Bab 5

Romance Series 10367

Aqef dengan Aqil berlari masuk ke rumah dengan riuh rendah. Ara pulak terus bermain dengan kucing bila kucing tu terus bergesel dekat kaki Ara.

"Naik mandi dulu."suruh Hana tapi budak budak tu buat endah tak endah je dengan arahan Hana.

"Aqef,jangan melompat atas kerusi!!" Aqef tak peduli dengan teguran Hana.

Mereka bertiga terus buat bising. Hana yg tengah dodoikan Mia mula berasa geram.

"Korang, dengar tak Kak Hana cakap ni? Naik mandi lepas tu baru boleh main!!" Hana naikkan volume suaranya.

Tapi suaranya macam angin lalu je. Hana hela nafas panjang.

"Kenapa bising bising ni?" Zac yang sedang menuruni tangga menegur.

"Saya suruh diorang mandi.Diorang tak nak." Hana mengadu.

"Aqef,Aqil,Ara.. dengar Pak Ngah nak cakap ni."

Semua diam bila Zac bersuara. Diorang patuh cakap Zac tapi tak patuh cakap aku. Tak adil betul!

"Sekarang Pak Ngah nak korang semua naik atas, bersihkan diri lepas tu pakai baju cantik cantik sebab lepas ni..." ayat Zac tergantung. Macam nak bagi surprise je.

"Kita akan pergi picnic!!!"pengumuman Zac disambut gembira oleh anak anak buahnya.

"Yay!!! Pergi picnic!!" Mereka melompat kegembiraan.

"Sekarang pergi naik atas siap siap."arah Zac.

Mereka semua terus berlari naik ke atas.

"Tapi En. Zac.. diorang baru balik tadika. Makan pun tak lagi. Mesti penat." Hana macam tak setuju dengan cadangan tu.

"Budak budak ni takkan penat kalau kita bawa diorang jalan jalan. Pasal makan tu,saya dah suruh Mak Yam siapkan bekalan untuk kitorang pergi picnic. Lagipun saya dah lama tak keluar dengan diorang."beritahu Zac.

Hana angguk angguk.

'Nampaknya dia dah rancang awal awal benda ni.'getus Hana dalam hati.

"En. Zac tak kerja ke?" Hana tanya.

Dia baru perasan Zac tak pergi kerja sebab terlalu sibuk uruskan budak budak pagi tadi.

"Saya cuti hari ni. Penat tak hilang lagi." beritahu Zac.

'Bawak budak budak ni pergi picnic tak penat pulak.' Hana menjawab dalam hati.

"Takpe ke En. Zac cuti macam tu aje?" Hana berani bertanya macam tu sebab Zac nampak tak kisah menjawab soalannya.

"Saya dah bagitau papa. Lagipun saya memang selalu cuti selepas balik luar negara. Papa bagi masa berehat sebelum sambung kerja balik."jelas Zac.

Hana angguk angguk. Patutlah senang je dapat cuti. Kerja dengan bapak dia rupanya.

"Awak pun pergilah siap siap jugak."suruh Zac.

"Hah?? Saya pun kena pergi jugak ke?" Hana hala jari telunjuk depan batang hidungnya sendiri.

Rasanya tadi aku dengar dia cakap 'kitorang', bukan 'kita'.

"Ye la. Kalau tak siapa yang nak jaga budak budak ni semua? Awak kan pengasuh diorang."

Hana tak puas hati.

'Kau yang nak bawa diorang keluar,kau lah yang jaga. Aku jaga diorang kat rumah aje. Aku bukannya tak nak pergi tapi lagi susah kalau jaga diorang dekat luar. Tak pasal pasal pulak aku kena heret sekali dalam plan surprise dia tu. Betullah cakap mama. Zac suka buat surprise. Surprise menyusahkan orang.’Hana membebel dalam hati.

"Mia pun bawa sekali ke?"

"Yela. Takkan nak suruh Mak Yam jaga. Ni kan kerja awak."

Hana dah tarik muka.

Kalau tak ikut, takde org nk jaga budak budak ni. Kalau ikut, nanti budak budak tu susah nak dikawal lebih lebih lagi Aqef yang hyperact tu. Macam takde pilihan pulak.

"Tapi..." Zac letak jari telunjuk dekat bibir Hana.

Hana terkejut dengan tindakan spontan Zac. Matanya terbuntang luas. Berani dia sentuh aku!

"Jangan tanya lagi. Pergi siap cepat." Zac renung mata Hana. Terkedip kedip mata Hana membalas renungan itu. Hana jatuhkan tangan Zac.

"Sorry.."ucap Zac. Baru sedar agaknya apa dia dah buat.

Dia sentuh aku!

"Saya pergi." Hana terus berlalu dari situ.

Zac lepaskan keluhan berat. Zac sentuh dadanya. Dadanya dipukul perlahan.

"Please don't... my heart."

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"Boyss.. Jangan main jauh jauh sangat!"Hana jerit pada si kembar yang tengah bermain tiup bubble ballon sambil berlari tu. Ara pula main kejar kejar dengan Chloe berdekatan tempat picnic mereka.

"Saya risaulah dengan mereka." Hana luahkan kebimbangan.

"Kenapa?"

"Saya takut diorang main jauh jauh. Tak pasal pasal hilang pulak nanti."

"Janganlah cakap macam tu. We'll keep eyes on them okey. Saya takkan biarkan awak jaga sorang sorang sebab saya yang plan bawak diorang keluar." Zac tenangkan kerisauan Hana.

Hana terasa bebanannya kurang sedikit bila Zac cakap macam tu. At least, dia tahu bukan dia seorang yang kena jaga budak budak tu. Masih ada mata lain yang menjaga mereka. Hana memang bimbang kalau bawa mereka keluar terutama si kembar tu. Dia risau tak dapat kawal mereka sehingga boleh jadi apa apa pada mereka kerana budak budak tu adalah amanah dari tuannya. Sebab tu dia jarang bawa budak budak tu keluar dari rumah.

"Macam mana En. Zac boleh dapat idea nak bawa diorang picnic ni?"

Hana cuba berbual dengan Zac yang tengah berbaring atas rumput rata dengan kepala berbantalkan lengannya. Kaki kanan dia bengkokkan.

"Saya sebenarnya nak release tension sebab kerja. Jadi saya ingat nak keluar jalan jalan, ambil angin sambil menikmati keindahan alam tapi rasanya tak seronok kalau pergi sorang sorang. Sebab tu saya bawa budak budak ni sekali. Lagipun dah lama kitorang tak keluar bersama. Rindu pulak rasanya. Saya asyik busy je.

So,bila dah ada peluang macam ni.. rugi pulak kalau saya sia siakan. Saya memang selalu bawa diorang jalan jalan selepas saya balik luar negara. Budak budak ni buat saya happy. Walaupun penat jaga diorang tapi diorang buat saya tak ada masa fikir pasal kerja..."jelas Zac panjang lebar.

Bila dengar Zac cakap macam tu, Hana tahu kenapa Zac suka budak budak dan budak budak pun rapat drengan dia. Zac layan diorang macam anak sendiri. Ni baru anak buah. Kalau anak sendiri.. mesti lebih lagi cara dia layan.

Bertuahlah siapa yang dapat bersuamikan lelaki yang penyayang kepada anak anak macam Zac ni. Dia ingatkn Zac ni sombong. Tapi sebenarnya tak pun. Tu hanya tanggapan awalnya saat baru mengenali lelaki itu.

Baru dua hari dia kenal Zac, dia tahu yang Zac seorang lelaki yang budiman. Cuma satu je yang dia tak suka pasal Zac... Renungan mata, senyuman dan usikan Zac selalu membuatnya tak selesa dan tak senang duduk. Tu bukan satu.

"Dah lama kenal Kay?" Zac tiba tiba tanya soalan tu.

Mata dia tengok langit.

"Hah?" Hana pelik bila Zac tiba tiba buka soalan pasal dia dengan Kay.

"Saya tanya, dah lama ke kenal Kay?" Zac ulang ayat dia.

"Err.. Lama lah jugak. Sejak sekolah menengah lagi. Kenapa?" Hana tanya balik.

“Awak bukan orang Pahang ke? Macam mana boleh sekolah kat KL ni?”

“Sebenarnya sejak saya kecil lagi family saya memang dah menetap kat KL sebab ayah saya kerja kat sini. Tapi lepas arwah ayah meninggal, Mak cakap nak stay kat kampung rumah nenek saya.

Saya pulak lepas SPM terus sambung belajar dekat matrik and then sambung lagi belajar dekat university kat sini. KL ni dah macam rumah kedua saya sebab saya lagi banyak stay kat sini berbanding negeri sendiri." cerita Hana.

“Oh.." Zac respon pendek.

Hana kerut dahi. Macam tu je respon dia? Bukan main aku cerita.

“Korang memang rapat ke?" Zac tanya lagi.

“Hah?” Hana blur dengan pertanyaan Zac.

“Awak dengan Kay.. Rapat ke?” Zac ulang.

Aik! Lain yang aku cerita lain yang ditanya.

"Hmm.. Bolehlah.."

"Rapat macam mana?"

Hana dah kerut dahi. Dah kenapa dia nak tahu pasal aku dengan Kay? Mungkin sebab Kay tu adik dia kot.

"Rapat macam.... kawan??"

"Sure?"

Perlahan lahan Hana angguk. Dia masih pelik kenapa Zac pasal hubungan dia dengan Kay.

"Kay pernah buat something special untuk awak tak?" Zac teruskan lagi soal siasat dia.

Hana terpaksa jawab je. Mungkin dia memang nak tau pasal adik dia.

"Buat tu tak pernah. Tapi bagi tu pernah."

"Dia bagi apa?"

Hana tunjuk tangan kanannya lepas tu dia pusing pusing tangannya.

"Gelang ni.. dia yang bagi.. yang En. Zac puji comel tu.." beritahu Hana sambil tunjuk gelang di pergelangan tangannya.

Zac tengok dengan hujung mata. Dia angkat kening.

"Kenapa special?"

"Sebab dulu.. saya pernah kehilangan gelang. Saya sayang sangat sangat gelang tu. Gelang tu istimewa bagi saya sebab gelang tu arwah ayah saya yang bagi. Tu pemberian terakhir arwah ayah sebelum dia meninggal dunia.

Sampai sekarang saya tak jumpa gelang tu. Mungkin Kay tahu saya sedih. Sebab tu dia hadiahkan gelang ni untuk saya. Dia cakap, walaupun gelang ni tak boleh diganti dengan gelang saya yang hilang tu.. tapi at least sebagai peringatan yang ayah saya pernah bagi saya gelang.

Jadi saya dah anggap gelang ni macam gelang ayah saya walaupun tak seistimewa gelang yang ayah saya bagi. Saya harap orang yang jumpa gelang saya tu akan jaga gelang tu baik baik sebab gelang tu sangat bermakna bagi saya." cerita Hana.

Wajah ayahnya muncul di ruang mata. Tiba tiba pula dia rasa sedih dan rindu. Matanya berair. Gelang ditangannya disentuh. Ayah dia meninggal ketika dia dapat tawaran masuk matrikulasi. Kalau diikutkan hati, dia tak nak tinggalkan maknya sorang sorang tapi mak suruh dia belajar sebab itu yang arwah ayah selalu pesan. Belajar sampai berjaya dan dia akur kehendak mak.

Zac bangkit dari pembaringan. Dia perasan muka Hana berubah menjadi muram.

"Sorry sebab cakap pasal ni." Zac berasa bersalah.

"Eh.. takpe.. Saya yang patut minta maaf,tiba tiba pula emo." Hana sapu air matanya yang hampir jatuh.

Dia buat buat ketawa. Rindunya ayah!

"Pak ngah!! Nak ice cream!!" Ara menjerit minta ais krim.
Zac berpaling.

"Ais krim? Kita mana bawa ais krim."

"Tu." Ara tunjuk dekat sebuah motosikal yang jual ais krim cornetto agak jauh daripada mereka.

"Jomlah kita beli. Ara nak ais krim tu." Ara dah tarik tangan Zac supaya bangun. Zac terpaksa bangun.

"Ya.. ya..Kita pergi beli. Ara tak perlulah tarik tarik tangan pak ngah."

"Cepatlah! Nanti dia pergi." Ara tarik jugak tangan Zac sampai ke motosikal tu.

Hana senyum je tengok diorang.

"Kitorang nak jugak!!" Hana nampak si kembar tu sedang berlari ke arah Zac dengan Ara. Tajam betul mata diorang bila nampak ais krim.

"Nak yang mana?" Zac tanya. Si kembar tu dah berebut rebut pilih. Ara pulak dah siap jilat lagi ais krim yang dia beli.

"Pak ngah.." Ara panggil.

"Ya sayang.."

"Abang tu buat apa? Kenapa dia duduk kat bawah kakak tu?" Ara tanya bila dia nampak seorang lelaki sedang melutut di hadapan seorang perempuan sambil menyuakan cincin.

"Mana?"

"Tu.." Ara tunjuk. Zac tengok sekilas sebab dia tengah bayar ais krim mereka.

"Ooo tu.. Abang tu nak suruh kakak tu kahwin dengan dia."Zac beritahu acuh tak acuh sambil menghulurkan duit kepada penjual ais krim tu.

"Kenapa?"

"Sebab abang tu sayang dekat kakak tu. Nanti diorang boleh tinggal sama sama," Zac bagi jawapan mudah. Dia ambil duit baki.

"Terima kasih."ujar Zac pada pak cik jual ais krim.

Ara masih leka memerhati pasangan tu sambil jilat ais krim.

"Jom sayang.."

Zac pegang tangan Ara menuju ke tempat mereka semula. Aqef dengan Aqil dah ada kat sana lepas diorang dapat ais krim.

"Nah.." Zac hulur ais krim cornetto dekat Hana.

"Eh? Ada jugak? Terima kasih." Hana ambil ais krim tu.

Ingat jugak dia dekat aku.

"Free kan?" tanya Hana sambil buka kulit ais krim tu. Manalah tau kot kot kena bayar.

"Lima ringgit." Zac hulur tangan.

Hana tak jadi jilat ais krim. Zac ketawa bila tengok Hana tiba tiba kaku bila dengar dia cakap macam tu.

"Gurau je lah."

"Uh..." Hana jilat balik ais krim tu. Nak bergurau pulak. Tak tahu ke aku suka ais krim.

Zac senyum. Dia jilat ais krim dia jugak. Hana sengih tengok Zac makan ais krim. Tak tahu pulak arkitek pun makan ais krim. Ingat budak budak ribena macam dia je.

"Kak Hana,Pak ngah! Tengok sini!"Aqil panggil mereka.

Mereka berdua berpaling serentak.

Klipp!! Gambar diambil. Aqil ketawa.

"Eh,kenapa tak cakap nak ambil gambar. Bolehlah Kak Hana posing cantik cantik."

"Bak sini tengok. Cantik tak Aqil ambik." Zac minta kamera digital tu.

Dia ambil kamera dari tangan Aqil. Dia tengok gambar yang ditangkap oleh Aqil. Hana tumpang sekaki tengok. Tawa kecil terletus pada bibir Zac.

"Buruknya muka Kak Hana!!"

Hana terjerit malu bila tengok gambar dia tengah jilat ais krim. Gambar Zac pulak nampak cool je tengok kamera.

"Comel apa?" Zac puji sambil senyum.

"Tipu." Hana tarik muka.

"Tak. Serius comel lah." Zac merenung gambar tersebut dengan senyum ceria.

Nak kenakan aku lagi la tu. Sebenarnya nak puji benda lain.

"Eh,Aqef buat apa ni?" Hana menjerit bila Aqef tiup bubble ballon dekat dia.

Bubble sabun berterbangan di udara. Ara melompat lompat untuk pukul bubble tu. Aqil join sekaki. Hana ketawa kegembiraan sambil tengok buih buih belon tersebut yang mengisi ruang udara di kawasan perkelahan mereka. Dalam masa yang sama, kebetulan pulak Hana tertengok Zac. Masa tu baru dia perasan yang Zac tengah merakam mereka menggunakan kamera digital tu.

Hana malu sendiri bila Zac tuju kamera tu dekat dia.

"Smile!" Suruh Zac.

"Tak nak lah."

"Alaa.. smile la.."paksa Zac.

Hana tunduk malu. Zac ketawa bila tengok Hana malu. Hana terpaksa senyum bila Zac terus menerus merakamnya.

Mia yang berada dalam troli bayi tiba tiba merengek minta diangkat. Hana angkat Mia keluar. Mia dipangku atas riba.

"Biar saya dukung Mia."

Zac dah letak kamera. Hana bagi Mia dekat Zac. Baru je Mia duduk atas riba Zac, Mia tiba tiba muntah.

"Ow oh.." Hana cuba tahan gelak.

Zac tengok seluar dia yang kena muntah Mia dengan jijik.

"Mia tak nak duduk dengan En. Zac agaknya."

"Ah.." Zac mengeluh panjang.

"Kain..." Hana hulur kain putih.

"No need. Saya cuci dekat toilet je." Zac menolak. Dia dah bangun.

"Bawak Mia sekali ke?"

"Ye la. Nak cuci muntah dia sekali. Awak tolong tengok tengokkan budak budak ni ek. Saya pergi toilet kejap."pesan Zac.

"Ok."

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"Macam mana boleh hilang?"

Hana geleng kepala beberapa kali. Air matanya tak henti henti mengalir.

"Tak tahu. Tadi saya buang plastik ais krim dalam tong sampah dengan Ara, tak jauh dari tempat kita picnic. Saya dah suruh diorang tunggu je kat sini. Tapi bila saya datang balik diorang dah takde." Hana cerita sambil menangis teresak esak.

"Dah cari ke?"

"Dah,saya dah cari di semua tempat tapi tak jumpa."

Zac tengok sekeliling.

"Kenapa awak tinggalkan mereka berdua sendirian? Kan saya dah cakap jaga diorang. Macam mana awak jaga ni?! Tengok sekarang. Aqef dan Aqil dah hilang!!"

Zac mula marah. Dia naikkan suaranya.

Hana terkejut sampai terjungkit bahu. Hana tundukkan kepalanya.

"Saya minta maaf. Saya tahu saya salah sebab tinggalkan diorang."

"Ni sebab mulut awak yang celupar tu lah. Cakap diorang hilang la. Sekarang benda dah betul betul jadi. Kalau diorang kena culik macam mana?!"

Tangisan Hana semakin menjadi jadi.

"Saya minta maaf sangat sangat. Saya memang tak boleh harap. Saya tak pandai jaga diorang. Saya minta maaf." Hana menangis tersedu sedan lagi.

Zac tengok Hana. Tiba tiba pula dia berasa bersalah sebab marahkan Hana.

"Sorry.. Saya bukan nak marah awak. Saya cuma risaukan keselamatan diorang." Zac menurunkan nada suaranya balik.

"En. Zac memang berhak marah saya. Semua ni memang salah saya. Saya minta maaf." Hana tak berhenti henti minta maaf.

"Dah lah. Tak guna awak menangis. Lebih baik kita cari diorang lagi. Diorang mesti ada kat mana mana. Diorang mesti ada kat kawasan ni je. Takkan pergi jauh punya. Relax okey."

Zac cuba tenangkan Hana. Hana lap air matanya dengan lengan baju. Dia angguk.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"Aqef,Aqil!!!" Hana meluru ke arah Aqef dengan Aqil yang tengah bermain di taman permainan. Dia peluk erat Aqef dengan Aqil.

"Aqef dengan Aqil pergi mana? Puas Kak Hana cari tau. Risau Kak Hana!!"marah Hana dalam tangisan.

"Kitorang pergi main gelongsor." Aqil beritahu.

"Kenapa tak bagitau Kak Hana nak main kat sini? Biar Kak Hana hantar. Kenapa pergi sendiri?!!"

Hana menangis lagi. Dia risau sangat bila mereka berdua hilang. Aqef dan Aqil dah menjadi tanggungjawabnya. Kalau sesuatu terjadi pada mereka berdua, memang dia yang patut dipersalahkan.

"Aqef,Aqil.. Lain kali nak pergi mana mana bagitau Kak Hana dulu boleh tak? Bahaya tau!"
Aqef dengan Aqil tunduk bila mereka berdua kena tegur dengan Zac.

"En. Zac.. Saya minta maaf sekali lagi. Saya tak patut tinggalkan diorang tadi. Tapi tadi saya dah cari diorang kat sini. Tak jumpa pun."

"Diorang main bawah terowong agaknya. Mungkin awak terlepas pandang. Tapi apa pun, yang penting diorang selamat."

"Saya minta maaf sangat sangat En.Zac. Kalau Kak Fi tau, mesti dia marahkan saya nanti. Saya dah janji dengan dia akan jaga anak anak dia dengan baik. Tapi saya cuai jugak." Hana masih rasa bersalah.

"Tak payah awak minta maaf lagi lah. Benda dah berlaku. Lagipun ni salah saya juga sebab bawa mereka keluar dan tinggalkan mereka dengan awak sorang sorang kat luar macam ni. Tapi saya tahu awak seorang yang bertanggungjawab.

Kalau tak,tentu awak takkan menangis dan risau bila mereka hilang. Jadikan insiden ni sebagai pengajaran untuk awak. Awak jangan risau,saya takkan beritahu Along pasal ni."

"Terima kasih En. Zac. Saya janji lepas ni saya akan jaga diorang betul betul. Saya takkan terlepas pandang lagi. Saya akan pastikan mereka tak terlepas daripada pandangan saya. Saya janji!!"

Hana angkat tangan kanan macam orang berikrar. Sungguh sungguh dia berjanji pada Zac.

Zac senyum.

"Saya pegang janji awak tu."

Hana angguk yakin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience