekayaan diorang je. Duit sendiri pun aku tak ada lagi. Kereta ni pun papa aku bagi."ujar Kay dengan rendah diri.

Hana tak menjawab. Dia leka dengan keindahan rumah tu. Agaknya landskap rumah ni bertemakan alam semulajadi sebab dia nampak rumah ni dikelilingi dengan banyak tumbuh tumbuhan yang menghijau. Sejuk mata memandang.

"Tak nak turun ke?"Kay tegur. Hana tersentak. Terus dia tanggalkan seat belt.

Kay buka pintu kereta untuk Hana dari luar. Hana turun.

"Aku tak percaya betullah aku dapat sampai kat tempat macam ni. Ni dah melebihi rumah imaginasi aku tau tak. Tak percaya pulak rasanya aku akan tinggal kat sini."Hana macam tak percaya. Bagi orang kampong sepertinya, memang perkara menakjubkan bila dapat tengok apatah lagi tinggal di rumah macam ni.

"Dah.. Jom kita masuk. Family aku dah tunggu kat dalam."Kay ambil beg baju Hana. Dia berjalan ke pintu utama sambil dibuntuti Hana dari belakang.

"Assalamualaikum." Kay bagi salam lepas masuk ke rumah.

"Waalaikumussalam." Kedengaran beberapa suara menjawab salam. Hana sedikit gementar. Ramai ke family Kay?

Hana melangkah masuk ke villa mewah itu. Seperti jangkaannya, villa ni memang besar dan luas gila. Rumah ni bertemakan warna putih hitam dan rekaan moden. Design dalaman rumah ni betul betul mempamerkan kemewahan si pemilik. Dengan perabot yang semestinya diimport dari luar negara.

Hana bergerak ke ruang tamu utama.Kelihatan beberapa orang ahli keluarga Kay berdiri menyambut kedatangannya dengan senyuman. Perlahan lahan dia melangkah ke situ. Segan pula bila kedatangannya yang hanya sebagai pengasuh budak ni disambut mesra macam ni.

Dia tak pernah jangka kehadirannya akan diraikan oleh keluarga Kay. Nampaknya keluarga ni bukanlah macam orang kaya kat luar sana yang sombong dan bongkak tu.

Hana berdiri di sebelah Kay berhadapan dengan keluarga Kay. Di hadapannya sekarang ada tiga orang manusia yang sedang memerhatinya. Hana sekadar menguntum senyuman.

"Okay.. kenalkan ni Hana Suraya. Panggil Hana je. Ni lah member Kay yang Kay cakap akan jadi pengasuh baru untuk anak anak Along tu."Kay kenalkan Hana kepada keluarganya.

Hana tersenyum dan menunduk sedikit tanda hormat.

"Cantik orangnya,"seorang wanita anggun dalam lingkungan 50-an memuji Hana. Hana tersipu malu.

"Hana, ni mama aku and kat sebelah mama aku pulak papa aku."Kay kenalkan pulak ibubapa dia pada Hana.

"Datuk dan Datin sihat?"Hana cuba berbahasa sopan.

"Panggil kami uncle dan auntie je.Kami sihat. Muda lagi kamu ye."tegur papa Kay dengan senyuman.
Hana perasan satu perkara. Keluarga Kay memang murah dengan senyuman. Patutlah Kay pun suka senyum.

"Saya baru 23 tahun, uncle."beritahu Hana dengan ramah.

"Ohh.. Sebaya dengan Kay lah ye."ujar papa Kay.

"Ha'ah,uncle."

"Ada chance nak buat menantu lah nampaknya,pa."seorang lelaki yang sedang memangku seorang bayi mengusik.

Papa dengan mama Kay ketawa dengan usikan lelaki tu. Kay turut tersenyum. Hana pulak buat buat senyum. Lawak ke?

"Ada ada je lah abang ni. Hah, Hana.. Ni pulak abang ipar aku, Abang Farez. Bayi yang duduk dengan dia tu pulak anak bongsu dia. Tu lah salah seorang anak sedara aku yang akan kau jaga nanti."beritahu Kay.

"Oh ye ke?"Hana nampak teruja bila tengok bayi tu tiba tiba buka mata. Macam tau tau je orang bercakap pasal dia.

"Alaa.. Comelnya!! Err.. boleh saya dukung sekejap tak?"Hana minta izin. Dia dah pergi dekat Abang Farez.

"Boleh je."Abang Farez hulur bayi tu perlahan lahan kepada Hana. Nasib baik Hana pakai baju lengan panjang. Kalau tak, tak pasal pasal mereka bersentuhan.

"Bulatnya mata!!"Hana merenung bayi comel tu. Serius bayi ni comel gila. Hana cubit perlahan pipi bayi tu.

Kay memerhati Hana layan anak saudara bongsunya itu. Tanpa sedar,bibirnya mengukir senyum.

"Berapa bulan ni?"

"6 bulan 10 hari."

"Nama apa?"

"Damia Ayuni. Hana boleh panggil dia Mia je. Hana boleh jaga baby kan?"soal Abang Farez.

"Boleh. Saya dah biasa dah jaga kanak kanak termasuk bayi sebab selalu jugak jaga anak anak sepupu saya."

“Oh. Baguslah kalau macam tu. Dah ada pengalaman.”

“Ya. Ada lah sikit.”

"Hana anak tunggal ke?"celah mama Kay.

"Haah. Saya anak tunggal. Ayah saya dah meninggal sebab strok. Jadi saya ada mak je atas dunia ni."beritahu Hana.

"Oh ye ke.. I'm sorry."

"Eh, takde apa apalah."

"Patutlah auntie tengok Hana langsung tak kekok pegang baby tu. Dah biasa ye."

Hana gelak kecil. Dia dodoi Mia sambil berjalan dan tanpa sedar dia berjalan agak jauh daripada keluarga Kay. Keluarga Kay memerhati setiap gerak geri Hana melayan bayi tu.

"Korang tak couple ke?"Abang Farez tiba tiba tanya Kay soalan peribadi. Kay sedikit tersentak bila diserang dengan soalan tu.

"Eh,takdelah. Kitorang kawan je." Kay menyangkal.

"Tapi abang tengok korang berdua serasi apa. Betul tak mama?"Abang Farez tanya pendapat mama. Muka Kay dah merah.

"Kan? Mama pun rasa macam tu. Orangnya pun manis.. sopan.. Mama dapat rasa aura keibuan daripada dia. Mama suka. Kamu tak berkenan ke dekat Hana tu?"soal Mama pula.

Kay terpinga pinga. Tiba tiba pulak jadi segan bila mamanya tanya macam tu.

“Err..”lidah Kay kelu untuk memberi jawapan.

"Berkenanlah agaknya tu ma. Muka dah merah menyala tu."usik Abang Farez lagi.

Kay tak terkata. Nasib baik Hana berada jauh dari mereka. Kalau tak, malu siot kalau Hana tengok reaksinya sekarang.

"Kalau kamu dah berkenan tu,teruskan aje lah hubungan kamu tu ke peringkat yang lebih serius. Mama dengan papa pun berkenan dekat Hana tu walaupun baru first time jumpa. Bila dah jumpa orang yang sesuai untuk kita, jangan disia siakan. Nanti kalau ada orang lain ambil, baru merana jiwa tu."papa dah bagi lampu hijau.

"Apa papa cakap ni? Kitorang muda lagilah. Tak terfikir langsung pun pasal benda ni."Kay menyangkal walaupun hatinya setuju dengan kata kata papanya.

Kalau diikutkan dia tiada masalah untuk bercinta dengan Hana tapi Hana tak nampak macam berminat dekat dia. Hana hanya anggap dia kawan je.

"Takkan nak tunggu tua baru nak fikir benda ni."sampuk mama pula.

"Mama dan papa dah bagi lampu hijau tu Kay. Apa kamu tunggu lagi. On je lah."saran Abang Farez.

Kay garu belakang kepala. Nampaknya perasaannya terhadap Hana dah kantoi dengan family dia. Jangan terkantoi dengan Hana sudah. Dia tak nak Hana berasa kekok pula bersamanya kalau dia luahkan perasaannya nanti.

"Tunggu Kay jadi doctor dululah. Lepas tu baru Kay fikir pasal hubungan kitorang."Kay bagi kata putus. Mama, papa dan Abang Farez dah tersenyum senyum dengan keputusan Kay.

"Tapi.. papa, mama dan Abang Farez jangan bagitau Hana pulak pasal benda ni. Hana tak tahu apa apa pun pasal perasaan Kay dekat dia. Kay takut nanti akan jejaskan persahabatan kitorang. Please eh.." rayu Kay.

Kalau boleh, dia sendiri ingin luahkan perasaannya pada Hana apabila tiba masa yang sesuai. Biar Hana tahu daripada mulutnya sendiri dan bukan mulut orang lain.

Mereka semua angguk sambil tersenyum senyum.

"Dah dewasa anak papa ni. Ingatkan bawak balik pengasuh je. Rupa rupanya bawak balik bakal menantu."usik papa sambil tepuk bahu Kay. Kay tertunduk malu. Mama dan Abang Farez senyum teruja.

"Pengasuh tu dah sampai ke?"suara seseorang menerjah pendengaran mereka.

"Along.. Haa.. Dah, dah sampai dah."beritahu Kay.

"Mana?"

"Tu."Kay tunjuk dekat sliding door yang berhadapan dengan kolam renang.

"Eh, mudanya!! Boleh ke dia jaga anak anak Along tu nanti?" ujar Along, nampak macam ragu ragu.

"Kay guarantee yang Along takkan menyesal,"Kay bagi jaminan sambil angkat tangan ibu jari kanan.

Along angkat kening sebelah.

“Sure?”

“100 percent!”ujar Kay yakin.

“Hmm.. Okay. We just wait and see.”Along berpeluk tubuh.

"Hana!!" Kay panggil Hana yang masih leka layan Mia. Hana berpaling.

"Sini kejap. Aku nak kenalkan someone dekat kau."laung Kay. Hana terus pergi ke arah mereka.

"Ni kakak sulung aku. Inilah ibu kepada anak anak yang akan kau jaga nanti. Along.. ni Hana."Kay perkenalkan mereka berdua.

Hana serahkan Mia kepada Abang Farez untuk bersalam dengan kakak Kay. Cantiknya kakak Kay. Anggun bergaya. Dia sendiri terpesona melihatnya. Namun mukanya kelihatan agak tegas. Gementar pula dia dibuatnya.

"Saya Hana."Hana perkenalkan dirinya sekali lagi.

"Saya Afiya. Boleh panggil Kak Fi je. Jadi kamulah kawan Kay yang Kay cakap akan jadi pengasuh anak anak saya tu?"Along minta kepastian.

"Ya,saya."

"Hana ada pengalaman jaga kanak kanak ke?"Along dah bagi soalan temuduga.

"Ya.. Saya ada ramai anak anak sepupu dari semua peringkat umur. Jadi saya dah biasa menjadi penjaga kanak kanak. Saya selalu menjaga anak anak sepupu saya yang lelaki dan perempuan dalam lingkungan 3 bulan hingga 10 tahun dan yang paling kecil saya pernah jaga berumur 3 bulan. Jadi saya tahu apa keperluan untuk bayi dan kanak kanak seusia mereka."jelas Hana.

“Awak tak kisah kalau mereka kuat merengek atau menangis apa semua tu?”

“Ya saya tak kisah. Saya dah biasa dengan suasana tu.”

“Awak boleh uruskan keperluan mereka on time? Contoh makan minum mereka dan waktu makan tidur dan main.”soalan ujian diteruskan.

“Ya insyaAllah saya boleh uruskan kerana keperluan mereka adalah keutamaan saya. Tambahan pula saya memang seorang yang on time.”

“Macam mana awak boleh yakinkan saya yang awak dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab menjaga anak anak saya ni dengan sebaiknya?”tegas Along mengemukakan soalan itu.

Semua yang berada di situ hanya menjadi pemerhati dan pendengar sesi ‘temuduga’ itu.
Hana mengambil nafas sebelum menjawab soalan itu.

“Saya percaya dengan pengalaman saya menjaga kanak kanak dari pelbagai peringkat umur dapat membantu saya menyesuaikan diri untuk menjaga anak anak Puan dengan sebaik mungkin.

Tambahan pula saya seorang yang sangat sukakan kanak kanak serta saya seorang yang penyabar dalam melayan kerenah kanak kanak. Saya akan sentiasa memastikan keperluan anak anak Puan diuruskan dengan sebaik mungkin seperti saya menjaga anak anak saya sendiri.

Saya juga takkan menggunakan kekerasan selama menjaga anak anak Puan kerana saya tahu kekerasan bukanlah langkah yang baik untuk mendidik kanak kanak. Sekiranya Puan memberi sepenuh kepercayaan kepada saya, saya berjanji akan berusaha menjalankan amanah dan tanggungjawab saya dengan sebaik mungkin.” Hana menjawab soalan itu dengan penuh keyakinan.

Kay tersenyum bangga mendengar jawapan Hana yang bersemangat itu. Along merenung Hana lama. Keluarga Kay pula hanya tersenyum memerhati mereka.

"I love your confidence. Jadi, memang awaklah orang yang saya cari. You are hire!"Along memberi kata putus setelah lama berfikir. Hana menarik nafas lega.

“Terima kasih sangat sangat.”

Along tersenyum walaupun masih ada ketegasan di riak wajahnya.

"Tapi Kay ada cakap tak yang saya hanya kerja untuk 2 bulan je?" Hana minta kepastian. Manalah tau Kay tak maklumkan lagi.

"Ya. Dia ada cakap. Kak Fi tak kisah kalau Hana boleh kerja sekejap je. Yang penting, ada orang yang dapat jaga anak anak Kak Fi. Maklumlah semua orang dalam rumah ni sibuk. Semuanya bekerja. Jadi kami langsung takde masa nak jaga mereka."jelas Along. Tiba tiba pula nada suaranya yang tadi tegas menjadi mesra.

"Ya. Saya faham."

"Mesti Kay dah bagitau berapa orang budak yang Hana akan jaga kan?"agak Along. Hana angguk.

"Ya. Kay dah bagitau."

"Kejap lagi Kak Fi akan kenalkan mereka kepada Hana sebab sekarang diorang tengah mandi."

"Okey." Hana angguk.

Kay mendekati Hana. Dia merapatkan dirinya dengan Hana. Hana pelik apabila Kay menghimpit dengannya di hadapan family Kay yang dari tadi dia sedari asyik tersenyum senyum melihat mereka berdua.

“Sebenarnya kau tak perlu pun bagi jawapan macam interview mintak kerja dekat syarikat sebab malam tadi aku dah yakinkan Along untuk ambik kau bekerja. Dan Along memang dah setuju pun nak ambil kau. Tadi dia saja nak uji je.”bisik Kay perlahan.

Mata Hana bulat mendengar kata kata itu.

“Asal kau tak cakap awal awal? Malunya aku!!” Hana menutup mukanya dengan tapak tangan. Kay gelak geli hati.

“By the way.. congratulation for your job!”ucap Kay dengan nada usikan. Hana mencubit lengan Kay.

“Ouchhh!!” Kay mengaduh kesakitan sehingga menarik perhatian keluarga Kay. Semua tersenyum melihat gelagat mesra mereka. Hana mulai merasa kekok.

"Err.. Kalau boleh saya tau, sebelum ni siapa yang jaga budak budak ni?" Hana cuba bertanya untuk menutup malu kerana menunjukkan kemesraannya dengan Kay di hadapan keluarga Kay. Janganlah mereka fikir bukan bukan pulak antara dia dengan Kay.

"Kalau takde pengasuh, memang Mak Yam lah yang terpaksa jaga budak budak tu. Mak Yam tu ketua pembantu rumah kami. Kadang kadang kami kesian juga dengan Mak Yam. Mak Yam tu dah tua. Dah tak larat nak buat semua kerja. Mak Yam pernah mengadu kat kami supaya cari pengasuh untuk budak budak ni.

Kalau boleh, dia nak buat kerja rumah je. Kalau diikutkan, kami pun tak nak menyusahkan Mak Yam. Tapi kami terpaksa sebab memang kami langsung takde masa nak uruskan diorang. Mama kena jaga kedai butik dia, papa pulak uruskan syarikat, Kay belajar dan Kak Fi dengan Abang Farez sibuk dengan syarikat firma kitorang.

Kalau kami ada masa pun time hujung minggu macam ni aje lah. Kalau hari lain tu memang sibuk sangat. Sebab tu Kak Fi bersyukur sangat bila Kay cakap ada kawan dia boleh buat kerja ni. Kak Fi tak berani hantar anak anak Kak Fi ke rumah asuhan. Tak harap sangat. Sekarang kan macam macam kes berlaku. Kalau boleh nak suruh jaga kat rumah aje. Selamat sikit."panjang lebar Along bagi penjelasan. Hana angguk je.

Patutlah rumah besar gila. Semua orang dalam rumah ni bekerja rupanya. Banyaklah duit masuk.

"Pak Ucu!!!" seorang budak lelaki berambut coklat berlari laju meluru ke arah Kay. Selepas tu disusuli pula dengan seorang lagi budak lelaki yang seiras dengan budak lelaki tadi tapi yang ni berambut hitam. Ni lah si kembar yang Kay cakap tu agaknya. Bila ada perbezaan dari segi warna rambut macam tu, senanglah dia nak cam mereka berdua. Agaknya yang rambut hitam tu ikut daddy dia sebab daddy dia lebih nampak macam orang melayu.

Belakang budak lelaki berambut hitam tu pulak seorang budak perempuan yang memakai gaun pink, cekak rambut pink serta memegang anak patung Barbie yang serba pink berjalan terkedek kedek ke arah mereka.

Hana terpegun bila nampak budak perempuan tu. Serius muka dia sebiji macam anak patung yang dia pegang. Muka punyalah putih melepak. Rambut pula warna brown ditocang dua. Tak nampak macam muka orang melayu langsung.Cute gila!!

Ruang tamu tu jadi riuh rendah dengan suara si kembar tu berebut nak bercakap dengan Kay. Nampaknya Kay rapat dengan anak anak saudaranya. Kay sabar je layan budak tu. Budak perempuan tu pulak duduk dengan nenek dia.

"Dah siap mandi?"Kay tanya diorang.

"Dah!!!"jawab mereka bertiga serentak.

"Patutlah wangi je bau!"Kay hidu badan Aqef. Aqef dah terkekek ketawa.

"Mestilah. Aqef pakai bedak banyak banyak. Lepas tu Aqef pakai perfume. Sebab tu Aqef bau wangi.. Kan pak Ucu??!!!" budak yang membahaskan dirinya Aqef bercerita kepada Kay dengan suara lantangnya yang amat.

Hana yang berada jauh dari budak tu pun dah terasa bingit telinganya dengan suara budak tu, inikan pula Kay yang mendengar sebelah dia. Suara punyalah kuat macam speaker.

Kay dah pegang telinga.

"Kejap.. Aqef pakai perfume? Perfume sape Aqef ambil?"

Aqef sengih tapi dia tak jawab soalan Kay. Macam ada yang tak kena je.

"Aqef ambil perfume Pak ucu!!! Lepas tu dia pecahkan perfume tu!!"kembar Aqef tolong jawab bagi pihak Aqef. Sebenarnya bukan menjawab tapi lebih kepada mengadu.

Mata Kay dah bulat bila dengar kembar Aqef cakap macam tu.

"Apa,Aqil?? Betul ke??"Kay nampak terkejut. Aqil cepat cepat angguk. Aqef dah menyorok belakang datuk dia. Papa dan mama Kay geleng kepala dengan telatah cucu kembar mereka.

Kay menyandar badannya dengan lemah longlai.

"Habislah perfume aku!! Pak Ucu baru je beli perfume tu tau. Kenapa Aqef ambil?"

Aqef jungkit bahu beberapa kali.

"Sabar je lah.." Kay mengurut dahinya. Stress nampaknya. Asal dia balik rumah aje, mesti ada barang barang dia yang pecah dan rosak. Si pemecahnya tak lain tak bukan memang Aqef lah orangnya.

"Aqef.. Minta maaf dengan Pak Ucu cepat." Suruh Abang Farez.

"Sorry.." Aqef minta maaf. Kay gosok kepala Aqef.

"It's okey. Pak Ucu dah biasa dah." Kay redha je.

Hana tercuit hati dengan tingkah laku bakal anak asuhannya.

"Okey dah. Sekarang mummy nak kenalkan anak anak mummy dengan nanny baru yang akan jaga korang nanti." Along alihkan perhatian mereka semua kepada Hana.

"Nanny lagi?" Sampuk Aqil.

"Ye la. Kalau tak siapa yang nak jaga anak anak mummy ni semua bila mummy dengan daddy kerja nanti?"

Aqil hisap jari.

"Ni Kak Hana.. Lepas ni Kak Hana yang akan jaga semua makan pakai korang. Bukan Mak Yam lagi. Jadi mama minta korang semua jangan buat perangai dengan Kak Hana. Dengar cakap kat Hana. Faham??" Along berpesan kepada anak anaknya. Mereka semua angguk.

"Faham!!"

"Say hi to Kak Hana dulu."

"Hi semua.." Hana tegur budak budak tu dulu.

Si kembar tu lambai tangan kat Hana. Tapi budak perempuan tu buat endah tak endah je. Dia leka bermain dengan patung barbie nya. Taulah patung tu lagi cantik daripada aku tapi pandanglah aku jugak. Sedih tau.

"Hana.. Saya kenalkan ni semua anak anak saya. First.. my little twins. Si kembar tu umurnya 4 tahun. Yang duduk dengan Kay tu namanya Aqef Haykal. Aqef ni dia hyperactive sikit. Susah nak kawal. Jadi kalau boleh, Hana bagilah perhatian lebih sikit kat dia sebab dia tak reti duduk diam. Bimbang pula kalau dia main benda benda merbahaya."pesan Kak Fi.

Hana angkat kening. Hyperactive? Aku tak pernah jaga budak hyperact. Anak anak sepupu aku semuanya aktif tapi takdelah sampai hyperact. Nampaknya ni cabaran baru untuk aku.

"Kembar yang seorang lagi tu pulak namanya Aqil Danish. Aqil ni senang sikit nak dikawal daripada Aqef. Tapi satu je kelemahan dia. Dia suka merajuk. Nanti Hana kena pandai pandailah pujuk dia. Dia selalu merajuk bila bergaduh atau berebut sesuatu dengan Aqef. Kak Fi harap Hana adil dengan mereka berdua sebab Aqil ni sensitif orangnya." Kak Fi beritahu pulak kriteria Aqil.

Tadi cakap kena lebihkan jaga Aqef. Pastu cakap kena adil pulak. Macam mana tu? Mungkin dari segi pergerakan, Aqef lebih aktif. Sebab tu dia kena kawal Aqef lebih daripada Aqil tapi dari segi pergaulan mereka berdua, Hana kena adil.

"Yang perempuan tu pulak princess kitorang. Nama dia Putri Ariana. Kitorang panggil Ara je. Ara ni anak sulung kami. Umurnya 5 tahun. Walaupun dia anak sulung tapi dialah yang paling manja antara adik beradik dia. Hana jangan ikutkan sangat kehendak dia. Takut nanti dia pijak kepala. Kalau boleh jangan terlalu manjakan dia. Jangan ikut semua yang dia suruh. Ara memang selalu berlagak macam puteri sebab tu dia suka mengarah orang.

Nanti Hana tolong ajar diorang semua ni berdikari juga. Jangan buat semua untuk mereka contohnya sikat rambut ke, mandi ke,pakai baju ke.. Benda benda basic macam tu biar diorang buat sendiri. Okey??"panjang lebar Along bagi maklumat mengenai anak anaknya. Sekurang kurangnya dia tahu yang karakter semua anak anak asuhannya tu berbeza.

Hana angguk tanda faham.

"Okey.. and the last one is my little baby. Damia Ayuni. Hana mesti dah tau kan. Mia ni baru six month tapi Kak Fi tak ajar dia tidur dengan kitorang. Dia ada bilik sendiri. Begitu juga dengan anak anak Kak Fi yang lain. Ara pun ada bilik sendiri. Aqef dengan Aqel pulak kongsi bilik. Kitorang nak ajar diorang berdikari awal awal lagi. Nanti senanglah bila diorang besar kelak."beritahu Kak Fi.

Hana angguk. Dia agak kagum dengan cara mereka mengatur kehidupan awal anak anak mereka. Memang begitulah cara orang barat uruskan anak anak mereka. Mereka tidak membiarkan anak mereka tidur sekatil dengan mereka walaupun masih kecil. Tujuannya supaya mereka berdikari.

"So, you have any questions?" Kak Fi bagi peluang Hana bertanya soalan selepas jelaskan semua mengenai karakter anak anaknya.

"Ada. Kalau boleh saya tau, Aqef, Aqil dengan Ara dah sekolah ke?"tanya Hana. Tu soalan yang berlegar di fikirannya sejak tadi.

"Oh lupa pulak Kak Fi nak bagitau pasal tu. Ya, diorang bertiga dah bersekolah tadika di tempat yang sama. Kalau Hana confuse samada Hana kena hantar diorang pergi ke sekolah ke tak.. tu Hana jangan risau sebab driver kitorang, Pak Lan yang akan hantar dan ambil diorang balik tadika. Hana jaga diorang dekat rumah je."jelas Along.

Hana tarik nafas lega. Ringan sikit kerjanya. Takdelah dia kena jaga semua budak budak tu sepenuh masa.

"Hana nak tau apa apa lagi?"tanya Along.

"Takde, Kak Fi."

"Kalau macam tu, Hana boleh mulakan kerja sepenuhnya esok. Hari ni Hana berehat dulu sebab Hana pun baru sampai kan. Mak Yam dah sediakan bilik untuk Hana. Nanti Mak Yam akan tunjukkan bilik tu pada Hana."

Hana angguk.

"Kalau Hana dah faham semuanya, Kak Fi nak bagi pesanan lah sikit. Kak Fi harap Hana boleh jaga anak anak Kak Fi ni dengan baik. Kak Fi letak kepercayaan sepenuhnya pada Hana. Kak Fi tahu Hana bukan macam pengasuh pengasuh lama kami yang buat kerja hangat hangat tahi ayam je.

Semua kerja sebab nakkan duit semata mata. Maklumlah gaji yang Kak Fi tawarkan agak lumayan sebab Kak Fi tahu bukan mudah untuk melayan dan uruskan anak anak Kak Fi. Kalau boleh, Hana jagalah keselamatan mereka terutama Aqef sebab Aqef pernah hilang dulu disebabkan kecuaian pengasuh lama kami.Kak Fi amanahkan anak anak Kak Fi pada Hana. Kak Fi harap Hana takkan hampakan harapan Kak Fi. Ye Hana?" Kak Fi bagi pesanan akhir.

"Baik,Kak Fi. Saya akan berusaha jaga diorang macam yang Kak Fi suruh dan saya takkan pilih kasih antara mereka. Kak Fi boleh percaya dan menaruh harapan pada saya.Saya akan anggap anak anak Kak Fi tu sebagai tanggungjawab saya. Kak Fi takkan menyesal terima saya sebagai pengasuh anak anak Kak Fi. Percayalah. Insyaallah saya akan jaga mereka dengan sebaik mungkin." Ujar Hana penuh keyakinan.

Along tepuk bahu Hana. Dia senyum.

"I count on you,”ujar Along. Hana angguk yakin.

"Kay tak salah pilih orang Along." Kay mencelah.

Along senyum.

"Along tahu. Baik, sekarang mummy nak anak anak mummy bangun dan bersalam dengan Kak Hana cepat."suruh Along pada anak anaknya.

"Pergilah." Kay tolak Aqef perlahan.

Aqef pergi bersalam dengan Hana. Diikuti oleh Aqil. Hana gosok kepala mereka. Comel betul diorang.

"Dengar cakap Kak Hana tau."pesan Along.
Mereka berdua sengih comel.

"Ara... salam dengan Kak Hana," Along panggil Ara bila dia tengok Ara tak bangun pun untuk bersalam dengan Hana.

"Ara tak nak."ujar Ara.

"Ara.. jangan sombong sangat boleh tak? Salam dengan Kak Hana cepat."gesa Along. Ara masih membatu.

"Salam dengan Kak Hana sayang."pujuk mama pula. Ara geleng kepala.

"Ara.." Abang Farez dah buat suara garang. Ara tetap tak berganjak.

"Takpelah Kak Fi. Mungkin Ara tak biasa lagi dengan saya. Dia kan baru je kenal saya."

Mummy dengan daddy Ara dah geleng kepala melihat tingkah laku Ara.

"Sorrylah Hana. Ara memang macam tu dengan orang yang dia tak kenal. Nanti lama lama dia biasalah tu dengan Hana."beritahu Along.

"Takpe. Saya faham. Budak budak memang macam tu." Hana cuba menyedapkan hatinya. Hana tengok Ara yang tengah sikat rambut patung barbie. Ara akan suka juga dekat aku nanti...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience