Bab 7

Romance Series 10367

Hana mengutip buah rambutan yang jatuh lalu dimasukkan ke dalam bakul yang sudah hampir penuh itu.
"Dah cukup ke?" Atiq tanya dari atas pokok.
"Dah cukup la ni. Dah dua bakul dah. Kesian pulak dekat kau kena duduk atas pokok tu lama lama." Hana letak bakul kedua atas pangkin bersebelahan bakul pertama.
Atiq turun dari pokok rambutan. Dia pergi dekat Hana.
"Kau nak buat apa dengan buah rambutan banyak banyak ni?"soal Atiq.
Hana ikat tangkai buah rambutan sambil duduk bersila atas pangkin. Tadi dia mengait buah rambutan bila nampak buah tu lebat atas pokok. Lepas tu Atiq datang melepak belakang rumah dia macam selalu. Atiq pelawa nak tolong dia ambil rambutan tu sebab si Atiq tu pandai memanjat pokok. Mudah pula kerjanya bila ada Atiq.
"Aku ingat nak jual rambutan ni dekat gerai mak aku. Tambah pendapatan sikit. Haa.. lupa pulak. Terima kasih la sebab tolong aku."
Atiq duduk atas pangkin tu sambil buka kulit rambutan lalu disuap ke mulutnya.
"Takde apalah. Panjat pokok tu dah jadi aktiviti harian aku dekat rumah."
Hana gelak.
"Beb,sampai bila kau nak kerja dengan mak kau? Kau ada ijazah. Aku ajak kau kerja dekat restoren mak aku tu kau tak nak." Atiq mula membuka topik perbualan.
"Betulkan ayat kau tu.Aku bukan kerja dengan mak aku. Aku tolong okey? Lagipun aku tak naklah kerja dekat restoren kau tu. Tu kan perniagaan family kau. Segan pula aku nak kerja kat situ. Aku ni orang luar aje."
Atiq cebik bibir.
"Tak nak sudah. Tapi sampai bila kau nak tolong mak kau tu? Takkan kau tak nak gunakan ijazah yang kau ada tu untuk cari kerja? Rugilah."
Sejak mereka tamat belajar 3 tahun lalu, Atiq bekerja di restoren keluarganya di Kuala Lumpur. Dia hanya balik ke kampung neneknya pada hujung minggu sahaja. Hana pula terus menetap di kampung, tolong mak dia jual nasi lemak kat gerai.Puas juga Atiq ajak Hana tu kerja dengannya tapi Hana menolak atas alasan tak nak tinggalkan mak nya lagi.
Habis tu sampai sudahlah kau takde kerja tetap Hana oii! Geram jugak dia nak sound kawan baiknya tu. Dia tahu tu cuma alasan Hana semata mata. Takkan lah Hana tak pernah terfikir untuk cari kerja yang lebih menjamin masa depannya.
"Aku bukan tak pernah berusaha nak cari kerja. Dah banyak kali dah aku pergi temuduga itu ini tapi satu pun tak dapat. Takde rezeki lagi kot." Suara Hana bunyi macam pasrah.
"Dah tiga tahun kau menganggur beb."selamba Atiq cakap.
Hana jeling Atiq. Memanglah budak Atiq ni suka cakap lepas. Tau lah dia tu dah kerja. Kecik pulak hati aku ni.
"Aku tahulah aku menganggur tapi aku bukannya tak buat apa apa kat rumah. Aku tolong mak aku kot. Dah takde rezeki aku nak buat macam mana? Kau ni.." Hana kecik hati.
Atiq tengok muka Hana.
"Kau terasa ke weh?"
Hana senyap.
"Beb,sorrylah. Aku tak berniat nak buat kau kecik hati la. Kau tau la mulut aku ni. Bercakap tak fikir dulu. Eii.." Atiq tepuk bibir dia.
"Aku taulah kau tu dah kerja tapi tak yah lah perli aku." Suara Hana kedengaran berjauh hati.
"Alaa.. jangan la merajuk. Aku tak pandai la pujuk pujuk ni. Sorry la.." Ujar Atiq sambil kunyah rambutan.
Hana jeling Atiq dengan ekor mata. Macam nak tak nak aje minta maaf. Boleh lagi kau kunyah rambutan tu.
"Han..."Atiq panggil Hana manja.
Hana diam lagi. Aku nak tengok sejauh mana usaha kau nak pujuk aku.
"Kau tak nak maafkan aku ek.. Tak nak sudah. Aku dah cakap aku tak pandai pujuk, kau nak merajuk jugak suka hati kau lah." Macam tu je Atiq cakap.
Hana ketap bibir kuat. Geram.
"Hey kau ni.. Eii.. Sakit jugak hati aku ni."
Atiq sengih.
"Dah lah. Tak yah merajuk lagi. Ni aku nak tanya kau. Asal kau tak kerja aje dekat butik mama Kay tu? Kau cakap dia ada pelawa kau kerja kat butik dia kan? Asal tak mintak?" Atiq kupas rambutan satu lagi. Dah berapa biji dia 'mencekik' rambutan tu pun dia tak tahu. Tengok tengok je dah penuh kulit rambutan atas pangkin.
"Ah.. Seganlah aku. Butik datin datin tu. Kekok nanti."
"Kekok apanya? Kau cakap diorang dah anggap kau macam family sendiri. Kau pun anggap diorang macam tu jugak kan? Asal nak segan pulak? Kalau kau kerja kat situ ,aku berani potong jari yang kau dengan mak mak kau sekali tak payah jual nasi lemak lagi dan. Gaji kat situ mesti besar gila."
"Tak naklah."
"Ruginya.. Kalau aku dah lama aku kerja kat situ."
"Itu kau bukan aku. Aku tak nak lah ambil kesempatan atas kebaikan diorang."
Atiq geleng kepala.
"Aku tak faham betullah dengan kau ni. Rezeki dah ada depan mata tak nak ambil."bebel Atiq.
Hana diam je. Malas pulak nak layan si Atiq ni. Aku taulah dia nak aku kerja tapi tak perlu nak paksa aku buat kerja yang aku tak nak.
Pip pip!!
Bunyi hon kereta kedengaran di hadapan rumah Hana.
"Siapa pula tu?" Tanya Hana sendiri. Dia turun dari pangkin. Dia betulkan tudungnya. Atiq jenguk kepala. Hana dah jalan depan rumah. Langkah dia terhenti bila nampak dua buah kereta mewah berhenti depan rumahnya.
"Siapa?" Atiq muncul dari belakang Hana.
"Entah. Tapi aku rasa macam kenallah kereta tu."
Atiq tengok. Mata dia bulat. Mulut dia ternganga.
"Fuyoo.. Marcedes dengan Ford tu!" Atiq teruja.
Hana pergi dekat dengan kereta tu. Pada masa yang sama, orang dalam kereta tu keluar.
Hana terkejut.
"Auntie!!"
"Kau kenal ke?"
"Ni mama Kay lah."bisik Hana.
Mata Atiq bulat.
"Serius? Elegan gila!"
Mama senyum dekat Hana. Lepas tu Hana tengok papa pula keluar.

Mama peluk Hana. Hana balas. Atiq sekadar memerhati. Mata dia duk intai orang dalam kereta Ford tu. Siapa pulak dalam kereta tu? Atiq tertanya tanya sebab cermin kereta tu gelap. Asal tak keluar?
"Auntie sihat? Uncle pun ada sekali?"
Papa angguk je. Senyuman mereka tak lekang di bibir.
"Kami sihat. Hana macam mana?"
"Hana pun sihat. Lama betul tak jumpa uncle dengan auntie. Rindu pulak rasanya."luah Hana.
"Kalau dah rindu kenapa langsung tak datang menjenguk kat rumah kami?" mama tanya.
Hana serba salah untuk menjawab.
"Sorrylah auntie. Lepas grade Hana terus balik kampung. Tolong mak berniaga kat sini. Tu yang tak datang KL dah tu."ujar Hana.
Rasa bersalah pula bila dia tak pernah menziarahi rumah majikannya sepanjang tiga tahun ni. Tak ada masa sebenarnya. Sibuk berniaga di kampung.
Mama angguk.
"Takpelah. Auntie faham."
"Emm.. Macam mana auntie dengan uncle boleh tahu rumah Hana ni?"
Hana dengan auntie berpegangan tangan. Setahunya dia tidak pernah beri alamat penuh kepada mereka berdua mengenai tempat tinggalnya.
"Kay yang bagi alamat. Dah lama auntie nak datang rumah Hana. Sampai jugak akhirnya."beritahu mama.
"Kay?" Hana baru teringat kereta di belakang kereta marcedes tu. Baru dia ingat yang tu kereta Kay. Tapi apasal Kay tak keluar.
"Hana... Siapa tu?" Mak muncul dari muka pintu rumah. Muka mak nampak terkejut bila tengok kereta mewah depan rumah dia. Dia turun tangga perlahan lahan.
Hana bawa mama dengan papa dekat dengan mak dia.
"Mak, ni Datin Maria dengan Dato’ Wajdi. Diorang bos Hana, mak ayah Kay. Kawan Hana yang ajak Hana kerja pengasuh dulu. Hana kerja kat rumah diorang la." Hana perkenalkan mereka kepada maknya.
Mama hulur tangan dulu untuk bersalam. Mak pula teragak agak nak sambut sebab segan dengan orang kaya.
"Akak sihat?"
"Err.. Alhamdulillah sihat.Hana banyak bercerita pasal keluarga Datin. Dia cakap semua keluarga Datin baik baik belaka. Akak nak berterima kasih lah sebab dah layan Hana dengan baik dalam rumah tu."ujar mak mesra.
"Tak payahlah nak berdatin datin dengan saya. Panggil Maria aje. Hana tu pun budak baik juga. Takkan kami nak beri layanan buruk pada dia."ujar mama.
"Eh,segan pulak akak nak panggil macam tu."
"Nak segan apanya? Kita sama aje kak."ujar mama.
Mak senyum. Hana turut senyum bila melihat kemesraan mama dengan maknya.
"Ya Allah lupa pulak nak ajak naik rumah. Ha.. jemputlah masuk. Maaflah.. rumah kampung aje."pelawa mak dengan rendah diri.
"Eh takpe. Kami pun dah lama tak merasa suasana kampung."
"Jemputlah ye."
Mama,papa dengan mak dah naik rumah diikuti dengan Hana di belakang. Atiq masih leka menjenguk orang dalam kereta Ford tu. Orang dalam kereta tu keluar. Atiq terkejut.
"Laa.. kau rupanya Kay!! Baru reti nak keluar." Kay sengih sambil masukkan telefon bimbit dalam poket seluar. Hana berpaling bila dengar suara Atiq menjerit. Masa tu baru dia teringatkan Kay. Hana turun tangga balik lepas tu pergi dekat mereka berdua.
"Sorry. Aku on the phone tadi."
Atiq tepuk bahu Kay kuat. Kay mengaduh kesakitan.
"Beb,aku taulah kau ada kereta. Tapi aku tak tau pulak kereta mewah macam ni. Kau pun Hana. Tak pernah cakap dekat aku." Atiq tepuk pula bahu Hana. Hana gosok bahu dia. Macam kena pukul dengan tukul.
"Sakitlah.. Alaa.. perlu ke aku bagitau pasal benda ni. Lagipun aku kan dah cakap yang family Kay ni kaya."
Atiq cebik bibir. Dia intai intai dalam kereta Kay. Kay senyum je tengok Atiq. Lepas tu dia tengok Hana kat depan dia.
"Assalamualaikum.."sapa Kay.
Hana lepas gelak.
"Sejak bila kau pandai bagi salam dekat aku ni?" Hana geli hati bila tengok Kay macam tak biasa dengannya.
Kay tak bagi reaksi. Dia sengih nak tak nak je.
"Lama kita tak jumpa kan? Kau sihat?"mendatar suara Kay bila cakap dengan Hana. Lain macam pula tengok Kay. Bukan macam Kay yang dulu.
"Alhamdulillah sihat."
"Baguslah. Lega aku dengar."
Hana dan Atiq saling berpandangan dengan muka pelik.
"Kau kenapa? Semacam je aku tengok. Hah, asal kau datang rumah aku ni? Siap bawa auntie dengan uncle lagi. Jumpa pulak kau cari rumah aku ek?" Hana cakap dengan muka ceria. Muka biasa dia tunjuk bila berjumpa kawan lama.
Atiq tengok mereka berdua. Kay berdiri membelakanginya. Hana pulak berdiri depan Kay.
"Kenapa? Tak boleh ke aku datang melawat kau?" Kay tanya balik. Serius! Suara Kay lain macam bila bercakap dengannya.
"Bukan tak boleh. Aku memang happy kalau korang dapat datang rumah aku. Tapi yela.. korang datang jauh jauh ni mesti ada hajat. Takkan datang saja saja je kan. Korang kan busy. Kau dah dapat jadi doktor eh sekarang?" Hana cakap benda lain tapi dia tanya benda lain pula.
Kay angguk lambat lambat.
"Tahniah!!"ucap Hana teruja. Kay senyum je.
"Aku happy untuk kau. Aku memang bangga sebab kawan aku dah berjaya capai cita cita dia. Aku ni selalu.."
"Hana.." Kay patahkan ayat Hana. Hana berhenti bercakap mendadak.
Kay renung dia. Hana tengok Kay pelik.
"Macam kau cakap.. aku memang ada hajat datang rumah kau ni."perlahan je suara Kay bagitau.
"Apa?"
"It's surprise.. tapi aku harap.. kau tak terkejut."lambat lambat Kay menyusun ayat.
Hana buat muka hairan. Atiq diam je dengar perbualan mereka dari belakang. Tak tau kenapa dia tak berminat nak menyampuk tapi dia tetap nak tau. Berkobar kobar nak tau tambah tambah bila Kay cakap benda tu surprise.
"Laa.. Ada pulak surprise tapi tak terkejut. Baik tak payah surprise. Surprise apanya? Cakaplah sekarang."desak Hana.
"Kita naik atas dululah. Nanti kau akan tau sebab mama yang akan bagitau."ujar Kay.
Hana kerut dahi.
"Kenapa mama yang perlu beritahu? Eh, aku dah tak sedap hati la. Surprise apa kau nak cakap ni? Kau ni memang saja buat aku tertanya tanya kan." Hana dah tak sabar.
"Kita naik dulu,okey?"suruh Kay lagi.
Hana terdiam bila Kay tak layan cakap dia. Kay terus berjalan naik atas rumah. Hana tengok Atiq.
"Asal dengan Kay tu? Lain macam je aku tengok."
Hana jungkit bahu.
"Entah."
"Naik dululah."
"Kau naik sekali,Tiq. Surprise apa entah yang Kay cakap tu. Seram pulak aku dengar,"ajak Hana.
"Okeylah. Aku pun curious jugak." Atiq ikut.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"Memandangkan semua dah ada..."mama tengok semua orang yang sudah berkumpul di ruang tamu rumah Hana. Kay yang duduk sebelah mama dia tunduk je. Hana pula duduk bersimpuh sebelah mak dia. Sebelah Hana pula Atiq yang join sekaki.
"...bolehlah saya beritahu sekarang apa hajat kami datang ke mari."sambung mama.
"Minumlah dulu."jemput mak sebelum mama meneruskan kata.
Demi mengambil hati mak Hana, mama dengan papa minum juga tapi Kay diam aje, langsung tak berganjak. Pelik juga Hana tengok Kay. Tiba tiba pula jadi pendiam lepas 3 tahun tak jumpa.
"Jadi.. Apa hajatnya datin?"mak tanya balik lepas mama siap minum.
"Maria."mama betulkan panggilan mak. Mak senyum je.
Mama tengok muka mereka satu persatu sebelum meneruskan kata.
"Sebenarnya kami datang ni bawa hajat yang besar. Kedatangan kami ke sini sebenarnya nak merisik dan meminang Hana untuk dijadikan isteri kepada anak bongsu kami... Khayrul Hariff ni."mama sentuh bahu Kay. Kay macam tak berani angkat muka.
Nyata muka mak dan Hana jelas kelihatan terkejut termasuk Atiq yang tiada kena mengena dengan keluarga tu.
"Si Khayrul ni ada beritahu saya yang dia berkenan dengan Hana. Sejak mereka di bangku sekolah lagi. Tapi katanya Hana tak tahu yang anak saya ni sukakan dia. Jadi Khayrul pendamkan dulu perasaan dia tu. Dia cakap nak bagitau selepas dia habis belajar, dapat jadi doktor.
Alhamdulillah sekarang dah dapat jadi doktor dah kat hospital di Kuala Lumpur. Alang alang dia dah cakap macam tu,saya pun terus cadangkan dekat dia supaya meminang Hana terus sebaik dia habis belajar. Pada awalnya Khayrul ni menolak sebab tak bersedia lagi katanya.
Tapi saya pujuk jugak dia sebab saya sendiri pun bila kali pertama tengok Hana, saya suami isteri memang dah berkenan dekat si Hana ni. Dah pasang niat dah nak jadikan dia menantu. Kebetulan pula Khayrul ni berminat dekat Hana, lagi berbungalah hati saya. Lagipun benda yang baik tak elok ditangguh tangguhkan. Jadi itulah tujuan kami datang ke sini."panjang lebar mama bagitau hajatnya.
Mak tengok Hana. Hana tunduk je. Fikirannya kosong. Lidahnya kelu. Atiq pula mengusap mukanya. Tiba tiba pula rasa macam nak menangis.
"Jadi.. sudilah kiranya akak menerima pinangan kami ni sebagai permulaan untuk membina sebuah masjid.. Nanti bolehlah kita berbesan.."papa pula bersuara.
Mak tengok papa dengan mama.
"Soal terima tak terima tu.. saya kena tanya Hana dulu lah.. sebab yang nak dipinangnya anak saya.. bukan saya. Hana.."mak tepuk paha Hana.
Hana angkat muka. Dia tengok muka mama,papa,dengan mak.
"Err.. Kalau auntie dan uncle tak kisah, saya nak bercakap dengan Kay sekejap dekat luar. Boleh tak?" Hana buat permintaan.
Kay dah angkat muka.
Mama senyum.
"Yelah. Kamu berbincanglah dulu."mama bagi kebenaran. Hana dah bangun tanpa tengok Kay. Dia turun dari rumah lalu pergi ke pangkin belakang rumah.
Lambat lambat Kay bangun.
"Saya minta diri sekejap."beritahu Kay sopan sebelum keluar ikut Hana.
Semua angguk kecuali Atiq. Atiq turut bangun.
"Err.. Mak Di.. Saya balik dululah. Dah lewat petang ni. Lagipun, mengganggu aje saya dekat sini." Atiq minta diri.
Mak angguk.
"Yelah."
Atiq keluar.
"Siapa tu?"mama tanya.
"Tu kawan baik Hana. Atiqah namanya. Dia pun satu sekolah dengan mereka berdua jugak."beritahu mak.
"Ooo.."mama angguk je.
Mak tengok mama malu malu.
"Err.. Maria.. Akak.. sebenarnya nak tanya sesuatu tapi segan pula rasanya."mak buka bicara semula.
"Tak payahlah segan. Kita kan tak lama lagi akan berbesan."ujar mama ramah.
Mak senyum je. Dia teragak agak nak tanya.
"Kami ni.. orang kampung aje.. tak setanding dengan Datin dengan Dato'. Akak ni bukannya nak menolak hajat murni Dato' dengan Datin.. eh.. maksud akak Maria.. Cuma akak rasa rendah diri pula dengan kedudukan kita yang tak sekufu ni. Dato' dengan Maria.. tak malu ke berbesan dengan akak dan bermenantukan anak akak?"mak tanya dengan rendah diri.
Mama bangun lepas tu duduk sebelah mak. Dia pegang tangan mak.
"Akak.. Saya anak beranak tak pernah bezakan kedudukan kami sekarang ni dengan orang biasa ke,orang kampung ke. Bagi kami, kita semua atas muka bumi ni sama aje. Walaupun kami mungkin berharta,tapi saya tak pernah ajar anak menantu dan cucu cucu saya supaya memandang rendah pada orang lain sebaliknya tunjukkan contoh yang baik kepada mereka.
Tak semua orang kaya sombong dan bongkak akak. Siapalah saya untuk membeza bezakan kedudukan dan pangkat sedangkan bukan semua itu yang Allah lihat. Allah hanya melihat pada iman dan taqwa kita bukan pada harta.
Jadi saya rasa tersangatlah tak wajar kalau saya yang hanya hambaNya melihat pada harta semata mata. Tak perlulah akak berasa rendah diri dengan keadaan akak. Kita sama aje akak. Tambahan pula kita nak bina masjid,buat benda baik,takkan kita nak jadikan kedudukan tu sebagai penghalang untuk kita membina sebuah masjid.
Saya harap akak tak fikir macam tu lagi. Saya sekeluarga ikhlas terima akak dengan Hana dalam keluarga kami."panjang lebar mama bagi penjelasan dekat bakal besannya.
Mata mak dah berair.
"Ya Allah sejuknya hati akak bila dengar Maria cakap macam tu. Betapa murninya hati Maria sekeluarga. Akak memang bertuah kalau dapat berbesan dengan kalian. Betullah Hana cakap. Maria ni memang baik orangnya."mak genggam erat tangan mama.
"Lepas ni tak ada 'kalau' lagi. Saya akan pastikan yang kita akan jadi besan." Mama menyakinkan.
Mak senyum sambil angguk.
"Akak harap Hana dapat buat keputusan dengan baik dan menerima Khayrul tu."
"Kami pun harap macam tu. Kan,bang?" Mama tengok papa.
Papa angguk sambil gosok bahu mama.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"Hana!" Kay panggil Hana yang berpeluk tubuh membelakanginya.
Hana berpaling. Dia terus meluru ke arah Kay dengan muka merah seperti menahan amarah.
"Apa semua ni Kay? Ni ke surprise yang kau cakap supaya aku 'tak terkejut' tu? Ha?" Hana kenyitkan jarinya bila sebut perkataan 'tak terkejut'. Dia pandang Kay tajam.
"Hana.. Awak dah dengar semuanya yang mama saya cakap. Hana.. dah lama saya tunggu saat ni. Dah lama saya pendamkan perasaan saya ni, saya tak boleh sembunyikannya lagi. Sekarang saya nak awak tau yang saya... saya cintakan awak Hana."perlahan Kay menutur ayat itu sambil tatap mata Hana.
Hana ketap bibir sambil geleng kepala. Macam tak boleh terima pengakuan Kay tu.
"Kay.. Kau sedar tak apa kau buat ni? Kita berdua kawan jelah. Faham tak kawan? Aku dah anggap kau macam Abang aku tau tak? Kenapa kau biarkan perasaan suka tu? Kenapa tak halang? Aku tak boleh terima lah. Kau kawan aku kot."
"Hana.. Ya. Saya sedar. Saya sedar kita ni kawan. Kawan sepatutnya tak boleh suka antara satu sama lain. Tapi apa saya boleh buat Hana? Awak ingat saya nak ke ada perasaan macam ni? Saya sendiri pun kalau boleh tak nak ada perasaan macam ni dalam persahabatan kita. Saya dah cuba halang perasaan ni tapi.. Tapi saya tak boleh.
Saya tak boleh halang Hana. Langsung tak boleh. Saya pun manusia biasa. Ada hati dan perasaan suka pada seseorang. Dan saya sendiri pun kalau boleh tak nak suka dekat awak.Saya tahu dengan terbitnya perasaan ni dalam diri saya, hubungan persahabatan kita akan terjejas.
Tapi macam saya cakap tadi lah. Perasaan tak boleh dihalang Hana. Saya sendiri tak tahu bila hati saya ni dah terpaut pada awak. Saya cuma sedar saya dah sukakan awk. Saya pun tak sangka awak akan jadi orang yang saya suka. Awak Hana. Kawan saya sendiri."panjang lebar Kay meluahkan isi hatinya.
"Habis Atiq macam mana? Kay.. Atiq sukakan kau dan aku tahu yang kau pun tahu dia suka dekat kau. Sampai hati kau buat Atiq macam ni. Depan mata dia pulak tu? Macam mana perasaan Atiq kalau dia tahu kau suka dekat aku selama ni? Mesti dia kecewa,Kay."
"Hana.. saya tak tahu pun Atiq ada kat sini jugak. Tapi kalau dia ada sekalipun... saya tak kisah. Saya tetap akan pinang awak. Sebab saya cintakan awak Hana. Saya nak bersama awak. Saya nak hidup dengan awak. Saya nak kahwin dengan awak. Faham tak?
Hana please terima saya. Saya dah lama simpan hasrat nak bersama awak. Saya nak awak jadi isteri saya. Satu satunya isteri saya. Awak sangat istimewa bagi saya Hana. Please... accept me." Kay luahkan perasaan dia sepenuh hati.
Dia memaut lengan Hana erat. Dia betul betul ingin menyakinkan Hana mengenai perasaannya selama ni.
Hana menjatuhkan pautan tangan Kay daripada lengannya dengan kasar. Dia berpaling membelakangkan Kay.
"Habis kau anggap Atiq tu apa?"
"Saya anggap dia kawan aje Hana. Tak lebih daripada tu. Lagipun saya langsung takde perasaan dekat dia. Saya hanya cintakan awak sorang aje. Percayalah." Kay menekan suaranya.
Hana berpaling dengan muka bengang.
"Aku pun anggap kau kawan aje Kay. Tak lebih daripada tu. Aku pun takde perasaan dekat kau."tegas Hana. Entah kenapa dia tidak selesa dengan pengakuan Kay.
"Hana saya tak kisah kalau awak tak cintakan saya macam saya cintakan awak sekalipun tapi saya tetap nak awak jadi isteri saya!"tegas Kay lagi.
"Tapi Atiq.."
"Boleh tak jangan sebut nama Atiq lagi?!! Atiq! Atiq! Atiq! Saya dah cakap yang saya langsung takde perasaan dekat Atiq dan saya tak kisah kalau dia ada perasaan dekat saya sekalipun.
Saya tak peduli pasal perasaan dia. Saya langsung tak berminat dengan dia. Dia tu cuma kawan je dalam hidup saya.Tak penting pun..Tapi awak.. awak penting bagi saya Hana.. Faham tak??"
Panggg!! Habis je Kay bercakap,Hana terus bagi penampar dekat pipi Kay. Tak pasal pasal dia dapat dosa free sebab 'tersentuh' Kay. Nak buat macam mana. Tindakan reflect and drastik. Kay terpana dengan tindakan Hana.

"Sampai hati kau cakap Atiq macam tu. Kalau dia dengar,agak agak apa perasaan dia. Mesti dia kecik hati. Bukan setakat kecik hati tapi hancur hati dia kalau dia dengar kau cakap macam tu pasal dia!!"
Perbualan mereka semakin tegang.
"Saya tak kisah kalau dia dengar sekalipun. Saya memang nak dia dengar. Saya nak dia tahu yang saya tak suka dekat dia tapi saya sukakan awak!!"sempat lagi Kay menjawab.
"Shut up!!"jerit Hana lantang.
Mata Kay terkerdip dek kerana kelantangan suara Hana memarahinya. Dia tak sangka Hana sanggup meninggikan suara dengannya demi mempertahankan kawan baiknya. Selama dia berkawan dengan Hana, dia tidak pernah melihat Hana memarahinya apatah lagi menengkingnya sebegini rupa.
"Atiq tu kawan baik aku sejak kecik lagi. Aku kenal dia sebelum kau kenal dia lagi. Kau tau tak yang dia fanatic gila dekat kau? Tapi sekarang kau berani lukakan hati dia. Kau lukakan hati dia sama macam kau lukakan hati aku tau tak."Hana menekan suaranya. Dia ambil nafas sebelum menyambung kembali kata katanya.
"Listen.. Setiap patah perkataan yang kau cakap pada Atiq tu sebenarnya kau tuju pada diri kau sendiri." Hana tekan jari telunjuk dia pada dada Kay.
"Atiq cintakan kau sama macam kau cintakan aku tapi aku.. Aku langsung tak cintakan kau sama macam kau tak cintakan Atiq jugak!!
Kau langsung tak layak untuk aku sebagaimana Atiq pun tak layak untuk kau.
Walau berjuta kali sekalipun kau minta aku terima kau sebagai suami aku.. aku tetap takkan terima sebab aku tak sanggup lukakan hati seorang sahabat yang aku sayang. Bukan macam kau!!" Hana luahkan perasaan geramnya dengan sepenuh hati betul betul depan muka Kay sampai Kay terpaksa tundukkan mukanya.
Hana tarik nafas panjang. Cuba meredakan kemarahannya.
"Aku akan bagitau auntie yang aku nak tolak pinangan ni."ujar Hana.
Hana langgar bahu Kay ketika dia ingin berlalu dari situ meninggalkan Kay sendirian.
"Awak nak bagitau mama semudah tu aje?" Langkah Hana terhenti bila Kay bersuara lagi.
Kay berpaling tengok Hana yang membelakanginya.
"Mama dah berkenan dengan awak. Awak sanggup kecewakan dia?"tambah Kay lagi.
Hana sengih sinis walaupun Kay tak nampak.
"Ni hidup aku. Aku yang tentukan dan aku... takkan sia siakan hidup aku untuk bersama dengan seorang pengkhianat macam kau."ujar Hana sinis.
"Bukan salah saya kalau Atiq sukakan saya! Saya tak pernah minta dia sukakan saya pun!"
"Bukan salah aku jugak kalau aku tak sukakan kau! Tau tak apa benda yang paling teruk kau buat pada Atiq?" Hana berpaling.
"Kau sukakan aku,at least aku tak tahu. Tapi kau.. kau tahu Atiq sukakan kau tapi kau sengaja buat buat tak tahu.. Kau kejam tau tak?!! Kau mainkan perasaan dia."
“Kau nak aku buat apa? Terima dia walaupun aku tak sukakan dia? Tu hipokrit namanya. Aku tak nak tipu diri aku sendiri lah! Lagipun dia tak pernah bagitau aku depan depan yang dia sukakan aku.” Kay melawan. Dia tak tahan bila Hana terus terusan menyalahkannya atas sesuatu yang bukan di bawah kawalannya.
“Sebab dia tau kau dah tau.”
“Aku tak faham la.” Kay mendengus kasar.
“Kenapa kau nak salahkan aku pulak kalau aku tak sukakan dia? Ya.. Aku mengaku. Aku tau yang si Atiq sukakan aku. So what?? Apa masalahnya?” Kay naik bengang.
“At least kau bagitau la dia yang kau tak sukakan dia. Tolak dengan cara yang baik. Bukan biarkan dia terus hanyut dengan perasaan tu. Tu menyeksa perasaan dia tau tak. Kau.. kau macam bagi harapan pulak dekat dia.
Aku kesian tengok Atiq tu. Kau buat endah tak endah je bila dia tunjuk minat dekat kau. Sekurang kurangnya bila kau bagitau dia yang kau takde perasaan dekat dia, takde la dia taruh harapan lagi. Faham tak?
Tolong.. hormati dan jaga perasaan orang yang sukakan kita. Perkara yang melibatkan perasaan ni bukan benda main main tau. Kalau tak suka cakap terus tak suka. Tak perlu buat dia bermain dengan perasaan dia. Aku tau.. kau memang tau Atiq sukakan kau tapi kau berlagak.”Hana menyerang Kay dengan hujahnya.
Kay tergelak sinis mendengar kata kata Hana.
“Huh.. Bukan main kau suruh aku hormati perasaan Atiq kan. Habis kau? Ada kau hormati perasaan aku yang sukakan kau ni? Aku tak tahu kenapa aku rasa macam aku dah buat satu kesalahan yang besar bila confess perasaan aku dekat kau. Padahal kau tak tahu yang aku ni dah lama pendam dan berperang dengan perasaan ni.
Macam nak meletup jiwa aku ni tau tak sebab terpaksa sembunyikan yang selama ni aku sukakan kau. Tapi bila dah tiba masa yang sesuai untuk aku confess, kau boeh reject aku mentah mentah macam ni kan? Mana penghargaan kau terhadap cinta aku ni? Mana??”Kay membidas kenyataan Hana.
Hana terdiam. Macam deep pulak ayat Kay bagi tu.
“Kau anggap je lah kita takde jodoh Kay.”perlahan Hana menjawab.
Dia mengaku ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Kay. Kay tak salah pun sebenarnya.Dia pun tak tahu kenapa dia marah sangat bila Kay confess perasaan dekat dia. Mungkin sebab dia berasa bersalah dengan Atiq.
“Mudahnya jawapan kau kan? Kalau macam tu aku pun boleh cakap la dekat Atiq yang aku dengan dia pun takde jodoh. Sama macam kau bagi jawapan dekat aku. Kan?”Kay menyindir lagi.
“Oh sekarang kau nak perli aku la? Sebab cakap tak serupa bikin? Okay fine aku minta maaf sangat sangat sebab tak hargai perasaan kau. Dan aku nak ucap terima kasih banyak banyak sebab kau sukakan aku and I’m really appreaciate it.”Hana mengikut rentak Kay.
Mulut Kay kelihatan bergerak gerak seperti ingin berkata kata tetapi suaranya seolah olah tidak mahu keluar.
“Hana.. Bukan tu maksud aku.”suara Kay semakin mengendur. Matanya melihat Hana dengan pandangan yang redup dan penuh pengharapan.
“Tapi aku minta maaf. Aku memang tak boleh terima kau."Hana terus berlalu dari pandangan Kay.
"Hana!!"
Kay kejar Hana. Dia sempat sambar tangan Hana.
"Hana please jangan buat macam ni. Tolonglah terima aku. Aku dah lama gila bayang dekat kau tau tak?! Bertahun tahun aku tunggu untuk jadikan kau isteri aku!"rayu Kay.
"Lepaslah!!" Hana tarik kasar tangannya. Tapi Kay tak mahu lepas. Hana terus meronta ronta supaya Kay lepaskan tangan dia.
"Sakitlah!!" Hana tarik tangan dia sekuat hati sehingga terlepas dari genggaman Kay lepas tu terus berjalan laju. Dia tak nak Kay pegang dia lagi. Tapi langkah Hana tiba tiba terhenti. Kay yang mengejar Hana juga terhenti.
"A.. Atiq.."tersekat sekat Hana nak sebut nama tu lepas dia nampak Atiq menangis berhampiran tempat mereka bercakap tetapi sedikit terlindung.
Kay turut terkejut melihat Atiq berada di situ. Atiq cepat cepat sapu air mata dia lepas tu berlalu.
"Atiq.. Kau dah dengar semuanya?"
Langkah Atiq terhenti bila Hana tanya macam tu.
Atiq diam lepas tu dia meneruskan semula langkahnya dengan pantas keluar dari pagar rumah Hana.
'Akhirnya kau luah juga,Kay..'bisik hati kecil Atiq. Dia terus berlari keluar dari halaman rumah Hana.
Hana renung Kay tajam.
"Ini yang kau nak kan? Atiq dah dengar apa yang kau nak dia dengar. Puas hati kau?"
Kay terkedu.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"Auntie.. Hana dah buat keputusan." Hana terus bagitau sebaik dia masuk rumah.
Kay berada di belakang Hana. Mukanya tidak beriak,seolah olah tiada perasaan.
"Ye ke? Baguslah.. Apa keputusannya?"
Hana tengok Kay di belakangnya dengan pandangan yang tajam. Kay tunduk.
"Mak harap keputusan Hana tak mengecewakan kami sebab mak dengan datin Maria dah berpakat yang kami berdua akan pergi umrah kalau Khayrul berkahwin. Hana pun tahu dah lama mak menantikan saat tu kan?"kata kata mak buat Hana terkedu.
Mak dengan mama saling berpandangan sambil tersenyum. Bila masa mereka berpakat macam tu? Dia tahu betapa maknya teringin mengerjakan umrah. Dulu mak pernah bercadang nak pergi dengan ayah tapi tak kesampaian sebab ayah meninggal.
"So Hana.. macam mana?"mama tanya.
Hana mula teragak agak nak bagi jawapan. Mak.. kenapa mak menyulitkan keadaan? Kenapa mak buat macam ni? Hana tak sampai hati nak tolak. Mak memang saja!!
"Err.. Hana rasa.. Hana perlukan masa.."
Kay angkat kepala. Betul ke apa dia dengar?
Semua mata dekat ruang tamu tu tengok Hana pelik. Tadi cakap dah buat keputusan. Kenapa nak fikir balik? Tiba tiba pulak. Mungkin tu yang bermain di fikiran mereka semua.
Hana terus berlari masuk bilik. Kay tengok Hana sampai kelibat Hana tiada.
'Apa kau buat Hana? Kau nak permainkan aku ke?'

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

“Mak.. bila masa pulak Mak berpakat dengan Datin Maria tu nak pergi umrah? Mak dah ada duit ke?” Hana duduk di atas kerusi dengan longlai. Dia terus keluar dari bilik sebaik melihat kereta keluarga Kay sudah meninggalkan perkarangan rumahnya.
Mak yang masih berdiri di muka pintu untuk menghantar pemergian keluarga mendekati Hana. Paha Hana ditampar. Hana mengaduh kesakitan.
“Kenapa dengan kamu ni Hana? Langsung tak keluar masa mereka balik tadi. Mana adab kamu? Jauh jauh mereka datang tau tak? Tak baik kamu buat macam tu!”marah Mak.
Muka Hana cemberut.
“Ya Hana minta maaf lah. Salah Hana. Hana cuma tak expect yang si Kay tu datang nak meminang Hana. Hana dengan dia cuma kawan je mak tau tak? Hana tak tahu pulak yang dia ada simpan perasaan dekat Hana selama ni. Memang terkejut la Hana dibuatnya.” Hana mengadu.
“Betul ke kamu tak tahu dia suka kamu?”
“Betul Mak. Dia tak pernah cakap pun. Baru tadi dia confess dekat Hana.”beritahu Hana bersungguh sungguh.
“Con.. con apa?”
“Maksud Hana luahkan. Dia baru luahkan dekat Hana yang dia suka Hana dan nak peristerikan Hana.”
“Baguslah kalau macam tu. Mak tengok dia pun baik. Keluarga dia pun baik baik walaupun mereka tu orang berada. Langsung tak sombong dan bongkak.”puji Mak.
“Tapi…”Hana ingin menyambung kata katanya tetapi dia pun tidak tahu apa yang dia perlu beritahu Mak nya. Takkan dia nak mengaku dekat Mak yang dia tak boleh terima Kay sebab Atiq sukakan Kay? Mak takkan faham punya hubungan cinta tiga segi ni. Tambah tambah bila Mak pulak tiba tiba dah jadi rapat dengan Datin Maria tu padahal mereka baru je jumpa. Siap plan nak pergi umrah sama sama lagi.
“Tapi apa? Kamu tak berkenan dekat dia?”teka Mak.
Hana menggaru kepalanya. Kusut betul lah!
“Mak tak jawab lagi soalan Hana. Macam mana Mak boleh berpakat dengan Datin Maria nak pergi umrah tu? Setahu Hana duit Mak belum cukup lagi kan?” soal Hana tanpa menjawab soalan mak nya.
Mak senyum tiba tiba. Berseri seri pulak tu mukanya. Risau pulak aku tengok.
“Datin Maria yang nak sponsor. Awalnya memang Mak tolak mentah mentah. Tambah tambah kami baru kenal kan. Tapi dia pujuk jugak Mak. Dia cakap dia dah lama cari kawan nak pergi umrah sama sama. Tu yang dia ajak Mak. Mak pun apalagi. Setuju aje lah. Orang cakap rezeki jangan ditolak. Lagipun dah lama Mak nak pergi umrah tu. Sebelum ayah kamu meninggal lagi. Kamu pun tahu kan?”
“Ya Hana tahu. Tapi kenapa dia tak pergi dengan Dato’ Wajdi je?”
“Dato’ Wajdi tak nak. Sibuk katanya. Lagipun mereka dah banyak kali pergi umrah sama sama. Kali ni Datin Maria tu nak pergi sendiri je tanpa suami dia.”ceria wajah Mak bercerita. Serba salah pulak Hana jadinya.
“Tapi kalau Kay tu tak jadi kahwin macam mana? Kira cancel la kan?”
Wajah Mak berubah masam.
“Kamu tak nak kahwin dengan dia ke?!”suara Mak naik satu ton.
Berkelip kelip mata Hana mendengar suara Mak nya. Huishh!! Salah soalan ke? Nampaknya Mak memang betul betul bersungguh nak pergi umrah dengan Datin Maria tu. Macam dah confirm pulak dia dan Kay akan kahwin.
“Err.. tak. Bukan macam tu maksud Hana. Hana cakap ‘kalau’. Ye lah. Kita tak tahu kan apa akan jadi sepanjang tempoh nak berkahwin tu. Nak berkahwin ni banyak dugaannya Mak.”berhati hati Hana menutur kata.
Mak hela nafas.
“Betul juga cakap kamu. Hurmm.. Entahlah. Kalau takde jodoh kamu berdua, maknanya takdelah rezeki mak nak pergi umrah.”Mak buat ayat sedih.
“Mak jangan cakap macam tu. Kalau ada rezeki ada lah tu Mak.” Hana menggosok gosok lengan Maknya.
Entah kenapa pelawaan mama untuk pergi umrah dengan mak tu macam satu umpan supaya dia tak menolak pinangan Kay. Ke mereka memang sengaja menggunakan helah tu supaya dia terima pinangan Kay sebab mereka tahu yang dia takkan sampai hati bila tengok Mak tak dapat pergi umrah? Mereka memang sengaja menggunakan Mak untuk mendapatkan persetujuan dia??
Mata Hana membulat bila memikirkan kemungkinan rancangan itu yang dirancang oleh keluarga Kay. Tapi bunyi macam jahat pulak. Lagipun mana mereka tahu Mak memang nak pergi umrah? Haishhh!! Apa benda yang aku mengarut ni? Hana menggaru kepalanya yang tak gatal.
“Tapi Mak memang berharap sangat sebelum Mak tutup mata, mak dapat pergi umrah dan dapat tengok anak Mak naik pelamin.”Mak bersuara lagi dengan nada sedih.
‘Cliché’nya lahai!
“Mak dah buat Hana serba salah tau tak? Mak tau kan Hana tak ready lagi nak kahwin dah tinggalkan Mak.”Hana peluk Maknya.
“Lambat laun kamu akan kahwin dan tinggalkan Mak jugak Hana. Cepat atau lambat je. Bagi Mak, selagi Mak masih sihat ni elok rasanya kalau kamu mula fikirkan pasal rumah tangga. Mak pun takdelah risau sangat fikirkan siapa nak jaga kamu bila Mak takde nanti.”
“Maaakkkk.. Janganlah.. cakap macam tu. Saja buat Hana sedih tau.” Mak mengusap usap rambut anak tunggal kesayangannya itu.
Walaupun dia sendiri berat hati untuk melepaskan Hana kepada yang lebih berhak, tapi dia perlu memikirkan masa depan Hana yang lebih cerah.
“Kamu fikir lah elok elok Hana. Mak tak nak paksa kamu. Tapi Datin dengan Dato’ bagi Hana masa 2 minggu untuk fikir pasal pinangan ni. Kalau kamu setuju, mereka akan adakan majlis pertunangan sekaligus bagi cincin pertunangan. Dan kalau kamu tak setuju, kamu maklumkanlah pada Kay.”pesan Mak.
Hana diam dalam pelukan Maknya. Dia buntu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience